14(b): PARTNER DALAM KERTAS


PARTNER DALAM KERTAS


“Kenapa buat Blue macam ni?” tanya Hafiz kepada Natasya setelah mereka berhenti berehat di sebuah kawasan rehat di Kuala Selangor untuk mengisi perut yang kosong. Setelah berbincang Cikgu Roslan terpaksa memutuskan bahawa rombongan kali ini terpaksa dibatalkan serta merta.

Sementara mereka pulang ke desa, Cikgu Roslan pula terpaksa mencari Blue di Kuala Lumpur dengan bantuan kawan cikgu yang menetap di situ. Tapi bukannya senang nak temui Blue dikota yang penuh sesak dengan orang ramai. Entah bagaimanalah nasib Blue seorang diri di sana. Sihatkah? Dah makankah? Menurut kawan-kawan Blue, Blue mungkin membawa beg duit, jadi, mungkin tak perlu risau sama ada Blue dah makan ke tak tapi makanan kat Kuala Lumpur ni murah macam di tempat tinggalnya. 5 kali ganda mahalnya. Cukup ke wang yang Blue bawa?

“Kan Tasya dah cakap, bukannya Tasya sengaja. Lepas je Tasya keluar dari tandas kat CM tu, Blue dah hilang. Tasya ingat dia sengaja nak tinggalkan Tasya, jadi Tasya baliklah seorang diri,” ujar Natasya cuba mempertahankan dirinya sendiri.

“Tasya, jangan nak tipu Abang. Abang kenal sangat dengan Blue tu. Dia benci main sorok-sorok. Cakap betul-betul, Tasya tinggalkan Blue bukan?”

“Mana ada. Kenapa Abang pun tak percaya cakap Tasya? Apa yang Tasya buat semuanya salah tapi apa yang Blue buat semuanya betul.”

“Tasya cemburu?”

“Memanglah Tasya cemburu. Siapa tak cemburu kalau ada orang tiba-tiba nak musnahkan hubungan kita ni? Abang tak risau ke dengan Blue yang nak musnahkan hubungan kita ni? Tasya tengok abang lagi suka. Terharukah dengan cinta Blue?” sindir Natasya.

“Tasya, abang tak pernah fikir macam tu. Abang sayangkan Tasya, kalau tak takkanlah abang nak couple dengan Tasya.”

“Oh, kalau macam tu, abang couple dengan Tasya sebab abang terima taruhan dari kawan-kawan abang bukan? Macam Blue juga.”

“Ya Allah, tak terlintas pun dari fikiran abang nak terima taruhan macam tu. Dan buat pengetahuan Tasya, abang tak pernah terima taruhan dari sesiapa pun untuk pikat Blue. Abang putus dengan Blue sebab abang sukakan Tasya.”

“Kalau abang sukakan Tasya kenapa abang tak percayakan Tasya?”

“Sebab abang tak mahu buta semata-mata kerana cinta. Blue tu kawan abang sejak dari kecil lagi, Tasya. Abang dah khatam dengan perangainya. Apa dia suka, apa dia tak suka semuanya abang tahu. Dan selepas dengar penjelasan Tasya tadi, abang rasa itu bukan Blue. Blue takkan tiba-tiba hilang. Dan kalau Blue hilang, kenapa Tasya tak beritahu cikgu terlebih dahulu sebelum bertolak?”

“Bukankah Tasya kata Tasya tak perasan. Tasya ingatkan dia dah naik bas.”

“Takkan Tasya tak perasan kalau tempat duduk Tasya sebaris dengan Blue?”

Natasya kehilangan bajet untuk bersuara. Dia memang kalah dengan Hafiz yang merupakan johan berbahas peringkat sekolah-sekolah menengah.

“Abang percayalah…,” rungut Natasya.

“Tasya, Tasya adalah girlfriend abang dan Blue adalah kawan karib abang. Tasya baru saja abang kenal dan Blue pula sudah lama abang kenal. Walaupun Tasya cuba pisahkan kami tapi Tasya tak boleh padam memori kami berdua. Walau apa pun cara Tasya cuba, Tasya takkan dapat padamnya. Cuma apa abang nak bagi tahu Tasya, abang sayangkan Tasya lebih dari abang sayangkan Blue tapi dalam hal ini abang terpaksa fikir logik. Dan lagi satu, abang nak Tasya sedia dengan serangan Blue nanti. Pada masa tu, abang rasa abang pun tak boleh nak tolong,” terang Hafiz sebelum berlalu meninggalkan Natasya seorang diri di situ.

Dahlila dan Sakinah yang mencuri dengar perbualan mereka melarikan diri ke tempat makannya terlebih dahulu sebelum ada sesiapa perasan. Mereka yang mendengar hampir keseluruhan perbualan mereka cuba menahankan diri daripada ketawa.

“Rasanya, rancangan Blue nak pisahkan mereka hampir berjaya. Tak sangka, secetek-cetek fikiran Blue tu pun, bernas juga ideanya ye.”

“Tulah, aku pun tak percaya. Tapikan kau rasalah, dalam cerita ni, Blue tinggalkan Natasya ke atau Natasya tinggalkan Blue?”

“Emm… aku atak berani nak komen apa-apa tapi aku rasalahkan, Natasya tu sengaja nak tinggalkan Blue sebab dia jealous dengan Blue. Tapi tak faham betullah aku, ada ke heroin jealouskan heroin ke dua?”

“Ada. Macam cerita Full House. Si heroin cemburukan heroin ke dua sebab lakinya ada hubungan dengan heroin ke dua.”


Asraf melangkah masuk ke dalam rumah ke dua Kak Linda. Dia hanya menggeleng melihat Blue yang sudah tertidur di katil Kak Linda. Mungkin keletihan kehulu kehilir dengarnya sepanjang hari. Hah, tahupun penat. Tulah, degil sangat nak ikut aku. Aku ni dahlah buas, tak boleh duduk diam, dah kau lagi nak ikut… terima sajalah.

“Apa yang Boy renung-renung anak dara orang tu?” sapa Kak Linda yang melangkah masuk ke biliknya dengan membawa satu jag air panas.

“Mana ada renung. Orang tengah fikir macam manalah dia boleh tidur dalam bilik yang tungang langgang macam ni? Dengan pakaian tak berbasuh, buku berselerakan… ni, tong sampah ni dah nak terkeluar dah sampahnya. Kenapa tak buang lagi?”

“Boy, Boy pernah rasa di siram air panas yang baru mendidih tak?” Kak Linda menjeling tajam.

“Err… tak pernah dan tak mahu rasa,” balas Asraf sedikit gerun.

“Dah, boleh kejut kawan Boy tu, kita bertolak sekarang. Esok petang Kak Linda ada operation.”

“Tapi kenapa pula orang yang kena?” tanya Asraf kepada Kak Linda yang sedang membancuh kopi.

“Sebab dia girlfriend Boy,” jawab kakaknya selamba.

“Siapa pula yang tiba-tiba tabalkan kami sebagai pasangan kekasih pula? Dia tu bukan girlfriend orang la,” kata Asraf cuba meyakinkan Kak Linda.

“Habis tu apa hubungan kamu berdua?”

“Partner dalam kertas,” katanya selamba menyambar secawan air kopi yang dibancuh oleh Kak Linda tadi. Belum sempat dia meneguk sedikit, Kak Linda menghalangnya dari minum.

“No coffee for you,” Kak Linda mengambil semula secawan kopi dari tangannya. “Minuman Boy hanyalah air masak sahaja,” dia menghulurkan segelas air masak untuk adik bongsunya itu.

“Kak Linda memang kejam,” kata Asraf mengeluh lemah.

“Tulah siapa suruh tak jaga kesihatan lagi? Buat sesuatu yang Kak Linda dah larang. Sekarang salah siapa? Nasib baiklah Boy sakit kat Puduraya dan nasib baiklah ada seseorang menemani Boy, kalau tidak apa yang Kak Linda nak jawab dengan Kak Maria nanti?”

Asraf hanya mampu senyap. Dia sudah bersedia mendengar ceramah ‘Jagalah Kesihatan Anda’ dari Kak Linda yang juga salah seorang doktor pakar di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
“I’m sorry. Orang cuma nak buat apa yang orang hilang 5 tahun yang lalu. Kak Linda pun tahukan betapa sensaranya hidup orang dulu?”

“Kak Linda tahu, malah semua orang tahu tapi janganlah nak balas dendam sampai macam ni. Boy buatlah dengan dengan perlahan-lahan. Jangan nak buat semua benda dalam satu masa. Sebab tulah kami wujudkan satu perintah berkurung. Letak Boy di kampung supaya Boy belajar hidup sendiri. Berfikir sendiri bagaimana nak sara hidup sendiri. Tu nasib baiklah Kak Maria baik sangat kalau tak, dia dah buat seperti papa dan mama buat kat kami semua. Hantar kat negeri orang lain.”

Asraf hanya senyap. Dia tahu apa yang kakak-kakaknya buat untuknya adalah untuk dirinya sendiri. Sejak dari dulu lagi dia telah dididik dengan sempurna supaya suatu hari nanti dia dapat tunaikan harapan arwah mama dan papanya yang terbunuh dalam nahas jalan raya masa dia berumur 5 tahun lagi.

“Kalau Boy sayangkan kami semua, tolonglah kesiankan Kak Maria. Walaupun Kak Maria tu garang bagaikan singa lapar tapi apa yang dia buat semua ni adalah untuk Boy juga. Kak Maria dapat bertahan sehingga hari ini sebab dia mahu didik Boy menjadi orang yang berguna dan tahu berdikari. Boy ingat senang ke nak pikul tugas seperti Kak Maria pikul sekarang? Boy tahu tak? Kak Maria sanggup lupakan masa remajanya semata-mata mahu bekerja keras. Kak Maria juga sanggup lepaskan orang yang dia cinta semata-mata kerana mahu melihat Boy berjaya. Dia lebih pentingkan Boy dari orang lain.”

“Boy tak tengok bagaimana rupa Kak Maria bila dia dapat tahu Boy ada penyakit dulu. Kak Maria tiap-tiap malam berdoa menangis meminta Allah S.W.T jangan menarik nyawa Boy Malah kalau boleh, dia sanggup tukarkan nyawanya dengan Boy,” manik-manik halus mula jatuh di pipi Kak Linda yang tidak dapat menahan sebak.

Blue yang tertidur di katil Kak Linda hanya mendengar perbualan mereka berdua dengan berpura-pura masih tidur. Oleh kerana dia kelihatan terlampau penat, Kak Linda memberinya tidur dikatil yang dikhaskan oleh pihak hospital kepada doktor-doktor yang terpaksa berjaga malam. Namun, dia hanya memejam matanya tapi dunianya masih celik. Dari situ dia mendengar perbualan adik beradik yang begitu asing baginya.

Serba sedikit dia dapat tahu rahsia Asraf Danish yang selama ini amat mengelirukan orang kampung. Macam-macam yang dia dengar tentang si Roswell tu tapi dia sendiri tak ambil perduli dengan alasan dia tiada apa-apa hubungan dengan Roswell. Jadi, buat apa nak mendera otaknya berfikir yang bukan-bukan.

Roswell yang selama ini dilihat begitu bertenaga dan aktif pernah menderita sakit. Sakit apa dia sendiri kurang pasti. Mesti dia menderita masa tu. Dan sekarang mahu membalas dendam terhadap sakitnya yang telah merampas segala kehidupannya dahulu. Entah kenapa air matanya mengalir tiba-tiba. Sedihkah dia? Bersimpatikah dia dengan hidup Roswell?

Asraf yang cuba menahan sebak menghampiri Kak Linda dan memeluk leher Kak Linda dari belakang.

“I’m sorry…,” ucapnya sepatah dengan sebak. “Orang tak bermaksud nak susahkan semua. Sorry. Orang janji takkan buat lagi.... Orang janji akan makan ubat tepat pada masanya dan rehat dengan cukup. Belajar bersungguh-sungguh sampai ke Oxford yang Kak Maria idamkan selama ni… dan pada masa yang sama orang nak jadi pemain bola keranjang.”

Kak Linda tiba-tiba tertawa kelucuan. Bola keranjang dengan adik bongsunya itu memang tak boleh dipisahkan. Malah masa sakit-sakit dulu dia sanggup berjalan ke ruang menunggu menonton perlawanan NBA. Apabila siang, Asraf selalu lesap di hospital. Setelah puas mencari, mereka temuinya sedang bermain bola keranjang di luar.

Huh, punya mengamuk Kak Maria masa tu. Keesokan harinya, Kak Maria telah memasang televisyen di dalam biliknya.

“Dan satu lagi Boy kena buat.”

“Apa dia?”

“Girlfriend.”

Asraf mengeluh lemah.

“Belum sampai masanya lagilah Kak Linda. Lagipun orang bukannya minat dengan couple-couple ni.”

“Ala… malu konon. Habis tu, siapa yang bersama Boy tu?”

“Bukankah orang dah kata dia tu just Partner Dalam Kertas je.”

“Partner dalam kertas?” tanya Kak Linda kehairanan. Dia menggeleng. “Macam-macamlah kamu ni. Ni, kamu bawak anak dara orang keluar sampai malam-malam buta macam ni, mak ayah dia tak marah ke?”

“Kitorang nak baliklah tadi tapi…,” dia mengeluh berat.

“Siapa namanya?”

“Rukiah Hanum.”

Monyet punya Roswell. Rukiah Hanum?! Huh, tadi kau kata nama aku Aminah kat Kak Tiqa, lepas tu kau kata kat Kak Linda kau pulak nama aku Rukiah Hanum?! Kau ni tahu nama aku ke tak tahu? Huh, cancel hati aku nak kesiankan kisah hidup kau. Ee… macam ni nak jadikan aku ni girlfriend kau? Nama aku pun tak tahu. Ah!

1 si charming:

  1. haha~!
    lawak nk mampos yang last tue!

    sy harap larh cite nie berakhir dengan gembira bukan kite sesame berduka..

    please larh jangan..

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages