PROLOG: CARTA PRINCE CHARMING

MENURUT fakta Prince Charming adalah watak yang lahir dari cerita lagenda ataupun cerita dongeng. Prince Charming dalam Bahasa Melayu adalah Putera/Lelaki Idaman Malaya. Selalunya Prince Charming ni dikatakan seorang yang handsome, bijak, pandai, bergaya dan seorang yang sempurna di setiap sudut. Dan sebab itulah mereka menjadi rebutan gadis-gadis remaja.

Tapi tahukah anda, Prince Charming yang kita puja selama ini adalah seorang manusia? Jika sudah dimanakan manusia, Prince Charming juga bukanlah seorang yang sempurna dan ada kalanya kita tak dapat melihat adakah Prince Charming yang kita tabalkan sekarang adalah benar-benar Prince Charming?

NURUL IZZATI memeluk tubuhnya. Bukannya dia terasa sejuk tapi berbahang. Suhu badannya naik 101 peratus apabila melihat ramai pelajar perempuan berkumpul di papan kenyataan sehinggakan dia tidak dapat lalu walau sedikit pun.

Sudahlah berkumpul ramai-ramai, lepas tu memekak pulak. Terjerit-jerit. Entah apalah yang mereka tengok tu. Macam kambing masuk kota pun ada.

“Wah, kan aku dah kata, mesti Reza dapat rampas tahkta Prince Charming dari Safuan,” hangat telinganya mendengar pelbagai suara-suara sumbang memuji nama Reza yang sememangnya popular di kalangan pelajar perempuan. Sebut saja nama Reza, satu sekolah tahu siapa gerangan orangnya. Siapa lagi kalau bukan kapten pasukan bola sepak sekolah yang banyak kali mengharumkan nama sekolah setiap kali ada perlawanan bola sepak tidak kira peringkat apa pun.

Dan Safuan pula merupakan musuh tradisi Reza. Memang sudah menjadi tradisi sekolahnya sejak sekolah itu di tubuhkan. Pasti ada dua orang pelajar lelaki yang akan tercalon dalam carta PRINCE CHARMING. Pelik tapi benar.

Pada mulanya dia juga tidak percaya adanya carta Prince Charming tapi bila sudah menjejak kaki ke sekolah itu, dia akhir terpaksa percaya. Menurut lagenda, setelah 5 tahun sekolah itu ditubuhkan pada tahun 1984, carta Prince Charming sudah wujud. Tiada siapa tahu siapa yang buat carta itu dan kenapa carta itu di buat.

Tapi bagi Nurul Izzati atau lebih senang dengan panggilan Nurul, dia menganggap semua itu adalah karut dan membuang masa saja. Pasti ada seseorang yang tampal carta Prince Charming di situ untuk meneruskan tradisi yang karut. Kononnya ia adalah tradisi dan tidak boleh dilupakan walau seminit pun, kalau tidak sekolah mereka akan ditimpa bencana.

Mengarut!

“Hoi!” dia yang bersuara lantang menjerit sekuatnya sehinggakan semua pelajar perempuan yang berkerumunan di koridor terdiam serta merta dan memandang ke arahnya. “Korang ni tak de kerja lain ke? Berkerumun di sini… buat menyemak je!”

Semua terdiam. Masing-masing tidak berani bersuara apatah lagi berhadapan dengan Ketua Pelajar Perempuan, Nurul Izzati yang sememangnya berada di ranking pertama dalam carta Menengking. Mukanya bagaikan harimau lapar yang tak boleh menjamah apa-apa akibat sakit gigi.

Dia menjeling tajam. Dan kembali memandang carta Prince Charming. Dari situ dia dapat melihat wajah-wajah pelajar lelaki yang kononnya Prince Charming di ikuti dengan angka carta. Gambar Reza berada di atas sekali dan diikuti dengan gambar Safuan dan beberapa pelajar lelaki yang langsung tidak menarik perhatiannya. Dengan marahnya dia mula mengorak langkah, dan dengan spontan semua pelajar perempuan yang berkerumunan di situ memberikannya laluan bagaikan seorang puteri raja yang angkuh memaksa mereka memberikan laluan.

“Aku tak fahamlah dengan korang ni, benda karut macam ni pun nak bangga sangat,” dengan tanpa di duga dia mengoyak carta Prince Charming yang tertampal di papan kenyataan. Serentak dengan itu semua yang berada di situ tercenggang. Terkejut. Ada yang kaget sebentar dan ada juga terlepas pegang barang-barang di tangan mereka.

Nurul berpaling. Pelik melihat mereka semua yang bagaikan patung.

“Kenapa? Kesian dengan Prince Charming korang? Sorry, diorang ni bukannya Prince Charming tapi Prince Sampah,” dengan selambanya dia membuang carta tersebut di dalam tong sampah dan segera berlalu dari situ tanpa memperdulikan mereka yang lain. “Ah, selesai!” dia tersenyum keseorangan.


KAU koyakkan carta Prince Charming?!” jerit Sofea seakan tidak percaya apa yang telah kawan karibnya sudah lakukan. Nurul masih berlagak seperti biasa. “Nurul, kau dah koyakkan carta Prince Charming dan sekarang kau boleh duduk selamba di sini?” Sofea bagaikan tidak keruan dengan keadaan itu.

“Kenapa dengan kau ni? Macam ikan haruan je aku tengok,” tanya Nurul pelik dengan perangai kawannya yang ke hulu- ke hilir seperti orang gila kehilangan otak.

“Masalah sekarang ni, kaulah ikan haruan kau tahu tak?” balas Sofea masih tidak berpuas hati.
“Tak tahu,” balas Nurul selamba. “Sebab aku pun tak pernah tengok macam mana rupa ikan haruan tu. Tapi kalau kau kata aku ni ikan kembung, aku tahu sebab aku suka ikan kembung goreng tapi rupa aku bukan macam ikan kembung,” balas Nurul pelik.

“Nurul, kau dah buat satu kesalahan yang besar kau tahu tak?” tanya Sofea.
“Apa dia?”

“Apa dia?! Arrghhh!! Apalah nasib aku dapat kawan macam kau ni hah? Kau dah koyak carta Prince Charming. Tulah kesalahan kau!”

“Sofea, ianya hanyalah carta Prince Sampah dan sekeping kertas yang tak bermakna langsung,” balas Nurul selamba.

“Berapa tahun kau kat sekolah ni? 4 tahun Nurul, bukannya sebulan dua. 4 tahun dan ini bermakna kau tahu apa yang berlaku di sekolah ini. Dan aku rasa kau pun tahu yang carta Prince Charming tu ada tradisi sekolah. Dan menurut lagenda, sesiapa yang koyak carta Prince Charming tu, hidupnya akan ditimpa bencana!”

“Ianya hanyalah carta, Sofea,” ujar Nurul lagi mempertahankan pendapatnya. “Dan aku rasa kita pun dah belajar tentang agama bukan? Benda ni syirik dan kita tak boleh percayakannya. Takkan dengan hanya koyak carta Prince Charming dan kita akan ditimpa bencana. Mustahillah.”

“Benda ni pernah berlaku. Ada seorang cikgu dulu pernah mengoyak carta Prince Charming tapi malangnya masa dia balik ke rumah, dia di langgar kereta. Nasib baiklah masa tu ada seseorang datang menyelamat kalau tidak cikgu tu pasti akan mati di situ juga. Dan sejak itu tiada sesiapa pun yang berani mengoyak carta Prince Charming termasuklah cikgu sekalipun,” terang Sofea.

“Aku tahulah,” ujar Nurul. “Tapi aku tetap tak percaya cerita dongeng tu. Benda tu melalaikan. Mesti ada orang lain yang buat carta Prince Charming sebab nak memuja putera idaman mereka!”

Sofea menarik nafas lemah. Tidak guna dia menasihati orang yang kepala besi macam Nurul ini kecuali dapat cari sesuatu yang boleh meleburkan besi dalam kepalanya. Huh! Buang tenaga solar saja.

“Lantak kaulah. Tapi kalau kau ditimpa kemalangan masa balik sekolah nanti, jangan salahkan aku. Kalau kau takut ditimpa kemalangan, lebih baik kau keluar dan cari carta Prince Charming tu dan tampal kat papan kenyataan tu semula!”

“Kalau aku teringat….”

NURUL melangkah keluar dari perpustakaan sekolahnya setelah penat menyiapkan segala kerja sekolahnya yang telah diberi oleh cikgu tadi. Memang itulah rutin hariannya setelah tamat saja sesi persekolahan. Dia tidak akan terus pulang ke rumah kerana kalau dia pulang ke rumah pasti dia akan bercinta dengan bantal busuknya sehingga petang sampai terlupa hendak buat kerja rumah.

Kawasan sekolahnya lengang sedikit kerana sesi persekolahan waktu petang sudah pun bermula manakala pelajar sesi pagi sudah pulang ke rumah masing-masing. Hanya yang tinggal pelajar-pelajar yang ada aktiviti kelab pada waktu petang.

Ketika melewati koridor dia sempat menjeling pandang papan kenyataan. Terdapat seorang pelajar perempuan sedang memandang tepat notis yang tertera di papan kenyataan. Bagaikan ada sesuatu membuatkan dia tertarik melihat notis yang tertampal di papan kenyataan yang baru saja pagi tadi dia mengoyak carta Prince Charming.

URGENT!!
PENGURUS PASUKAN BOLA SEPAK DI KEHENDAKI
Ciri-ciri:
Mesti berpengetahuan luas dalam bola sepak.
Sanggup berusaha
Minat dengan bola sepak
Lelaki/perempuan (perempuan lagi okey hehehe)
Seorang yang sanggup menerima cabaran.

“Gila! Pengurus bola sepak? Nak perempuan? Memang buta sukanlah diorang ni,” Nurul hanya sekadar menggeleng dan kemudiannya memandang sebelahnya. Kosong. Tiada sesiapa. Seingatnya tadi ada pelajar perempuan tengah tulis sesuatu di atas kertas di sebelahnya tadi.

Tanpa membuang masa, Nurul segera berlalu dari situ. Melupakan tentang kekosongan jawatan bagi pengurus pasukan bola sepak. Mesti ramai pelajar perempuan yang datang untuk temu duga.

Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari pagar sekolahnya dia di kejutkan dengan dentuman guruh yang kuat dan cahaya kilat yang memancar-mancar serentak dengan hujan lebat yang turun secara tiba-tiba. Habis basah baju sekolahnya. Dengan pantas dia berlari ke bus stop yang berhampiran untuk berteduh.

“Ah, tiba-tiba saja hujan,” keluhnya lemah. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Sofea tadi. Di timpa malang? Kemalangan? “Gila.”

Payung lipat yang selalu bersedia dalam beg sekolahnya di keluarkannya. Hujan masih lebat lagi dan Nurul membuat keputusan untuk berteduh sementara menunggu hujan reda. Tidak lama selepas itu, hujan mula reda dan Nurul membuka payungnya dan berjalan ke bahu jalan.

Selepas memastikan tiada kereta yang lalu lalang di jalan raya, kakinya pantas mengorak langkah melintas jalan untuk ke seberang. Sewaktu dia berada di tengah-tengah jalan, kedengaran satu hon panjang dan apabila dia berpaling sebuah kereta hitam sedang menuju ke arahnya. Dia tiba-tiba kaget. Kakinya tidak mampu bergerak. Otaknya seakan tidak berfungsi untuk berfikir sebaliknya memutar kembali kejadian pagi tadi.

Kejadian dia begitu marahkan pelajar-pelajar perempuan sedang berkerumunan di tengah-tengah koridor sehingga mengganggu laluannya. Kejadian dia mengoyak carta Prince Charming tanpa memikirkan akibat dari perbuatannya itu. Dan kata-kata Sofea pula masih lagi segar di fikirannya.

Hon semakin panjang, kereta semakin dekat tapi dia langsung tidak dapat bergerak. Kakinya seolah-olah di gam di tengah-tengah jalan raya itu. Hanya tunggu masa saja untuk dilanggar oleh kereta hitam itu.

Tiba-tiba dia merasai tubuhnya di dakap seseorang. Seseorang yang bertubuh besar dan dia jatuh terguling di tanah. Nurul masih kaget lagi walaupun dia tahu ada seseorang telah menyelamatkannya. Seorang lelaki. Dia menguatkan semangat dengan memandang wajah lelaki itu tapi pandangannya semakin kabur dan kabur… apa yang dia nampak hanyalah jacket kuning yang tidak asing lagi baginya. Walaupun dia semakin lemah dan mungkin akan pengsan sekejap lagi tapi dia pasti jacket kuning itu merupakan jeket rasmi pasukan bola sepak sekolahnya…

“Prince Charming…” ujarnya sebelum mula tidak sedarkan diri.

7 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Start2 aje dah best.

  1. Tanpa Nama berkata...:

    best...stating pun dh nmpk best..nia yg tak sabar nk baca ni

  1. Tanpa Nama berkata...:

    besh..tpi npew lmbt upload?!
    sko0l dlu msty slalu dpt A karangan..hehe..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    best2....syok ni....cepat sikit ea...harap2 akan terus menarik seperti permulaan cite ni...

  1. sherah tahir berkata...:

    uwarghh ! menarik ! aku like2 lhaa . ta sesia aku p parade crik novel nie ! ratu bulan b the best . cm hlovate tue ! hehe
    sherah tahir
    syierahlovers.blogspot.com

  1. Ana Nur berkata...:

    Assalammualaikum. Alhamdulillah novel ni best sngt sngt sngt. Mnjerit sorang2 bca novel kwan kkk sye ni. Nazrul poyo. hehe. Nk tnye, still ada lgi ke novel ni? Mybe blh bli dripda akk ratu sndri ? Sbb, klau jdi milik sndri, bru blh bca bnyk kli.. :) :D

    *mcm mne wjudnya crta prince charming ni?! nk thu sngt2... hehe~*

  1. Nurul Jannah berkata...:

    yeayyy, baru jaa habis bca nvel n, serius best sngat. keep writing iyaa >_<

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages