Romeo yang Hilang: Bab 13

Pesan Hikayat
Cinta ialah naluri, kerana itu kita tidak tahu mengapa kita mencintai seseorang – Usmal.

PAGI-PAGI lagi Apy Elina menerima kejutan. Satu kejutan yang tidak disangka-sangkanya. Hampir satu setengah bulan dia terpaksa tinggalkan Arena itu seketika dan apabila kembali bekerja semula bagaikan satu hadiah diterimanya.
Seorang gadis yang solekkannya macam opera Cina sudah menunggu di ruang menunggu pejabatnya. Dia kenal sangat-sangat dengan gadis itu. Malah, namanya juga dia ingat lagi. Rohana. Cuma yang buat dia tidak faham, mimpi apa pula yang menyebabkan gadis itu ada di pejabatnya. Lantas dia bertanyakan hal itu.
Boleh saya bantu?” soal Apy Elina dengan sopan.
Err… suami puan suruh datang sini,” kata gadis itu tergagap-gagap menjawab soalan yang diterimanya.
Datang sini?” Apy Elina menggaru kepala. “Kenapa kena datang sini?”
Err… tak… tak tahu,” Rohana, si gadis opera menggeleng kepala.
Apy Elina mengeluh panjang. Sah! Ini pasti ada udang di sebalik batu. Dia cuba ingat kembali. Semalam suaminya ada menyuruh dia pilih seseorang untuk setiausaha baru. Dialah yang pilih Cik Opera ini. Tidak pula dia bertanya untuk siapa setiausaha itu. Kalau tak silap suaminya memang sudah ada setiausaha.
Sah! Pak cik kesayangannya itu buat keputusan sendiri lagi!
Apy Elina segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi suaminya. Hanya menunggu dengan satu dua deringan, panggilan itu segera disambut oleh suaminya.
Pak cik!” marah Apy Elina tidak dapat menahan geram.
Ye sayang,” jawab Adam di talian.
Sayang. Adam jarang sangat-sangat panggilnya sayang. Selalunya kalau panggil pun mesti ada sesuatu yang ingin mengambil hatinya. Macam sekarang, dia tahu dia ada buat salah. Tapi, bila Adam panggil macam tu, hati yang marah terus tak jadi marah.
Saya fikir, awak punya setiausaha yang baru tersilap masuk ofis. Awak tersilap bagi alamat ke? Atau ofis awak dah bertukar alamat tapi saya saja yang tak tahu?” tanya Apy Elina memulakan mukadimah.
Mak cik, bukan ke awak yang pilih dia semalam?” jawab Adam tanpa teragak-agak.
Ada saya kata saya perlukan seorang setiausaha ke?” tanya Apy Elina.
Awak yang pilih…”
Memanglah saya yang pilih tapi saya ingat setiausaha tu untuk awak.”
Abang tak kata pun untuk abangkan?”
Apy Elina mengeluh. Memang. Adam tak kata langsung setiausaha itu untuknya atau sesiapa pun. Adam cuma suruh dia pilih sahaja dan dia pun tak cakap banyak, terus pilih. Walaupun dia juga tertanya-tanya kenapa Adam perlukan seorang setiausaha lagi! Rasanya Adam ada seorang setiausaha dan memang pelik juga apabila Adam perlukan seorang lagi. Rupa-rupanya setiausaha itu untuk dirinya!
Matanya tajam merenung gadis di hadapannya itu. Orangnya nampak takut sehinggakan mahu pandang mukanya pun tak berani. Hari itu bukan main berlagak sampai sanggup nak musnahkan rumah tangga orang, tapi hari ini sudah macam tikus munduk, sibuk nak sorok muka.
So sekarang macam mana? Saya tak perlukan seorang setiausaha. Saya boleh uruskan jadual saya.”
Kalau macam tu, jangan lupa pukul 4.00 petang ni.”
Hah? Pukul 4.00 petang? Ada apa? Date atau minum petang?” tanya Apy Elina sambil membuka diarinya. Menggelabah dia menyelak helaian demi helaian mencari jadualnya pada hari ini.
Dah lupa?”
Mana ada apa-apa!” jawab Apy Elina sebaik sahaja dia mendapati jadualnya kosong pada hari itu.
Tak ada atau tak catat?”
Apy Elina menggaru kepala. Memang dia selalu terlupa catat jadual sendiri dalam diari tapi biasanya dia pasti akan ingat. Cuma kali ini dia memang tidak tahu menahu tentang agenda jam 4.00 petang nanti.
Pak cik, awak cuba tipu saya ke?”
Mak cik, dah lupa ke siapa yang pilih tarikh hari ni?”
Hah? Saya?” Apy Elina menggaru kepala.
The Legend Anniversery. Dah lupa?”
Serentak itu, bagaikan ada satu batu besar menghempap kepalanya. Barulah dia ingat tentang hal itu. Barulah dia ingat yang dia belum lagi tempah restoran. Dahinya ditepuk kuat.
Apa dah berlaku dengan daya ingatan saya?” keluh Apy Elina berasa kesal.
Dia langsung tak ingat tentang tarikh itu padahal dia juga yang cadangkan tarikh itu sebulan sebelum dia pergi kursus di Shanghai.
Dah agak dah. Jadi, jangan cakap apa-apa lagi. Terima saja setiausaha baru tu.”
Tapi…” Apy Elina memandang gadis opera yang hanya berdiri tegak sejak tadi.
Lihat sahaja gadis itu, bertambah pening kepalanya. Mungkin inilah dikatakan balasan niat tidak baik. Niat asal nak kenakan gadis opera itu tapi bak kata orang, bila niat tak baik, memang perkara yang tak baik itu akan kena kita semula!
Hah, sekarang rasakan. Padan dengan muka diri sendiri!
Saya akan terima tapi dengan satu syarat.”
Mak cik, sendiri lupa sendiri nak buat tawar-menawar ke?”
Ala… bolehlah…” pujuk Apy Elina dengan nada mengada-ngada.
Satu keluhan di dengarnya dari hujung talian. “Apa syarat tu?”
Ehem… jom tengok wayang malam ni.”
Mak cik…”
Ala, bolehlah! Lepas reunion tu kita pergilah tengok wayang sekali. Lagipun dah lama kita tak tengok wayang bersama.”
Bila masa kita pernah tengok wayang bersama?”
Hah? Kita tak pernah tengok wayang bersama ke?” Apy Elina sendiri terkejut.
Dia cuba selongkar memorinya kalau-kalau dia pernah ada memori tengok wayang dengan suaminya. Ternyata, apa yang dikatakan oleh suaminya itu benar belaka. Mereka tak pernah langsung tengok wayang bersama!
Kenapa awak tak pernah ajak saya tengok wayang?” tanya Apy Elina geram.
Semua orang wajib kena tengok wayang ke?”
Bukan wajib tapi harus! Awak suami saya. Sepatutnya awak kena ajak saya tengok wayang! Patutlah saya rasa hidup saya tak lengkap jadi isteri awak.”
Mak cik…”
Saya tak kira! Awak kena ajak saya tengok wayang juga!”
Kalau tak?”
Berani awak cabar saya? Kalau tak… setiap kali kita dinner saya akan masak nasi!”
Mak cik ni…”
Awak nak ajak ke tak nak?”
Okey, lepas reunion nanti kita pergi tengok wayang,” Adam akhirnya mengalah.
So?”
Apa?” tanya Adam kembali.
Ajaklah saya.”
Bukan ke dah ajak tadi.”
Itu bukan ajak. Itu setuju!”
Okeylah tu. Kita sama-sama setuju tengok wayang bersama. Habis cerita. Jangan lupa petang ni.”
Pak…” Baru sahaja dia bersuara, Adam sudah letak panggilan terlebih dahulu. “Pak cik!” jeritnya geram.
Kemudian, dia memandang gadis opera di hadapannya itu. Satu keluhan lagi dilepaskan. Mulai hari ini dia kena berhadapan dengan gadis itu. Gadis yang pernah mengaku nak rampas suaminya. Stres!
Saya tak boleh nak kata apa lagi selain terima awak sebagai setiausaha saya. Tapi kalau awak tak nak terima saya sebagai majikan, awak boleh berhenti sekarang sebab bila saya bekerja, saya bukan secomel yang awak tengok sekarang.”
Err…”
Lima minit untuk buat keputusan!” tegas Apy Elina sengaja mengertak gadis itu.
Okey, saya setuju!” pantas gadis bernama Rohana itu membuat keputusan.
Pasti?”
Rohana mengangguk laju.
Kenapa awak pasti? Awak sanggup hadapi saya dan kemudian ambil peluang untuk goda suami saya? Sebelum awak goda dia, saya nak beritahu. Suami saya ni spesies alien. Dia langsung tak romantik. Harap muka saja handsome tapi hati keras macam batu. Saya sendiri pun tak tahu alien mana yang rasuk dia semasa melamar saya dan saya juga tak tahu sama ada saya pun kena rasuk dengan alien yang sama sampai sanggup setuju berkahwin dengan dia,” keluh Apy Elina.
Hah?”
So. Awak pasti?”
Rohana mengangguk lagi.
Kenapa pasti?”
Sebab… saya tak ada pilihan lain lagi. Saya dah berhenti dari kerja lama…”
Apy Elina tersenyum sinis.
Terdesaklah ni?”
Dia mengangguk lagi.
Bukan terdesak nak kahwin dengan suami orang?”
Tak. Tak! Saya tak berani…” kata Rohana takut-takut.
Apy Elina mengangguk.
Baiklah. Saya terima awak tapi dengan satu syarat.”
Syarat?”
Tolong jangan mekap macam pelakon opera.”
Hah?” Rohana terkejut.
Saya kata, mekap awak tu over sangat. Macam pelakon opera. Buruk. Kalau awak berniat nak cantikkan diri bukan dengan cara macam ni. Kalau awak juga berniat nak pikat lelaki handsome dan kaya, baik lupakan sebab lelaki handsome dan kaya selalunya tak romantik langsung. Tengoklah macam suami saya tu. Ada ke patut dia tak pernah terfikir nak ajak saya pergi tengok wayang. Patut ke?”
Tak patut,” balas Rohana sambil menggeleng kepala.
Jadi, ikut nasihat saya. Jangan sesekali jatuh cinta dengan lelaki handsome macam suami saya, faham?” tegas Apy Elina seiring dengan tenungan tajam.
Faham! Faham!” menggelabah Rohana dibuatnya.
Lagi satu. Awak bekerja dengan saya di pusat sukan ni. Kebanyakan yang datang training di sini adalah lelaki. Jadi, saya sarankan janganlah pakai seksi sangat. Ingat, awak datang nak bekerja, bukan nak cari pakwe. Faham?”
Faham,” Rohana mengangguk lagi.
Okey, selesai satu masalah!

4 si charming:

  1. Unknown berkata...:

    kemain garang si apy ni ye

  1. Yong berkata...:

    haha mmg lawak, hilang stress sy. i really miss this story. thanks a lot utk cerita ni.

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages