14: Hampir-hampir...



Hampir-hampir...


“Kenapa aku perlu tolong kau?” tanya Asraf di tengah-tengah puduraya yang sesak dengan orang ramai. Beginilah keadaan Puduraya yang tidak pernah lengang dengan orang ramai. Maklumlah disinilah tempat persinggahan bas-bas di serata negeri di Malaysia ini.


“Sebab hanya kau seorang saja yang aku kenal dan sebab kaulah juga aku dah sesat,” balas Blue dengan ayat selambanya. Dari tadi dia bengang sesangat dengan Roswell yang tak habis-habis mahu bergaduh dengannya.


Padahal benda tu kecil saja tapi oleh kerana Roswell ni terlampau ‘caring’ sangat semuanya jadi besar sebesar-besar raksasa serang ultraman tu. Huh, bengang juga. Ada ke patut nak melintas jalan pun guna jejantas yang jauhnya dari rumahnya ke kedai Pak Tam? Huh, okey memanglah patut tapi bukankah ada lampu isyarat. Lepas lampu isyarat tu merah, redahnyalah. Ini dia dipaksa mendaki jejantas. Bukan tu saja, dengan selamba katak Roswell menarik tangannya. Dan disitu bermula agenda tarik tali.


Akhirnya dia terpaksa mengikut. Yelah terpaksa sebab nanti jadi drama pula kat tengah-tengah Kotaraya. Tak pasal-pasal dia dengan Roswell jadi hero dan heroin tak bertauliah pula.


“Hah?! Apa kene mengena dengan aku pulak?” tanya Roswell. Mana taknya. Dia elok-elok keluar rumah pagi tadi dan mengambil bas ke Kuala Lumpur. Sampai saja di Kuala Lumpur, dia mengalas perutnya dengan bersarapan pagi di Mc Donald berhadapan dengan Central Market dan dengan tak disangkanya ada seseorang melanggarnya. Dan dengan tak disangka juga orang yang melanggarnya itu adalah Blue.


Memang terkejut beruk juga dia dibuatnya. Nak kata kebetulan tapi kakaknya cakap dalam dunianya mana ada yang kebetulan. Semuanya sudah ditentukan. Siapa yang menentukan? Mestilah Allah S.W.T. Hanya Dia sahaja yang boleh menentukan jalan hidup seseorang manakala kita hanya dapat merancang. Tapi sebab apa?


Hisy ni kena tanya Kak Mira ni, detis hatinya.


Tiba-tiba dia teringatkan Kak Mira yang berada di New York.


Tapi kalau tanya…


Kenapa? Mesti Boy dah ada someone nikan? Cakap, siapa yang dapat mencuri hati adik akak ni? Perlukah akak tolong Boy pikat perempuan tu? Atau apa-apa saja yang Boy rasa nak akak tolong, akak akan tolong termasuklah hantar rombongan meminang. Dan akak boleh sponsor majlis perkahwinan Boy dan lagi jahit baju untuk pengantin perempuan. Oh, akak dah reka lebih 30 fesyen pakaian pengantin dengan pelbagai warna khas untuk pengantin perempuan. So? Siapa perempuan tu? tanya Kak Mira suatu masa dahulu.


Okey, cancel tanya Kak Mira. Nanti kecoh satu dunia dia bagitahu…, Asraf nekad.


“Kau sendiri yang gatal-gatal nak pergi ke rombongan ni, kenapa pula nak salahkan aku? Pastu kau pergi bukannya nak bagitahu aku,” tambah Asraf lagi mempertahankan dirinya.


“Kenapa pulak aku nak beritahu kau? Kau tu bukannya penting sangat pun. Bagi aku kau tu setakat ‘Partner dalam kertas je’,” ujar Blue.


“Oh, aku ni setakat partner dalam kertas je la ye?” tanya Asraf memandang tepat mata Blue.
Blue membalasnya dengan memandang mata hijau Roswell. Mata bertentang mata. Biru bertemu hijau.


“Iye. Kenapa tak percaya?” akhirnya Blue bersuara. Anehnya jantung dia berdegup kencang sebaik sahaja terpandang mata Roswell. Huh, hampir tergoda dengan panahan mata hijau Roswell. Namun, dia tetap berlagak selamba.


Kedengaran nafas Asraf semakin mendalam. Blue mendongak memandang wajah Asraf yang sedikit pucat. Nafasnya juga tidak lancar.


“Kenapa?” tanyanya sedikit cemas.


Tanpa buang masa Asraf yang cuba bernafas dengan baik berlalu duduk di tempat kosong tidak jauh dari tempat mereka berdiri sambil mengurut dadanya yang terasa berbisa. Kesakitannya sama seperti 5 tahun yang lalu.


“Hey, kenapa? Kau janganlah buat takut aku. Walaupun aku ni benci sangat dengan kau tapi janganlah tinggalkan aku sensorang kat sini. Aku takutlah. Kau sakit ke? Kalau kau sakit kau tahanlah sampai aku dapat balik ke rumah. Jangalah sakit sekarang,” ujar Blue semakin cemas apabila nafas Asraf semakin jelas kelihatan.


Blue kebuntuan. Dia memandang sekeliling dengan cemas. Walaupun Puduraya tu penuh dengan orang ramai tapi kebanyakkan mereka melayan diri sendiri. Langsung tak tengok kiri kanan. Perlukah dia menjerit minta tolong macam dalam drama di tv? Ah, dia dahlah fail dalam babak minta tolong.


Dia kemudiannya memandang Asraf yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan. Dia buntu. Asraf nampaknya bukan berlakon drama ‘JANGAN TINGGAL SAYANG’ dengannya dan ini bukannya cobaan. Ini betul-betul.


“Hey…, kau sakit bukan? Kalau kau sakit mesti ada ubat. Kau dah makan ubat? Mana ubat kau?” tanya Blue penuh berharap.


Asraf menggeleng lemah. Dengan sekuat tenaganya dia mencapai handsetnya. Mencari nama seseorang sebelum menghubunginya. Sakit mendatang menyebabkan dia hilang tenaga untuk bersuara. Segera di beri handsetnya kepada Blue.


“Err… kenapa? Nak telefon siapa? Ambulan? Polis? Bomba?” tanya Blue bukannya melawak tapi dia sendiri sudah kebuntuan sebenarnya apabila Asraf menghulurkan handset kepadanya. Dia melihat skrin handset Asraf yang tertera nama Kak Linda.


Panggilan di jawab. Suara seorang perempuan bercakap di telinganya.


“Hah! Baru sekarang nak telefon Kak Linda? Kenapa? Stok dah habis? Bukan ke Kak Linda dah ingatkan berapa kali yang stok Boy dah habis? Kenapa Boy tak datang ambil? Takkan dah kena sakit macam tu baru nak suruh Kak Linda bergegas ke kampung bagi ubat?” ujar suara perempuan yang lantang itu.


“Err…,” Blue kehilangan kata-kata. Tak pasal-pasal dia kena sound free dengan orang yang dia sendiri tidak kenali.


“Siapa ni?” tanya suara itu.


“Err….”


“Mana Boy?” tanya suara itu lagi.


“Di Puduraya. Ros… err… Asraf tengah sakit,” beritahunya.



“Beritahu Kak Linda apa sebab Kak Linda tak patut tahan Boy di hospital malam ni?” tanya Kak Linda dengan suara lantangnya. Mata hijaunya memandang tepat adik bongsunya yang sudah kembali pulih.


“Err… sebab orang datang nak ambil ubat?” balas Asraf takut-takut.


“Asraf Danish!”


“Okey, sorry… sorry…”


“Kamu main bola keranjang lagi?” tanya Kak Linda yang dari tadi syak sesuatu.


“Tak. Menonton permainan bola keranjang,” ujarnya selamba. Kali ini Kak Linda menjeling tajam. Dengan perlahan dia menghela nafas lemah. “Yup. Orang main….”


“Boy…,” keluh Kak Linda lemah sambil duduk di sebelah adiknya itu. “Kenapa Boy tak dengar cakap kami? Kami dah pesan, jangan main bola keranjang selagi Boy betul-betul sihat.”
“Dah lima tahun, kak.”


“Yup dah lima tahun tapi lima tahun tak bermakna penyakit Boy tu tak boleh datang kembali…, tengoklah apa dah jadi dengan hari ni? Nasib baik girlfriend Boy ada kalau tak mesti kami semua kehilangan Boy buat selama-lamanya.”


“Girlfriend?” tanya Asraf kehairanan. Sejak bilalah dia ada girlfriend ni? Kawan perempuan pun tak de, inikan girlfriend. “Siapa?”


“Jangan nak berdolak dalih,” Kak Linda mencubit pipinya. “Dan jangan nak lari dari topic asal. Akak akan hantar kamu balik malam ni tapi dengan syarat….”


“Jauhkan diri dari bola keranjang atau apa-apa yang berkaitan dengan permainan bola keranjang,” pantas Asraf menjawab.


“Bagus.”


“Kak, bagaimana dengan bola keranjang saja?” tanya Asraf.


“No,” jawab Kak Linda tegas.


“Or… gelangang bola keranjang?”


“Oh, itu lagi tak boleh,” jawabnya.


“Kasut bola keranjang?”


“Tak boleh juga.”


“Bagaimana dengan mata keranjang?” tanya Asraf.


“Tak…,” dia terdiam sebentar. “Boy…,” ujarnya manja. Asraf sudah ketawa terkekek-kekek. “Hah, yang tu kalau Boy nak kena Flying Kick Kak Nadia, cubalah buat.”

4 si charming:

  1. wahh~!!

    bile nk smbung lagi! x sabar nk bace nerh!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    walaupun ni citer budak skolah.. tp penggunaan bahasa.. teratur.. dan jln citer best... brape byk kakak dia ada?

  1. KaNaFee berkata...:

    huhu..
    sukee..cite ni..
    best giler!!
    no wonder asraf tu kuat membebel rupa2nye ade byk sisters..
    hehe..
    cute sgt..

    thnx for ratu for citer yg sweet mcm ni;)

    -Kanafee..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    btol ke dlm dunie ni tade kbtulan??
    sy tatau nih

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages