Seseorang untuk Dinikahi: Bab 23


Nazwan, sebelum kita pergi lebih jauh lagi, inilah masa untuk kau buat keputusan. Peraturannya mudah saja. Kalau kau fikir, kau tak boleh, jadi, jangan teruskan. Mudah, bukan?” kata-kata Arissa tadi masih lagi ternyiang-nyiang di telinganya.
Ya. Bercakap memang senang. Mudah saja. Tapi hendak melakukannya bukan mudah. Kena fikir tentang semua orang di sekeliling terutama sekali nenek yang sudah membesarkannya. Disebabkan terhutang budi dengan nenek dan keluarga Luqman dia jarang sekali mengingkari kata-kata mereka.
Kalau diikutkan hati memang dia tidak rela. Tambah lagi Arissa bukanlah pilihan yang tepat. Memang dia tidak menafikan yang dia begitu mengenali Arissa. Bukan setakat kenal, tapi dalam banyak-banyak orang, dia paling bersabar dengan perangai Arissa.

Memang betul. Bagi setengah orang memang sudah tidak mahu berkawan dengan Arissa sebab perangainya yang tidak habis-habis menyusahkan orang, manja tak bertempat, cerewet yang berpanjangan dan kebanyakan perangai tak disukai orang ada pada Arissa. Macam manalah ada orang nak berkawan dengan dia kalau perangainya masih tidak berubah-ubah. Kawan-kawan Arissa semuanya tidak kekal lama. Hanya dia sahaja yang masih bertahan dengan Arissa.
Tapi semua itu bukannya penjamin masa depan dia dengan Arissa. Arissa pula satu hal. Selagi hatinya masih tersangkut pada yang itu, itu sahajalah yang dia kejar. Lelaki lain yang lagi handsome lalu depan dia pun, langsung buat tak tahu. Pelik sungguh!
Mama Fiza kata, itu menunjukkan Arissa memang betul-betul sudah jatuh cinta. Tapi bagi dia yang sudah kenal dengan Arissa, semua itu belum cukup bukti lagi. Arissa boleh jatuh cinta bila-bila masa dan bila sudah muak, dia akan tinggalkan begitu sahaja.
Jadi, buat apa dia hendak teruskan rancangan ini sedangkan masing-masing tidak serius. Betul juga kata Arissa, dia perlu fikir masak-masak sebelum mereka berdua pergi lebih jauh lagi.
Lantas Nazwan mencapai handsetnya. Dia sudah fikir masak-masak dan merasakan inilah keputusan yang terbaik untuk semua pihak. Terus dia mendail nombor handset Luqman walaupun bilik Luqman hanya bertentangan dengan biliknya.
Aku sangat pasti jam dalam bilik aku tak kehabisan bateri. Sekarang ni pukul 3.00 pagi wei,” suara mamai Luqman kedengaran menjawab panggilan itu.
Aku tak boleh tidur,” kata Nazwan pendek.
Tak boleh tidur sebab kau minum kopi jantan atau tak boleh tidur sebab kau tak nak tidur dengan harapan ada orang nyanyikan lagu Twinkle Twinkle Little Star untuk kau?” tanya Luqman lagi.
Aku harap sangat nak tengok kau nyanyikan lagu AKB48 untuk aku dengan skirt pendek yang kau beli semalam,” balas Nazwan selamba. Kenal sangat dia dengan Luqman. Kalau Luqman masih separuh tidur, hanya ada satu cara untuk bangunkan Luqman sepenuhnya. Sebut jelah AKB48, gerenti segar matanya.
Okey, aku tahu. Kau tak perlu sebut pasal AKB48 untuk paksa aku pergi ke bilik kau sekarang,” ujar Luqman. Tidak lama kemudian, pintu bilik Nazwan yang tidak berkunci itu dibuka oleh Luqman yang masih bercakap melalui handset.
Tapi kau punya statement tadi sungguh kejam. Aku pakai skirt nyanyi lagu AKB48 untuk kau? Dari mana kau dapat idea kejam macam tu?” sambung Luqman seraya menutup pintu bilik Nazwan. Panggilan tadi juga ditamatkan.
Tentang tawaran kau tadi, ada lagi ke?” tanya Nazwan langsung tak pedulikan soalan Luqman tadi.
Luqman mengerut dahi. Terkejut. Baru malam tadi Nazwan tidak setuju dengan tawarannya itu. Kini, tiba-tiba Nazwan berubah fikiran. Pelik. Selama ini dia kenal dengan perangai Nazwan yang tidak mudah mengubah keputusan yang telah dibuat.
Kenapa tiba-tiba kau ubah fikiran?” tanya Luqman. “Ohhh... ini mesti kau takut nak jadi menantu Pak Cik Hairi tu,” pantas saja Luqman meneka.
Kau boleh uruskan ke?” tanya Nazwan tanpa menjawab soalan Luqman tadi.
Demi kau aku sanggup buat apa sahaja,” ujar Luqman dengan penuh drama. “Tapi, sebelum aku bersubahat dengan kau, boleh tak kau beritahu aku tempat yang kau nak tuju? Sebab aku tak nak jadi macam kes yang dulu-dulu. Tension betul aku bila kau hilangkan diri.”
Aku nak ke UK,” beritahu Nazwan serius.
Apa?” terkejut Luqman mendengarnya. “UK? Kau serius?”
Nazwan mengangguk tanpa teragak-agak.
Haaa... aku tahu. Kau ada skandal dengan Natasya tu bukan? Kau tahu dia duduk di sana jadi kau nak pergi ke sana!” teka Luqman.
Pak cik aku ada dekat sana,” jawab Nazwan sekali gus menafikan terus tuduhan Luqman tadi.
Ohhh...,” Luqman mengangguk faham. “Tapi kenapa jauh sangat kau nak merajuk?”
Aku tak merajuklah,” keluh Nazwan menarik nafas panjang. Sabar sajalah. Melayan soalan-soalan Luqman memang begitu. “Buat masa ni, aku fikir lebih baik aku pergi jauh dari sini.”
Maknanya kau takkan kembali?” tanya Luqman.
Susah nak cakap.”
Kalau macam tu, aku tak nak tolong kau.”
Jadi, kau rela aku kahwin dengan Arissa?” tanya Nazwan kembali.
Bukan macam tu...”
Then, kau patut tolong aku,” potong Nazwan. Mendesak.
Tapi kenapa sampai nak pergi jauh? Kau tahukan, aku tak boleh hidup tanpa kau?” soalan budak-budak umur 10 tahun keluar dari mulut Luqman. Nasib baiklah Nazwan faham sangat dengan perangai Luqman yang tidak ubah seperti budak-budak.
Luqman, kau pernah dengar istilah facebook?” tanya Nazwan.
Luqman mengangguk.
Twitter?”
Sekali lagi Luqman mengangguk.
Skype? Blogger? Instagram?”
Angguk. Angguk. Angguk.
Tahniah. Jadi, sila jangan buat dunia ni seperti dunia zaman batu,” ujar Nazwan menyindir.
Masalahnya kau tu yang hidup dalam zaman batu. Macamlah kau ada semua akaun laman sosial yang kau cakap tadi tu,” perli Luqman kembali.
Kalau tak ada, boleh buat. Tak ada masalah, bukan?” balas Nazwan.
Okey,” keluh Luqman malas hendak panjangkan cerita walaupun dia masih ragu-ragu lagi. Dia sudah lama kenal Nazwan yang buta IT tapi semua itu letak nombor dua. Yang penting sekarang, Nazwan sudah bersetuju hendak jalankan misi mustahil mereka itu.
Kau pasti?” tanya Luqman sekali lagi.
Laju sahaja Nazwan mengangguk.
Okey, aku akan uruskan. Bila kau nak pergi?”
Esok.”
Gila. Mana sempat aku nak uruskan semua dalam masa yang singkat tu.”
Kau yang tanya, bila aku nak pergi. Jadi, aku jawablah esok,” jawab Nazwan selamba.
Habis tu, kau nak masuk negara orang dari pintu belakang? Orang masuk dari pintu belakang pun makan masa berbulan-bulan tau. Aku kena booking tiket kapal terbang kau dulu, uruskan visa kau dan uruskan barang-barang kau. Takkanlah kau nak bawa beg besar terang-terang tunjuk depan nenek. Ini perancangan nak larikan diri, bukannya perancangan nak pergi honeymoon senyap-senyap,” bising Luqman.
Okey, berapa hari kau boleh uruskan?”
Aku perlukan rakan subahat lagi satu sebelum buat keputusan,” jawab Luqman dengan senyuman misterinya.
Ah, lantak. Asalkan semuanya berjalan lancar.

***

Sarah mengeluh. Dia sendiri tidak pasti untuk kali ke berapa. Tapi yang pasti, sejak dia datang ke rumah Arissa pagi tadi, dia sudah mengeluh banyak kali. Kedatangannya ke situ atas paksaan. Bukan sahaja Arissa yang memaksanya tetapi Mama Fiza juga memaksa. Katanya, Arissa mogok tidak mahu keluar bilik selagi dia tidak datang.
Menyusahkan! Jadi, dalam keadaan terpaksa, Sarah akhirnya datang juga. Bila dia sampai ke rumah Arissa, tersengih-sengih Arissa buka pintu. Sah, memang dia kena tipu. Kata Puan Fiza, dia minta maaf kerana terpaksa panggilnya ke situ. Alasannya, Arissa hanya akan mencuba pakaian itu kalau Sarah ada. Sabar sajalah.
Walaupun hati rasa macam hendak terkam saja Arissa tu, tapi dia hanya mampu bersabar. Entah macam mana Puan Fiza dan Fazira boleh layan saja perangai Arissa yang makin lama makin menjadi-jadi. Ingatkan bila nak jadi tunang orang kurang sikit perangai manja tak bertempat itu tapi makin teruk pula! Kesian dengan Nazwan dapat bakal tunang begini. Sarah melihat jam di tangannya. Sudah setengah jam berlalu tapi batang hidung Arissa masih tidak kelihatan. Penat dia menunggu sampai habis beberapa majalah perkahwinan yang ada di ruang tamu itu dibeleknya.
Huh, ini tengah cuba baju atau tengah jahit baju ni? Hatinya puas menyumpah.
Tiba-tiba handsetnya berbunyi. Panggilan daripada Luqman. Sarah segera menjawab panggilan itu memandangkan dia terlampau bosan sangat menunggu.
Saya nampak kereta awak di rumah Arissa,” ujar Luqman sebaik sahaja Sarah menjawab panggilan itu.
Huh, saya tak nak cakap pasal tu buat masa ni,” balas Sarah tension.
Dia buat hal lagi?” teka Luqman.
Awak pun kenalkan perangai diakan? Jadi, saya harap awak telefon saya ni sebab nak beritahu berita gembira,” ujar Sarah yang masih berharap lagi.
Pandai pun. Tapi sekali dengan berita buruk,” balas Luqman.
Jadi, dia setuju dengan rancangan tu?” tanya Sarah yang dapat mengagak berita gembira itu.
Yup,” jawab Luqman.
Jawapan Luqman tadi sudah mampu buat dia tersenyum. Hilang terus mood kurang baiknya tadi. Tapi, hanya sekejap saja gembira itu datang apabila dia teringat berita buruk yang belum disampaikan lagi.
Dan berita buruk pula?” tanya Sarah.
Dia nak ke UK.”
Apa?” terkejut Sarah dibuatnya. Dia hampir menjerit tadi. Kemudian, dia melihat dan kanan sebelum mengeluh lega apabila tiada orang di sekelilingnya. Lantas dia bangun dan berlalu ke kawasan taman di luar rumah Arissa itu.
Kenapa jauh sangat?” tanya Sarah tidak puas hati.
Dia fikir, kalau dia masih ada di sini, rancangan nenek tu tetap akan berjalan. Memang betul pun. Saya kenal sangat dengan nenek, jadi mungkin lebih baik kita biarkan dia pergi UK,” beritahu Luqman.
Tapi, dia seorang diri pergi sana? Boleh percaya ke?”
Dia ada pak cik yang duduk dekat sana. Jadi, tiada masalah untuk kita risaukan dia,” kata Luqman lagi.
Awak pasti?” tanya Sarah lagi.
Berita Nazwan hendak larikan diri itu sudah menggembirakannya tapi berita hendak ke UK, dia masih was-was lagi. Tapi kalau ada orang yang Nazwan kenali di sana, mungkin tiada masalah.
Pasti,” jawab Luqman dengan yakin.
Okey, jadi kita setuju sajalah,” Sarah tiada pilihan lain lagi.
Sarah!” panggil Arissa dari dalam.
Oh tidak, Arissa dah datang,” keluh Sarah.
Okey, saya akan datang selamatkan awak sekejap lagi,” balas Luqman sebelum menamatkan perbualan tadi.
Sarah!” panggil Arissa dari belakang.
Ye!” terkejut Sarah dibuatnya apabila menyedari Arissa berada di muka pintu tidak jauh dari tempatnya berdiri.
Kau buat apa di sini?” tanya Arissa yang sudah menyarung baju pertunangannya.
Err... saja. Loving-loving dengan taman bunga ni sementara menunggu Cik Arissa yang cerewet pakai baju,” balasnya selamba.
Serentak itu bibir Arissa mengukir senyuman lebar.
Macam mana? Cantik tak?” tanya Arissa kepada Sarah sambil menggayakan baju yang akan dipakai semasa hari pertunangannya. Baju kurung moden yang dijahit bersama manik-manik cantik itu memang menepati cita rasanya. Simple dan nampak elegen.
Not bad,” jawab Sarah acuh tidak acuh.
Itu je?” tanya Arissa tidak puas hati.
Ye. Memang cantik. Sangat cantik. Kalau aku lelaki dah lama aku ajak kau kahwin sekarang tapi masalahnya sekarang ni aku perempuan, jadi aku boleh puji kau cantik sajalah,” ujar Sarah separuh geram. Orang komen satu patah dia tidak puas hati, jadi terpaksalah dia memuji tanpa kerelaannya.
Manis mulut kau. Memandangkan kau puji aku, jadi aku beri kau penghormatan untuk tangkap gambar kita bersama-sama,” ujar Arissa terus memeluk bahu Sarah sementara satu lagi tangannya menghalakan kamera handset ke arah mereka berdua.
Sarah pun layan ajelah. Orang syok sendiri memang begini. Biarlah Arissa bergembira sekarang. Yang pasti, dia akan memastikan rancangan mereka berjalan dengan lancar.

***

Dating?” tanya Nazwan yang tiba-tiba muncul di hadapan pintu bilik Luqman. Terkejut Luqman dibuatnya. Hampir gugur jantungnya bila ditegur begitu.
Wei, tolong jangan sergah sepupu sehati sejiwa kau ni boleh tak? Kalau aku tetiba tak ada nanti, siapa nak tolong kau lepas ni?” marah Luqman tidak puas hati.
Aku terpaksa sergah kau sebab kau tak jawab mesej aku tadi,” ujar Nazwan yang sudah masuk ke dalam bilik tanpa dipelawa.
Aku terpaksa abaikan mesej kau tu sebab... buat apa kau mesej aku sedangkan bilik kau tu depan bilik aku je,” bengang Luqman seketika.
Sebab aku tak tahu nak buat apa dengan kredit aku yang banyak macam tu,” balas Nazwan selamba.
Luqman hanya menggeleng. Ada sahaja bahan yang dibalasnya. Kalau begini, sampai bila pun Nazwan tetap akan menang. Lebih baik dia berhenti panjangkan topik dan terus ke topis sebenar.
Apa hal penting sangat kau nak tanya?” tanya Luqman.
Aku cadang nak beritahu Arissa.”
Apa? Kau dah gila ke? Jangan. Jangan!” bantah Luqman.
Walau apa pun dia kena tahu. Aku tak nak dia jadi mangsa....”
Dia bukan mangsa. Dia memang suka cari masalah,” potong Luqman tidak setuju. Gila hendak beritahu Arissa. Baru sahaja dia bercita-cita hendak balas dendam, boleh pulak Nazwan cakap begitu.
Tapi aku tak nak dia sedih nanti,” ujar Nazwan serba salah.
Dia takkan sedih. Mungkin. Mungkin dia akan sedih tapi hanya sehari dua. Selepas tu, dia akan lupakan kau dan cari mangsa lain,” tambah Luqman lagi.
Nazwan mengeluh. Sejujurnya, dia memang berat hati hendak meninggalkan Malaysia. Dia juga tidak mahu melihat Arissa bersedih tapi apa boleh buat, kalau dia masih berada di sini, nenek pasti akan memaksa dia buat sesuatu yang dia tidak suka.
Jangan fikirkan pasal dia. Kau patut fikirkan pasal kau dan pasal masa depan kau. Kalau kau beritahu Arissa, aku takut rancangan ni akan gagal,” Luqman cuba memujuk Nazwan. Entah sihir apa pula yang Arissa bagi sampai Nazwan boleh jadi begini. Dia tahu, Nazwan ingin tinggalkan Malaysia bukan kerana terpaksa ikat tali pertunangan dengan Arissa tapi kerana Nazwan tidak mahu ikut rancangan nenek merampas kembali syarikat yang ditinggalkan oleh arwah datuk dan mamanya.
Aku percaya pada Arissa. Sekurang-kurangnya aku nak dia tahu yang aku pergi bukan sebab dia,” Nazwan masih berkeras lagi.
Tapi aku tak percaya,” balas Luqman. “Dia tu banyak agenda tersembunyi. Dia lagi licik dari aku, kau tahu tak? Kalau tak, gerenti kau orang berdua takkan kena kantoi dengan nenek,” sekali lagi Luqman cuba memujuk Nazwan.
Tapi....”
Okey, aku faham. Kau rasa bersalah sebab buat dia macam ni. Kau boleh beritahu dia dan terangkan perkara sebenar tapi dengan syarat, kau hanya boleh beritahu dia selepas kau berangkat ke luar negara. Kalau kau beritahu dia selepas tu, aku yakin dia akan faham,” pujuk Luqman.
Akhirnya Nazwan mengangguk. Terpaksa setuju. Dia tiada pilihan. Kini, hanya Luqman sahaja harapannya. Kalau dia masih berkeras hendak beritahu Arissa, takut lain pula yang jadinya. Nak tak nak dia terpaksa simpan dahulu hasratnya.
Okey, aku nak keluar sekarang jumpa Sarah. Kau duduk di rumah dan jangan ke mana-mana. Jangan jumpa Arissa. Kau tu, bukannya boleh tengok dia sangat. Mesti hilang kawalan punya. Tunggu je berita baik dari aku,” ujar Luqman sebelum meninggalkan bilik itu.

***

Hah? Dating? Awalnya. Bukan ke kau baru sampai?” tanya Arissa kecewa.
Dah alang-alang aku datang sini, tambah lagi aku tak lama tak jumpa Luqman, jadi dia ajak aku keluar,” balas Sarah.
Haa... sweetnya. Nazwan tak pernah ajak aku keluar,” muncung tajamnya mula kelihatan. Cemburu habis dia dengan Sarah.
Okey, aku pergi dulu. Luqman dah tunggu di luar,” kata Sarah sebaik sahaja membaca mesej yang diterimanya tadi.
Sarah, tunggu!” lantas Arissa bersuara sebaik sahaja melihat Sarah mengorak langkah ke pintu utama.
Kenapa?” tanya Sarah terkejut.
Arissa tidak menjawab tetapi sebaliknya terus memeluk Sarah dengan erat. Sarah terkesima. Terkejut dengan tindakan Arissa itu. Memang Arissa suka sangat memeluk orang, tapi dia terkejut sebab sudah lama Arissa tidak berbuat demikian. Malah pelukannya, rasa lain macam.
Err... Arissa...”
Hadiah untuk kau kerana sudi datang hari ni. Maaflah sebab terpaksa tipu kau pagi tadi. Kalau aku tak buat macam tu, entah bila kita dapat tangkap gambar sama-sama nanti,” ujar Arissa yang masih memeluk Sarah.
Ohhh...” Serba salah Sarah dibuatnya.
Okey,” pelukan segera dileraikan. “Mulai hari ini, aku perlu kuat. Aku dah tak boleh manja-manja lagi dah. Aku ingin pastikan semuanya berjalan dengan lancar!”
Macam-macamlah kau ni. Jangan risau, semuanya akan selamat.”
Harap-harap macam tulah,” balas Arissa.
Okeylah aku pergi dulu,” sekali lagi Sarah meminta diri.
Hati-hati dating tu. Jangan buat benda tak senonoh!” jerit Arissa sebelum Sarah menghilang di sebalik pintu.
Selepas Sarah meninggalkan pekarangan rumahnya, Arissa segera naik ke biliknya. Dia mencapai handsetnya dan mendail nombor telefon seseorang.
Hai bakal pengantin, baru sekarang nak call aku ke?” tanya satu suara sebaik sahaja panggilan itu disambut seseorang.
Melati...”
Kenapa ni?”

Aku perlukan kau sekarang.”

16 si charming:

  1. si yellow berkata...:

    nazwan akan menyesal!!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Arissa nak lari jugak ke??
    Hmm..

  1. IVORYGINGER berkata...:

    Nazwan yg plan nk escape tp Arissa yg hilang plak. Pelik betul budak dua org ni. sesuai tuk bersama. he... ;D
    Kt tgk nnti Nazwan mngelabah tak bila Arissa hilang.

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Tgk2 dua2 lg kt us.erk us ke uk

  1. ani aziz berkata...:

    Kasian Arissa, percaya sangat kat sahabat musang berbulu ayam tu.

  1. Tanpa Nama berkata...:

    apa kes ni!!!!knp jadi mcm ni??spoil!!!sedihhh :( harap lps ni cerita lagi gempak!!!!! :)

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Cpt lar update lagiiiii...xsbr nk bacaaaaa.....

  1. Unknown berkata...:

    Hurm...mcm x puas bc plak.... Updet lg yea

  1. Tanpa Nama berkata...:

    cep[at update yg baru ekkk!!!!!i'll be the first one who read this :D *excited huhuhuhu :D

  1. rahsia hatiku berkata...:

    kecian kat Arissa.. walaupun prangai dia cam2 dia still baik ngan org lain tapi kengkawan dia sdri buat dia cam2..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    kesian kat arissa

  1. Tanpa Nama berkata...:

    x salah kalau da sikapnya manja..bukan susahkan orang pun.. kesian Arissa.kawan2nya sume makan dalam

    >><<

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Bila nak ada entry baru ni? tak sabar dah ni.

  1. Tanpa Nama berkata...:

    cik ratu bila nk masuk entry baru?dah rindu la kat arissa ngan nazwan

  1. Tanpa Nama berkata...:

    bila nk msk entry baru ni??how many days,months,years that i need to wait??erggg I'm waiting for this..hurry up..please.. :(

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages