Seseorang untuk Dinikahi: Bab 10



Aku tak tahu apa yang ada dalam kepala kau sampai kau tak boleh berfikir dengan waras. Couple dengan Arissa? Itu satu-satunya keputusan yang aku sangat tak jangkakan selepas kau kata kau tahu apa yang kau buat,” kata Luqman yang terus mendapatkan Nazwan sebaik sahaja turun dari keretanya.
Rileks,” jawab Nazwan tenang. Dia yang ingin membuka pintu pantas dihalang oleh Luqman yang menutup pintu rumah mereka kembali.
Rileks? Kau suruh aku rileks selepas kau bersetuju couple dengan Arissa?” marah Luqman. “Apa yang dah berlaku dekat kau masa di Teluk Batik? Kau pasti kau dah ceritakan semuanya pada aku?”
Pasti. Semuanya,” jawab Nazwan. Lantas dia membuka pintu utama dan tanpa berlengah lagi melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Habis tu, boleh kau terangkan apa yang buat kau berani sangat nak couple dengan Arissa?” tanya Luqman sambil mengekori Nazwan. Nazwan masuk ke dapur dia masuk ke dapur. Nazwan minum air, dia pun minum air. Begitu juga Nazwan yang mencapai sebiji epal, dia pun capai sebiji epal.
Nazwan couple dengan Arissa?” tanya Puan Latifah yang entah dari mana munculnya. Dari raut wajahnya, dia kelihatan terkejut dengan apa yang didengarnya.
Ya. Memang mengejutkan. Tapi lagi mengejutkan Nazwan dah jatuh cinta dengan Arissa,” ujar Luqman.
Aku tak kata aku dah jatuh cinta dengan dia,” jawab Nazwan memperbetulkan dakwaan Luqman tadi. “Aku couple dengan dia tak bermakna aku dah jatuh cinta dengan dia tapi cuma nak kenal dia.”
Habis tu, selama ni kau tak kenal dia?” tanya Luqman tidak puas hati.
Luqman, biar Nazwan habis cakap dulu,” tegur Puan Latifah. Kadangkala dia tidak suka dengan mulut anak lelakinya yang suka serang orang dengan soalan-soalan yang tidak puas hati. Entah perangai siapalah yang diikutnya.
Tak ada apa nak dicakapkan lagi,” ujar Nazwan sebelum mengorak langkah berlalu dari situ.
Luqman mengeluh berat.
Entah sihir apa yang Arissa bagi kat Nazwan sampai budak tu buat keputusan drastik macam tu. Couple dengan Arissa? Takkan la dia tak tahu yang Arissa tu dasar playgirl tak sedar diri,” ujar Luqman menggigit epal merah dengan geram.
Luqman, terimalah kenyataan. Tiada seorang manusia pun dapat ubah takdir yang telah ditetapkan. Bersedialah untuk terima Arissa dalam keluarga ni,” ujar Puan Latifah sambil menepuk bahu anak lelakinya itu.
Belum sempat Luqman ingin membalas, Puan Latifah lantas mengangkat kaki berlalu dari situ. Dia menghela nafas panjang. Kusut mindanya memikirkan keputusan yang Nazwan buat tadi. Dia masih lagi tidak faham dengan alasan yang Nazwan beri kepadanya tadi.
Nak kenal Arissa?” ulangnya sambil berfikir.
Rasanya masing-masing sudah kenal perangai Arissa sejak dari awal mereka berkenalan dengan Arissa lagi. Masing-masing tidak tahan dengan perangai Arissa yang selalu merosak kehidupan gembira mereka. Kemunculan Arissa buat dunia mereka berdua terumbang ambing. Entah apa lagi yang Nazwan ingin kenal lagi.
Ahhh... boleh meletup kepala aku memikirkan hal ni,” keluhnya. “Kali ni semuanya bergantung pada Sarah.”

***

Sarah menahan geram di hati. Dari tadi puas dia membebel supaya Arissa melupakan hasrat untuk memikat Nazwan. Malangnya, Arissa bagaikan masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Apa yang dibebelkannya langsung tidak dapat mematahkan semangat Arissa apabila Arissa asyik memikirkan baju apa yang perlu dipakai untuk janji temu yang pertama.
Arissa... kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?” kata Sarah menahan geram.
Mmm... aku patut beli baju baru. Semua baju-baju aku dah ketinggalan zaman,” ujar Arissa yang sambil memandang almari bajunya. Begitu banyak baju di dalam almari itu tetapi dia dapati tiada satu pun yang sesuai untuk janji temu kali ini.
Arissa! Kau dengar tak!” jerit Sarah sudah hilang sabar.
Dengar. Dengar,” jawab Arissa terperanjat.
Kalau dengar, kau tahu apa yang kau kena buat?” tanya Sarah.
Mmm...,” Arissa mengangguk. “Aku mesti berusaha untuk memikat Nazwan supaya dia jatuh cinta dengan aku!” ujar Arissa dengan penuh bersemangat.
Arissa... bukan tulah!!!” sekali lagi Sarah menjerit kemarahan. “Tolonglah jangan main-main dengan aku lagi. Nazwan tu kawan kita. Aku ulang sekali lagi. Dia tu kawan kita! Kalau kau nak main-main, carilah lelaki lain. Jangan hancurkan hati Nazwan, faham?!”
Mana ada aku nak hancurkan hati dia. Aku cuma nak pikat dia je,” balas Arissa selamba.
Tapi dia tu kawan kita,” kata Sarah lagi.
Mmm... aku tahu. Apa salahnya. Lagipun aku fikir, lebih baik kalau aku bercinta dengan kawan lelaki sebabnya, kalau dah namanya kawan, dia mesti sudah tahu apa yang aku suka, apa yang aku tak suka. Aku jugak tak perlu berterus terang pada dia yang aku dah banyak kali bercinta dan putus cinta. Kalau aku terserempak dengan ex-boyfriend aku, aku tak akan ada rasa teragak-agak nak kenalkan dia dengan ex-boyfriend aku. Dia juga takkan rasa cemburu sebab dia kenal aku sebelum ini. Ahhh... inilah percintaan aku yang sempurna!” ujar Arissa laju macam kereta api.
Arissa....”
Jangan risau Sarah,” ujar Arissa sekali gus membuatkan Sarah terdiam. “Aku tahu dia kawan kita jadi aku akan cuba buat yang terbaik. Lagipun, aku juga macam perempuan lain. Macam kau juga. Nak merasa cinta sejati.”
Arissa,” tiba-tiba Sarah berasa kasihan dengan nasib Arissa.
Oleh itu, tolonglah setuju dengan keputusan aku. Aku janji, aku tidak akan sia-siakan peluang keemasan ini. Nazwan akan jadi kekasih terakhir aku. Tolonglah,” ujar Arissa merayu kepada Sarah dengan mata yang bersinar-sinar.
Tidak!” ujar Sarah tegas sambil menolak kepala Arissa ke kiri. Dia tidak sanggup memandang mata Arissa. Betul kata Luqman selama ini. Arissa bagaikan ahli sihir yang akan menyihir sesiapa sahaja yang menghalang rancangannya. Dia hampir-hampir jatuh ke dalam perangkap Arissa tadi.
Kenapa?” tanya Arissa dengan wajah minta kasihan.
Sebab Nazwan kawan kita. Takkan itu pun aku nak ulang banyak kali,” balas Sarah sudah naik geram. Cakap dengan Arissa macam cakap dengan benda yang tidak bernyawa.
Huh, bagi alasan lain. Kalau kau bagi aku 10 sebab yang kukuh kenapa aku tak boleh couple dengan Nazwan, aku akan pertimbangkan amaran kau tu,” ujar Arissa mencabar Sarah.
Sarah menghela nafas panjang.
Baiklah. Kau dah bersedia nak dengar?” tanya Sarah.
Lantas Arissa mengangguk.
Pertama sebab kau masih tak matang. Kedua, sebab perangai kau macam budak-budak yang tak cukup umur. Ketiga, kau tak layak bercinta. Keempat, kau bukan jenis yang Nazwan suka. Kelima, kau gedik dan menjengkelkan. Keenam, kau langsung tak ada ciri-ciri perempuan untuk dicintai. Ketujuh, kau bukan dilahirkan untuk Nazwan. Kelapan, kau tak pernah setia pada cinta. Kesembilan, kau memang nak mempermainkan hati lelaki dan kesepuluh, kau bukan dilahirkan untuk Nazwan,” ujar Sarah tanpa teragak-agak lagi.
Arissa menghempas tubuhnya ke tilam lalu menekap mukanya pada bantal kesayangannya sebaik sahaja habis mendengar Sarah menyenarikan 10 sebab yang diminta tadi. Tiba-tiba sahaja semangatnya yang tinggi mengunung tadi sudah jadi rata dalam sekelip mata.
Aku seteruk itukah?” ujar Arissa sambil menumbuk-numbuk tilam katilnya yang empuk. Menyesal dia suruh Sarah menyenaraikan 10 sebab. Tidak pasal-pasal dia hilang harapan.
Sebab tulah aku suruh kau lupakan Nazwan,” ujar Sarah semakin yakin yang dia akan berjaya padam api semangat Arissa selamanya. “Kau nak dengar sebab lain lagi ke? Aku boleh senaraikan 100 lagi sebab,” tambahnya lagi.
Tak, aku tak boleh begini,” ujar Arissa tiba-tiba bangun dari baringnya. “Demi cinta sejati aku terhadap Nazwan, aku perlu kuat. Kalau aku tak kuat, sampai bila pun aku takkan dapat tawan hati Nazwan. Walaupun aku agak teruk tapi aku percaya, seteruk mana seseorang manusia kalau cinta tu cinta sejati, pasti akan bersama juga! Yeah! Berusaha Arissa. Kau boleh buat!” ujar Arissa bersemangat menasihati dirinya sendiri.
Budak ni...,” keluh Sarah yang tidak tahu bagaimana hendak mematikan semangat Arissa lagi. Semakin lama dia cuba, semakin menyala api semangat Arissa. Akhirnya, dia yang menyerah kalah.

***

Pintu diketuk dari luar. Nazwan yang baru sahaja membersihkan diri, membuka pintu biliknya yang dikunci dari dalam. Pada awalnya dia tidak mahu membuka tetapi apabila mendengar suara Puan Latifah, barulah dia berani membuka pintu. Buat masa ini, dia perlu mengelak daripada berjumpa dengan Luqman. Bukan apa. Dia sudah tidak larat hendak mendengar siaran ulangan dari mulut Luqman. Lagi-lagi pasal keburukan Arissa ataupun sengaja ingin menakutkannya dengan kenyataan yang tidak masuk akal. Kena sihirlah. Kena ilmu hitamlah. Penat telinganya mendengar.
Boleh Mama Tifa masuk?” tanya Puan Latifah.
Mmm...,” dia mempersilakan Puan Latifah masuk. Ibu saudaranya itu lantas mendapatkan kerusi di meja tulis Nazwan. “Tentang Arissa?” tanya Nazwan yang dapat meneka tujuan ibu saudaranya ke biliknya.
Puan Latifah mengangguk.
Bukan ke Mama Tifa yang kata, kita patut baginya peluang,” ujar Nazwan.
Ya,” balas Puan Latifah. “Tapi, bukan cara begini.”
Cara macam ni?” tanya Nazwan tidak faham.
Nazwan, Mama Tifa pun pernah jadi remaja. Pernah juga bercinta dan putus cinta. Pernah dikecewakan. Kamu takkan dapat sembunyikan semua tu daripada Mama Tifa. Apa yang kamu buat sekarang merugikan diri sendiri.”
Apa yang Mama Tifa cakap ni?” tanya Nazwan tidak faham.
Natasya,” ujar Puan Latifah pendek.
Nazwan tersentak apabila nama Natasya disebut. Sudah sekian lama nama itu berkubur dari ingatannya. Bila nama itu disebut, dia mula terkenangkan gadis yang pernah bertakhta di hatinya.
Kenapa dengan Natasya?” tanyanya cuba menyembunyikan perasaannya pada ketika itu.
Jangan samakan Arissa macam Natasya.”
Naz tak faham apa yang Mama Tifa nak sampaikan,” ujar Nazwan mula tidak selesa dengan perbualan itu.
Kamu faham,” balas Puan Latifah dengan senyuman penuh rahsia. Seperti tahu apa yang sudah berlaku. “Mama Tifa takkan menghalang apa yang kamu nak buat tapi Mama Tifa harap kamu tak mencabar cinta Arissa,” nasihat Puan Latifah sebelum meminta diri. Namun, bila sampai di depan pintu Nazwan, dia sekali lagi bersuara, “Nazwan, lupakan apa yang berlaku malam tu. Jangan simpan dendam tu lagi.”
Nazwan sekali lagi terkejut. Dia memandang Puan Latifah yang hanya tersenyum sebelum hilang di sebalik pintu. Senyuman ibu saudaranya itu seakan hendak beritahunya yang dia tahu apa yang sudah berlaku pada malam Natasya meninggal dunia.
Selepas Mama Tifa keluar dari biliknya, Nazwan menghempas tubuh ke tilam katil yang empuk. Dia mengeluh berat. Tidak lama kemudian, handsetnya berbunyi. Panggilan masuk daripada Arissa. Dengan nafas berat, dia menjawab panggilan itu.
Nazwan,” suara ceria Arissa menyapa telinganya.
Mmm...,” jawab Nazwan yang berat hendak bersuara.
Kau belum tidur lagi?” tanya Arissa.
Nazwan menjeling jam yang di letak di dinding biliknya. Lagi lima minit hendak pukul 7.00 malam. Pasti semua jam di rumah Arissa sudah rosak sampai tanya soalan yang tidak masuk akal itu.
Kau nak apa?” tanya Nazwan.
Nazwan, rasanya kita perlu berbincanglah. Tentang kita.”
Mmm...,” Nazwan juga terfikir begitu.
Jadi, kita jumpa esok ya!”
Okey.”
Nazwan,” panggil Arissa lagi. “Esok kita pergi U sama-sama ya.”
Okey,” jawab Nazwan pendek.
Nazwan,” Arissa memanggil namanya lagi.
Mmm?”
I love you!” ucap Arissa terus mematikan talian.
Dia tersenyum kelucuan. Comel juga!

***

Dari sebalik pintu bilik Arissa yang terbuka, Sarah dapat melihat ragam Arissa yang berguling-guling kegembiraan selepas bercakap dengan seseorang melalui telefon tadi. Dia tidak dapat dengar dengan jelas seluruh perbualan itu tetapi dapat mendengar ucapan di akhir perbualan itu.
Nazwan, I love you!”
Dia masih lagi tidak dapat terima apa yang didengarnya tadi. Dia tidak tahu apa yang sudah terjadi sampai Arissa jatuh cinta dengan Nazwan. Selama ini Arissa yang berkawan dengan Nazwan tidak pernah nampak Nazwan sebagai lelaki yang perlu untuk dicintai. Takkan hanya kerana Nazwan menyelamatkan Arissa tempoh hari, kawannya itu boleh jadi kemaruk cinta. Dia percaya, pastinya ada udang di sebalik batu.
Sesiapa yang menjadi teman lelaki Arissa, pasti akan mendapat nasib yang sama. Ditinggalkan. Sebelum perkara itu berlaku, dia perlu bertindak pantas menghalang segala tindakkan Arissa.
Lantas dia mencapai telefon bimbitnya dan melangkah turun ke bawah. Panggilannya disambut Luqman tidak lama kemudian.
Macam mana?” terus Luqman bertanya.
Gagal. Rasanya tak guna kita nak pujuk dia lagi. Lagi kita pujuk lagi dia bersemangat. Kita kena fikir cara lain,” lapor Sarah.
Samalah,” Luqman mengeluh. “Nazwan macam dah kena sihir.”
Esok kita jumpa dan bincang pasal ni,” kata Sarah serius. Walau apa pun dia tidak akan menyerah kalah begitu sahaja.
Okey. Jumpa esok,” balas Luqman sebelum mereka menamatkan talian.
Kenapa aku rasa macam watak antoganis akan lahir?” sapa satu suara di belakangnya.
Lantas Sarah berpaling. Dia terkejut apabila melihat Fazira berdiri di belakangnya sambil memeluk tubuh. Mata Fazira juga memandangnya dengan tajam. Berlainan seperti hari-hari sebelumnya.
Huh, Fazira. Bila kau balik?” tanya Sarah mengurut dadanya yang bagaikan hendak melompat keluar.
Dah lama. Malah, aku sempat dengar lagi perbualan kau dengan Kak Arissa,” jawab Fazira selamba dengan nama yang seakan tidak puas hati.
Err... aku rasa aku nak balik rumah sekarang,” ujar Sarah sengaja ingin melarikan diri daripada Fazira. Selalunya hubungan Fazira dengannya baik sahaja tapi kali ini dia dapat rasakan satu aura yang menakutkan di sekeliling Fazira.
Kau fikir aku tak tahu apa yang kau fikir?” ujar Fazira membuatkan kaki Sarah terpaku. “Kau sengaja nak jatuhkan semangat Kak Arissa sama seperti kau jatuhkan semangat arwah Kak Natasya.”
Hah? Aku tak faham. Mungkin kau dah salah faham,” ujar Sarah seagak-agak.
Mungkin,” balas Fazira. “Tapi, kalau perkara yang sama berlaku sebanyak dua kali, aku tak fikir itu satu salah faham. Kau boleh tipu semua orang di sekeliling kau tapi bukan aku. Aku tahu, sejak dulu lagi kau memang sukakan Nazwan. Kau sengaja rapat dengan Luqman sebab Nazwan, bukan?”
Sarah tiba-tiba ketawa.
Apa yang kau merepek ni? Aku sukakan Nazwan? Fazira, mungkin kau terlampau banyak sangat tengok sinetron Indonesia atau telenovela yang tayangkan beratus-ratus episod yang tak masuk akal. Kalau aku sukakan Nazwan, sudah lama aku pikat Nazwan dan aku takkan couple dengan Luqman,” jawab Sarah tenang.
Sebab kau lembab dan pengecut,” balas Fazira dengan berani. “Kau tak seberani Kak Arissa yang pantas meluahkan perasaannya. Juga, secerdik arwah Kak Natasya memikat hati Nazwan,” tambah Fazira lagi.
Serentak itu Sarah memandang Fazira dengan tajam. Nafas kasarnya jelas kedengaran. Kata-kata Fazira tadi memang mencabar dirinya. Namun, dia tidak akan mengalah dengan mudah. Dia mendekati Fazira.
Orang tua-tua kata, kalau berhadapan dengan budak sekolah macam kau ni, aku yang dewasa ni patut berfikiran terbuka. Aku anggap apa yang kau kata tadi sebagai gurauan saja. Pendek kata, aku takkan biarkan hati Nazwan dihancurkan oleh Arissa,” ujar Sarah separuh berbisik.
Mmm... tak silap lagi. Kau memang ada aura antoganis,” ujar Fazira sengaja ingin menaikan kemarahan Sarah.
Sarah tidak membalas, tetapi sebaliknya mula mengatur langkah keluar dari rumah itu. Lagi lama dia di situ, lagi banyak yang akan terbongkar. Nampaknya kali ini dia perlu berhati-hati. Bukan sahaja dengan Arissa tetapi dengan Fazira juga.

***

Buku apa tu?” tanya Nazwan pelik apabila melihat Arissa mengeluarkan sebuah buku yang sudah hampir lunyai seperti buku lama.
Ini?” Arissa menunjukkan buku nota ditangannya. “Ini ialah Buku Dating Kecemasan!” ujar Arissa serupa seperti Doraemon memperkenalkan barangan ajaib dari poket ajaib. “Dengan buku ini, kita dapat belajar menyesuaikan diri dengan pasangan kita yang bermacam-macam status,” tambah Arissa lagi.
Mendengar sahaja Arissa berkata demikian, Nazwan tidak dapat menahan diri daripada ketawa kelucuan. Seolah-olah dia sedang menonton rancangan Doraemon yang sudah lama ditinggalkan.
Kenapa kau ketawa?” tanya Arissa.
Tak ada apa,” Nazwan cuba berhenti ketawa. “Mana kau dapat buku tu?” tanya Nazwan sambil mengambil buku itu dari tangan Arissa.
Harga berharga peninggalan mama aku,” jawab Arissa.
Mama kau tulis semua ni?” tanya Nazwan yang tidak percaya dengan apa yang dibacanya. Boleh dikatakan semua taktik-taktik memikat lelaki ada ditulis di dalam itu.
Mmm... aku pun tak percaya.”
Jadi, kau nak guna buku ni untuk pikat aku?” tanya Nazwan memandang Arissa separuh tidak percaya. “Kalau macam tu, kau guna buku ni untuk pikat semua lelaki yang pernah jadi teman lelaki kau?”
Semua tu salah. Ini kali pertama aku terpaksa belek buku panduan ni. Selama ni aku anggap buku ni macam buku biasa hadiah daripada mama aku. Aku tak pernah terfikir nak guna buku ni untuk pikat lelaki cuma... kali ni aku terpaksa,” ujar Arissa yang sememangnya tidak akan berdolak-dalik.
Kenapa?” tanya Nazwan.
Sebab istilah kawan,” kata Arissa.
Hah?” Nazwan tidak dapat tangkap apa yang Arissa ingin sampaikan.
Okey, sebelum ni kita kawan, bukan?”
Nazwan mengangguk.
Dan kita dah ambil keputusan nak couple bukan?”
Sekali lagi Nazwan mengangguk.
Kau tahu apa yang akan jadi batu penghalang hubungan kita?”
Luqman dan Sarah?”
Salah!” pantas Arissa menjawab. “Err... mungkin tapi itu antara kategori ancaman dari luar yang bila-bila masa akan jadi penghalang hubungan kita. Tapi, ada satu yang sentiasa menjadi ancaman kita, iaitu istilah kawan antara kita berdua. Jadi, apa yang kita patut lakukan adalah hapuskan istilah tu dari kamus hidup kita. Kita bukan lagi kawan, kita perlu jadi pasangan kekasih seperti yang lain. Sebab mama kata... err... mama tulis, bila kawan bertukar menjadi kekasih, kita kena bersedia.”
Bersedia untuk apa?”
Hura-hara.”
Nazwan sekali lagi ketawa.
Serius Nazwan!”
Ya. Aku pun tengah seriuslah ni.”
Habis tu kenapa kau gelak?”
Sebab aku tak kisah semua tu. Aku cuma kau tahu, hati aku dah jadi batu. Persoalannya, macam mana kau nak cairkan batu tu?” tanya Nazwan acuh tak acuh.
Arissa hanya mengukir senyuman. Dia suka cabaran ini!

10 si charming:

  1. epy elina berkata...:

    x kan la sarah jd wtak antoganis..
    x suka la mcm ni...
    smkin suka crta ni..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Arissa comelnyeee...Pasal Natasya mati memang still nak tahu pasal ape..Kalau kate Sarah tu jd antoganis boleh je sebab mende xmustahil bile bff tukar jd musuh mcm jugak bile bff tkr jd pakwe..haha

  1. MizaEija berkata...:

    Hohoho... ada kisah tersirat rupanya si sarah ni..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    hah! tak ku sangka.. rupa2nya, si sarah tu jahat..
    adakah kematian natasya tu ade kena dgn si sarah tu ea..
    ape yg blaku mlm tu..?
    mybe, adik tiri Arissa tu bleh bongkarkn sume tu..

  1. Suha berkata...:
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
  1. Suha berkata...:

    peh3! kwn mkn kwn weh >.<" tp xpa ~.^ su suka bila nazwan dgn arissa ~.^' hee kak! next entry cpt eh ^^' giler xsbr nk bca dah nih >///< hee

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Sarah bahaya ...
    Nazwan dengan arissa boleh bincang dengan tenang hahaha

  1. Unknown berkata...:

    wahhh psoalan nya sy dh xsbr nk tgu mcm mna arisa cairkn batu.. hehehe....

  1. Maira Hawani berkata...:

    bila Arissa nak matang nihh -_-

  1. Kuah Kacang Ledang berkata...:

    sah la sarah jadik punca kematian natasha ~ hisyy3 ~

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages