Romeo yang Hilang: Bab 20

MELLISSA memberhentikan kereta yang dipandunya di tengah-tengah kawasan lapang. Berkali-kali dia melihat GPS keretanya. Betullah. Inilah koordinat yang dia terima. Perasaan pelik mula menyelubungi dirinya. Sekali lagi dia cuba baca mesej yang diterima daripada kembarnya itu. Satu mesej ringkas.
Jumpa aku di sini.
Dalam mesej itu disertakan sekali dengan nombor koordinat yang akan menjadi tempat pertemuan mereka. Memang sudah menjadi satu kebiasaan. Jika mereka ingin berjumpa dan ingin bincangkan perkara serius, nombor koordinat yang akan diberi.
Itu cara komunikasi mereka untuk mengelak daripada jatuh ke tangan musuh yang ingin perangkap mereka. cara ini hanya diketahui oleh beberapa orang seperti mama, Adam, Adnan dan juga dia. Tapi yang peliknya, biasanya Adnan suka cari lokasi yang ada ais kacang. Sambil berbincang, dia pasti akan makan ais kacang. Takkan minat Adnan dah bertukar?

Tidak lama kemudian, dia terdengar bunyi deruman sebuah kereta. Dengar sahaja bunyinya dia sudah tahu, itu pasti bunyi kereta Adnan. Sebuah kereta mula kelihatan dan dipandu laju ke arahnya. Bunyi kereta Adnan macam bunyi kereta F1 padahal Proton Neo sahaja. Bising dan bingit. Sakit telinganya. Sama seperti Adam, kembarnya itu memang minat dengan sukan lasak terutama sekali lumba kereta.
Boleh tak kau buat sesuatu dengan bunyi kereta kau tu?” tegur Mellissa bengang.
Kau nak jumpa aku sebab nak komen bunyi kereta aku ke?” balas Adnan yang baru keluar dari keretanya.
Tak. Yang pasti kau yang nak jumpa aku,” balas Mellissa sambil menunjukkan mesej yang diterimanya.Adnan mengeluh kecil.
Aku paling benci bila berlaku perkara macam ni,” ujarnya sambil menunjukkan mesej yang diterimanya juga. Mesej yang sama!
Habis tu, siapa yang nak jumpa kita sebenarnya?” tanya Mellissa bertambah bengang.
Serentak dengan itu, dari tempatnya berdiri dia dapat lihat dengan jelas sebuah kereta dipandu menuju ke arah mereka. Lihat sahaja kereta itu, dia sudah dapat agak pemandunya.
Adam...” keluhnya.
Kereta itu berhenti betul-betul di hadapan mereka berdua. Adam keluar dari kereta itu.
Terima kasih sebab sudi datang,” tegur Adam dengan senyuman sinis.
Sekarang baru akak sedar, semuanya kamu punya kerja. Kamu gunakan Izwan supaya akak balik ke Malaysia, bukan?” teka Mellissa. Memang sudah lama dia syak hal itu tetapi dia tiada masa untuk berbincang dengan adiknya itu.
Adam sekali lagi tersenyum sinis.
Tergamak kamu gunakan Izwan dalam hal begini?”
Itu takkan berlaku kalau kau orang berdua berterus-terang dengan aku sejak awal lagi,” balas Adam dengan serius. Tiada lagi senyumannya.
Apa yang kau nak tahu?” tanya Adnan tenang.
Segalanya, bermula dari Hazrul tinggalkan Malaysia...”
Hazrul kena racun semasa turun dari kapal terbang. Dia koma selama dua bulan dan meninggal dunia selepas tu,” terang Adnan ringkas dan tenang.
Adnan!” marah Mellissa. “Perkara tu sepatutnya dirahsiakan.”
Daripada Adam? Dia dah tanya maknanya dia dah tahu sesuatu. Jangan buat-buat tak kenal dengan perangai adik kau ni,” balas Adnan kepada Mellissa. Kemudian dia kembali memandang Adam dan menyambung, “Ada seseorang dalam kapal terbang letak sesuatu dalam minuman Hazrul.”
Siapa?”
Kami dah siasat dan jumpa jalan buntu. Orang yang letak racun tu, bunuh diri. Kematian Hazrul mungkin sudah dirancang sejak awal lagi. Mungkin sebab ada seseorang nak tutup mulut Hazrul,” tambah Adnan lagi.
Jadi, selepas Hazrul gagal... Doktor Omar pula take over? Dengar kata juga dia bunuh diri atau kena bunuh?”
Perkara ni semakin rumit. Semua orang yang pernah buat keluarga kita kucar-kacir mati secara mengejut. Jadi semua bukti yang ada hilang macam tu saja. Akak rasa musuh kali ini memang bukan orang sebarangan. Dia tahu setiap gerak-geri kita dan kemungkinan besar dia ada di sekeliling kita,” tambah Mellissa.
Selepas kematian Doktor Omar, kami tak tahu siapa lagi yang akan jadi mangsa seterusnya,” ujar Adnan.
Ada,” jawab Adam yakin. “Dia baru muncul semalam.”
Budak yang ceroboh masuk Arena semalam tu?” teka Mellissa.
Adam mengangguk dengan penuh yakin.
Mustahil. Dia hanya budak mentah yang tak ada tujuan hidup. Mustahil dia diupah untuk musnahkan keluarga Alexander,” ujar Mellissa sedikit tertawa.
Namun, dalam hatinya dia bersetuju dengan Adam. Dia memang sengaja tidak bersetuju dengan tekaan Adam itu. Ya. Dia yakin, budak yang ceroboh masuk Arena itu ada kena mengena dalam hal ini tapi demi menjaga rahsia yang tersimpul mati yang disimpan selama ini, dia perlu bertegas dan tidak menyokong Adam.
Okey, kalau macam tu, kita sama-sama dah buat keputusan. Budak tu, biar saya yang uruskan,” ujar Adam terus memberikan kata putus. Tanpa berlengah lagi dia segera masuk ke dalam keretanya dan berlalu memandu dari situ.
Aku dah kata awal-awal lagi. Walaupun dia bukan Adam Alexander lagi tapi dia tetap Adam Alexander. Jangan pandang rendah terhadap dia,” ujar Adnan sambil menepuk bahu Mellissa.

Aku tak kira… Aku akan uruskan budak tu sebelum Adam jumpa dia!” tegas Mellissa yang nekad dengan keputusannya. Walau apa pun dia mesti berbuat sesuatu untuk memastikan rahsia itu tersimpan rapi!

5 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    huhu..awat skit sgt..xpuas baca...

  1. Unknown berkata...:

    RBN sume makin suspen.. ku suka ang suka bt ku terpikir2 hehehe

  1. hk berkata...:

    Mari kita jadi detektif conan...ahakss

  1. mia_edora berkata...:

    Yey... Adam mmg sentiasa bijak... Kenapa melissa nak rahsiakan pasal budak misteri tu dari adam???

  1. Yong berkata...:

    mmg makin misteri cerita ni. hehehe adam mmg agresif. siapa yg bakal jpa bdk tu dulu? adam or mell? tp sy rasa epy yg jpa dulu.hehe. sebab bini adam ni pun 2x5 jgk.

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages