Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 9, 2026

GADIS HARIMAU : BAB 16

  Kejora masih mengejar bayangan harimau tersebut. Namun tiba-tiba, tanpa amaran, bayangan itu lenyap begitu saja. Dia terhenti, cuba mengatur nafas, matanya meliar, telinganya tajam, deria hidungnya bekerja… mencari.  Ada sesuatu… Dia mengesan sesuatu.  Tak. Seseorang.  Satu… dua… tiga… dan semakin lama dia sedar… dia mengesan sesuatu yang ramai. Aura mereka hampir menggetarkan tulang. Udara di sekeliling terasa berat. Nafasnya menjadi sesak.  Angin yang tadinya tenang tiba-tiba berubah nada.  Sshhh ! Sesuatu meluncur membelah udara. Tanpa berfikir panjang, Kejora melompat ke tepi, mengelak serangan yang datang entah dari mana. Satu pisau yang tajam terbenam menghentam sepohon pokok tidak jauh dari tempatnya berdiri.  Dia terkejut melihat beberapa rekahan pada batang pokok itu. Jika dia terkena pisau itu, sudah tentu tulang-tulangnya akan retak seribu.  Kejora segera mengaktifkan mata harimaunya. Dunia terus berubah, warna, gerak, aura… semuanya ...

GADIS HARIMAU : BAB 15

  “Bila kita boleh cari harimau mistik tu?” tanya Kejora sebaik sahaja latihan malam itu tamat. Nafasnya masih tercungap, peluh menitis di sepanjang pelipis sebelum dia mengesatnya dengan lengan.  Di sekeliling mereka, hutan malam terasa hidup. Angin dingin mengalir di antara batang pokok, membawa sekali bau tanah lembap.  Sebelum Firdaus sempat membuka mulut, Kejora cepat memotong, “Jangan cakap aku tak bersedia lagi. Aku dah kalahkan kau hampir lima round hari ni.” “Tak. hari ni aku saja bagi kau menang,” jawab Firdaus dengan nada bersahaja, masih enggan mengalah. “Untuk tambah keyakinan kau.” Kejora merengus. “Kau sengaja, tapi kau tak bagi aku cari harimau mistik tu. Apa kau nak sebenarnya?” Dia cuba menahan sabar tapi suaranya jelas menyimpan bara yang semakin berbahang.  “Aku nak kau bertenang dan fokus,” balas Firdaus.  “Fokus apa? Matlamat aku sekarang cuma nak cari harimau tu dan tamatkan sumpahan ni. Tapi kau buat aku macam subjek eksperimen!” Suara Ke...

GADIS HARIMAU : BAB 14

  Selepas Firdaus pulang, Lydia kembali menyambung kerjanya menyusun buku-buku yang mengunung di dalam tray. Bunyi kertas dan kulit buku bergesel memenuhi ruang sunyi itu. Namun, di celah kesibukan itu, dia terdengar sesuatu, seakan-akan bunyi tapak kaki. Perlahan tetapi jelas.  Dia berhenti. Menoleh.  Kosong.  Hanya dia seorang di tingkat atas.  Pada mulanya Lydia memilih untuk tidak mengendahkannya, menganggap mungkin hanya bunyi kayu rumah lama itu yang berkeriut. Namun apabila bunyi serupa kedengaran lagi… dan lagi… perlahan-lahan merayap ke belakang tubuhnya, rasa tidak enak mula menguasai dadanya.  Duk! Duk! Duk! Satu demi satu buku melompat keluar dari rak dan jatuh bersepah di lantai. Sepatutnya dia takut, namun reaksi Lydia hanya satu. Mengeluh panjang seperti seorang kakak yang penat melayan kerenah budak nakal.  Dia tunduk, mengambil buku yang jatuh tadi, membuka halaman tengahnya… lalu mengoyak sehelai kertas dengan garang. Saat itu, satu b...

GADIS HARIMAU : BAB 13

  Suatu pagi yang damai, Kejora muncul di perpustakaan kecil milik Lydia.  Udara pagi yang segar dan cahaya matahari yang masuk melalui tingkap kaca menyerlahkan habuk-habus halus yang berterbangan di dalam. Lydia yang sedang menyusun buku di tingkat atas kelihatan terkejut dengan kedatangan Kejora yang tidak disangka.  “Kejora…” Lydia sedikit terkejut, namun wajahnya segera bertukar ramah. “Aku jarang dapat pelanggan awal-awal pagi di hari Sabtu begini.” Lydia menyambut kedatangan Kejora dengan secawan kopi panas dan sepotong roti yang baru dipanggang berinti kaya dan butter.  “Aku datang ada sebab,” Kejora duduk sambi menggenggam cawan itu erat seolah-olah mengumpul keberanian. “Tentang harimau mistik…” Kening Lydia terangkat. “Harimau mistik?” “Ya.” Kejora mengangguk. “Aku hanya tahu harimau mistik tu wujud dari Firdaus tapi aku tak dapat banyak info dari dia. Dia kata dia nak tolong aku cari harimau mistik tapi dia sibuk nak aku jadi kuat sampai aku rasa aku dah ...