ADG 1: PELANGI



Pintu bilik M330 berdegang lagi. Kali ini bukan ditiup angin tapi dilakukan oleh gerila yang sedang naik marah. Lantak! Aku tak perduli. Asalkan aku dapat menyampaikan maklumat yang betul kepada dua orang roommate aku. Aku, Alisa sedang mengamuk dan pintu bilik tadi sebagai bukti bahawa amukkan aku di tahap maksima.


“Aku perlukan hobi!” katanya dengan sambil duduk mengadap mereka berdua yang sedang meratah biskut Jacob. Ku ambil sekeping biskut Jacob yang sudah menjadi teman hidupku sejak menggelarkan diri sebagai mahasiswa universiti. Walaupun pada mulanya aku dengan biskut Jacob bagaikan musuh tapi di universiti ini aku perlu mengakui bahawa biskut Jacob adalah teman baik aku ketika aku lapar. Terutama sekali bila malam menjelma. Hanya yang pelajar yang tinggal di hostel sahaja yang memahami nasib seperti aku.


“Kenapa pula ni?” Jaja bertanya cuba mengorek rahsia dariku.


“Aku perlukan hobi!” kataku lagi. Biskut Jacob aku ratah dengan lahap. Orang kata kalau kita tengah marah boleh membuatkan perut kita bergendang-gendang menyanyikan lagu rock.


“Yelah tapi kenapa? Kali terakhir kau perlukan hobi masa kau putus cinta dengan Joe Jambul tu,” Jaja kata lagi.


“Hah! Kau putus cinta dengan si Dungong tu ke?” dengan selamba Melor menggelarkan Shahril sebagai Dungong. Tapi anehnya aku langsung tak marah bila Melor gelarkan boyfriend aku sebagai Dungong. Bukan boyfriend lagi tapi ex!


“Aku perlukan hobi!” kataku lagi. Malas hendak jawab soalan mereka berdua. Kalau mereka kawan baik aku, sudah tentulah tahu jawapan aku bila aku cakap ‘aku perlukan hobi.’


Mereka kata aku pelik. Tapi aku rasa aku tak pelik. Aku bukannya seperti perempuan lain yang akan tangkap layu bila putus dengan kekasih. Air mata bukan modal aku bila ditinggalkan. Tapi sebaliknya aku akan mencari hobi baru untuk proses mengubat hati aku yang luka.


Mereka juga kata aku seorang yang tiada perasaan. Mereka salah! Siapa yang tak sedih kalau asyik putus cinta saja. Tapi aku lebih suka ambil langkah yang positif dan mencari hobi baru adalah langkah yang positif. Sekurang-kurangnya aku dapat meluangkan masa dengan melakukan hobi baru. Sebagai contoh aku sudah putus cinta sebanyak lima kali. Tak payah aku terangkan panjang lebar siapa ex-boyfriend aku yang bertuah tu dan kenapa hubungan kami putus. Dan sebanyak lima kali, aku telah mempelajari lima benda yang aku buat sebagai hobi.


Pertama, aku menjadikan menjahit sebagai hobi. Habis silibus part 2 fesyen aku rebus dan habis jugalah mesin jahit Lola yang comel menjadi mangsa hobi terbaru aku itu. Dan hasilnya, aku sudah pandai jahit baju. Tapi setakat baju kurung sajalah. Hobi menjahit aku terhenti sebaik aku jumpa kekasih kedua aku.


Tapi hubungan kami hanya bertahan selama 2 bulan sahaja. Aku pun tak tahu mana silapnya. Selepas berpisah dengannya, aku menjadikan memasak sebagai hobi aku. Kali ini dapur Pak Tam jadi sasaran aku. Sempatlah aku belajar macam mana nak masak Nasi Goreng dan Nasi Western yang menjadi rahsia resipi Pak Tam selama ini.


Hobi ketiga aku pula ialah photografi. Tapi masa tu di sebabkan aku tiada kamera yang besar kedabak tu, aku hanya jadi penolong kepada seorang pelajar akhir photografi, Yazir. Dia ni kira boyfriend aku juga. Aku yang terhegeh-hegeh dengan dia tapi dia langsung tak pernah pandang aku sebagai seorang perempuan! Bila aku luahkan perasaan pada dia dengan mentah-mentah dia menolak. Kira putus cinta juga tu. Dan lepas tu, aku terus tinggalkan hobi ini. Sekarang Yazir dah graduate dan aku pun tak tahu apa ceritanya.


Hobi aku yang keempat selepas Yazir tolak cinta aku adalah memancing. Sasaran tempat pancing aku adalah di tasik dekat dengan fakulti Art. Tapi selepas kena kejar dengan Pak Guard aku dah taubat nak memancing di sana.


Dan yang terakhir sekali aku jadikan hobi yang senang sebagai hobi yang terusnya iaitu menyanyi. Tambah lagi pihak hostel telah memasang set karaoke di bilik TV. Siang malam aku memekak di sana sehinggalah nama aku kena ban masuk ke dalam bilik TV untuk tempoh 2 bulan!


Sekarang, setelah Shahril melafazkan kata-kata putus sebentar tadi, aku sedang tercari-cari hobi terbaru.


“Aku rasa tak payahlah kau cari hobi baru,” Jaja berkata lagi.


“Yelah,” Melor menyokong kata Jaja. “Buang masa saja kau cari hobi baru tu. Lagipun kau ni mana pernah serius dengan hobi-hobi kau tu. Sekejap saja beria-ia tapi lepas tu bila dah jemu kau tinggalkan. Lagi-lagi kalau kau dah dapat pengganti baru.”


“Aku perlukan hobi baru!” kataku separuh jerit.


Ya. Aku benar-benar perlukan hobi baru. Tapi mereka berdua mencadangkan shopping sebagai hobi terbaru aku. Ingat aku ni perempuan ke?! Err… ya, aku perempuan tapi bukan jenis perempuan yang tergila-gila dengan shopping. Aku hanya akan pergi shopping jika ada barang yang aku perlukan sahaja. Dan lagi aku alegi dengan barang-barang perempuan, seperti contoh mekap, barang kemas, beg-beg berjenama, baju fesyen terbaru. Pendek kata semua barangan perempuan aku alegi.


“Memang patut pun kau kena tinggal dengan boyfriend kau semua tu! Orang perempuan macam kita ni mesti kena jaga penampilan supaya boyfriend tu tak lari dekat perempuan lain. Tengoklah keadaan kau, dengan baju kurung zaman 60an, tak pernah mekap, jari tu… pakwe kau bagi cincin pun kau buat pekasam kat dalam bilik. Rambut ni pula ikat dua macam budak-budak darjah satu!” Jaja membebel tentang kekurangan aku.


Aku tahu kekurangan aku tapi aku tak ingin mengubah kekurangan aku semata-mata ingin memikat hati lelaki dengan kecantikan dan penampilan aku. Apa yang aku mahukan adalah seorang lelaki yang sanggup menerima aku dengan seadanya dan bukannya seorang lelaki yang hanya melihat aku dari sudut luar. Tapi malangnya, lelaki seperti itu sudah pupus.


Aku sebenarnya sudah penat. Penat bercinta. Penat juga mencari putera idaman aku. Mungkin aku patut berehat dari bercinta. Ah, dulu pun aku pernah kata begitu tapi bila nampak lelaki yang handsome sikit mulalah aura cinta datang.


Kerana tidak sanggup menemani Jaja dan Melor shopping, aku berehat di bangku yang disediakan oleh pasaraya Jaya Jasco Ipoh. Nasib baiklah aku pakai kasut sport. Kaki pun tak sakit.


“Dahlah pakai baju kurung, lepas tu pakai kasut sport. Fesyen zaman apa yang kau amalkan ni?!” Melor membebel seperti mana Jaja membebel sebelum mereka bertolak ke JJ pagi tadi.


“Ini fesyen zaman Alisa. Sekurang-kurangnya aku ada fesyen tersendiri dan tidak meniru fesyen orang lain,” balas aku. Melor dan Jaja pula sekadar menggeleng barangkali tidak tahu hendak cakap apa lagi. Oh ya, lupa nak beritahu. Sejak kecil lagi aku memang mempunyai falsafah hidup aku sendiri iaitu ‘Jadi Diri Sendiri.’


Dan inilah diri aku!


Tiba-tiba aku didatangi oleh seorang pemuda. Dan pemuda itu tanpa segan silu duduk di sebelah aku. Di tangannya terdapat sebuah gitar ‘kapak’. Itu yang aku selalu dengar dari kawan-kawan aku yang suka main gitar. Aku pun tak tahu kenapa mereka memanggil dengan gelaran gitar kapak. Mungkin sebab gitar boleh bertukar menjadi kapak apabila seseorang sedang marah dan mengamuk. Sebagai contoh, silalah mengamuk sambil memegang gitar kesayangan anda. Anda akan memegang gitar anda dengan sekuat-kuatnya dan mengangkatnya ke udara sebelum menghempasnya sekuat hati seperti anda sedang memegang kapak untuk membelah kayu api.


“Cik adik yang manis,” lelaki di sebelah aku memulakan ayat-ayat berbunga. Aku menjeling tajam. Jual mahal sikit. “Alah, janganlah bermasam muka macam tu. Apa kata saya hiburkan cik adik yang manis ini dengan satu lagu?”


“Hey mamat gitar, aku tak perlukan suara katak menyeru hujan untuk hiburkan aku,” balas aku yang memang tiada mood untuk berbual dengan sesiapa pun.


“Amboi garangnya,” katanya berseloroh. Jika boleh hendak saja aku tendang mamat gitar di sebelah aku ini tapi nasib baiklah aku memakai baju kurung. Dia kemudiannya membuka cap buruknya dan menghulurkan pada aku. Aku pelik. Gaya macam orang nak minta sedekah pun ada.


“Kenapa pula ni?”


“Aku nyanyikan satu lagu tapi sebelum tu kau kena letak nilai di sini dulu,” ujarnya seperti hendak memeras ugut.


“Katalah kalau kau nak aku derma!” dengan suara menyindir aku mengeluarkan wang sebanyak RM5 dan terus ke letak di dalam capnya. Aku pun tak tahu kenapa aku bermurah hati menghulurkan duit kepadanya cuma aku berharap selepas dia terima duit aku, dia akan berambus terus dari aku.


Tapi lain pula yang jadi.


“Not bad. Okey, beri satu tajuk lagu,” katanya.


“Hah?”


“Sweetheart, bukan ke aku dah kata nak nyanyikan lagu untuk kau? Jadi, beri aku tajuk lagu.”


“Aku tak sanggup dengar suara kau. Boleh tak kau berambus?”


“Tak selagi kau tak beri tajuk lagu,” dia masih berdegil.


“Oh, bagaimana kalau kau tak dapat nyanyikan lagu yang aku beri?” tanya aku cuba menakut-nakutkan dia.


“Don’t worry-lah. Setakat ini aku tak pernah tak dapat nyanyikan lagu untuk peminat aku,” ujarnya dengan bangga.


“Baiklah. Tajuk lagu tu Rainbow. Kalau kau genius sangat, sila nyanyikan lagu tu,” entah bagaimana pula idea jahat ini keluar.


Dia kemudiannya memandangku pelik. Aku membalas pandangannya. Apa?! Kalau tak tahu lagu tu cakap sajalah!


“Kenapa tak nyanyikan lagi? Kata semua lagu tahu.”


“Sweetheart, dalam dunia ni ada banyak tajuk lagu Rainbow. Sekurang-kurangnya bagilah siapa pencipta liriknya ataupun kalau tak tahu beritahulah siapa yang nyanyikan lagu tu.”


Aku yang nak kenakan dia. Dia pula kenakan aku.


“Jay Chou,” aku beri klue. Itu kira baiklah juga. Kali ini dia memandang aku dengan pelik lagi. Entah apa lagi yang dia tak puas hati? Agaknya Jay Chou pun dia tak kenal. Memang parahlah kalau dia tak kenal Jay Chou. Walaupun Jay Chou tu bukan orang Melayu tapi orang Melayu pun kenal Jay Chou! Kalau siapa tak kenal Jay Chou memanglah, dia tak patut wujud dalam dunia ini.
Mungkin aku mengagung-agungkan penyanyi luar dari penyanyi di negara sendiri tapi apa boleh buat. Jay Chou memang genius dalam muzik. Muzik yang diciptanya memang berbeza dengan pencipta muzik yang lain. Walaupun aku tak tahu tentang muzik tapi aku tahu dengar muzik. Di Malaysia pula, aku tak nampak lagi artis yang serba boleh seperti Jay Chou lagi dan mungkin sebab itulah aku tak suka mendengar lagu-lagu melayu tapi aku support dengan indie band ataupun indie artis.


Jaja selalu tanya “Lagu apalah yang kau dengar ni? Tak de taste langsung.” Itu yang Jaja komen sewaktu aku tergila-gilakan suara merdu Yuna. Mula-mula dia kutuk-kutuk si Yuna tu sebab bawa lagu slow. Masa tu Yuna tak popular lagi. Media masih belum sebarkan siapa Yuna lagi tapi bila nama Yuna naik, wajahnya terpampang dalam majalah dan surat khabar barulah dengan terhegeh-hegeh Jaja meminta lagu Yuna dari aku. Habis semua dia ambil pula tu.


“Nak tanya sikit boleh tak?” dia bertanya dengan sopan.


Aku kembali ke alam realiti.


“Apa dia?”


“Kau ni baru putus cinta ke?”


Dengan perlahan aku menjeling tajam. Dia yang perasan aku bagaikan bom jangka terus mengangkat kedua tangannya tanda kalah. Tapi pelik juga macam mana dia tahu aku baru saja putus cinta?


Tidak lama kemudian, kedengaran petikan gitar oleh lelaki di sebelah aku membuatkan aku kaku sebentar. Ini memang rentak lagu Rainbow nyanyian Jay Chou! Dia tahu?!


Serius. Sepanjang dia menyanyikan lagu kegemaran aku, Rainbow, mata aku tak berkelip pandangnya. Lagu Mandarin kesukaanku dinyanyikannya dengan lancar sambil diiringi dengan petikan gitarnya. Suaranya. Melodinya. Jika boleh mahu saja aku undurkan waktu dan mendengar dia menyanyikan berulang kali.


Itulah perkenalan pertama kami. Walaupun dia tidak sempat habiskan nyanyiannya kerana dikejar Guard tapi aku berharap suatu hari nanti, aku akan bertemu dengannya. Mungkinkah dia begitu?


“Hey sweetheart! Kalau kita berjumpa lagi, aku akan nyanyikan kau lagi lagu tu. Aku akan ingat hutang aku pada kau. Okey, Jay Chou kena ‘chou’ dulu!” jeritnya sebelum dikejar oleh beberapa Pak Guard yang bertugas di JJ. Memang sudah menjadi satu kesalahan meminta sedekah di dalam pasaraya!


Dan sejak itu, lagu Rainbow nyanyian Jay Chou berkumandang dibilikku setiap pagi, setiap masa dan setiap saat sehinggalah Melor yang memang anti dengan lagu Mandarin pernah ugut aku untuk meletopkan laptop aku kalau aku pasang lagu tu kuat-kuat lagi.

“Aku rasa aku dah dapat hobi terbaru akulah,” aku berkata sebaik sahaja pulang dari kuliah petang itu. Jaja dan Melor berpandangan.


“Bermain gitar,” kataku.


Na li you cai hong gao su wo
Neng bu neng ba wo de yuan wang huan gei wo
Wei shen me tian zhe me an jing
Suo you de yun dou pao dao wo zhe li
You mei you kou zhao yi ge gei wo
Shi huai shuo le tai duo jiu cheng zhen bu liao
Ye xu shi jian shi yi zhong jie yao
Ye shi wo xian zai zheng fu xia de du yao
Kan bu jian ni de xiao wo zen me shui de zhao
Ni de shen ying zhe me jing wo que bao bu dao
Mei you di qiu tai yang hai shi hui rao
Mei you li you wo ye neng zi ji zou
Ni yao li kai wo zhi dao hen jian dan
Ni shuo yi lai shi wo men de zu ai
Jiu suan fang kai dan neng bu neng bie mo shou wo de ai
Dang zuo wo zui hou cai ming bai


-TAMAT?-



Ini hanyalah percubaan pertama aku menulis menggunakan konsep yang berbeza dan juga percubaan pertama aku menulis Nopen.

13 si charming:

  1. iyads berkata...:

    best + menarik..
    xsbr nk 2nggu smbgngnnya la..
    hehehehe..
    chaiyok3x!!

  1. agent_sesat berkata...:

    sape rlelaki tue?? series damm!!! this is good!! OMG..love it....

    alamak....cam maner nie...nie pun best gak nie!! mmg melekat lah....

  1. Tanpa Nama berkata...:

    mula2 bace pon dh rase best...
    jd sy dh suke..
    cpt2 le upload n3 br yek..

  1. fzm2 berkata...:

    besh!finally
    jmpe gak cter
    ab0ut music instrumnt..
    smb0nk2

  1. MaY_LiN berkata...:

    intro yang best
    tp ade byk nk kena tgk blik la dik
    cayang..
    photografi=fotografi
    kedabak=gedabak
    truskan pejuangan ya..

  1. Aidanna berkata...:

    teruja gier..
    bila laki tu main lagu ni..
    serius.. aku byangkan yg aku ni
    si Alisa tuh..

  1. aqilah berkata...:

    best, selamba...............

  1. Princess berkata...:

    best lorh...suke.. gaya pnulisn yg selamba je... pndai kak ratu buat..

    spe ek nme gadis yg 'aku' tu??? hehehe..x tau la..

  1. Lieza berkata...:

    ratu ni memang peminat jay chou eh? hihihi betul3 jay chou tu genius muzik. hihihi..

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages