SuD: Prolog


Wah… cantiknya!” ujar Arissa dengan begitu gembira.
Dia terpesona melihat sehelai baju pengantin yang diperagakan di hadapan cermin pameran sebuah butik pengantin yang dilaluinya. Baju kurung moden itu tampak begitu menyerlah dengan manik-manik yang dijahit kemas cantik. Sesekali Arissa melihat baju itu berkilauan apabila dipanah cahaya. Umpama berlian berkilauan.
Itulah baju pengantin idamannya. Dalam diam, dia berharap agar suatu hari nanti dia dapat menyarung baju itu di hari pernikahannya.
Tapi, apa salahnya cuba sekarang!” Entah daripada mana idea gila itu datang.
Dalam sekelip mata sahaja, baju pengantin itu sudah tersarung pada tubuhnya. Dia tersenyum lebar sambil melihat cermin yang mempamerkan tubuhnya. Tiada apa yang perlu diucapkan. Dia puas hati dengan apa yang dilihatnya.
Sangat sempurna! Seolah-olah baju itu memang dibuat untuk dirinya!
Rasa macam nak nikah sekarang je,” ujarnya sedikit kecewa. “Alangkah seronoknya kalau Zakri melamar aku sekarang,” tambahnya lagi.
Arissa!” Panggil satu suara. Suara yang tidak asing lagi dalam hidup Arissa.
Lantas itu, Arissa segera berpaling untuk memastikan telinganya tidak tersalah dengar. Dia sedikit terkejut apabila melihat seorang gadis kecil molek yang bertudung litup muncul dengan tiba-tiba.
Sarah, apa kau buat kat sini?” tanya Arissa teramat mengenali gadis itu.
Bagaiamanapun dia berasa pelik apabila melihat Sarah turut berada di situ. Lagi pelik apabila dia melihat Sarah turut menyarung baju kebaya putih. Dia tahu Sarah memang suka baju kebaya tapi dia tidak pernah melihat Sarah memakai baju kebaya yang cantik umpama pengapit pengantin.
Apa kau tunggu lagi? Tok kadi dah tunggu lama!” Sarah mula meradang.
Tok kadi?” Arissa mengerut dahi. “Hah, aku lupa! Hari ni aku hari nikah aku dengan Zakri!” Arissa mula panik. “Macam mana? Macam mana ni? Aku nak kahwin!”
Tiba-tiba datang sebuah kereta berhenti di hadapan mereka berdua. Cermin kereta di bahagian pemandu diturunkan. Sekali lagi Arissa terkejut apabila melihat kelibat seorang gadis yang juga rakannya di dalam kereta itu.
Natasya?” Dia memandang Natasya kehairanan.
Arissa! Cepat naik! Tok kadi dah lama tunggu kau,” ujar Natasya.
Tanpa berfikir panjang lagi, Arissa dan Sarah terus melangkah masuk ke dalam kereta. Namun, baru sahaja dia duduk dalam kereta itu, Arissa teringat akan sesuatu.
Nanti!” jerit Arissa sebelum Natasya mula memandu. “Sejak bila kau tahu pandu kereta ni?”
Baru hari ni,” jawab Natasya sambil mengenyit mata.
Apa? Tak nak! Aku nak naik teksi!” Arissa cuba membuka pintu kereta tetapi Natasya pantas menguncinya.
Sorry Arissa. Kita kena bertolak sekarang!” jerit Natasya sambil menekan pedal minyak sehabis-habisnya.
Tidak!!!” Arissa menjerit sekuat hati tatkala kereta yang dipandu Natasya bergerak laju ke hadapan.
Diam. Tok kadi nak nikahkan kau tu,” tegur Sarah tiba-tiba di sebelah.
Hah?” Arissa melihat kiri kanannya. Ruang tamu rumahnya penuh dengan orang ramai dan menyedari dia menjadi perhatian mereka. “Huh, mimpi,” keluh Arissa menghela nafas lega.
Dari tempat dia duduk, dia dapat melihat dua orang lelaki yang saling duduk bertentangan. Salah seorangnya berpakaian serba putih, berjanggut putih, berserban putih. Tidak payah diteka. Dia sudah tahu itulah orang yang popular dengan gelaran tok kadi.
Di hadapan tok kadi, dia dapat melihat bakal suaminya pada masa hadapan. Namun, dia tidak dapat fokus muka lelaki itu tapi dia tahu itulah Zakri, lelaki yang dicintainya. Dia menunduk malu tatkala bakal suaminya berpaling memandang ke arahnya.
Tapi, kenapa aku rasa lain macam saja? Hati Arissa bertanya.
Tidak sempat dia hendak melayan hatinya, dia mendengar suara tok kadi bersuara. Arissa dapat mendengar dengan jelas kata-kata sakti yang dilafazkan oleh tok kadi itu.
Saya nikahkan akan dikau dengan Nur Arissa binti Aris sekali dengan mas kahwinya, RM80 tunai.”
Saya terima nikah….”
Nanti!” jerit Arissa memecah suasana sekali gus menganggu proses pernikahan itu. Arissa tidak pedulikan suara-suara kecil yang berbisik di sekelilingnya. Dia terus berjalan bangun menghampiri tok kadi dan bakal suaminya itu.
Nazwan Syah! Apa kau buat ni?!” jeritnya yang terkejut apabila menyedari bakal suaminya bukan Zakri tetapi kekasih Natasya.
Akad nikahlah. Kitakan nak kahwin,” jawab Nazwan selamba.
Tak! Tak! Kau bukan bakal suami aku!” Dia menarik Nazwan sejauh-jauhnya. “Aku sepatutnya berkahwin dengan Zakri bukan dengan kau! Aku takkan benarkan kau berkahwin dengan aku walaupun dalam mimpi!”
Ala, dalam mimpi aje pun!” Nazwan cuba mara ke hadapan lagi.
Tidak! Keluar kau dari mimpi aku!” Dia terus menolak Nazwan ke gaung yang dalam. “Huh, selesai. Zakri sayang, kita boleh nikah sekarang!”
Tidak semudah itu,” ujar satu suara. Tiba-tiba dia terasa kakinya ditangkap oleh seseorang. Dia melihat bawah. Rupa-rupanya Nazwan masih tidak berputus asa.
Lepaskan!” jeritnya.
Dah lupa janji kita. If I jump, you pun kena jump,” ujar Nazwan sambil memeluk Arissa dan melompat ke dalam gaung yang hitam dan gelap bersama Arissa.
Tidak!!!” jerit Arissa hampir terkeluar anak tekak.

Arissa tersentak lantas terjaga dari mimpi yang mengerikan tadi. Tubuhnya terus terbangun dari pembaringan. Dadanya berombak tinggi. Nafasnya jelas kedengaran. Malah, tubuhnya dibasihi peluh seperti baru sahaja berlari satu kilometer tadi. Dia memandang sekeliling. Kini, dia berada di atas katil di biliknya. Menyedari keadaan itu, dia menghela nafas lega. Mujurlah...
Nasib baik mimpi,” keluhnya yang masih lagi terbayang-bayang mimpinya sebentar tadi. Dia terdiam sebentar. Berfikir. Kemudian, tanpa berfikir panjang lagi dia mencapai handsetnya dan mendail nombor telefon seseorang.

Nazwan terjaga daripada tidurnya apabila terdengar telefon bimbitnya berdering. Dengan mata separuh terbuka, dia melihat jam kecil yang terletak di meja sebelah katilnya. Pukul 3.20 pagi dan telefon bimbitnya masih lagi berbunyi. Dia mengambil telefon bimbitnya. Nama Arissa tertera pada skrin telefonnya.
Pukul tiga pagi Arissa,” ujar Nazwan apabila menjawab panggilan itu.
Ya. Pukul tiga pagi. Aku tahu tengok jam dan kalau aku tak tahu pun aku tetap nak telefon kau sekarang. Aku tak puas hati. Kenapa kau berani masuk dalam mimpi aku dan jadi bakal suami aku. Kalau aku tak perasan tadi, kita hampir berkahwin dalam mimpi tahu tak!” suara tidak puas hati Arissa jelas kedengaran.
Apa? Aku buat apa?” soal Nazwan terpaksa bertanya lagi kerana otaknya tidak mampu memproses maklumat buat masa ini.
Kau hampir jadi suami aku dalam mimpi!”
Arissa, semua tu hanya mimpi….”
Ya. Semuanya hanya mimpi. Kau pernah dengar tak orang kata, kadang-kadang apa yang kita mimpi itu menunjukkan masa depan kita? Aku dah fikirkan masa depan aku. Seseorang yang patut jadi suami aku adalah Zakri dan bukan kau. Sepatutnya aku mimpikan Zakri jadi bakal suami aku dalam mimpi tu dan tiba-tiba kau pula ambil tempat Zakri. Nasib baik aku berjaya hentikan pernikahan tu…,” kata-kata Arissa terhenti disitu apabila Nazwan bertindak menekan butang merah. Tidak cukup itu dia menarik bateri handsetnya sebelum diletak di tepi.
Tanpa mempedulikan apa yang Arissa repekkan tadi, dia terus menarik selimutnya dan menyambung tidurnya kembali...

5 si charming:

  1. Unknown berkata...:

    Best la citer ni... Arissa tu mcm kelakar je org dia...

  1. zuezakry berkata...:

    baru ada masa nak baca. rindu kat cerita nurfa :)

  1. Tanpa Nama berkata...:

    He he,funny bye bole me can tu marahkan orang Pascal nak terkawin dalam mimpi... hihi apepon best cite niy..

  1. Unknown berkata...:

    Prolog je pun dah menarik..\(^_^)/

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages