SuD: Bab 4



Enam bulan kemudian...

Reunion?” ulang Nazwan agak terkejut dengan perlawaan itu.
Yup. Satu perjumpaan yang mana kita berjumpa dengan bekas rakan-rakan sekolah yang lebih bertahun-tahun tak berjumpa, berkongsi cerita, bergosip, kadangkala ada juga yang berlagak dengan apa yang dia kecapi sekarang tapi aku rasa perjumpaan tu lebih kepada tunjuk-menunjuk siapa yang lebih hebat dan siapa yang lebih bertuah sekali,” terang Arissa yang bercakap seperti peluru berpandu. Laju tapi Nazwan masih lagi dapat memahami rapuan Arissa tadi.
Arissa, aku tahu reunion tu apa. Kau tak perlu terangkan kepada aku macam aku baru belajar kenali bahasa manusia,” balas Nazwan agak tension dengan perangai Arissa yang tidak pernah berubah.
Baguslah. Jadi, kau setuju untuk jadi partner aku nanti?” tanya Arissa.
Partner? Aku tak nampak pun kaitan kenapa kau perlu ajak Nazwan pergi reunion tu,” celah Luqman yang turut berada di situ.
Sarah!” jerit Arissa kepada Sarah yang sedang beratur membeli makanan di kafeteria itu. Mereka menjadi perhatian pelanggan-pelanggan kafeteria itu seketika. Setelah Sarah berpaling, barulah Arissa mula bersuara. “Boleh aku pinjam teman lelaki kau sebagai partner aku ke reunion tu nanti?”
Boleh je. Tapi sebelum tu kau kena langkah bangkai kucing aku dulu,” balas Sarah turut menjerit dari tempatnya berdiri.
Nazwan sekadar menggeleng. Tidak pasal-pasal mereka menjadi perhatian pelajar lain lagi. Selama ini dia lebih selesa menjadi pelajar biasa, yang tidak dikenali tapi apabila berkawan dengan Arissa, secara automatik dia jadi terkenal. Salah satu contoh, seperti yang berlaku tadi.
Dengar tu,” kata Arissa kepada Luqmn. Dia mengukir senyuman puas. Dia tidak perlu terangkan lagi kenapa dia perlu ajak Nazwan ke perjumpaan itu.
Sarah tak ada kucing,” kata Nazwan yang baru menyedari bahawa Sarah tidak ada kucing peliharaan.
Sebab dia tak ada kucinglah dia berani cakap macam tu. Dia takut dengan kucing. Jadi, walaupun Arissa ni seorang yang kejam dan sanggup membunuh kucing dan langkah bangkai kucing, itu takkan berlaku sebab Sarah tak ada kucing,” jelas Luqman yang amat memahami akan perangai teman wanitanya itu. Setiap apa yang Sarah kata semuanya ada makna. Mujurlah dia ada otak yang bijak untuk mentafsir setiap apa yang Sarah suarakan.
Aku memang selalu bernasib baikkan,” ujar Arissa yang tidak sah kalau tidak memuji dirinya sendiri. “Aku perlu jawapan kau sekarang, Nazwan.”
Nazwan teragak-agak memberikan jawapan. Dia sememangnya tiada apa-apa yang perlu dibuat hujung minggu ini tapi menjadi partner Arissa dalam perjumpaan yang tidak ada kena mengena dengannya memang bukan aktiviti yang patut disertainya.
Dilarang sama sekali kata 'tidak'!” tegas Arissa mengejutkan Nazwan yang baru hendak bersuara. Serta-merta dia terdiam.
Kenapalah kau selalu dera sepupu aku?” celah Luqman sudah tidak mampu hendak melihat Nazwan didera secara mental oleh Arissa. Sebab itulah dia tidak pernah sebulu apabila berhadapan dengan Arissa. Walau apa pun dia pasti akan bertindak sebagai pembangkang.
Dera? Aku seorang rakan yang sangat mengambil berat akan kawan-kawan aku. Tak ada istilah dera di sini,” bidas Arissa.
Jangan risau Nazwan, aku sebagai sepupu akan jalankan tanggungjawab melindungi kau daripada ahli sihir yang cuba buat hidup kau menderita,” ujar Luqman kepada Nazwan. Kemudian, Luqman memandang ke arah Arissa. “Arissa, aku tahu apa yang kau fikir.”
Aku pun tahu apa yang kau fikir,” lantas Arissa memotong kata-kata Luqman menyebabkan Luqman tidak mampu meneruskan kata-katanya. “Kau mesti fikir yang aku sengaja ajak sepupu kesayangan kau ni sebab aku nak pikat dia, bukan?”
Ahli sihir,” keluh Luqman yang terasa tercabar apabila Arissa menjawab dengan tepat sekali. “Boleh tak lain kali, kau buat tak tahu walaupun kau tahu apa yang aku fikir?”
Kau patut terima takdir kau yang kau tetap akan kalah dengan aku,” balas Arissa selamba. Kemudian dia memandang ke arah Nazwan. “Okey, sebelum kau fikir yang bukan-bukan tentang pelawaan aku ni, aku cuma nak kau tahu, aku bukan nak kau berlakon jadi teman lelaki aku.”
Kalau bukan perlu berlakon jadi teman lelaki, habis tu untuk apa? Jadi orang gaji? Pengawal peribadi? Atau juru pandu arah?” celah Luqman lagi yang masih lagi kecoh.
Aku bukan bercakap dengan Luqman tapi dengan Nazwan. Sila jangan perasan,” balas Arissa cuba mengawal dirinya. Kalau diikutkan memang dia sudah pergi ke meja sebelah ambil secawan air kopi yang masih panas itu dan simbah ke muka Luqman. Serentak itu dia memandang ke arah Sarah yang berbual dengan seorang pelajar perempuan. Patutlah lama berdiri di depan kaunter kafeteria. Tapi nasib baiklah Sarah masih berada di situ dengan air yang dipesannya tadi tidak sampai-sampai lagi. Kalau tidak laju aje tangannya akan simbah muka Luqman.
Soalan terakhir, cuba kau beritahu aku sebab kukuh kenapa Nazwan perlu teman kau pergi ke perjumpaan tunjuk-menunjuk siapa lebih hebat dah siapa lebih bertuah sekali tu,” ujar Luqman masih lagi bertindak melindungi Nazwan.
Belum sempat Arissa hendak menjawab, Sarah menghampiri mereka dengan membawa beberapa cawan air panas yang dipesan oleh mereka tadi. Oleh kerana masing-masing masih lagi kenyang, mereka hanya memesan air minuman pada petang itu.
Sarah, aku sayang kau tapi itu tak bermakna aku sayang teman lelaki kau. Izinkan aku,” ujar Arissa meminta persetujuan Sarah sebelum dia bertindak.
Silakan,” jawab Sarah yang lebih selesa bersikap neutral.
Arissa tersenyum lebar. Namun, hanya lima saat. Kemudian, senyumannya disimpan dan mempamerkan wajah serius.
Soalan yang bodoh tu aku akan jawab dengan simple. Sudah tentulah aku perlukan teman untuk pergi ke sana dan teman tu semestinyalah seorang lelaki yang cukup sifat. Buat pengetahuan kau juga kebanyakan kawan-kawan sekolah aku sudah ada teman lelaki, tunang dan ada juga yang sudah berkahwin tapi belum ada anak lagi. Jadi, sudah tentulah diorang akan bawa laki bini diorang. Kalau aku bawa Sarah sebagai teman, aku nampak seperti seorang lesbian yang malang. Dan aku tak nak datang sana seorang diri sebab bila hadiri majlis macam ni seorang diri aku akan jadi seperti tunggul kayu. Kau tahu apa istilah tunggu kayu dalam masalah aku ni. Makna tunggul kayu di sini, aku akan duduk tercegat di suatu tempat dan tengok orang kiri kanan aku bercakap sesama sendiri tanpa pedulikan aku dan lebih teruk lagi….”
Okey Nazwan, sebelum dia terangkan kepada aku makna tunggul batu, tunggul api atau segala tunggul, aku setuju sangat kalau kau temankan Arissa pergi reunion tu,” ujar Luqman sambil memegang dahinya yang terasa sakit mendengar bait-bait kata Arissa tanpa henti tadi.
Arissa tersenyum puas. Sarah sekadar menggeleng. Sememangnya Luqman pasti akan kalah apabila berbahas dengan Arissa. Bukan kerana Arissa pandai berkata-kata tapi Luqman selalunya akan pening kepala dengan rapuan Arissa yang entah apa-apa. Itu baru masuk bab tunggul kayu. Kalau Luqman biarkan Arissa bercakap lagi, semua tunggul akan disebut oleh Arissa. Pada masa itu, wujudlah istilah baru yang tidak pernah mereka dengar.
Itu antara senjata utama Arissa yang tidak pernah kalah.
Jadi? Apa jawapan kau?” tanya Arissa kepada Nazwan tanpa pedulikan Luqman.
Kedengaran keluhan kecil daripada Nazwan. Mungkin berat bagi Nazwan ingin membuat keputusan.
Kau nak dengar aku terangkan maksud tunggul api ke?” kata Arissa yang penat menunggu jawapan.
Okey,” jawab Nazwan pantas. Dia memang tidak mampu hendak menolak lagi. Dia kenal Arissa. Selagi gadis itu tidak dapat apa yang dia mahu, dia tidak akan berhenti mendesak.
Yes!!” sorak Arissa gembira sekali lagi mengejutkan pelajar-pelajar yang berada di sekeliling mereka. “Luqman, tolong peluk Nazwan bagi pihak aku!” tambah Arissa sedikit kuat.
Aku belum bersedia nak jadi gay!” balas Luqman dengan nada yang tinggi seperti Arissa tadi.
Nazwan menggeleng. Sekali lagi mereka menjadi tumpuan.

***


Aku masih tak faham, kenapa kau mesti ajak Nazwan,” tanya Sarah.
Walaupun aku nampak seperti seorang kawan yang tak pedulikan masalah orang lain tapi setiap kali aku nampak Nazwan, aku rasa kesian dengan dia. Dah enam bulan berlalu tapi dia masih tak dapat lupakan Natasya,” jawab Arissa sambil mengeluarkan pakaian-pakaiannya daripada alamari dan diberikan kepada Sarah untuk dilipat serta memasukkan ke dalam bagasinya.
Aku tengok dia okey je. Tak adalah macam mayat hidup,” balas Sarah.
Okey diluar, tidak di dalam,” kata Arissa tidak setuju. “Sarah, apa yang dia alami lebih teruk daripada keadaan orang putus cinta. Lagipun arwah Natasya tu cinta pertama dia. Bukan senang nak lupakan orang yang dah tiada,” tambah Arissa lagi.
Jadi, kau rasa dengan bawa dia pergi ke reunion tu kau yakin kau boleh buat Nazwan lupakan Natasya?” soal Sarah lagi.
Kalau tak cuba kita tak tahu,” jawab Arissa acuh tidak acuh.
Bagi aku, cukuplah kalau dia tak jadi macam mayat hidup. Aku tahu Nazwan masih lagi bersedih atas pemergian Natasya tapi kita sebagai kawan perlu sokong dia. Bukannya paksa dia buat perkara yang dia tak suka,” kata Sarah yang nampak kurang bersetuju dengan apa yang dirancangkan oleh Arissa.
Kau tahu tak?” tanya Arissa.
Tahu apa?”
Bila aku berdepan dengan Nazwan, aku rasa semacam.”
Semacam?”
Aku nampak tembok.”
Hah?” Sarah kurang faham.
Tembok tu makin hari makin tinggi dan makin kukuh. Sebab tu aku kata, walaupun dia nampak okey di luar tapi tidak di dalam. Dia macam dah jadi orang lain. Macam orang yang dikecewakan. Kalaulah Natasya masih hidup...,” kata-kata Arissa terhenti. Hatinya sayu apabila teringatkan Natasya.
Arissa....” Sarah menyedari Arissa tiba-tiba sayu.
Sebab tulah aku ajak dia temankan aku!” ujar Arissa penuh bersemangat. Tiada lagi kesedihan yang terpancar di wajahnya.
Sarah agak terkejut dengan perubahan Arissa yang mendadak itu. Tapi dia tenang kembali. Dia terlupa, perangai Arissa memang tidak menentu. Kadangkala sedih tapi dalam masa beberapa saat sahaja Arissa boleh bertukar kepada mood gembira.
Suka hatilah,” kata Sarah yang tidak mahu melanjutkan perbincangan mereka. Dia tahu, walau apa pun yang Arissa cuba buat adalah untuk kebaikan Nazwan juga. Tapi dia berharap Arissa tidak bertindak luar batas sehingga boleh merosakkan persahabatan mereka.
Terima kasih Sarah,” ucap Arissa dengan senyuman riangnya.
Mmm... sama-sama,” balas Sarah. “Tapi, ada satu lagi yang aku tak faham.”
Apa dia?”
Reunion tu hanya 2 hari sajakan?” tanya Sarah.
Arissa mengangguk.
Kenapa?”
Kalau hanya dua hari, kenapa kau bawa baju sampai dua bagasi besar ni?” soal Sarah dengan geram. Sembang punya sembang, dia tidak perasan yang dia sudah melipat baju-baju Arissa masuk ke dalam dua bagasi sederhana besar.
Err... perempuan,” ujar Arissa tersengih.

***


Berkemas?” tegur Luqman di muka pintu bilik sepupunya yang terbuka sedikit itu.
Mmm...,” jawab Nazwan beserta anggukkan.
Kalau kau rasa tak nak pergi, kau ada hak untuk tolak permintaan tu,” kata Luqman yang melihat Nazwan seperti tiada mood berkemas. Dia tahu sangat dengan kelemahan Nazwan yang tidak pernah membantah kalau berhadapan dengan Arissa. Mungkin sebab itulah Arissa berjaya menguasai sepupunya itu.
Aku dah janji dengan Arissa,” kata Nazwan.
Esok bagi alasan. Kau sakit perut, muntah-muntah dan pening kepala. Habis cerita,” cadang Luqman.
Dia takkan percaya,” jawab Nazwan meletak beg sandang yang berisi pakaiannya itu ke tepi. Dia kembali duduk di katilnya. “Bukan sebab tu yang buat aku tak ada mood.”
Habis tu?”
Aku terfikir rancangan Arissa. Dia tu agak sukar nak dijangka.”
Mmm... betul,” sokong Luqman. “Rancangan dia ajak kau temankan dia pergi ke majlis perjumpaan rakan sekolah dia tu memang diragui.”
Kau fikir sebab apa?” tanya Nazwan.
Ada beberapa kemungkinan. Pertama, mungkin dia tak nak dimalukan oleh kawan-kawannya sebab dia tak ada boyfriend. Jadi, dia pergunakan kau sebagai untuk berlakon jadi boyfriend dia atau...,” kata-kata Luqman terhenti.
Atau apa?” tanya Nazwan.
Aku bukan nak takutkan kau tapi cuba kau fikir. Dah hampir setengah tahun Natasya meninggal dunia dan hampir beberapa bulan Arissa putus cinta dengan Zakri. Sejak dia putus dengan Zakri, dia tak pernah couple dengan sesiapa pun. Bukan setakat couple, gedik-gedik dengan mangsa terusnya pun tak ada. Dia macam bukan Arissa yang kita kenali sebelum ni. Jadi, adakah itu bermakna...,” Luqman tidak meneruskan kata-katanya tapi sebaliknya memandang tepat ke arah sepupunya itu.
Tak ada sebab kenapa dia perlu jatuh cinta dengan aku,” balas Nazwan yang dapat meneka apa yang dimaksudkan oleh Luqman tadi. “Lagipun kita semua sudah sedia maklum yang dia bukan putus cinta dengan Zakri.”
Ya. Dia tinggalkan Zakri macam tu saja sebab Zakri pergi sambung belajar ke luar negara. Dia tak nak timbul masalah percintaan jarak jauh, bergaduh jarak jauh dan putus cinta jarak jauh, jadi dia dengan Zakri ambil keputusan bawa haluan sendiri,” kata Luqman. “Aku tak faham apa yang dia fikir,” tambahnya lagi.
Dia fikir untuk kebaikan kedua-dua pihak,” celah satu suara mengejutkan mereka beruda. Lantas keduanya berpaling ke arah Puan Latifah yang sudah melangkah masuk ke dalam bilik itu tanpa disedari oleh mereka berdua.
Fikir untuk kebaikan kedua-dua pihak? Kenapa Luq fikir dia macam menyelamatkan diri sendiri daripada konflik hubungan jarak jauh, playgirl dan seorang yang pentingkan diri sendiri. Kalau betul dia cintakan lelaki tu dia patut tanggung risiko yang bakal berlaku,” hujah Luqman.
Dengan menunggu cinta yang tak pasti?” balas Puan Latifah. “Kalau mama pun, mama akan lepaskan lelaki tu.”
Macam manalah papa boleh jatuh cinta dengan mama,” ujar Luqman pula.
Luq, zaman dah berubah. Manusia juga semakin cepat berubah. Hari ni kita jumpa seseorang yang kita rasa sesuai dengan kita dan esok lusa kita akan bertemu dengan jodoh kita. Bagaimana kalau dia orang masih menjalinkan hubungan dan berjanji akan berkahwin tetapi si lelaki tu berjumpa dengan seseorang yang lebih bagus daripada Arissa?”
Itu yang Luq kata risiko yang perlu ditanggung. Setia.”
Kadangkala setia tidak mampu menjamin jodoh yang telah ditetapkan.”
Okey, Luq tahu kenapa mama sokong apa yang Arissa buat. Sebab mama perempuan. Perempuan tetap akan sokong perempuan dan memang buang masa kalau lelaki cuba protes.”
Bagus. Anak mama dah pandai berfikir sekarang,” Puan Latifah tersenyum sinis. “Ini untuk kamu,” kata Puan Latifah sambil melambung kunci kepada Nazwan. Nazwan menyambutnya dengan kemas.
Kunci apa?” tanya Nazwan.
Kunci kereta. Mama Tifa bagi pinjam,” katanya.
Untuk apa?”
Puan Latifah menarik nafas panjang. Takkan itu pun dia hendak terangkan.
Sudah tentulah untuk kamu bawa Arissa ke reunion tu. Takkan kamu nak pandu kereta lama yang tak boleh jalan jauh tu,” terang Puan Latifah.
Tempat tu tak delah jauh sangat,” kata Nazwan yang menolak pertolongan Puan Latifah dengan memulakan kunci itu semula tapi dihalang oleh Luqman.
Aku rasa apa yang mama kata tadi memang betul,” kata Luqman kembali memberikan kunci itu semula kepada Nazwan. “Kau perlukan kunci ni. Cuba kau bayangkan, tiba-tiba kereta klasik kau tu breakdown kat tengah-tengah ladang kelapa sawit. Kau berdua-duaan dengan Arissa. Nak tak nak kau terpaksa cari motel dan kebetulan hanya ada satu bilik saja yang kosong. Bukan ke tu dah jadi macam kisah cinta dalam drama sekarang. Kau nak benda tu terjadi ke? Dan lepas tu aku gerenti sama ada kau kena kahwin paksa atau kau tiba-tiba terkena sihir cinta Arissa... Kau masih mampu mengelak semua tu berlaku dengan kunci ini.”
Kau terlampau berimaginasi, Luqman,” ujar Nazwan, nak tak nak dia mencapai kunci kereta Puan Latifah dari tangan Luqman.
Aku cuma nak selamatkan kau daripada jatuh cinta dengan Arissa. Dia… tak berbaloi untuk dicintai dan aku tak nak sepupu sehidup semati aku jatuh cinta dengan orang yang salah.”
Tak berbaloi untuk dicintai? Jadi, anak mama ni seseorang yang berbaloi untuk dicintai la ya?” tegur Puan Latifah.
Sudah tentunya. Luq memang pencinta setia. Tengok, walau betapa garangnya Sarah tu, dia tetap nombor satu dalam hati Luq.”
Okey… mama nak muntah,” ujar Puan Latifah segera berlalu keluar dari bilik itu. Makin lama dia berada di situ, makin loya tekaknya nanti.
Ikut nasihat aku kalau kau sayangkan kisah cinta kau yang seterusnya!” tegas Luqman. 

5 si charming:

  1. MizaEija berkata...:

    kenapa ai rasa statement Luq tu sangat melampau...
    Kesian Arissa..

  1. Suha berkata...:

    'kdg kala stia tu blm tntu mnjamin jdoh yg ditetapkan' ^^' kinda ... yeah~ agree ^^' :hee:

  1. epy elina berkata...:

    kak napa x gtahu mcm mna natasya meninggal...
    napa la luq 2 x suka kat arisya...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    tibe-tibe terase luqman punye mulut macam nak kena cili..hahaha..

  1. zuezakry berkata...:

    signature nurfa memang ada :)

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages