16: PRINCE CHARMING


“Hisy, tak puas hati betullah dengan Natasya tu. Boleh pulak dia disahkan demam panas. Lepas tu 3 hari berturut-turut tak datang sekolah pulak tu. Hebat betul teknik yang dia pakai sampai doktor bagi dia cuti berehat seminggu. Seminggu! Korang bayangkanlah seminggu dia dapat cuti sakit. Padahal dia tu demam biasa saja. Entah-entah doktor yang bagi dia surat cuti sakit tu doktor haiwan. Hah, hanya doktor haiwan saja yang akan bagi cuti sakit kat perempuan gila talak tu,” Dahlila dan Sakinah hanya mampu mendengar rungutan maut dari Blue yang dari pagi-pagi tadi sehinggalah mereka balik sekolah, Blue tak habis-habis merungut pasal Natasya yang dilaporkan demam panas.

Mana tak bengangnya minah sorang tu, baik-baik susun strategi hendak malukan Natasya depan perhimpunan, si Natasya pula di timpa musibah. Walaupun ramai yang tahu itu adalah alasan Natasya untuk lari dari memberi ucapan perhimpunan tapi ianya memang tak dapat diterima oleh Blue. Habis mengamuk Blue beberapa hari ni sampai cikgu pun dia marahnya dan diakhir cerita, Blue terpaksa mengalah dengan keputusan pengetua yang kesian pula dengan Natasya.

“Bab Natasya sakit tu memang betul. Dan begitu juga dengan doktor telah bagi dia cuti sakit selama seminggu tapi sedikit pembetulan di situ… bukan doktor haiwan tapi doktor manusia. Dan aku rasa si Natasya tu taklah gila nak suruh doktor haiwan sign surat cuti sakit dia. Hanya kau saja yang pernah bawa surat cuti dari doktor haiwan,” balas Dahlila dengan nada menyindir.
Blue terdiam seketika. Barangkali berfikir sesuatu.

“Hah, jangan nak buat tak ingat. Baru saja tahun lepas kau datang kelas selepas 3 hari kau tak datang bawa surat cuti. Kalau kau bawa surat cuti dari doktor yang merawat manusia seperti kitorang ni tak pelah tapi kau bawa surat cuti sakit dari doktor haiwan. Doktor haiwan kau tahu tak? Habis satu hari kau kena gelak satu sekolah,” Sakinah mencelah mengingatkan lawak semulajadi Blue tahun lepas.

“Betullah apa yang aku buat tu. Kucing aku sakit sebab nak beranak. Aku serba salah nak tinggalkan kucing aku tu. Bila aku keluar saja dari bilik stor tu, si Kuning ikut aku sedangkan dia nak beranak tu. Sampai aku nak pergi sekolah pun dia nak ikut aku suruh aku temankan dia beranak. Sebab tulah aku minta surat cuti sakit kat doktor haiwan. Aku tak boleh pergi ke mana-mana selagi si Kuning tu tak melahirkan anak, kau tahu tak. Aku nak pergi jamban pun susah sebab si Kuning ikut aku,” terang Blue kembali teringat bagaimana dia menemani kucing kesayangannya beranak.

Dahlila dan Sakinah hanya menggeleng.

“Kau tahu tak, aku rasa Mr. Bean pun tak pernah kemukakan surat cuti sakit dari doktor haiwan kat sekolah.”

“Memanglah sebab Mr. Bean tak pernah pergi sekolah,” jawab Blue selamba.

“Mana kau tau?”

“Kalau dia pergi sekolah tak delah dia buat lawak bodoh hari-hari,” jawab Blue lagi.

“Huh, orang yang pergi sekolah pun selalu buat lawak bodoh,” sindir Sakinah menjeling Blue yang masih lagi berlagak selamba. “Blue, Hafizlah.”

Blue dari jauh melemparkan senyuman manis kepada Hafiz yang berdiri di hadapan pintu pagar. Gayanya seperti mahu berjumpa dengan seseorang. Tak mungkin Hafiz ingin berjumpa dengan Natasya kerana Natasya masih lagi tidak hadir sekolah. Mungkin hendak berjumpa dengannya. Tapi bagaimana pula kalau Hafiz hendak berjumpa dengannya sebab Natasya?

Huh, kalau dia sebut pasal Natasya depan aku, kenalah dengan buku teks aku ni,’ detis hati Blue sambil bersiap sedia dengan buku teks di tangannya.

Blue kemudiannya menjeling memandang Dahlila dan Sakinah masih lagi berdiri di sebelahnya, manakala Hafiz mula mengorak langkah ke arah mereka.

“Okey, okey… kalau dah hero datang menghampiri heroin, kita yang sebagai watak sampingan ini terpaksalah berkata ‘okey, kami tak mahu mengganggu korang berdua berpacaran, jadi kami pergi dululah,” ujar Sakinah yang mengerti maksud dari jerlingan maut Blue.

“Nanti jap, kau kata hero dan heroin… sejak bila pula pengarah cerita ni bagi watak heroin pada Blue hah?” tanya Dahlila.

“Ala heroin untuk beberapa minit saja, kau ni macam tak faham-faham pulak.”

“Kalau korang tak nak merasa buku teks setebal ni melayang kat muka korang yang cun tu, baik korang pergi dari sini,” Blue mula bersuara. Pening betul dengan kawan-kawannya yang sudah terpengaruh dengan drama-drama di televisyen.

Dahlila dan Sakinah hanya tersengih-sengih dan mula mengorak langkah.

“Kenapa tu?” tanya Hafiz kepadanya.

“Oh, tak de apa. So, kau tengah tunggu siapa ni? Aku rasa Natasya masih bercuti lagi kat atas katil tu.”

“Natasya tiada kat sini. Dia pergi ke rumah sepupunya kat Kuala Lumpur untuk beberapa hari ini,” jawab Hafiz.

“Oh, tak sangka ye, orang sakit pun boleh pergi bercuti kat rumah sepupu. Kuala Lumpur pula tu.”

“Mak cik sebelah ayah dia baru saja dapat baby, so, dia pergi melawat walaupun demam-demam lagi.”

Blue hanya menjeling tajam. Buku teks di tangannya di pegang dengan kuat. Tunggu masa saja lagi untuk dia hayun tangannya ke muka Hafiz.

“Dan kau nak jumpa….”

“Aku nak jumpa kau,” pantas Hafiz berkata.

“Sebab apa?” Blue berlagak selamba. “Oh, biar aku teka, kau nak pujuk aku supaya maafkan apa yang Natasya telah buat terhadap aku. Maaflah, walaupun aku mati kena langgar sekali pun, aku takkan maafkan Natasya tau. Kau tahu tak, dia memang sengaja tinggalkan aku kat K.L tu seorang diri. Nasib baiklah aku terjum…,” serta-merta Blue menekup mulutnya.

“Terjumpa siapa?”

“Terjumpa seorang kakak yang budiman hantar aku balik,” cover Blue baik punya. Huh, nasib baiklah dia tidak terlepas cakap yang dia terjumpa Roswell di Kuala Lumpur, kalau tidak, mahu Hafiz soalnya macam-macam. Yelah, Hafiz bukannya suka sangat dengan si Roswell tu. Entah apa yang dimusuhkan oleh mereka dia sendiri pun tidak faham.

“Oh,” Hafiz mengangguk faham. Dia juga ada dimaklumkan tentang itu. Nasib baiklah ada orang yang baik hati menghantar Blue pulang. “Actually, aku nak jumpa kau bukan nak cakap pasal Tasya.”

Anak mata Blue membesar. Terkejut. Kalau bukan nak cakap pasal Natasya, nak cakap pasal apa lagi? Pasal hubungan mereka berdua ke?

Mereka berlalu ke sebuah bangku yang kosong berdekatan dengan pintu masuk sekolah. Suasana di pintu pagar hadapan agak lengang, mungkin ramai pelajar sekolah telahpun pulang ke rumah masing-masing.

“Kalau bukan pasal Natasya, pasal apa pula?” tanya Blue mula berlagak selamba. Mungkin Hafiz hendak minta maaf sebab menolaknya dan mungkin juga Hafiz ingin kembali kepadanya semula. Hatinya mula bersorak gembira namun, dia masih lagi berlagak selamba.
“Tentang Asraf Danish.”

“Roswell?!” terkejut beruk dia bila Hafiz ingin bercakap tentang Asraf Danish, si makhluk asing dari Roswell itu. “Kenapa pula dengan makhluk asing tu?”

“Aku nak kau jauhkan diri kau dari budak tu. Aku tak suka,” ujar Hafiz berterus-terang kepadanya. Pandangan Hafiz serius.

“Okey, aku memang tak de apa-apa hubungan dengan Roswell tu dan aku sebenarnya tak kisah pun kewujudan dia kat muka bumi ni tapi aku nak tanya kau satu soalan, kau cemburu?” ujar Blue bertanya dengan tenang walaupun hatinya sudah bersorak keriangan.

Hafiz cemburu! Jadi, ada peluanglah untuk dia memikat Hafiz semula!

Hafiz menggeleng.

“Ini bukan sebab aku cemburu tapi sebab aku masih anggap kau sebagai kawan. Aku tak mahu tengok kawan aku merana disebabkan lelaki yang tak berguna tu.”

Blue terdiam. Lelaki yang tak berguna?! Huh, sesedap coklat je Hafiz cakap Roswell lelaki yang tak berguna. Dengan nada yang keras pula tu. Apa yang dah Roswell buat sampai Hafiz boleh cakap macam tu? Setahunya, Roswell memanglah terkenal dengan perangai agresif dia di sekolah. Sering kali ponteng kelas dan melanggar peraturan sekolah tapi Hafiz tak boleh menuduh Roswell lelaki yang tak berguna.

Kalau Roswell lelaki yang tak berguna, Roswell takkan tolong dia semasa dia tersesat di Kuala Lumpur walaupun lelaki itu seringkali mengeluh tapi dalam keluhan dia tetap menolong.
“Okey, aku tak tahu kenapa aku rasa terkejut dan marah bila kau cakap Roswell tu lelaki yang tak berguna tapi walauapapun kau tak patut mengata dia macam tu. Kau bukannya kenal sangat dengan Roswell dan apa bukti dia tu tak berguna?”

“Ini hal lelaki.”

“Yup. Ini hal orang lelaki tapi hal ini dah melibatkan aku juga. Bagaimana aku nak percaya cakap kau yang Roswell tu lelaki yang tak berguna kalau tiada bukti yang kukuh. Yes. Mungkin dia tu selalu langgar peraturan sekolah tapi aku pun selalu langgar peraturan sekolah, tapi itu tak bermakna aku ni tak berguna. Begitu juga dengan Roswell. Dan kalau aku tanya kau, pernah ke kau merokok kat dalam tandas? Dan jawapannya adalah ya sebab kau pernah mengaku kau merokok kat dalam tandas tapi aku tak pernah cakap kau ni lelaki yang tak berguna. Begitu juga dengan Roswell. Apa sebab kau cakap dia lelaki yang tak berguna? Dia pernah rogol perempuan ke?”

“Mungkin.”

“Siapa? Bila? Di mana?” bertubi-tubi Blue bertanya.

“Aku hanya cakap mungkin.”

“Yes, kau hanya cakap mungkin. Mungkin ya dan mungkin tidak. Still tiada bukti lagi tapi kau boleh cakap tanpa rasa bersalah.”

“Blue,” keluh Hafiz. “Okey, Asraf adalah gay. Puas hati?”

“Bukti?”

“Kau pun tahukan yang dia tu anti perempuan dan dia sendiri yang cakap dia tak suka dengan perempuan dan dia tak mahu ada apa-apa hubungan dengan perempuan. Semua tu dah cukup terbukti yang dia tu gay.”

Blue hanya menggeleng. Memang tak dinafikan Roswell memang anti dengan perempuan. Perempuan di anggap sebagai musuh dan kalau boleh dia tak mahu ada apa-apa hubungan dengan perempuan. Dan Roswell cuba memikat dia pun atas desakan kawan-kawannya yang mahu dia memikat seorang perempuan (dan orang itu sepatutnya bukan Blue).

Dan ada sebab kenapa Roswell anti perempuan. Sebabnya, hanya dia seorang saja yang tahu. Kalau orang kata Roswell adalah gay dan fobia dengan perempuan ataupun pernah dilukai oleh perempuan, semua itu tidak benar. Roswell bukan Gay. Dia juga tidak fobia dengan perempuan apatah lagi pernah dilukai oleh perempuan. Malah, menurut Kak Linda, Roswell memang banyak peminat-peminat perempuan tapi satupun tidak pernah dipandang oleh Roswell.

Pada malam Kak Linda menghantarnya pulang, Kak Linda menceritakan hampir segalanya tentang adik lelakinya itu.

“Boy jarang ada kawan perempuan,” ujar Kak Linda sambil memandu. Sesekali dia menjeling adiknya yang sudah terlelap di tempat duduk belakang. Mungkin lepas makan ubat tadi.
“Kenapa?” tanya Blue yang entah kenapa dia ringan mulut bertanya pada malam itu. Mungkin sebab dia ingin tahu identity Roswell yang samar-samar.

“Sebab dia satu-satunya lelaki dalam keluarga. Bayangkanlah setiap hari dia terpaksa berhadapan dengan kakak-kakaknya yang setiap seorang ada kerenah masing-masing. Oleh sebab Boy lelaki dan satu-satunya adik kami, kami telah mendidiknya dengan ketat. Walaupun dia adik bongsu, kami tak manjakannya cuma ada sesetengah dari kakaknya yang selalu memanjakannya.”

“Dia ada berapa orang kakak?” tanya Blue.

“9 orang,” hampir tersedak Blue bila mendengar kenyataan dari Kak Linda. “Actually 10 orang tapi kakak yang sulung sudah berkeluarga masa Boy dilahirkan, dan dia tak selalu berada di Malaysia sebab ikut husband dia ke Austaralia. So, 9 orang kakak menjaganya dalam satu masa. Dari kecil hinggalah sekarang tapi sekarang kami hanya melihatnya dari jauh saja.”

“Kenapa?”

“Tradisi keluarga. Actually setiap seorang dari kami akan di hantar ke mana-mana untuk hidup sendiri. Sebab dengan ini kami boleh hidup berdikari. Kami boleh belajar macam mana nak menguruskan hidup sendiri dan belajar nak buat keputusan.”

“Tapi apa kena mengena dengan Asraf yang bencikan perempuan?”

“Pembetulan. Boy tak bencikan perempuan tapi dia nak lari dari perempuan. Dia bosan. Sejak kecil hingga ke besar hidupnya asyik dikawal oleh perempuan. Dia pun pernah merungut dia asyik mendapatkan bantuan dari kakak-kakaknya yang lain sebab itulah dia mahu hidup sendiri tanpa kakak-kakak di sisi. Dan kalau boleh Boy tak mahu ada perempuan di sebelahnya sebab dia ni jenis yang suka bergantung pada orang terutama sekali perempuan. Boy mahu berdikari sendiri.”

“Tapi kalau dia pergi ke perusuk mana pun, mesti ada juga kaum hawa.”

“Betul. Sebab tulah Boy buat kenyataan yang dia tu anti perempuan tapi sebenarnya dia bukanlah anti perempuan dan Boy juga bukan Gay. Mungkin, buat masa ni dia tak berminat nak bercinta-cinta,” terang Kak Linda. “Fahamkah ni?”

“Err… sikit-sikit.”

“Boy memang pelik sikit. Biasalah kalau dah 9 orang kakak menjaga dalam satu masa. Huh, nasib baiklah Boy jadi lelaki sejati dan bukannya nyah. Yelah, dah bergaul dengan 9 orang kakak sampai ada orang cakap dia akan jadi nyah kalau dibiarkan kami menjaganya.”

Blue ketawa kelucuan. Tak dapat dibayangkan Roswell menjadi nyah. Hehehe….

Blue kembali ke dunia nyatanya semula. Memandang Hafiz di hadapannya yang masih lagi menghujahkan bukti-bukti kukuh kononnya Roswell adalah Gay. Dia hanya mendengar. Malas dia mahu berbahas balik dengan Hafiz, asalkan dia seorang saja yang tahu cerita di sebalik Roswell antiperempuan.

“Kalau dia Gay pun apa masalah aku? Aku bukannya dah jatuh cinta dengan dia dan takkan jatuh cinta dengan dia pun,” ujar Blue. “Sudahlah Hafiz, kalau Roswell tu gay, biarlah dia dengan dunia dia lagipun kalau dia gay, aku rasa dah selamatlah dan kau tak perlulah risaukan aku sebab dia minat lelaki cuma kau perlu risaukan diri kau sebab mungkin dia cuba tackle kau tapi tak dapat kot,” tambah Blue selamba.

“Blue, aku bukan melawak.”

“Okey, sorry. Tak perlu risaulah. Aku tahu jaga diri. Setakat lelaki Gay, aku boleh uruskan lagi.”
“Kalau Roswell Gay aku pun tak kisah sangat tapi dia ni mat gian.”

“Sudah! Mat gian pulak. Kau ni ada-ada je point nak tuduh Roswell tu. Macam manalah Roswell tu tak melenting depan kau kalau kau asyik tuduh dia macam-macam.”

“Aku sendiri nampak dia telan ubat.”

“Kau ni, mana tahukan dia telah Panadol ke, ubat demam ke. Sesedap je kau kata Roswell mat gian. Mat gian tu hisap gam jelah.”

“Ah, samalah tu. Yang penting ramai orang nampak dia lalok selepas telan ubat.”

Blue hanya menggeleng. Huh, rupanya lelaki lagi pandai mengumpat dari perempuan. Pedas pula tu. Tapi main tuduh sesuka hati. Tanpa periksa apa yang sebenarnya berlaku.

“Aku pun selepas makan ubat demam boleh lalok.”

“Ini bukan ubat demamlah. Ni ubat khayal.”

“Hafiz, aku tak tahu nak kata apa selepas kau beritahu aku semua ni. Okey, mungkin aku tak kenal sangat siapa Roswell tu tapi ada sesuatu yang korang semua tak tahu tentang Roswell dan aku tahu. Aku berani jamin yang Roswell bukan orang macam tu. Dia bukan lelaki yang tak berguna. Dan aku rasa, Roswell lebih baik kalau dibandingkan dengan kau. Aku tak tahu kenapa aku fikir begini tapi aku ada bukti kukuh juga kenapa aku cakap dia lebih baik dari kau, sorry. Aku tak boleh percaya kata-kata kau tadi sebab aku lebih percayakan firasat aku. Sorry sekali lagi dan aku terpaksa pergi,” tanpa menunggu bicara Hafiz seterusnya, Blue berlalu pergi dengan hati yang tidak senang.

Entah kenapa dia sakit hati sesangat bila Hafiz mengata Roswell yang bukan-bukan. Yang semuanya tak masuk akal. Roswell dengan pil khayal? Lalok? Huh, walaupun dia benci sangat dengan makhluk asing yang tiba-tiba kacau dunianya itu tapi dia tak pernah terfikir Roswell adalah orang begitu.

Memang dia percaya Roswell ada ambil ubat dan Kak Linda sudah terangkan segala-galanya.
“Sebelum ni Boy sakit. Kanser Hati. Sebelum Boy kena, Boy selalu sangat sakit-sakit dan pengsan. Kami ingat sakit biasa saja sebab badan Boy memang lemah sejak kecil lagi. Bila buat pemeriksaan, barulah dapat tahu Boy kena kanser tapi masa tu masih diperingkat awal. Kanser tu baru nak jadi. So, cuba cegah secepat mungkin. Sebelum ia menjadi kanser, lebih baik kami mencegah dulu. Dan Alhamdulillah, selepas 5 tahun, barulah Boy bebas dari kanser tu cuma walaupun dah disahkan bebas dari kanser, Boy perlu ambil ubat untuk cegah kanser tu kembali semula. Tapi budak ni memang degil, bukannya nak makan ubat. Lepas tu buat sesuatu yang orang larang,” terang Kak Linda.
***********

Haaacummm!!

“Hai, sapalah yang mengata aku ni,” kata Asraf sambil mengosok-gosok hidungnya yang gatal. Sejak dari pagi tadi dia asyik bersin sahaja sehinggakan dia sudah penat untuk bersin lagi.

“Tu bukan orang mengata tapi kau dah kena selsema,” Nazrul mencelah menghampirinya yang terduduk di tepi gelangang bola keranjang. “Apalah kau ni, dalam hujan-hujan pun kau boleh redah main bola keranjang. Hah, sekarang kau juga yang susah sebab dapat demam.”

“Aku mana ada demamlah. Aku bersin ni sebab ada orang mengata aku tau. Hisy, aku tahulah sejak akhir-akhir ni aku popular sampai tak cukup buku nak sign,” katanya sedikit belagak.

“Banyaklah kau pun sign. Dan sejak bila kau ni jadi Prince Charming ni? Perasan lebih,” Zafrul pula mencelah.

“Korang ni, bukan ke korang yang nak tengok aku jadi Prince Charming. Bila aku baru terpasang niat nak rampas title Prince Charming Hafiz, macam-macam tomahan yang korang bagi. Macammanalah aku nak berjaya jadi Prince Charming kalau korang tak support aku ni.”

“Banyaklah kau punya Prince Charming. Dan lagi bila masa pula kitorang suruh kau jadi Prince Charming ni?”

“Hah? Tak de ke?”

Kedua kawannya itu hanya menggeleng. Sudah mulalah lawak bodoh Asraf itu.

“Wei, jom pergi makan. Aku laparlah,” ajak Asraf.

“Kau belanja.”

“Asal aku saja yang kena belanja hah? Korang tak kesian ke dengan aku anak yatim piatu ni. Sepatutnya korang yang kena belanja aku makan. Ini, hari-hari aku belanja korang makan.”
“Siapa yang suruh kau ajak kitorang.”

“Sebab aku bosan makan sensorang. Aku tak de selera kalau makan sensorang sebab tulah aku ajak korang tapi korang pula mengambil kesempatan.”

“Dah kau ajak, mestilah kami ingat kau nak belanja.”

“Ah, hari ni tak de belanja-belanja. Makan mee segera je kat rumah aku sambil layan dvd. Aku baru saja sewa dvd seram.”

“Laa… apa klas tengok citer seram siang-siang buta ni.”

“Klas tak klas. Aku nak tengok juga. Korang mesti ikut aku.”

“Ala, cakaplah kau tu sebenarnya pengecut.”

“Hoi, mulut tu kalau nak mengata pun perlahanlah sikit. Jatuh maruah aku sebagai lelaki sejati tau. Dan sedikit pembetulan. Aku bukannya pengecut, tapi menurut kakak aku, kalau boleh jangan tengok cerita seram malam-malam buta. Takut nanti ada sesuatu tumpang tidur sebelah kita pulak.”
*********

“Aik, siapa punya kereta pulak yang parking depan rumah aku ni?” tanya Asraf kehairanan sebaik sahaja melewati perkarangan rumah usang yang menjadi tempat tinggalnya selama beberapa tahun ini.

“Wow, ni kereta mewah ni,” ujar Nazrul yang teruja dengan kereta sport warna merah menyala. “Ni kereta jenis apa hah? Tak pernah tengok pun.”

“Tah. Aku bukannya minat sangat dengan kereta. Tapi kalau kau kata bab figure Gundam tu aku tahulah,” ujar Zafrul yang memang minat gila dengan Gundam.

Asraf menggaru kepalanya yang tidak gatal. Entah siapa pula yang bertandang ke rumahnya itu. Salah seorang dari kakak-kakak dia? Tapi siapa? Rasanya dia kenal sangat jenis kereta setiap kakaknya guna tapi jenis ni dia tak pernah tengok. Entah kereta model apa dia pun tak tahu. Sememangnya dia fail dalam pengelasan jenis kereta ini. Tak minat.

Dia berlalu ke pintu rumahnya. Di tolak pintu rumahnya. Aik, tak berkunci? Sah! Ada seseorang telah memecah masuk ke dalam rumahnya. Siapalah yang nak pecah masuk ke dalam rumah yang tiada nilai harta tu? Pencuri pun fikir dua tiga kali nak pecah masuk ke rumahnya.
“Kenapa Asraf?” tanya Zafrul hairan bila dia tengok Asraf hairan.

“Ada orang kat rumah akulah,” kata Asraf segera membuka kasutnya sebelum melangkah masuk ke dalam.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk, dia terbau satu aroma yang melazatkan sehingga perutnya menyanyi lagu rancak. Lapar. Di lihatnya, lauk pauk sudah terhidang di atas meja.

“Wei, Asraf kau upah orang gaji ke? Siap masak sekali,” ujar Nazrul yang sudah terleleh dengan hidangan yang di sediakan di atas meja.

“Kak Mira,” sapanya kepada seorang gadis yang keluar dari dapur sambil membawa sedulang air minuman perisa tembikai.

“Hai sweeatheart,” sapa gadis itu tersenyum manis sebelum berpelukan dengannya. “Rindunya dengan Boy,” ujarnya yang masih lagi memeluk erat adik bongsunya itu. Pelukan di leraikan tidak lama selepas itu.

“Apa Kak Mira buat di sini?”

“Saja melawat Boy sebab Kak Linda kata Boy sakit lagi.”

“Ah, Kak Linda tu saja nak buat gempak je. Mana ada orang sakit.”

“Iyalah tu. Eh, kawan Boy?”

Nazrul dan Zafrul hanya tersengih-sengih di tepi. Mereka bukannya apa, masing-masing sudah kelaparan. Di tambah pula ada perempuan cantik masak lauk yang sedap-sedap.

“Hah, ni aku nak kenalkan, nilah kakak aku yang duduk diluar negara tak mau balik-balik Malaysia yang aku cakapkan tu, Kak Mira. Orangnya masih single tapi not available,” Asraf memperkenalkan kakaknya itu.

“Hai,” sapa Kak Mira dengan senyuman mesra. “Boy, bukannya Kak Mira tak mahu balik tapi Kak Mira belum habis belajar lagi. Lagi setahun saja akak duduk sana tau, lepas tu akak baliklah Malaysia.”

“Yelah tu, orang dengar Kak Maria suruh Kak Mira stay kat sana lepas habis study,” ujar Asraf berlalu ke meja makan.

Kak Mira tersengih-sengih.

“Kalau begitu Boy ikut sekalilah ye.”

Asraf menjeling tajam. Ikut sekali? Itu pun kalau Kak Maria bagi. Kalau tak, terpaksalah dia berjauhan dengan Kak Mira. Bukannya apa, dalam banyak-banyak kakak, Kak Mira merupakan tempat dia bermanja dan dia dengan Kak Mira memang tiada rahsia. Segala rahsianya Kak Mira tahu.

“Bila Kak Mira sampai?” tanya Asraf yang kembali ke dapur semula selepas menghantar kawan-kawannya ke pintu hadapan setelah kenyang dengan hidangan yang Kak Mira masak. Habis licin mereka makan.

“Petang semalam. Actually akak balik sebab Kak Maria suruh. Ada hal sikit. Tapi Kak Maria tiba-tiba ada hal pulak hari ni, sebab tulah akak datang jumpa Boy. Nak tengok keadaan Boy macam mana.”

“Yelah, kalau bukan sebab Kak Maria mesti Kak Mira tak mahu balik,” ujarnya sambil melambung-lambung buah apple yang baru di basuh oleh Kak Mira.

“Actually, Kak Maria saja buat panggil akak balik sebab suruh tengokkan Boy yang makin degil ni. Akak tahu sangat dengan perangai Kak Maria tu.”

Asraf sekadar mengukirkan senyuman. Dia memeluk Kak Mira sambil berkata “Terima kasih sebab datang melawat.”

“Ucap terima kasih pada Kak Maria juga tau.”

Kedengaran keluhan berat dari Asraf.

“Boy.”

“Okey, orang akan call Kak Maria dan ucapkan terima kasih tapi selepas orang mandi nanti,” dia mengenyit matanya.

“Nakal.”
**********

Natasya menutup handsetnya dengan marah. Sejak akhir-akhir ini hubungannya dengan Hafiz tidak berjalan dengan lancar. Semuanya gara-gara kes di Kuala Lumpur. Hafiz memang marah dengan perbuatannya itu dan langsung tidak menolongnya, malah asyik mempertahankan Blue.

“Kenapa? Bergaduh dengan boyfriend lagi?” sapa Wirda, sepupunya yang muda setahun darinya.

“Biasalah Wirda kalau dah ada boyfriend. Tapi aku bengang sangat dengan dia ni, asyik-asyik nak mempertahankan ex-girlfriend dia tu. Siapa yang tak bengang!”

“Kalau bengang sangat tinggalkan dia sajalah. Cari yang lain.”

“Kau cakap memanglah senang. Kalau aku duduk kat bandar ni, memang aku dah cari lelaki lain tapi masalahnya aku duduk kat ceruk. Nak cari Prince Charming seorang pun punyalah payah.”

“Dia tu kaya ke? Aku ingat lagi kau kata kau nak cari lelaki yang kaya saja.”

“Emm… kayalah juga, ayah dia penghulu kampung. Bagi orang sana, anak penghulu tu kira high class la. Keluarga dia boleh tahan juga. Orangnya pun pandai. Selalu dapat anugerah pelajar cemerlang sekolah cuma… yelah, budak kampung,” Natasya menggeleng.

“Okeylah tu dari tiada.”

“Ah, yang ni pun aku rasa macam tak tahan lama saja,” ujarnya sambil mencapai sebuah buku. “Dairi kau?”

“Emm… boleh dikatakan dairi juga.”

“Boleh aku baca?”

“Go on. Aku tak kisah sangat sebab kitakan berkongsi minat.”

“Minat?”

“Prince Charming.”

Natasya ketawa kelucuan. Memang itu dikejarnya sejak mereka berdua menonton cerita Cinderella sejak kecil-kecil lagi. Mulai hari itu, mereka berdua sudah memasang angan-angan untuk mencari Prince Charming apabila dewasa kelak.

“Prince William?” tanya Natasya sedikit tergelak.

“Well, dia juga salah seorang dari Prince Charming juga walaupun agak mustahil untuk bermimpinya.”

Natasya menyelak satu demi satu sambil bertanyakan gerangan gambar-gambar yang gunting oleh Wirda dari majalah. Tak sangka Wirda boleh mengumpul wajah-wajah lelaki yang handsome dan kaya di dalam buku itu. Tiba di satu muka surat, dia terkedu seketika. Wajah lelaki dalam gambar itu di tetapnya.

“Siapa dia?” tanya Natasya ingin kepastian lagi.

“Asraf Danish.”

“Asraf Danish?” rasanya macam pernah dengar saja nama tersebut dan wajah lelaki itu seakan sama dengan seseorang. Takkanlah….

“The Perfect Prince Charming ever. Dia satu-satunya anak lelaki tunggal dalam keluarga yang terpengaruh di Malaysia dan juga pewaris tunggal rangkaian Hotel The Prince.”

“Apa? The Prince?”

“Yup. The Prince. Hotel yang kita selalu buat parti excusive tu. Itulah hotel dia. Tapi, dia ni jenis yang susah nak tangkap. Lagipun dia tak banyak muncul di khalayak ramai. Kalau ada function kat hotel dia pun, kakak-kakak dia yang datang. Jarang sekali dapat berjumpa dengannya di mana-mana function sebab dia jenis yang low profile. Dan mungkin sebab ramai yang tak tahu kewujudan dia.”

“Dia kat mana sekarang?”

“Entahlah. Aku pun kurang pasti. Tapi biasalah kalau orang macam dia, mestilah belajar di sekolah yang private. Mungkin dia tiada di Malaysia. Kenapa? Kau berminat ke? Ah, orang yang pertama kali terlihat wajah kacak dia tu mestilah akan terpikat tapi aku cuma nak beritahu kau, dia jenis yang susah untuk di tangkap.”

“Belum cuba belum tahu,” ujar Natasya sambil tersenyum sinis. “Asraf Danish….”

6 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    addicted to this e-novel.

  1. Tanpa Nama berkata...:

    ratu bulan...
    sy pun jd cm roswell kalo tak mkn ubat jth sakit..
    bezanya sy tak dpt bc novel ni ikut ms jd serba tak kena jer... hehe,tak sabar nk bc episod akan datang...

  1. Itminaan berkata...:

    hai....memang theme PRINCE CHARMING eh cite ni? perfect prince charming,then prince william lah,and hotel prince....ehm..ramai ke prince charming kat luar tu? tak jumpa pun? yang ade pun,my cousin,Headboy sekolah VI and kapten kumpulan rugbi.hah,sorang tu je al yang aku rase layak title prince charming.oh ya,and kaye yang teramat jugak...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    truk tol la natasya tue...mata duitan!!
    harap2 dia xdpt pikat roswell...
    roswell n blue is the perfect match

  1. syazwina-san berkata...:

    x gune nye natasya senget...hish..x tau la sie tau ke x yg asraf danish tu adalah pewaris tunggal hotel the prince tu...bahaya kot !!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Alaaaaaaaaaaaa tak best la macam ni. Nanti mesti ade org kscau relationship diorg yg dalam kertas tu. Ermm :(

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages