Sedutan AKU, DIA DAN GITAR (part 2)



Sesuatu yang menganggu fikiran aku sekarang ini, bukanlah masalah bilik mandi yang sentiasa bertakung dengan air kerana lubangnya tersumbat. Bukan juga masalah kedatangan sekumpulan monyet yang menceroboh masuk ke dalam bilik di blok sebelah dan mencuri sebalang biskut Jacob ataupun sekumpulan babi hutan yang merayap-rayap diampaian pada waktu malam.

Ada satu masalah yang membuatkan aku tidak dapat berfikir masalah yang melanda penghuni blok aku ini. Sejak Shahril memutuskan hubungan kami, aku langsung tidak bertegur sapa dengan Shahril. Begitu juga dengan menegur Shahril melalui mesej. Bukannya aku rindu tapi sekadar ingin tahu alasan Shahril kenapa dia memutuskan hubungan kami.

***

“Bab ex-boyfriend aku dah ada penganti tu memang betul tapi bab dia curang dengan aku, itu tak pasti lagi.”

“Kau janganlah jadi lurus sangat. Lelaki takkan putus tanpa sebab, sekarang ni kau dengar dia dah ada pengganti. Takkanlah dia putus dengan kau, lepas tu terus dapat pengganti?” kata-kata Mr. Pinky tadi bukan sahaja membuatkan aku berfikir dengan mendalam lagi tetapi hampir mempengaruhi minda aku bahawa Shahril sememangnya telah curang dengan aku sejak awal lagi.

“Jadi, dia memang curanglah?” tanya aku lagi.

“99 peratus ya,” jawabnya sambil memetik gitar.

“Itu bukan satu fitnah ke? Kau langsung tak kenal Shahril dan tiba-tiba kau tafsir Shahril seperti tu.”

“Hey sweetheart, kenyataan akan tetap menjadi fitnah kalau kau tak siasat kebenarannya. Ya. Memang aku tak kenal Shahril tapi aku ramai kawan yang suka bertukar teman wanita. Kalau kau nak tentukan semua ni fitnah ataupun kebenaran, lebih baik kau tanya dengan orang empunya diri tapi aku nasihatkan tak payahlah tanya dia sebab semuanya dah berlalu. Kalau kau tanya juga, mungkin kau akan menyesal,” kata Mr. Pinky lagi siap memberi amaran kepada aku terlebih dahulu.

Aku mengeluh berat.

“Sudahlah, apa kata kalau aku nyanyikan lagu untuk kau? Kau nak aku nyanyikan lagu apa?”

“Back to the past.”

“Hah?”

“Dari Jay Chou.”

“Jay Chou lagi?” dia pula mengeluh lemah. “Nampaknya lepas ni Jay Chou kena letak jawatan sebagai penyanyilah.”

Dalam dia merungut, aku tersenyum. Petikan gitar lagu yang aku pinta kedengaran tidak lama kemudian. Seperti biasa juga, apabila dia mula menyanyikan lagu sambil memetik gitarnya, mata aku tidak berkelip memandangnya. Walaupun di hadapan ini bukanlah Jay Chou, penyanyi yang aku puja-puja selama ini tetapi suara Mr. Pinky dan petikan gitarnya hampir mencairkan hati aku.

Tapi, kenapa tiba-tiba saja aku tengok Mr. Pinky ini seiras seperti Jay Chou?
***

“Kadang-kala aku rasa macam berada dalam tempurung kelapa. Aku tak boleh lari dan keluar dari tempurung tu. Bila aku bercadang untuk berfikiran jauh ke hadapan, kegagalan datang menimpa. Menghafal satu buku untuk lulus sesuatu ujian langsung tak menjamin apa-apa tapi aku sendiri tak faham kenapa pensyarah aku berfikiran begitu. Dia benar-benar ikhlas nak mengajar atau nak buat pelajarnya jadi bodoh?” kata aku memberi pendapat.
***

Mesej yang diberi oleh Mr. Pinky aku baca dan seketika kemudian Mr. Pinky menelefon aku kembali. Seperti diarah, aku menjawab panggilannya. Kali ini suara Mr. Pinky tidak kedengaran tapi yang kedengaran hanyalah petikan gitar lagu yang mencipta memori antara aku dan dia, Rainbow atau dalam bahasa Mandarin Cai Hong. Kemudian, tanpa aku sedari aku tersenyum.

“Bagaimana? Menangis lagi tak?” tanyanya sebaik sahaja habis menyanyi.

“Wei Mr. Pinky, kalau nak pujuk pun janganlah nyanyi lagu yang sedih,” balasku.

“Sekurang-kurangnya lagu sedih tu dah buat kau ketawa.”

“Bila masa aku ketawa pula?”

“Sweetheart, bilalah kau nak mengaku?”

“Mengaku? Mengaku apa?” soal aku tapi soalan aku hanya tinggal soalan apabila dia menamatkan talian.

***

“Okey,” aku memang suka Jaja halau aku. Sekurang-kurangnya aku tidak akan terseksa dengan tabiat memilih mereka berdua yang sukar untuk memilih barang yang ingin dibeli. Paling kurang dua jam mereka akan memilih.

Tak mengapa. Aku faham. Itu memang tabiat semula jadi perempuan. Ya. Perempuan kecuali perempuan jenis seperti aku. Aku tersenyum keseorangan.

“Hey sweetheart, orang kata kalau tersenyum seorang diri kat tempat macam ni, namanya tengah angau,” satu suara yang seperti aku kenali tiba-tiba menyapa aku. Aku pantas berpaling.

“Mr. Pinky?” aku hampir menjerit apabila terpandang Mr. Pinky di hadapan aku sekarang. Sukar hendak percaya bahawa Mr. Pinky benar-benar berada di hadapan aku. Aku rasa seperti ilusi tapi dalam masa yang sama aku rasa memang Mr. Pinky berada dihadapan aku.

Perlahan-lahan aku menghulurkan tangan aku ke muka Mr. Pinky dan mencubit pipinya dengan kuat.

“Sakitlah!” dia menjerit. Terus aku menarik tangan.

“Hah, betullah,” aku akhirnya percaya Mr. Pinky berada di hadapan aku.

“Kau tak mimpilah. Aku memang ada kat depan kau. Hisy! Batal air sembahyang aku,” katanya berseloroh. Aku tersenyum.

“Apa kau buat kat sini, hah? Cari mangsa lagi ke?”

“Tak. Kali ni aku cari makanan sambil tu boleh cuci mata sikit.”

“Mujurlah aku tak kenal girlfriend kau. Kalau tak, memang kena cincanglah kau nanti,” aku menggeleng.

7 si charming:

  1. miz.nZz berkata...:

    tak sabarnya.....
    buku bla la nak sampai.. hehehe

  1. DianaTakyuddin berkata...:

    x sbr nk bli bku nie...hihihi

  1. Ai berkata...:

    OMA...

    x sabo nye nk terjah PWTC..

  1. TAN-te berkata...:

    uisho x sabo nk gi pwtc

  1. Alamak, macam best lah pulak...

    Makin panjang berjela laa to-buy-list aku...

  1. MaY_LiN berkata...:

    sis..tahniah ya..
    be a gud girl ya..

  1. miz.nZz berkata...:

    buku dah sampai semalam!!!
    kte pun da habis baca.....

    bahasanya.... awat tak macam ratu ek? bahasa baku semuanya... hihihi...

    tp cerita yang best.... n tak tahan ending dia... huhuhuhu... buta warna rupanya kwn dia tue... sian mr. pinky...hihihi

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages