6: IDEA YANG BODOH


Kata Hikayat,

Jangan hanya mengukur berapa tinggi bangunan yang anda lihat tapi nilaikannya dengan mata hati anda dan anda akan melihat betapa sukarnya untuk berada di atasnya.

Pagi Ahad, semua pemain utama pasukan Legend berkumpul di gelanggang bola keranjang seperti yang telah diberitahu oleh Alex yang ingin mereka semua berkumpul untuk mengumumkan sesuatu yang penting. Pemain utama terdiri dari 10 pemain yang dipilih menganggotai AJK tertinggi pasukan Legend dan mereka juga adalah orang-orang kuat kelab bola keranjang kolej Lagenda.

Setelah mendapati semua ada digelanggang, Adam Alexander yang selaku kapten dan ketua pasukan berlalu menghampiri mereka semua bersama-sama dengan Rinazila yang selaku setiausaha kelab.

“Sorry, aku terpaksa ganggu korang semua pada hari Ahad ni. Aku tahu korang ada banyak agenda pada hari ini tapi aku nak ambil sedikit masa sahaja untuk membincangkan tentang kelab kita. Benda ni terlampau sulit dan sebab tulah aku nak buat perbincangan di sini sebab aku takut, ada orang akan curi dengar bila kita berbincang di bilik mesyuarat. Dan lagipun mesyuarat ni tak formal. Aku cuma nak dapatkan pandangan korang semua,” dia memulakan bicaranya sambil memandang satu demi satu rakan-rakan seperjuangannya.

“Kenapa? Ada apa-apa berita tak baik ke?” tanya Azhar mula perasan raut wajah Alex seperti dilanda masalah besar. Dan sudah semestinya masalah berkaitan dengan kelab bola keranjang.

“Aku tak tahu nak klasifikasikan berita ni sebagai baik ataupun buruk. Sebab tulah aku nak berkongsi dengan korang semua. Sebab aku tak mahu jadi orang yang tamak kuasa, jadi sebelum aku buat keputusan, lebih baik aku dapatkan sokongan korang semua,” jawab Alex yang masih lagi berlagak tenang.

“Tentang apa?” tanya Izwan pula.

“Pertama kali aku nak minta maaf sebab tak buat apa-apa tentang perletakkan jawatan bekas jurulatih kita, En. Annas. Aku akui aku terlampau ikut perasaan sangat tapi aku buat semua tu untuk kebaikan pasukan Legend juga. Dan aku nak tebus kesilapan aku dengan mencari jurulatih yang benar-benar berkelayakan untuk memimpin kita semua. Tapi malangnya, keputusan aku nak cari jurulatih sendiri ditentang oleh mama dan pengurus kita. Tapi itu tak bermakna aku nak mengaku kalah. So, sekarang ni aku nak dapatkan pandangan korang semua tentang masalah ni. Sama ada korang bersetuju dengan jurulatih yang bakal di cari oleh pengurus kita ataupun kita semua cari jurulatih sendiri?” tanya Alex.

“Maksud kau, kita yang pilih sendiri jurulatih?” tanya Leo, satu-satunya pelajar berbangsa cina yang menyertai kelab bola keranjang. Alex hanya sekadar mengangguk.

“Tapi itu mustahil sebab hanya pengurus sahaja yang boleh lantik jurulatih untuk pasukan kita dan kita dulu pernah cuba untuk meyakinkan pengurus untuk masuk campur dalam perlantikan jurulatih tapi tak berjaya lagipun bukan ke mama kau tak setuju juga,” balas Nizam pula memberi pendapatnya.

“Aku akan buat sesuatu supaya diorang tunduk dengan kemahuan kita semua,” ujar Alex dengan penuh keyakinan.

“Bagaimana?” sampuk Rinazila pula.

“Sebelum tu aku nak tahu apa pendapat korang tentang siapa yang patut pilih jurulatih?” sengaja dia hendak memberi tanda-tanya kepada mereka semua.

“Aku rasa lebih baik kalau kita sendiri pilih jurulatih,” balas Azhar memberitahu pendapatnya. “Sebenarnya aku dah bosan dengan jurulatih yang abang kau cari, semuanya serba tak kena dan aku harap suatu hari nanti kita boleh cari jurulatih sendiri.”

“Sebenarnya aku tak kisah sangat siapa jurulatih kita yang seterusnya tapi aku harap bukan seperti jurulatih yang sebelum ini. So, aku rasa lebih baik kita memberontak untuk cari jurulatih sendiri,” Khairul yang sudah terduduk di tengah gelanggang mula bersuara.

Dan tidak lama kemudian, masing-masing memberi pandangan mereka sendiri tentang pemilihan jurulatih dan hampir semuanya memberi pandangan yang sama iaitu mencari jurulatih oleh mereka sendiri.

“Kalau semua dah setuju, apa kau nak buat?” tanya Izwan yang sejak dari tadi asyik menyepikan diri. Bukannya dia tidak bersetuju dengan pandangan Alex mahupun rakan-rakannya tadi tapi dia cuma berasa risau. Risau jika Alex mempertaruhkan diri hanya kerana kelab bola keranjang. Bukannya dia tidak kenal Alex, sudah hampir 5 tahun dia mengenali Alex yang sanggup buat apa sahaja untuk memenuhi kehendaknya.

“Kalau korang semua dah bersetuju baguslah. Tapi seperti yang aku cakap awal-awal tadi, mama dan abang aku tak setuju dengan keputusan aku ni so, hanya ada satu cara sahaja untuk buat diorang tunduk dengan permintaan kita semua. Kita gunakan perang psikologi.”

“Macam mana?” tanya Izwan lagi.

Alex tersenyum sinis sambil berjalan menghampiri Izwan. Dia memandang Izwan dengan dalam dan berharap rakan dihadapannya itu tidak terkejut tentang apa yang ingin diberitahunya nanti.

“Aku dapat tahu mama aku tengah buat satu kempen. Kempen Jauhi Hubungan Songsang. Lebih kurang macam hubungan gay dan lesbian. So, kalau aku dapat calarkan sedikit kempen ini….”

“So, kau nak cakap, kau nak cabar mama kau dengan kempen ni?” tanya Izwan mula dapat meneka apakah yang difikirkan oleh kawannya itu. Alex dihadapannya hanya mengangguk.

“Aku rasa kita boleh lakukannya,” balas Alex.

“Wow,” Azhar kelihatan tidak mampu hendak berkata apa-apa. “Idea tu bukan setakat gila tapi…,” dia tidak mampu menghabiskan kata sebaliknya hanya satu keluhan berat sahaja yang kedengaran.

“Boleh tak korang semua bercakap dengan menggunakan bahasa melayu dengan betul?” Rinazila mencelah di tengah-tengah apabila dia sendiri tidak faham kenapa mereka semua kelihatan terkejut sedangkan Alex masih belum memberitahu rancangannya lagi.

“Ini hal orang lelaki,” Azhar berbisik di sebelahnya.

“Ya. Aku tahu ini hal orang lelaki tapi korang perlu ingat ini juga hal kelab bola keranjang dan aku selaku setiausaha kelab mesti tahu apa yang korang fikir sekarang ni!” bentak Rinazila yang semakin bengang. Inilah kalau ditakdirkan menjadi seorang perempuan, apa yang lelaki fikir pun dia tak tahu.

“Anyone?” dia bersuara lagi memandangkan mereka semua mendiamkan diri.

“Okey,” Izwan tiba-tiba membalas setelah lama berfikir. Mendengar jawapan positif dari Izwan, membuatkan Alex tersenyum lebar. Kemudian dia memandang mereka yang lain. Masing-masing memberi isyarat setuju.

“Boleh tak sesiapa terangkan pada aku?” celah Rinazila lagi.

“Okey, aku nak kau tarik nafas panjang-panjang dan hembus perlahan-lahan dan selepas tu kau kena buang segala masalah yang ada dalam fikiran kau supaya kau boleh berfikiran waras nanti,” ujar Azhar cuba menenangkan Rinazila. Rinazila hanya mengikut apa yang diarahkan oleh Azhar tadi.

“So, beritahu cepat.”

“Baiklah, mulai dari hari ini dan saat ini Adam Alexander dan Muhd Izwan adalah pasangan kekasih,” ujar Azhar dengan pantas.

“What?” tanya Rinazila barangkali tersilap dengar.

“Mereka berdua adalah pasangan kekasih,” ujar Azhar sekali lagi sambil mengeluarkan jari penunjuknya dan merapatkan antara satu sama lain. “Dengan kata lain, mereka adalah pasangan gay.”

Mata Rinazila kehilangan terkebil-kebil. Dia dapat rasakan dia dalam keadaan sedar dan tidak sedar. Dia juga dapat rasakan telinganya telah mengkhianatinya. Bagaikan tidak percaya apabila Azhar mengulangi ayat yang sama.

“What?!” suara tegas Rinazila bergema di tengah-tengah gelanggang. “Korang semua dah gila ke? Jadi pasangan kekasih? Gay?! Hanya sebab nak cari jurulatih sendiri?!” Rinazila kelihatan sudah tidak dapat menahan dirinya apabila kehulu –ke hilir seperti orang tidak normal.

“Rina, cuba bawak bertenang,” Azhar juga turut mengekori Rinazila yang ke hulu- ke hilir cuba menenangkan gadis itu.

“Tak! Korang yang perlu bawa bertenang! Bukannya aku,” dia kemudiannya berhenti berjalan dan cuba menyeimbangkan sistem pernafasannya. “Aku rasa baik korang hentikan apa yang kau rancangkan ni dan cari alternative lain.”

“Kenapa?” tanya Alex.

“Kenapa?! Kau masih tanya lagi kenapa? Alex, cubalah kau fikir dengan matang, benda ni bukan semudah yang kau sangka. Kalau korang teruskan dengan rancangan nak jadi gay tu, kelab bola keranjang akan dibubarkan suatu hari nanti. Bukan itu saja, kau kena fikir apa masyarakat akan pandang kau nanti?”

“Rina, ini hanyalah lakonan semata-mata,” balas Alex.

“Ya. Memang lakonan tapi kau kena ingat akibatnya nanti. Mesti ada cara lain lagi nak tentang mama kau dan tak semestinya kita gunakan cara yang bodoh ni.”

“Kadang-kala cara yang bodoh adalah cara yang paling berkesan sekali. Aku dah fikirkannya dan aku tak kisah tentang apa kata masyarakat tentang aku,” balas Alex.

“Tapi bagaimana dengan Izwan?” Rinazila memandang Izwan yang hanya senyap sahaja sejak dari tadi. “Kau tak fikir ke apa perasaan Izwan?”

“Aku okey,” balas Izwan pendek membuatkan Rinazila kelihatan sedikit terkejut. “Apa salahnya kalau dapat berkorban sedikit untuk kelab,” tambahnya lagi.

“Izwan, aku tak sangka kau cakap macam tu,” Rinazila tidak percaya apa yang dia dengar dari mulut Izwan sebentar tadi. Dia yang tidak tahu hendak berkata apa lagi, terus mengangkat kaki berlalu dari situ.

“Merajuk?”

“Alah, jangan risaulah. Rina tu sebenarnya tak dapat terima kenyataan bila Izwan bersetuju nak jadi kekasih Alex,” ujar Azhar setelah kelibat Rinazila tidak kelihatan.


“Kenapa kau setuju?” tanya Rinazila sebaik sahaja menyedari Izwan menghampirinya. “Kau tahu tak, Alex tu memang suka buat keputusan yang melulu dan cadangan dia kali ni memang tak masuk akal. Takkanlah semata-mata nak lawan mamanya, dia sanggup berubah jadi gay?! Aku rasa tak logik dan benda ni kena hentikan segera kalau tidak kelab bola keranjang akan dikecam oleh pihak pengurusan,” tambahnya lagi.

Izwan yang duduk bertentangan dengan Rinazila hanya mendiamkan diri sambil merenung bola keranjang di tangannya itu. Dia tahu, Rinazila sedang marah dengan tindakannya yang bersetuju dengan cadangan Alex sebentar tadi dan dia tahu apakah yang bakal terjadi nanti tapi dia ada sebab tersendiri kenapa dia bersetuju dengan cadangan Alex itu.

“Jangan senyap saja!” bentak Rinazila.

“Aku dengan Alex dah lama berkawan,” balas Izwan tenang.

“Ya. Aku tahu dan kami semua tahu korang berdua memang kawan baik tapi takkanlah sebab tu kau tak berani bantah cadangan gila Alex tu.”

“Kalau aku bantah, aku akan menyesal,” balas Izwan.

“Apa maksud kau?” tanya Rinazila agak keliru dengan kata Izwan tadi.

Satu keluhan berat dilepaskannya.

Ada sesuatu yang korang tak tahu tentang Alex. Tiada siapa yang berani berada di sisi dia walaupun ibu bapanya sendiri. Pertama kali aku berkenalan dengan Alex, aku anggap Alex seorang yang sombong dan bongkak dengan status keluarganya yang berpengaruh. Masa tu dia tiada kawan. Entah bagaimana kami berkenalan apabila memasuki kelab bola keranjang di sekolah. Masa tu aku begitu benci dengan dia, hanya sebab dia melaburkan duitnya dalam kelab. Dan sebab itulah dia menjadi kapten pasukan. Sebab dia kaya, dia boleh buat apa sahaja yang dia mahu dan semua orang hormat dia.”

“Tapi, semua tanggapan aku berubah apabila ada sesuatu terjadi. Pada masa tu, aku baru tahu siapa Alex sebenarnya.”

“Apa yang terjadi?”

Izwan hanya mengukirkan senyuman dan kemudian menggeleng perlahan.

“Aku dah berjanji pada Alex, bahawa takkan beritahu kepada sesiapa pun tentang perkara ini dan kami anggap benda ni tak pernah terjadi. Sebab perkara tu, aku mulai rapat dengan Alex dan sebab itulah juga aku bersetuju dengan cadangannya tadi,” terang Izwan.

“Tapi kau tak boleh campur aduk urusan peribadi dengan urusan kelab. Aku faham, kau lakukan semuanya sebab sesuatu yang aku tak tahu dan itu urusan peribadi kau tapi sekarang ni kau kena fikir urusan kelab. Kalau kau nak support Alex kerana urusan peribadi, janganlah sampai kau hancurkan urusan kelab. Tolonglah fikir secara professional,” Rinazila masih lagi tidak berpuas hati dengan penjelasan Izwan tadi.

“Dalam pertandingan, pemain professional juga akan bermain kotor untuk mencapai kemenangan. Sama juga situasi kita sekarang ni, kadang-kala kita patut libatkan pandangan peribadi dalam urusan rasmi. Aku bersetuju dengan cadangan Alex walaupun pada mulanya aku juga ragu-ragu tapi apa salahnya kalau kita mencuba. Ini juga untuk kepentingan kelab bola keranjang.”

“Tapi kau tak fikir ke, bagaimana kalau suatu hari nanti, bila hubungan korang ni tersebar satu dunia… dan pihak kolej akan mengambil tindakan drastik dengan membubarkan kelab bola keranjang a.k.a kelab gay.”

“Mereka takkan buat begitu,” pantas Izwan menjawab.

“Kenapa? Sebab Alex berpengaruh?”

Angguk.

“Tapi kau kena ingat, mama Alex pasti tak akan berdiam diri. Dia pasti akan ambil tindakan yang tegas dan silap hari bulan kau akan dibuang kolej.”

“Dia takkan berani buat macam tu.”

“Kenapa kau begitu yakin?”

“Sebab yang berpengaruhnya sekarang bukan mama Alex tapi Alex.”

“Hah?”

“Nanti kau akan faham,” dia hanya tersenyum.

13 si charming:

  1. khairunisya berkata...:

    salam...huhu sajejer nak jd org first isi ruang komen nih...

  1. plum blossom berkata...:

    wah....ape maksud...alex yg berkuasa bkn mama dia?!
    ishk.... ni yg curious nih...cepat sambung yer writer...

  1. DianaTakyuddin berkata...:

    ape yg berlaku antara alex n izwan ek??? ki ni naru lar...hehe

  1. aqilah berkata...:

    banyak tanda tanya ni, suspender ni............he...........he.....
    apapun,i follow..................

  1. Ai berkata...:

    huhhhhhhhhhhhhhhhhh..
    makin suspen citer nyer...
    mintak2 kak ratu sambung cpat..

  1. Yume Hime berkata...:

    best2...cepat smbung

  1. Tanpa Nama berkata...:

    salam.. bez..bez gle citer kak ratu nie.. mm.. ble kak ratu smbng lg???
    smbng cepat2 tau!!! emanilah xsbr nk tau smbngn cter nie.. asyk gle ble bc.. =)



    =EMANILAH=

  1. aqilah berkata...:

    cite ni mmg best, ada keistimewaannya yg tersendiri. kesemua cite ratu akak suka. you got your own image and style. all the best and i follow..............

  1. ideakodiang berkata...:

    bila nak sambung?dah x sabar nak tau cerita ni.. cepat yer.

  1. aqilah berkata...:

    hari2 akak check blog ratu tau, waiting for the new n3, until today, eeiiiiilek....... sambunglah............

  1. aqilah berkata...:

    hai sis, ambillah berapa byk masa untuk diri sendiri. relax..................... dan bila dah tenang, kembali ke blog ini semula. kita manusia tak leh lari drpd masalah yg mmg tak kita inginkan. biar lambat asalkan ada..
    all the best to u, ratu!

  1. isk2..
    gile tol cdgn si alex nieh..
    huhu..
    besh2..
    ape ye mksud yg alex lebey terpengaruh dri mama dye???
    huhu...

  1. ceritaku MEMORIKU berkata...:

    alaa2 pening skit.
    ngee
    -na'dz

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages