4: SURAT CINTA


“Gila betullah kereta tu, nak bunuh orang ke,” ujar Farizat yang masih lagi terkejut dengan kejadian tadi. Dia melihat wajah Nurul yang masih lagi pucat barangkali masih lagi terkejut dengan kejadian tadi. Nasib baiklah Fiq bertindak dengan cepat menyelamatkan Nurul kalau tidak mereka pasti akan kehilangan seorang pengurus untuk Kelab Bola Sepak.

“Nah minum dulu,” segelas air kosong diberikan kepada Nurul oleh Fiq.

“Terima kasih,” ujar Nurul yang berasa selesa sedikit. “Dan terima kasih sebab selamatkan aku, kalau kau tiada tak tahulah keadaan aku nanti.”

“Nak buat report polis ke?” tanya Rezza. “Sudahlah hampir langgar orang lepas tu tak berhenti minta maaf pula tu.”

“Rasanya tak payah sebab aku sendiri yang cuai,” namun dia rasa ini bukannya kecuaiannya tapi sebab sumpahan tu. Mungkin sumpahan tu betul. Mustahil cubaannya adalah satu kebetulan dan kalau kebetulan takkanlah sampai dua kali dia hampir di langgar. Atau mungkin…

Nurul memandang tepat wajah Fiq di sebelahnya. Mungkinkah Fiq adalah orang yang sama menyelamatkannya tempoh hari? Tapi kalau orang yang sama, kenapa Fiq tak sentuh langsung tentang kejadian sebelum ini.

“Betul kau tak nak buat report?” tanya Rezza lagi membuatkan dia tersentak terus berpaling dari memandang wajah Fiq yang sentiasa nampak tenang. Nurul sekadar menggeleng.

“Aku dengar ini bukannya kali pertama pelajar perempuan hampir di langgar, dah banyak kali dah,” ujar Farizat sebelum menyuap nasi goreng ke mulutnya.

“Takkanlah ada orang anggap melanggar orang melintas adalah satu hobi,” ujar Rezza yang rasanya tidak masuk di akal dengan menganggap melanggar orang melintas adalah satu hobi. Tapi apa-apa pun tidak boleh dipertikaikan sekarang. Sekarang ni manusia sudah berubah menjadi lebih kejam walaupun pada dasarnya dia seorang yang baik dari pandangan masyarakat.

“Makan sikit,” Fiq menghulur sepinggan nasi goreng yang dibelinya tadi untuknya.

“Tapi aku tak lapar.”

“Makan sajalah. Bukan senang Fiq nak belanja perempuan tau,” usik Farizat tersengih-sengih. Sejak dari tadi dia asyik melihat mereka berdua. Fiq asyik mengambil berat tentang Nurul dan Nurul pula asyik memandang wajah Fiq tanpa di sedari.


“So sweet,” ujar Sofea separuh menjerit di kamar tidurnya. “Kalaulah aku ada time tu mesti aku cemburu gila. Yelah siapa tak nak lelaki macam Fiq yang bukan saja handsome tapi gentle, charming, baik, pelajar top ten pula tu. Bertuahnya kau Nurul.”

Nurul tersengih-sengih sejak dari tadi. Rasanya ini kali pertama dia rasa hatinya berbunga-bunga sampai tak cukup tempat hendak letak bunga yang semakin berkembang. Tidak sangka, selepas gagal dengan cinta pertama di sekolah lama dulu, dia boleh jatuh cinta dengan seseorang yang baru dia kenal.

Mungkin terlampau cepat untuknya mengakui dia sukakan Fiq tapi kalau hati sudah kata suka lebih baik jangan menafikannya. Lantaklah apa orang nak kata asalkan sekarang dia benar-benar sudah jatuh cinta dengan seseorang.

“Dia selamatkan kau, kau tak de tanya dia ke pasal kejadian tempoh hari? Mana tahukan mungkin orang yang selamatkan kau tempoh hari tu adalah Fiq?” teka Sofea.

“Aku rasa tak mungkinlah,” Nurul berkata. “Sebab kalau dia yang selamatkan aku kenapa dia tak terus terang dengan aku yang dia selamatkan aku? Lagipun perasaan aku kuat mengatakan dia bukan orang yang selamatkan aku dulu.”

“Kenapa?”

“Manalah aku tahu kenapa,” Nurul menjeling tajam. “Tapi aku rasa dalam hal ini, aku dah jumpa Prince Charming.”

“Kau ni peliklah.”

“Pelik?”

“Yelah, dulu kau ni macam anti dengan lelaki. Lelaki tegur pun kau buat tak tahu je lepas tu garang tahap harimau mengamuk bila berhadapan dengan lelaki tapi sekarang bila dah ada seseorang selamatkan kau, mudah saja kau jatuh cinta,” kata Sofea.

“Kau ingat aku ni tak de perasaan ke?” Nurul mengeluh lemah. “Dulu tu sebab kalau boleh aku nak jauhkan diri dari lelaki kerana aku tahu aku ni jenis yang mudah jatuh cinta. Tengok saja lelaki handsome dan baik dengan aku, aku dah jatuh cinta. Kalau kau nak tahu, aku ni kalau dah jatuh cinta boleh buat kerja gila. Sebab tulah dulu masa masuk sekolah ni aku cuba jadi segarang mungkin sebab takut macam nilah. Sekarang aku dah jatuh cinta dan mungkin beberapa hari lagi aku start buat kerja gila.”

“Contohnya?”

“Contohnya aku akan start tulis surat cinta untuk Fiq,” Nurul tersenyum keriangan.


“Aku dah dapatkan jadual latihan yang terbaru dari En. Majid,” ujar Nurul sambil melangkah masuk ke dalam bilik Kelab Bola Sepak. Kelihatan semua ahli rasmi sudah berada dalam bilik itu. Ada di antara mereka sudah berpakaian sukan lengkap sebelum turun ke padang untuk latihan. Ada juga di antara mereka yang masih mengikat tali kasut.

“Mungkin selepas ni kita patut buat peraturan,” ujar Hayrul tiba-tiba. “Perempuan dilarang masuk ke dalam bilik ni. Dahlah main redah saja, kalaulah kitorang tengah tukar seluar boleh menjerit satu sekolah,” tambahnya lagi seolah sedang menyindir Nurul.

“Mungkin lepas ni kita buat peraturan, kalau korang nak tukar seluar, sila kunci pintu dulu,” sindir Nurul pula tetap tidak mahu mengaku kalah dengan Hayrul.

Masuk hari ini, hampir sebulan dia menjalankan tugasnya sebagai pengurus Kelab Bola Sepak. Pelbagai rintangan yang ditempuhi olehnya lebih-lebih lagi dengan terpaksa berhadapan dengan macam-macam ragam terutama sekali Hayrul yang sememangnya anti dengan perempuan. Ada saja yang tidak kena dengan apa yang dilakukannya dan Nurul pula tetap akan mempertahankan dirinya.

Dan kadang-kala peperangan besar akan meletus antara dia dengan Hayrul. Dan yang terpaksa leraikan pergaduhan itu adalah Rezza mahupun Fiq tapi selalunya mereka berdua akan meleraikan pergaduhan.

“Memang betul-betul perempuan tak reti malu,” Hayrul mengumpatnya. Walaupun perlahan tapi telinga Nurul mendengarnya dengan jelas. Serentak dengan itu, Nurul menghempas sebuah buku berkulit tebal di atas meja bersebelahan dengan Nazrul yang sedang tidur nyenyak. Serta merta Nazrul terjaga dari tidurnya.

Semuanya kaget.

“Adui, korang ni kalau bergaduh mesti aku yang jadi mangsa,” keluh Nazrul menguap besar. “Aku nak tidur pun tak boleh,” rungutnya lagi. Rezza yang duduk di hadapannya cuba menahan tawa. Tak sia-sia dia memilih Nurul sebagai pengurus kelab. Inilah pengurus idamannya. Boleh bangunkan Sleeping Handsome walauapa cara sekalipun.

“Sekarang bukan waktu tidur,” ujar Nurul tegas.

Nazrul segera bangun membuka jacketnya sambil menyumpah-yumpah sesuatu. Nurul hanya sekadar menghadiahkan jelingan tajam. Selain Hayrul, Nazrul juga merupakan musuh dalam diam. Mana tidaknya, budak tu asyik tidur saja sepanjang masa sampai ada satu hari tu Nazrul yang selaku penjaga gol boleh tidur di tengah-tengah gawang sewaktu latihan berjalan.

“Menyusahkan kalau ada pengurus ni,” ujar Hayrul pula sambil membuka pintu almarinya untuk menyimpan baju sekolahnya. Nurul langsung tidak ambil perduli dengan sindiran Hayrul. Dia tahu lelaki itu tidak berpuas hati dengan cara pengurusannya tapi dia tidak perduli. Siapa suruh cari pasal dengannya. Kan dah kena.

Sebentar kemudian Fiq yang sudah siap berpakaian sukan melangkah masuk ke dalam. Nurul menghadiahkan senyuman manis kepada lelaki itu dan Fiq membalasnya. Selama dia jadi pengurus, dia dengan Fiq sentiasa bersama walaupun bukan berbincang tentang hal peribadi tapi itu pun sudah boleh dikatakan sebagai satu peningkatan yang baik.

“Kenapa?” tanya Zul menarik perhatian mereka semua dengan tiba-tiba. Semua tertumpu pada Hayrul yang kaku di hadapan almarinya yang terbuka luas. Masing-masing pelik.

“Ekk…” suara Hayrul seakan tersekat sambil matanya tanpa berkelip memandang sekeping sampul surat warna biru yang diletak di dalam almarinya. Sekejap saja semua berkerumunan di depan almarinya melihat surat biru misteri.

“Surat cinta?” ujar Zaki seakan tidak percaya. Serentak dengan itu Nurul berpaling.

“Surat cinta?” dia terus bergegas ke hadapan almari Hayrul untuk memastikan sesuatu. Sekeping surat cinta berwarna biru dilihatnya. Surat cinta dari aku untuk Fiq…,’ nafasnya tersekat-sekat seolah-olah tiada tenaga untuk bernafas. ‘…kenapa ada kat dalam almari Hayrul pula!!!’ jerit hatinya.

Di sudut tepi, kelihatan Nazrul tersenyum sinis membetulkan tali kasutnya. Sebiji bola sepak dalam almarinya di ambil keluar. Rezza menjeling memandang Nazrul yang sedikit tersenyum. Kemudian dia hanya dapat menggeleng. Lebih baik jangan masuk campur.

Tidak lama selepas itu keadaan yang kecoh tadi lagi bertambah kecoh apabila Hayrul pengsan dengan tiba-tiba. Nurul kelihatan tidak keruan. Sekejap memandang Hayrul yang pengsan dan sekejap memandang surat cintanya untuk Fiq dalam almari Hayrul.


“Hayrul alegik dengan surat cinta,” terang Rezza kepada Nurul sambil memandang Hayrul yang masih belum sedarkan diri di kipas oleh kawan-kawannya yang lain. “Kali terakhir dia terima surat cinta, kesudahannya dia akan pengsan dan sejak itu kitorang tak berani ambil surat cinta untuk Hayrul,” tambahnya lagi.

“Aku terfikir, kenapa Hayrul akan pengsan kalau terserempak dengan surat cinta?” tanya Zaki sambil menggaru dagu. “Mungkin dia pernah terima surat cinta beracun kot.”

“Surat cinta beracun?”

“Lebih kurang nak kenakan dia la.”

“Oh,” Nurul mengangguk faham.

“Tapi agak-agak, siapa yang minat gila dengan Hayrul tu ye,” ujar Najmi berkata dengan seseorang di belakangnya.

“Apa kata kalau kita baca? Hayrul bukannya tahu lagipun aku gerenti dia takkan baca surat cinta ni. Bukan ke lebih baik kita guna peluang yang ada ni untuk baca surat cinta dari peminat misteri dia ni?” ujar Ahmad Ramzi memberi cadangan.

“Cantik!”

“Jangan!” segera Nurul bertindak menolak mereka ke tepi dan pantas mengambil surat cinta tersebut. “Err… demi melindungi hak asasi manusia aku terpaksa rampas surat cinta ni,” ujar Nurul.

“Sejak bila hak asasi manusia melarang seseorang baca surat cinta?” tanya Najmi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Sejak aku jadi pengurus kelab,” jawabnya tanpa berfikir panjang. “Jadi, memandangkan surat cinta ni telah membuat Hayrul jatuh pengsan aku terpaksa membuang surat cinta ni. Pergi dulu dan jangan lambat untuk latihan petang ni!” terus dia melarikan diri secepat yang mungkin. Lagi lama dia duduk dalam bilik itu lagi banyak soalan yang akan diterimanya. Lebih baik dia melarikan diri segera.

“Sejak bila Nurul ambil berat tentang Hayrul?” sekali lagi Najmi menggaru kepalanya.

“Macam budak-budak,” ujar Nazrul perlahan dan tanpa di sedari dia tersenyum kecil. Seronok tidak terkata apabila dia melihat wajah Nurul yang cemas cuba mencari jalan keluar. Akhirnya berjaya juga.

4 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    ader lg x???hehe2

  1. aqilah berkata...:

    bestlah ratu. akak suka sgt. walaupun cite remaja, tapi amat berkesan dan sampai ke perasaan. pd akak, cite ratu ada kelainannnya. All the best!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    ratu bulan citer niyh best..
    sambong ek

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Nazrul yang buat..

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages