5: SURAT CINTA LAGI

Just word…
Love!
Can you say that
?

Dari jauh Nurul asyik melihat Fiq di tengah-tengah padang berlatih bermain bola bersama-sama dengan ahli rasmi yang lain. Hari ini merupakan hari terakhir mereka berlatih memandangkan lusa mereka ada perlawanan persahabatan bersama pasukan Sekolah Haji Mansur ataupun Sekolah Semarak. Semua kelihatan bertungkus lumus berlatih bersungguh-sungguh berbanding beberapa hari yang lepas. Yang tidak datang ataupun yang jarang datang berlatih beberapa hari lepas turut datang berlatih terutama sekali Nazrul – The Sleeping Handsome!

Entah kenapa Rezza dan yang lain tidak berapa kisah sangat dengan ketidakhadiran Nazrul. Bila ditanya semuanya bagi jawapan yang sama.

“Nazrul memang macam tu, dia pergi ‘bertapa’ dulu dan sehari sebelum perlawanan barulah dia datang latihan. Jangan risaulah,” kata Fiq.

“Kalau dia datang pun sama gak. Nanti dia ‘bertapa’ kat tengah gawang jugak,” kata Najmi pula.
“Lebih baik jangan perdulikan dia, nanti parah masa perlawanan tu nanti. Orang suruh tangkap bola, dia suruh bola masuk gawang,” ujar Farizat pula menggeleng.

Dan bila ditanya Rezza pula, Rezza menjawab “Anggap je la dia tu hero. Bukan ke hero selalu menyusahkan keadaan.”

Pendek kata mereka semua memang tidak kisah dengan ketidakhadiran Nazrul. Dan kalau mereka tidak kisah buat apa dia hendak memeningkan kepala memikirkan Nazrul yang tidak hadir latihan. Dari dia fikirkan masalah Nazrul lebih baik dia fikirkan masalahnya dengan Hayrul yang asyik termenung sehingga sudah berapa kali kepalanya terkena bola sepak. Macam-macam betul dengan kerenah diorang semua. Semuanya hendak dijaga. Macam budak-budak 5 tahun yang perlukan asuhan seseorang.

Tidak lama selepas itu wisel ditiup oleh Cikgu Majid dan mengarah semuanya berkumpul di hadapannya. Nurul hanya duduk di pohon angsana. Malas dia hendak bergerak ke sana. Nanti bermacam-macam bau yang ada. Kalah bau minyak wangi cap kapak. Keharumannya memang ‘memikat’ hidung sehinggakan bulu hidung ni pun boleh layu dengan bau peluh mereka.

Dari situ dia dapat dengar pesanan terakhir Cikgu Majid sebelum perlawanan lusa. Esok, mereka semua dibenarkan mererehatkan badan dan tenangkan minda. Selepas saja Cikgu Majid bercakap dengan mereka semua, cepat-cepat Nurul mengambil pewangi badannya dan di semburkan ke udara sebelum mereka semua menghampirinya memandangkan beg-beg mereka berada di sekitarnya.

“Amboi, perli nampak,” ujar Zaki apabila berbau sesuatu yang wangi.

“Aku risaukan pokok angsana ni yang hampir layu menyedut udara yang tercemar,” jawab Nurul selamba. “Dan lagi satu, dah berapa kali aku cakap, jangan bukak baju depan aku!” matanya menjeling tajam ke arah Zulfadil yang baru hendak membuka bajunya tapi terbantut apabila Nurul menegurnya.

“Bukak seluar boleh tak?” tanya Ahmad Ramzi pula.

“Hah beranilah bukak kalau korang nak rasa cirit-birit masa perlawanan nanti,” balas Nurul.

“Kenapalah kau cari pengurus yang kejam macam ni,” ujar Ridzwan kepada Rezza dan Fiq yang menghampiri mereka setelah berbual sesuatu dengan Cikgu Majid. Belum sempat Rezza membuka mulut, Ridzwan sudah mencapai beg galasnya meminta diri untuk pulang.
“Nurul, Cikgu Majid nak jumpa,” beritahu Rezza.

“Hah, pergi cepat!” gertak Haidar sedikit bergurau.

“Tahulah!” tanpa membuang masa Nurul segera bangun dan mengorak langkah ke arah Cikgu Majid yang sedang bercakap sesuatu dengan Nazrul. Mungkin adalah yang tidak puas hati Cikgu Majid dengan Nazrul. Mungkin pasal Nazrul tidak menghadiri latihan untuk beberapa hari ini? Tapi rasanya dia tiada mengadu dengan Cikgu Majid.

“… not sure… It’s difficult to say… But I think is 50-50,” kata Nazrul kepada Cikgu Majid seperti membincangkan sesuatu yang serius.

“50-50? Kenapa?”

“Okey, it’s look stupid but sometime stupid look smart. I already told them about this dan terpulanglah pada diri masing-masing untuk terimanya atau tidak. Kalau kita tak buat something untuk perlawanan lusa, kita akan kalah,” ujar Nazrul tegas memberi pendapatnya dengan jujur.

Cikgu Majid kemudiannya mengangguk sambil berfikir. Nurul yang berdiri diantara mereka tidak faham apa yang mereka berdua bincangkan. Akan kalah? Belum perlawanan lagi, Nazrul dah kata ‘akan kalah?’ Memang betul-betul tiada semangat langsung! Mananya tidak kalah kalau orang terpenting dalam pasukan tidak munculkan diri masa latihan. Buat letih memikir saja.

“So, kamu ada cadangan?”

“Esok mereka akan adakan pelawanan persahabatan dengan Sekolah Haji Harun,” ujar Nazrul. “Ini peluang terakhir kita.”

“Haji Harun? Nama pengetua lagi ke?” tanya Cikgu Majid sekadar menggeleng. Nazrul hanya tersengih-sengih. “Okey, kalau kamu fikir kita akan kalah fikirkan sesuatu dan Nurul, saya nak kamu bantul Nazrul.”

“Apa?!” tanya Nurul sedikit terkejut.

“Saya tak perlukan bantuan,” balas Nazrul.

“Dan saya tak mahu membantu Nazrul. Banyak lagi kerja yang perlu saya buat, tentang jersi, tentang bas, tentang makan minum mereka di sana, tentang surat pelepasan kelas dan tentang....”

“… surat cinta,” Nazrul mencelah. Dengan pantas Nurul menghadiahkan serangan pandangan tajamnya. “Rezza boleh bantu saya dan lagipun Nurul tidak tahu pasal bola sepak, dunianya hanyalah surat cinta,” tambah Nazrul dengan selamba.

Mata Nurul masih tepat memandang Nazrul yang seperti orang tidak bersalah. Hatinya sudah membara manakala darahnya hampir menggelegak. Tunggu gunung berapi meletup saja.

“Sebab Nurul tak tahu pasal bola sepaklah saya suruh dia pergi dengan kamu sebab saya nak kamu ajar dia tentang bola sepak. Saya tak mahu seorang pengurus yang tidak tahu apa-apa tentang bola sepak,” ujar Cikgu Majid tegas.

“Tapi….”

“Keputusan saya muktamat. Esok kamu berdua akan pergi sana dan fikirkan apakah strategi terbaik untuk pasukan sekolah kita,” ujar Cikgu Majid lagi sebelum berlalu dari situ.

“Ah, menyesalnya aku cakap kita akan kalah,” keluh Nazrul hanya mampu melihat kelibat Cikgu Majid meninggalkan padang sekolah. Tiba-tiba Nazrul terasa udara panas di sekitarnya. Dengan perlahan dia berpaling memandang Nurul yang seakan singa betina yang sudah 10 hari tidak makan sebab sakit gigi.

“Apa?” tanya Nazrul sedikit pelik.

“Macam mana kau tahu pasal surat cinta tu?” tanya Nurul lembut tapi garang.

“Err…,” Nazrul kelihatan kehilangan kata-kata. Menggaru-garu lehernya mencari idea untuk melepaskan diri. Entah macam manalah dia boleh terlepas cakap pasal surat cinta? Patutlah sejak dari tadi Nurul asyik memandangnya macam hendak makan je.

“Rupa-rupanya kaulah yang dajalkan aku letak surat tu dalam almari Hayrul!”

“Err… alamak, baru aku teringat… kucing aku belum makan lagi,” tanpa membuang masa dia membuka seribu langkah menyelamatkan diri dari dibaham oleh singa kelaparan itu. “Rezza! Bawa balik beg aku!” sempat dia menjerit.

“Nazrul!! Jangan nak lari!!” dengan seribu langkah juga Nurul yang berpakaian sukan mengejar Nazrul yang sudah lari dulu.

“Kenapa tu?” tanya Najmi kehairanan apabila melihat Nazrul lintang pukang melarikan diri dari dikejar oleh Nurul. “Ada pengambaran filem hidustan ke?” dia memandang kiri dan kanan. Musykil.

“Tu macam pengambaran filem kung-fu je,” ujar Rezza sekadar menggeleng. Nasib kaulah Nazrul. Siapa suruh bermain dengan api. Kan dah kena. Dia kemudiannya menghampiri Fiq yang sedang membelek handsetnya. Satu senyuman gembira singgah dibibir Fiq tidak lama selepas itu. Pantas dia berlalu bangun dan mencapai beg galasnya.

“Aku balik dulu,” ujar Fiq sebelum sempat Rezza bertanyakan sesuatu.

“Ni lagi sorang,” Najmi hanya sekadar menggeleng.

“Hey, ada sesiapa nampak Hayrul tak?” tanya Rezza kepada mereka yang lain. Masing-masing menggeleng.

“Risaulah aku tengok Hayrul sejak terima surat cinta tu,” kata Najmi. “Terus macam orang sakit mental pun ada.”


Nurul tercungup-cungap kepenatan setelah hampir 10 kali dia mengelilingi sekolah mengejar Nazrul. Laju juga Nazrul berlari walaupun dia selalu tidak menghadiri sesi latihan setiap petang. Matanya liar memandang sekeliling mencari kelibat Nazrul yang sudah hilang dari pandangannya.

“Tak pe. Esok masih ada. Taulah apa aku nak buat dengan kau,” kata Nurul dengan nafas tersekat-sekat. Semua ini gara-gara mengejar Nazrul tadi. Hampir semput dibuatnya.

“Eh, Fiq…,” satu senyuman manis singah di bibirnya apabila dia terpandang Fiq yang berlari anak menuju ke pintu pagar. Baru saja dia hendak memanggil Fiq, pandangannya di halang oleh tubuh sasa seseorang. Pantas dia mendongak memandang.

“Ah, Hayrul…,” dia menarik nafas lemah. “Kenapa masa macam ni kau muncul?” terus di tolak Hayrul ke tepi untuk melihat kelibat Fiq yang kelihatan tersenyum gembira.

“Aku nak surat cinta hari tu,” ujar Hayrul setelah mengumpul segala tenaganya untuk memintanya dari Nurul.

“Hah?!”

“Najmi cakap kau yang ambil surat cinta tu.”

“Err… aku dah buang,” jawabnya selamba.

“Apa?!”

“Kau pekak ke? Aku dah buang,” matanya masih lagi memandang Fiq dari jauh. “Bukan ke kau alah dengan surat cinta. Kalau kau dapat gerenti kau pengsan lagi. Apalah, dengan surat cinta pun boleh pengsan.”

“Aku tak pengsan la…,” tegas Hayrul dengan garang. “… cuma tertidur saja,” balasnya perlahan.
“Tidur la sangat,” perli Nurul menjeling tajam. Kemudian dia terpandang Fiq menghampiri seorang gadis manis yang kelihatan menunggu seseorang di depan pintu pagar sejak dari tadi. Tersentap hatinya melihat kemesraan mereka berdua terutama sekali mereka berdua berlalu pergi dengan berpegangan tangan.

Pelbagai persoalan muncul di fikirannya. Siapakah gadis yang bersama dengan Fiq tadi? Lagak gaya bukan seperti pelajar sekolah sebab gadis itu nampak matang dari gaya pemakaiannya. Kakak? Sepupu? Ataupun kekasih? Kalau kekasih, adakah dia langsung tiada peluang untuk memiliki hati Fiq?

“Wei, aku nak surat cinta tu la,” ujar Hayrul lagi.

“Kan aku dah kata aku dah buang surat tu.”

“Aku tak kira aku nak jugak!”

“Macam budak-budak,” dia berlalu pergi tanpa memperdulikan Hayrul.

“Hey, aku nak surat cinta aku la!”

“Kawan, sejak bila kau minat baca surat cinta ni?” sapa Nazrul tiba-tiba di sebelahnya.

“Dan sejak bila pulak kau suka masuk campur hal orang lain ni?” sindir Hayrul.

“Sejak tidur aku sering di ganggu.”


Nurul sekali lagi menguap malas. Mengantuk sehinggakan hendak membuka mata pun tidak terdaya. Semua ini gara-gara tidak dapat tidur kerana asyik memikirkan hubungan Fiq dengan gadis yang dilihat semalam. Penat juga otaknya berfikir, hatinya pula bermain dengan kata-kata sehinggakan Nurul berasa lemah. Apatah lagi sejak pasukan bola sepak sekolah akan menghadapi perlawanan persahabatan dengan Sekolah Haji Mansur.

Haji Mansur…

Kemudian dia tersenyum menggeleng. Lucu. Sejak Nazrul memanggil nama sekolah itu Sekolah Haji Mansur, semua dah gelarkan Sekolah Haji Mansur. Tiada lagi SMK Semarak.

Nazrul!

Hatinya memberontak. Rasa mengantuk tadi hilang begitu saja bila nama Nazrul menjelma di benaknya. Perasaan geram tambah marah terbuak-buak dalam dirinya. Mana tidaknya, Nazrul hampir memalukannya dengan meletak surat cinta dalam almari Hayrul. Nasib baiklah Hayrul alegi dengan surat cinta kalau tidak manalah dia hendak letak mukanya itu. Pasti kecoh satu sekolah.

Kaki kanannya melangkah masuk ke dalam bilik Kelab Bola Sepak. Pintu bilik sudah terbuka luas. Sejak dia menjadi pengurus, pintu bilik memang sentiasa akan dibuka kecuali kalau ada mesyuarat ataupun sewaktu latihan di padang.

Kebiasaanya pagi-pagi lagi dia akan singgah sebentar ke bilik itu untuk mengambil barang-barang sekolah yang diletakkan di situ seperti buku text dan alatan tulis yang lain. Jadi, tidak beratlah beg sekolahnya ketika datang dan balik sekolah.

Kelihatan terdapat Farizat, Ridzwan dan Hayrul di dalamnya sedang menyiapkan kerja sekolah. Itulah rutin harian mereka yang pasti akan menyiapkan kerja latihan yang diberi oleh guru mereka pagi-pagi lagi. Itu pun copy dari pelajar lain.

“Kenapa tu?” tanya Nurul menghampiri Ridzwan dan Farizat yang asyik menyalin jawapan matematik. Mereka kemudiannya berpaling memandang Hayrul yang dari tadi asyik berdoa di hadapan pintu almarinya.

“Doa tolak bala kot,” jawab Ridzwan.

“Kesian anak si Bala tu… tak pasal-pasal kena tolak,” Nurul menggeleng. Sengaja dia meninggikan suaranya namun tiada sebarang reaksi dari Hayrul. Hayrul masih lagi berkumat-kamit membaca sesuatu sambil menadah tangan.

“Wei, aku dengar kau kena keluar dengan Nazrul untuk bincang pasal strategi tu,” Farizat mula bertanya.

“Mana ada keluar. Cuma bincang je la.”

“Semalam kitorang pergi rumah Rezza, Nazrul cakap dia nak pergi Sekolah Haji Harun tu petang ni. Kau pun kena ikut sekali la,” beritahu Farizat.

“Hah?! Kenapa aku tak tahu pun?”

“Sebab… Nazrul,” jawab Ridzwan pendek. Kening Nurul terangkat. “Tak de siapa dapat agak apa yang dia akan buat selepas ni. Jadi, bersedialah apa-apa yang akan berlaku petang nanti.”

“Dia tu memang macam tu. Kalau pasal bola sepak je, langsung tak perduli dengan orang sekeliling.”

Sementara itu, Hayrul di hadapan pintu almarinya yang tertutup rapat sedang mengaminkan doa. Kedua tapak tangannya tadi menyentuh mukanya. Dengan penuh kesabaran, pintu almarinya di buka secara perlahan-lahan.

Matanya terbeliak. Tidak percaya! Terus dia mencari di ruang-ruang di dalam almarinya itu. Tiada! Di cari di dalam laci… Tiada juga! Argghhhh!! Dia terus menapak menghampiri mereka bertiga.

“Nurul, mana surat cinta aku?” tanyanya.

“Hah?!”

“Surat cinta aku mana, pekak!”

Mata Nurul terkebil-kebil dengan sapaan Hayrul yang inginkan surat cinta. Entah apa pula yang tak kena dengan Hayrul ni. Kalau dulu masa terima surat cinta, terus pengsan. Tapi sekarang, terkejar-kejar surat cinta.

“Manalah aku tahu,” acuh tak acuh Nurul menjawabnya. Mampus kalau Hayrul dapat tahu hal yang sebenarnya.

“Bukan ke kau yang ambil surat cinta tu?”

“Memanglah aku yang ambil tapi aku dah buang. Yang kau macam cacing kepanasan cari surat cinta ni kenapa?”

“Aku tak kira, aku nak surat cinta tu jugak!”

“Kejap lagi aku tuliskan surat cinta untuk kau dan kau bacalah ye,” dia tersenyum menyindir. Tak faham bahasa betullah mamat sekor ni!

“Hah, kalau macam tu mesti kau tahu siapa yang tulis surat cinta untuk aku kan? Mesti kau ada bacakan? So, aku nak kau suruh minah tu tulis balik surat cinta tu. Aku nak surat tu ada kat dalam almari aku selepas perlawanan esok!” kata Hayrul sebelum mencapai beg sekolahnya dan berlalu pergi.

Mereka bertiga masing-masing berpandangan. Kemudian ketiganya pecah tawa. Ada ke patut suruh orang tulis balik surat cinta? Manusia macam ni pun wujud ke?


“Petang ni, pukul 2 petang, tunggu aku kat bus stop depan sekolah,” satu suara tiba-tiba mencelah apabila dia sedang berbual dengan Sofea dan kawan-kawannya yang lain di kantin sekolah.

Belum sempat dia berkata apa-apa Nazrul sudah mengangkat kaki berlalu pergi membuatkan dia terpinga-pinga.

“Dating?” tanya Sofea.

“Hah? Takkanlah,” jawabnya selamba.

“Tapi cara dia ajak kau macam nak pergi dating je,” celah Noni yang bertocang dua.

“Dating apanya. Aku kena fikirkan strategi untuk perlawanan esok. Cikgu Majid yang suruh.”

“Tapi takkanlah nak berbincang kat taman bungakan. Kat sekolah nikan ada tempat untuk berbincang.”

“Mungkin kitorang akan pergi ke Sekolah Haji Harun.”

“Hah? Sekolah apa tu?”

“Entah. Aku pun tak tahu sekolah apa tapi yang aku tahu pengetua sekolah tu bernama Haji Harun. Haji Harun…,” dia berfikir sejenak. “Kenapa aku rasa macam kenal je nama pengetua tu?”

3 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    besh..besh..

  1. RashHanie berkata...:

    hahaahah..klakar2..ade ke patut suro org tuh tlis blik srat cnta.,.but so sweat...suke sgt2..huhu

  1. Y berkata...:

    nurfa....
    boley x..awk create satu cerita utk sy...

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages