Romeo yang Hilang: Bab 14

MAK CIK, nak pergi reunion ke nak pergi mengorat bekas pelajar awak tu?” tanya Adam yang memandangnya semacam sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam perut kereta.
Kenapa? Saya nampak sangat comel yang luar biasa ke?” soal Apy Elina hairan. Rasanya dia tidak memakai pakaian yang menjolok mata atau bermekap seperti badut sarkas. Dia seperti hari-hari biasa.
Bibir tu. Pekat sangat gincu tu. Macam mintak orang cium saja,” nada suaminya tidak puas hati. Macam nada cemburu pun ada.
Ah, fobia awak dah mula dah,” keluh Apy Elina sudah dapat tangkap apa yang tidak kena dengan suaminya itu.
Gincu pekat sangat? Padahal gincu itulah yang dia selalu pakai ketika hendak keluar ke tempat kerja. Ini tidak lain dan tidak bukan mesti fobia suaminya datang lagi.
Siapa yang fobia?”
Awaklah. Setiap kali nak jumpa bekas-bekas pelajar saya, awak mesti fobia macam ni. Padahal mereka kawan awak juga. Tak mengapa, saya faham. Itu menandakan awak hanya cintakan saya seorang. Saya suka! Dan awak nampak cute bila cemburu!” ujar Apy Elina sambil mengenyit sebelah matanya.
Adam terus hilang kata-kata. Isterinya itu memang bermulut manis. Apa sahaja yang dia perli memang langsung tak makan saman. Ada sahaja yang akan dijawabnya. Lebih teruk lagi dia pula yang kena balik. Lebih baik diamkan diri sahaja. Tanpa banyak cakap, dia terus memulakan pemanduan.
Perjalanan ke tempat perjumpaan tidak mengambil masa yang lama. Biasanya tiap kali reunion mereka akan berkumpul di rumahnya sahaja tetapi kali ini mereka mengambil keputusan untuk membuatnya di sebuah restoran.
Tiba sahaja di restoran itu, dua orang pelayan menyambut kedatangan mereka dan membuawa mereka ke bilik khas yang telah ditempah lama dahulu. Masuk sahaja di dalam, mereka mendapati semua orang sudah menunggu di dalam.
Wah, semua dah ada?” tanya Apy Elina apabila mendapati meja bulat itu hampir penuh dengan bekas pemain The Legend yang pernah dilatihnya dahulu.
Yup tapi Wawa saja yang tak dapat datang,” jawab Azhar.
Dengar sahaja nama Wawa, baru Apy Elina perasan dia tidak nampak Wawa di situ. Dia kecewa. Ingatkan semua sudah akan datang pada hari ini. Walaupun dia baru sahaja jumpa Wawa tempoh hari tetapi dia tidak sempat berbual panjang dengan Wawa.
Kenapa? Dia tak ada di Malaysia ke?” tanya Apy Elina kecewa.
Wawa sekarang super busy. Nak jumpa dia pun memang payah,” jawab Panjang.
Kesihatan ayah dia tak beberapa baik jadi dia kena take over syarikat,” tambah Red Yazid lagi.
Oh ya ke? Kenapa cikgu tak tahu langsung?” tanya Apy Elina sedikit kesal dengan dirinya sendiri.
Kalau dulu, semua berita tentang bekas pemainnya ada dalam genggaman tangannya. Apa sahaja mereka buat dan terjadi terhadap mereka, dia pasti akan tahu. Cuma kali ini dia terlepas berita seperti ini. Patutlah pertama kali jumpa Wawa tempoh hari, Wawa nampak seperti tidak terurus.
Dengar kata dia akan bertunang nanti,” celah Rinazila yang turut berada di situ. Rinazila sudah menjadi cantik orangnya. Kalau dulu, penampilannya agak tomboy sikit tetapi sekarang dia sudah menjadi wanita yang anggun.
Wawa? Bertunang? Dengan siapa? Dia dah ada girlfriend yang betul-betul girlfriend ke?” tanya Apy Elina bertubi-tubi.
Tension betul bila dia lambat tahu semua itu. Tambah lagi memang dia selalu dengar Wawa sering bertukar-tukar teman wanita jadi payah untuk menjangkakan yang mana satu pilihan hati Wawa.
Dengar kata bakal tunangnya itu pilihan keluarga.”
Oh...” Kini barulah dia dapat gambaran seterusnya. Konsep berkahwin dengan pilihan keluarga bagi anak-anak yang digelar generasi kedua memang bukan sesuatu yang asing lagi.
Siapa?” tanya Apy Elina lagi.
Tiada siapa tahu. Wawa pun malas nak ambil tahu.”
Pulak? Huh, nampak sangat dia tu langsung tak menghargai perempuan!”
Mak cik, perlahankan suara tu,” tegur Adam di sebelah.
Opss… sorry,”  Apy Elina tersengih-sengih apabila ditegur. Dia tidak sedar langsung suaranya terlalu kuat. Nasib baiklah mereka telah menempah restoran yang ada bilik persendirian begini.
Hai, begitulah nasib kami cikgu. Perkahwinan dah jadi macam bisnes pula. Untuk kembangkan syarikat, kami pula yang jadi mangsa. Kena berkahwin dengan perempuan yang entah apa-apa. Kalau setakat cantik tapi langsung tak layak jadi isteri tak guna juga.”
Adam memang bertuah dapat lari daripada keluarga Alexander.”
Dan dapat berkahwin dengan seorang cikgu yang comel, bukan?” kata Apy sambil membanggakan diri sendiri.
Mak cik, tolong jangan nak perasankan diri sendiri boleh tak?” tegur Adam lagi. 
Ah, tak tahu kenapa ada orang tu langsung tak pernah memuji isteri dia comel.”
Ah, korang ni betul ke suami isteri?” tanya Panjang nampak seperti tidak puas hati.
Kenapa? Kami tak nampak macam suami isteri ke?” tanya Apy Elina pelik.
Macam bukan suami isteri saja,” celah Red Yazid.
Habis korang nak kami buat aksi kucing mengawan di public ke?” balas Adam.
Apy Elina mengangguk setuju. Apa punya soalanlah. Mereka tak tengok lagi Adam dalam versi suami. Manjanya bukan main. Kalau mereka tengok gerenti mereka tidak akan mengaku Adam itu kawan mereka.


SERONOKNYA dapat jumpa mereka. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Mula-mula saya jumpa mereka, saya risaukan masa depan mereka. Maklumlah rata-rata semua anak orang kaya. Mereka tak payah bekerja pun tak apa sebab harta yang mereka ada sudah cukup untuk mereka bersenang lenang. Tapi jangkaan saya salah sama sekali,” ujar Apy Elina berjalan seiringan dengan suaminya ke kereta mereka setelah selesai perjumpaan tadi.
Orang biasa akan pandang anak orang kaya macam sampah masyarat. Hanya pandai berjoli duit mak bapak dan berfoya-foya seumur hidup. Tak dinafikan setengahnya mungkin begitu. Bagi kami, ia umpama satu mimpi yang menyeramkan. Awal-awal lagi kami dah nampak tanggungjawab yang besar yang akan kami pikul bila dewasa nanti. Jadi, waktu remajalah masa untuk bergembira secukupnya,” kata Adam.
Sekurang-kurangnya awak bukan Adam Alexander lagi dan semua tanggungjawab yang awak rasa awak kena pikul dulu sudah tiada lagi. Sekarang, tanggungjawab awak adalah melayan isteri yang comel ini.”
Mak cik…”
Okey, saya tahu. Tapi apa salahnya kalau puji diri sendiri bukan? Nak tunggu orang tu puji, entah tahun bilalah boleh saya dengar. Jadi, jalan penyelesaiannya, mari kita puji diri sendiri!”
Adam hanya tersenyum. Memang tak makan saman langsung!
Err…” tiba-tiba Apy Elina teringat sesuatu. Lalu dia mengukir senyuman ke arah suaminya. Senyuman menggoda. “Abang Adam…”
Adam hanya merenung isterinya. Kalau Apy Elina sudah panggil dia dengan gelaran abang sudah tentu ada sesuatu yang dimintanya. Sesuatu yang perlu mengambil hatinya terlebih dahulu dan kemudian adalah benda yang dinginkan.
Jadi tak kita nak tengok wayang ni?” tanya Apy Elina penuh teruja.
Tak jadi. Penat,” jawab Adam selamba.
Apa?” Apy Elina menahan geram. “Tapi awak dah janji tadi. Sekarang awak ada hati nak mungkar janji? Tak kira! Saya nak pergi tengok wayang dengan awak juga malam ni!” Tegas Apy Elina.
Tiba-tiba Adam mengukir senyuman.
Kenapa awak senyum macam tu?” tanya Apy Elina mula seram sejuk. Bila Adam sudah senyum tiba-tiba, pasti ada idea jahat yang difikirnya sekarang.
Orang kata kalau nak muda selalu kena senyum selalu. Jadi, kalau nak isteri tu tua selalu, kena terbalikkan formula tu…”
Ada jugak yang nak kena sumbat dengan nasi ni!” ujar Apy Elina geram.
Jom pergi tengok wayang,” ajak Adam sambil menghulurkan tangannya.
Yes!” Apy Elina segera menyambut tangan suaminya. Pertama kali dalam hidup mereka pergi tengok wayang buat kali pertama sebagai suami isteri…


5 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Cayalah Adam...

  1. Yong berkata...:

    hah dah abis?xpuas baca.hehe. mmg best lah. semoga RB dapat banyak ilham utk terus sambung dan pos selalu dalam ni. amin.

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages