21: MISS ME?

Daun pintu rumah bernombor 99 diketuk sekali. Natasya tersenyum manis memandang bekas makanan yang berisi sarapan pagi yang telah dibuatnya. Awal-awal pagi lagi dia sudah bangun dan menyediakan bubur nasi kegemaran Ashraf.
Tiada jawapan.

Daun pintu diketuk lagi sebanyak beberapa kali tetapi masih lagi tiada jawapan. Pintu langsung tidak terkuak. Berkunci. Begitu juga dengan tingkap yang masih tertutup rapat. Dia memandang sekeliling. Kereta Kak Aliya tiada di perkarangan rumah tersebut. Keadaan rumah yang sunyi menandakan seperti tiada sesiapa di rumah itu.

“Hisy, kenapa pula diorang pergi?” Natasya merungut bengang. Penat dia bangun pagi-pagi buta sediakan sarapan pagi semata-mata untuk Ashraf tapi Ashraf pula tidak kelihatan. Mustahil Ashraf cuba melarikan diri daripadanya sebab selama ini Ashraf melayannya dengan baik. Begitu juga dengan Kak Aliya.

Walaupun Kak Aliya begitu peramah sekali sehinggakan dia tidak tahan menjawab soalan demi soalan yang diajukan oleh Kak Aliya. Dan kadang-kala dia terpaksa mendengar cerita Kak Aliya yang bercerita benda yang mengarut. Kadang-kadang bosan juga sebab dia langsung tidak dapat mendekati Ashraf walaupun Ashraf berada di dalam rumah.

Selalunya kalau dia datang rumah untuk sediakan sarapan…

“Hah, actually Boy dah makan tadi. Pagi-pagi tadi Blue datang bagi bubur nasi untuk Boy tapi tak pelah, oleh kerana Boy dah habiskan bubur nasi tu sehinggakan tak sempat pun akak menjamah, akak terima sajalah,” kata Kak Aliya dengan senyuman ceria.

Bila dengar sahaja Blue pernah datang awal-awal pagi dan bagi bubur nasi untuk Ashraf dia rasa tercabar. Beberapa kali dia cuba bangun pagi untuk memasak tapi dia sering kalah dengan Blue sehinggakan Kak Aliya bertanya sesuatu kepadanya.

“Tasya ni nak pikat Boy ye?” tanya Kak Aliya pada suatu pagi.

“Tak delah….”

“Emm… selalunyalahkan, kalau seorang perempuan sediakan sarapan pagi untuk seorang lelaki mesti dia nak pikat lelaki tu,” ujar Kak Aliya memasang perangkap samar.

“Kalau macam tu, Blue pun nak pikat Ashraf sebab dia juga sediakan sarapan untuk Ashraf dan hantar pagi-pagi lagi,” pantas Natasya menjawab.

“Actually, akak tipu. Blue tak pernah hantar sarapan pagi untuk Boy,” dia ketawa lagi. “Well Tasya, akak kenal dengan perempuan-perempuan yang cuba memikat adik akak. Bagaimana reaksi mereka, bagaimana pandangan mereka bila pandang Boy, semuanya akak dapat baca. Dan cara kamu pula, bukan saja nak pikat Boy tapi nak memilikinya tapi akak nak beritahu sesuatu, jangan taruh harapan yang tinggi sangat.”

“Kenapa?”

Kak Aliya tidak menjawab pertanyaannya itu tapi sebaliknya hanya tersenyum. Kemudian pintu ditutup rapat.

Natasya memandang daun pintu yang masih tertutup rapat. Walaupun Kak Aliya sudah memberinya amaran awal tapi dia langsung tidak berputus asa. Baginya Ashraf Danish hanya serasi apabila bersama dengan perempuan yang cantik sepertinya dan bukannya dengan Blue. Lagipun Blue bukannya suka sangat dengan Ashraf, jadi ada peluanglah untuk dia mendekati Ashraf.

“Ashraf tak de rumah,” sapa satu suara dibelakangnya. Pantas Natasya berpaling. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Hafiz berada di belakangnya. Entah bila Hafiz menghampirinya pun dia tidak perasan.

“Err… Hafiz, kau buat apa kat sini?”

“Dan kau pula buat apa kat depan rumah Ashraf? Sediakan sarapan untuknya?” tanya Hafiz dengan cuba mengawal kemarahannya. Benarlah kata Ashraf bahawa Natasya selalu datang ke rumah Ashraf dan memberi sarapan pagi yang dibuatnya. “Pelik, dahulu masa kita couple, kau tak pernah nak sediakan sarapan pagi untuk aku.”

“Err… tak delah, actually, aku tolong Blue hantarkan sarapan pagi ni untuk Ashraf,” katanya memberi alasan.

“Natasya, boleh tak kalau kita berbual, tolong jangan libatkan Blue lagi? Aku dah penat nak mendengar kau sebut nama Blue sebagai alasan. Kau putuskan hubungan dengan aku bukan kerana Blue kan?” tanya Hafiz.

“Mestilah sebab Blue. Kan aku dah kata aku tak mahu jadi orang ketiga dalam hubungan korang berdua ni lagipun aku kesian dengan Blue. Dia betul-betul sukakan kau dan sanggup buat apa saja untuk kau.”

“Aku nak tanya kau satu soalan, kau masih cintakan aku lagi?” tanya Hafiz.

“Hafiz, aku tak sanggup ambil hak orang lain. Blue…”

“Aku tanya kau cintakan aku lagi ke tak?”

Kedengaran keluhan berat dari Natasya. Dia seolah-olah sudah terperangkap dengan Hafiz.

“Ataupun kau tak pernah cintakan aku?”

“Hafiz…”

“Kalau kau tak nak jawab, biar aku jawab untuk kau. Sebenarnya kau langsung tak cintakan aku. Bagi kau bersama dengan lelaki yang berstatus adalah hobi kau. Actually, kau tak pernah nak bersyukur bila bersama dengan seseorang, bukan?”

“Siapa kata?” Natasya mula naik marah. Dia mula berasa dirinya diaibkan dengan seseorang.

“Tiada siapa kata tapi aku nampak sendiri. Selama ni aku memang tak suka dengan perempuan yang rapat dengan Ashraf. Sebab kalau seseorang perempuan rapat dengan Ashraf, tujuannya adalah satu… dan nampaknya kau dah tahu siapa Ashraf sebenarnya. Perempuan mana yang tak mahu bersama dengan lelaki yang berstatus tinggi seperti Ashraf,” matanya memandang garang ke arah Natasya. “Dan tak sangka kau juga tergolong dalam golongan begitu.”

“Kau tak boleh tuduh aku saja. Blue juga rapat dengan Ashraf.”

“Blue tak pernah rapat dengan Ashraf tapi Ashraf yang rapat dengan Blue. Dan kau patut sedar tentang tu,” ujar Hafiz sebelum mengorak langkah. Namun baru beberapa tapak dia melangkah, dia berhenti. “Akhirnya aku dapat lihat wajah sebenar kau Natasya namun, walauapa pun, kau pernah berada dihati aku. Tapi sekarang… ada seseorang yang lagi layak…”

“Fine!”
**********

Blue sekali lagi mengeluh lemah. Masuk kali ini entah kali keberapa dia mengeluh. Kenapa? Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dunianya begitu sepi malah lagi sepi sewaktu dia berpisah dengan Hafiz dahulu. Matanya memandang laut yang terbentang luas di hadapannya. Angin pantas menghembus damai membuatkan rambutnya menari-nari mengikut rentak angin.

“So, kau juga ada kat sini?” sapa Hafiz yang entah dari mana munculnya tiba-tiba duduk bersila di atas pasir pantai tidak jauh darinya duduk. “Seorang sajakah?”

“Mula-mula sorang tapi bila ada orang menyampuk, jadi dua oranglah,” balas Blue separuh menyindir.

“Kau masih marahkan aku lagi?”

“Mustahillah kalau aku kata aku tak marahkan kau lagi tapi aku dah tak tahu nak marahkan kau lagi. Penat dah hati aku ni menyumpah-nyumpah kau jadi katak tapi tak jadi pun. Lebih baik aku lupakan saja,” balasnya selamba.

“Dan kalau aku minta maaf pun tak guna jugakan?” tanya Hafiz lagi.

“Tolong bertukar jadi katak dulu dan selepas tu barulah aku maafkan kau,” ujar Blue lagi. Hafiz ketawa perlahan. Masih tak berubah. “Aku tak fahamlah, kenapa kau boleh termakan dengan kata-kata Natasya tu?”

“Itulah namanya cinta. Cinta kadang-kadang boleh buat kita jadi bodoh dan tidak perduli dengan keadaan sekeliling. Macam kau juga, sebab cintakan aku kau sanggup malukan diri depan orang ramai dan berikrar hendak memikat aku semula,” dia tersenyum mengingatkan peristiwa Blue memanjat meja kantin dan menyahut cabaran dari kawannya untuk memikatnya semula.

“Anggap jelah aku ni gila.”

“Kau tak gila. Tu namanya kau yakin dan berani dengan perasaan kau malangnya aku tak terfikir langsung tentang tu.”

“Itulah manusia, bila dah terkena barulah mula nak fikir tentang kebaikan orang yang pernah bersama dengan kita dulu.”

Dia hanya tersenyum. Dari awal lagi dia sudah bersedia dengan kata-kata pedas dari Blue. Itulah perkara yang paling disukai mengenai Blue, tak suka memutar belitkan cerita. Kalau dia tak suka, dia akan kata tak suka. Titik. Tak de nak berkias-kiasan dahulu.

“Jadi, kau nak couple dengan aku lagi tak?” tanya Hafiz membuatkan Blue tidak dapat menelan air liur lalu tersedak.

“Apa?”

“Kita couple semula.”

“Hello, kau ni nak buang tabiat ke? Baru je beberapa minggu yang lepas kau tuduh aku merosakkan hubungan kau dengan Natasya dan kau juga mengaku yang kau teramat-amatlah sayangkan dia dan sekarang kau nak minta couple dengan aku balik?” ujar Blue lagi sedikit bengang dengan Hafiz.

“Okey, aku tahu aku salah. Aku tahu aku ni buta, tak dapat bezakan intan dengan permata”

“Kalau nak dikatakan, aku pun tak tahu bezakan mana satu intan dan mana satu permata sebab aku memang tak minat dengan intan ataupun permata tu. Kalau kau bagi cincin emas bertahtakan belian pun aku tak tahu. Tapi kalau kau bagi cincin bertahtakan kaca pula memang aku tahu sebab aku boleh bezakan intan permata dengan kaca. Dan kesimpulannya, intan ke permata ke ataupun kaca ke tak de kena mengena dalam masalah kita ni,” terang Blue dan tanpa di sedari dia sudah pandai melalut. Mungkin sudah terkena jangkitan virus melalut Roswell yang kuat melalut.

“Memanglah tak de kena mengena. Bukan ke tu peribahasa melayu. Sastera.”

“Iyelah tu,” ujar Blue pendek.

“Okeylah, anggap saja kau menang dalam merebut aku kembali.”

“Habis, Natasya tu kau nak campak mana?”

“Bukan ke kami dah tiada apa-apa hubungan.”

“Tapi dia still ada di hati kau bukan?” tanya Blue memandang tepat mata Hafiz. “Hafiz, aku dah berkawan dengan kau dah lama. Aku kenal sangat dengan perangai kau. Kalau kau kata, kau suka itu bermakna kau suka dan begitu juga sebaliknya. Kau pernah kata kau sukakan Natasya dan aku yakin walaupun kau dah tengok wajah sebenar Natasya tu tapi kau masih ada perasaan terhadapnya. Tapi apa yang aku tak faham, kenapa kau still nak couple dengan aku padahal kau masih cintakan Natasya?”

Soalan tersebut hanya tinggal soalan apabila Blue berlalu bangun mencapai basikalnya dan mengayuh pulang ke rumah. Hari semakin gelap. Bukannya hendak malam tapi hendak hujan. Tidak mahu kejadian terperangkap dalam hujan lebat tempoh hari berulang lagi. Kalau terperangkap lagi, tiada siapa yang dapat tolongnya kali ini. Roswell sudah menghilangkan diri. Dia sendiri tak tahu kemana perginya Roswell. Dah pulang ke planet asal ke?

“Makhluk asing bukan tapi dari Roswell tu ya,” jawabnya. Blue memandangnya pelik. Dia ketawa kelucuan. “Aku di lahirkan di sana.”

Memang tak sangka betul Roswell benar-benar lahir di sana. Patutlah selama ini dia menggelarkan lelaki itu sebagai Roswell langsung tidak diendahkannya.

“Actually, aku dah lupakan Roswell, tempat lahir aku. Dalam masa yang sama juga aku dah lupakan mama. Sebenarnya mama juga lahir di sana tapi membesar di Pakistan, dan oleh sebab mama tak pernah ke sana lagi sepanjang hayatnya, mama ambil keputusan untuk melahirkan aku di situ dan dalam wasiat mama, mama minta jenazahnya di kebumikan di Roswell juga,” Roswell bercerita kepadanya semasa hari dia bertandang ke rumah Roswell beberapa minggu yang lepas.

“Jadi, kau tak pernah pergi Roswell selepas tu?” tanya Blue.

“Tak.”

“Kenapa?”

Kedengaran keluhan kecil dari Ashraf.

“Kau sakit?” teka Blue. Mata Ashraf bulat memandangnya. “Kak Linda dah cakap segalanya. Kau pernah sakit dulu.”

“Diorang ni suka sangat bukak rahsia aku,” keluh Ashraf.

“Tak payahlah nak rahsiakan. Bukannya kau ni penghidap HIV positif pun.”

“Memanglah tapi tak romantiklah. Aku ingat nak cakap dengan kau, bagi kau leleh sikit betapa seksanya hidup aku masa aku tengah sakit tu. Pastu buat cerita yang penyakit aku ni datang kembali dan mungkin aku tak de banyak masa lagi di dunia ini. Bagi kau leleh sikit, pastu kau mesti tangkap cintan dengan aku nanti,” ujar Ashraf dengan bengangnya.

Dan pada masa itu Blue juga bengang. Dengan pantas tangannya mencapai bantal kecil yang entah berapa kurun di simpan oleh Ashraf. “Boleh pulak kau terfikir idea yang bodoh ni ye. Kau ingat aku nak tangkap cintan ke dengan cerita sedih kau? Sakit-sakit macam ni pun ada hati nak perdajalkan aku,” dengan geramnya Blue memukul-mukul Ashraf dengan bantal kecil.

“Wei, kalau kau nak pukul aku dengan bantal pun pilihlah bantal lain. Bantal ni mahal tau.”

“Bantal busuk ni kau kata mahal? Tak malu. Lelaki macam kau pun ada bantal busuk. Kalau aku sebarkan satu sekolah gerenti kau tak tunjuk muka 2 bulan kat sekolah.”

“Mahal ni. Bukan senang nak dapat. Mama yang hadiahkan tau.”

Blue tersenyum kelucuan sambil menolak basikalnya berjalan di tepi bendang. Dia mula teringatkan Roswell. Entahlah. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini dia selalu teringatkan Roswell.

Roswell yang kuat melalut….
Roswell yang selalu bercanggah pendapat dengannya…
Roswell yang selalu mengacaunya di sekolah…
Dan semuanya pasal Roswell…

“Hai, aku belum lagi sebarkan pasal bantal busuk kau tu, Roswell. Kau pula tak mahu tunjuk muka kau kat sekolah. Bukan saja kat sekolah tapi kat mana-mana pun. Pergi macam tu saja. Apa? Kau dah kalah sebab tak dapat pikat aku, sebab tulah pergi ye. Kau ni pun satulah, ada ke aku cakap kau dah kalah hah? Cuba kau jawab soalan aku ni. Ada ke aku cakap kau dah kalah sebab tak dapat pikat aku?” tanya Blue lagi walaupun dia tahu mustahil untuk Roswell menjawabnya. Yelah, orangnya berada entah di planet mana macam manalah empunya diri hendak menjawab.

“Tak de,” jawab satu suara di telinganya. Pantas dia Blue berpaling apabila menyedari ada seseorang yang terdengar rungutannya malah suara itu juga macam pernah di dengarnya. “Hai, you miss me?” sapa Ashraf tersenyum lebar.

Mata Blue membulat. Jantungnya berdegup kencang. Lagi kencang waktu pertama kali menerima keputusan UPSR dulu sehinggakan dia rasa jantungnya seperti hendak meletup. Dia tiba-tiba tidak tahu bagaimana hendak bernafas.

“Arrgghhhhhhh!!” jeritnya sekuat hati. Dia yang menggelabah semacam tidak dapat mengawal imbangan badannya yang hampir jatuh ke dalam bendang.

Sambut! Sambut! Sambut!

Jerit hatinya dengan harapan Ashraf akan menyambut tubuhnya tapi…

Boom!

Dalam sekelip mata tubuhnya dipenuhi air dan lumpur bendang. Dia jatuh ke dalam bendang sementara Ashraf ketawa terbahak-bahak di atas.

“Hahaha… ni bukan setakat bunyi macam buah nangka jatuh tapi macam bunyi meriam buluh meletop,” dia ketawa lagi sambil memegang perutnya.

“Tak guna punya makhluk asing! Kalau dah tahu aku nak jatuh tu sambutlah! Kau memang sengaja nak malukan akukan?!”

“Wei, bukan aku tak mahu sambut kau tapi aku tak mahu sejarah berulang kembali. Ingat tak masa kita first time jumpa kat tangga tu, sebab aku cuba sambut kaulah kita berdua ter….”

“Okey, stop it! Jangan kau sebut-sebut ayat akhir tu!” Blue mula bengang. Ada saja alasan si Roswell tu nak kenakan dia.

“Okey, okey. Mari aku tolong kau naik,” dia menghulurkan tangannya.

Blue tersenyum manis.

“Terima kasih kerana nak tolong aku tapi aku rasa baik aku tolong kau!” pantas dia menarik tangan Ashraf membuatkan lelaki itu jatuh ke dalam bendang bersama dengannya. Dia ketawa keseronokan bila Roswell juga terjatuh di dalam. “Padan muka!” dia menjelir lidah dan serentak dengan itu ada satu tempekan lumpur singgah di pipinya.

Kini dia terdiam tapi Roswell pula ketawa jahat.

“Tak guna punya Roswell, jaga kau!”

Dia mula mengepal segelompol lumpur dan dibaling ke arah Roswell. Babak baling saling membaling lumpur bermula tidak lama selepas itu.

“Hoi!” jerit Pak Samad, lelaki separuh umur yang bercekik pinggang di atas rumahnya. “Korang ingat lumpur kat bendang tu snowball ke? Hey, walaupun aku ni dah tua tapi aku boleh bezakan lumpur dengan snowball tau!” jerit Pak Samad.

Dengan pantas Roswell menarik Blue naik ke batas dan berlari menyelamatkan diri sebelum Pak Samad rabun mengecam mereka berdua dan hujan turun tidak lama kemudian…

Hey, you miss me?
Tak.
But I really miss…
Me?
No lah. Miss Kerbau Pak Mail tu!

ROSWELL!!!

8 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    hehe...
    sweet nyer..kalaulah e-cerpen nih wat jd drama ke,filem ker.. mesti gempak..
    apa pun..xsabar nih 2gu next week..
    Ratu..go go chaiyok

  1. husz_nie berkata...:

    best... susunan ayat pun bersahaja tp takle slamber gile..

    saya harap awak leh jadi penulis terkenal one day..


    thn ni saya kena sindrom takde mood baca novel.. maybe sebab novel2 RAM, Anis Ayuni, Aisya Sofea pun tak brape menarik thn ni.. wat tak berminat membaca... tp bila baca enovel awak..

    perasaan seronok membaca tu dtg balik.. bila dah baca.. rasa nak baca lagi.. nak baca lagi.. nonstop... tahniah..

    cepat sket sambung ek citer ni.. ke ni dah ending dah?

  1. Tanpa Nama berkata...:

    hai citer nie mmg sweet and tahniah untuk awak.........bile nak sambung nie........arie nie dah arie khamis.....i will waiting

  1. Tanpa Nama berkata...:

    ratu...
    ari ni da ari kamis, mana smbungnya???? cepatla... xsabar nie...

  1. RATU BULAN NOVELIS berkata...:

    sy minta maaf byk2 sbb lmbat post next chapter... Sorry, sekali lagi coz sy terpaksa rombak balik chapter kali ini...

    to husz_nie:
    thanks mmbaca karya saya. insyallah, mmg sy dah tanam cita2 nak jadi penulis suatu hari nanti tapi tak tahulah bila
    selamat membaca...

    kepada yg memberi komen:
    terima kasih kerana sanggup menunggu. bukan sy sengaja nak pos lewat tapi nampaknya masa dah terlampau cepat. Start jam 9 tadi, sy mengadap komputer, tak sedar sudah jam 12 malam. maaf ^_^

  1. cikpah berkata...:

    slm~ boley x 2kar kaler 2lisan? klu boley jgn gune wrna merah coz backgroud kaler pn warna merah... tak brapa nmpak 2lisan dia... huhu

    _miszanonymous

  1. cikpah berkata...:

    slm~ boley x 2kar kaler 2lisan? klu boley jgn gune wrna merah coz backgroud kaler pn warna merah... tak brapa nmpak 2lisan dia... huhu

    _miszanonymous

  1. Unknown berkata...:

    ada pembaikan .. bagus lah akak ... saya suka baca karya akak yang ini ..

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages