23: SENYUMAN


Idea permainan bola keranjang dicipta oleh Dr. James Naismith yang pada ketika itu merupakan seorang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Sekolah Latihan YMCA Springfield, Amerika Syarikat. Pada ketika itu, bakul memungut buah pic dijadikan jaring bola keranjang. Sebaik sahaja bola masuk ke dalam bakul itu, bola itu dikeluarkan semula. Ia kemudiannya ditukarkan dengan keranjang bergelung besi dan dipasang dengan jaring disekelilingnya. Pada masa itu, nama permainan ini diubah dari Bola Naismith kepada Bola Keranjang.

Persekutuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa atau International Basketball Federation (FIBA) telah ditubuhkan ditubuhkan pada tahun 1932 di Geneva, Sweden bertindak sebagai penggerak sukan bola keranjang dengan menyebarkan pengaruh sukan itu ke seluruh dunia di samping menetapkan peraturan-peraturan permainan dan menguruskan pertandingan bola keranjang peringkat antarabangsa.

Kata Hikayat,

Kekalahan bukan bermakna kekurangan; Kemenangan bukan bermakna kejayaan; tapi keduanya merupakan bermulanya satu kehidupan.

“Selamat pagi semua!” jeritan Apy Elina menggegarkan dewan gelanggang.

“Mak cik, kalau nak ucapkan selamat pagi pun janganlah bagi runtuh dewan ni,” sapa suara Alex yang entah bila berdiri di sebelahnya. Tanpa sempat Apy Elina bersuara, Alex sudah terlebih dahulu mengorak langkah menghampiri kawan-kawannya yang sudah hadir untuk latihan pagi Sabtu.

“Mesti ada saja yang tak kena dengan budak ni. Bagi makan nasi baru tahu.”

“Apa dia?” Alex yang jarak 5 meter darinya berpaling.

“Err... tiada apa!” pantas dia menafikannya. Alex kembali melangkah. “Huh, dia pinjam telinga Superman ke?”

Seminggu berlalu selepas pasukannya mengalahkan New Angle dalam perlawanan persahabatan. Walaupun mereka menang tipis tapi itu tidak bermakna mereka akan kalahkan New Angle buat kali kedua. Baginya, kemenangan mereka adalah kerana nasib. Mereka bernasib baik. New Angle merupakan pasukan yang mempunyai pemain yang hebat di samping mempunyai jurulatih yang berpengetahuan luas dalam strategi perlawanan. Jika mereka bertemu sekali lagi dalam masa yang singkat, mungkin The Legend akan kalah.

Tapi dia percaya, The Legend bukanlah lemah. Mereka mempunyai bakat terpendam dalam sukan bola keranjang cuma bagi mereka bola keranjang hanyalah satu permainan untuk menghilangkan tension yang mereka alami semasa belajar. Namun ada juga seorang dua yang menunjukkan minat mendalam bagi sukan ini seperti Izwan.

Sejujurnya, belum pernah dia melihat anak jati melayu minat dalam sukan bola keranjang seperti Izwan. Malah bukan minat sahaja yang dia lihat dalam diri Izwan tapi Izwan mempunyai bakat dan berpotensi besar dalam sukan ini. Jika bakatnya digilap, mungkin suatu hari nanti negara akan mengembalikan kegemilangan sukan bola keranjang negara suatu masa dulu.

“Luka kau dah sembuh?” Azhar bertanya kepada Alex.

“Emm...,” dia sekadar mengangguk.

“Kau langsung tak beritahu kau cedera. Kalau bukan Izwan yang tolong hebohkan mungkin sampai sekarang kitorang tak tahu,” Khairul pula bersuara.

“Luka sikit pun kena heboh ke?” Alex bertanya selamba.

“Luka sikit kau kata? Kalau luka sikit cikgu tak akan singkirkan kau tau. Kalau cikgu dah singkirkan kau itu, maknanya luka serius,” celah Leo pula.

“Ah, memang dia nak singkirkan aku,” ujarnya selamba.

“Fitnah! Mana ada cikgu nak singkirkan kamu!” suara Apy Elina menyergah ke telinganya.

“Mak cik, tolong perlahankan suara boleh tak?”

“Cikgu cakap sikit pun nak naik angin,” dia menjeling tajam. Setelah hampir sebulan dia bertindak sebagai jurulatih The Legend, Apy Elina semakin memahami anak-anak didiknya. Dahulu, dia sememangnya tidak suka dengan perangai Alex tapi setelah mengenali sedikit tentang lelaki itu, dia akhirnya mengakui bahawa Alex mempunyai cara tersendiri untuk berkawan dengan orang lain. Orangnya boleh dikatakan pendiam tapi bukan jenis yang turut perintah dan bukan juga jenis yang lurus bendul.

Benar kata Nabila, orang lain yang tidak mengenali Alex secara dekat akan mengatakan lelaki itu sombong dan angkuh tapi sebenarnya Alex memang senang dibawa berbincang. Wajahnya nampak angkuh tapi sebenarnya dia sedang menyorok kelemahannya.

Dulu masa aku mula-mula kerja dengan bos aku tu, aku tahu Alex anak lelakinya tapi Alex tak seperti abangnya. Dia jarang jejak kaki kat office, mungkin sebab dia masih belajar. Aku ingat dia sama seperti anak orang-orang kaya yang lain. Kaki disko, kaki perempuan, pakai smart-smart, handset canggih-canggih dan habiskan duit mak bapak. Itu persepsi aku terhadap Alex. Yelah tengok dia dalam gambar keluarga pun aku tahu tambah lagi muka dia yang angkuh. Tapi bila kau kenal dia dengan dekat, kau rasa bersalah pula fikir dia yang bukan-bukan. Alex, dia ada kehidupan dia sendiri. Dan kehidupan dia adalah bola keranjang, jadi, selain bola keranjang dia tak perduli. Sebab tulah dia bukannya kaki disko ataupun kaki perempuan. Dan dia paling benci sekali kalau orang anggapnya sebagai anak orang kaya yang perlu dihormati,” komen Nabila beberapa hari yang lalu ketika mereka berdua duduk berbual-bual tentang topik yang panas.

“Wei, hari ni jadi ke?” Wawa tiba-tiba bertanya.

“Jadi apa?” pantas juga Apy Elina bertanya.

“Alex nak belanja makan semperna kemenangan kita minggu lepas,” kata Wawa.

“Hah?! Kenapa cikgu tak tahu pun? Nak makan kat mana? KFC? Mc Donald? Pizza Hut, SR atau restoran mewah lima bintang? Atau restoran Nasi Kandar?”

Alex di sebelahnya menjeling tajam. Sensitif dengan nasi!

“Ini tempat orang lelaki. Lelaki saja yang boleh pergi.”

“Tempat orang lelaki? Gay Pub?”

Sekali lagi dia menjeling pandang.

“Yang penting tempat tu tak masak nasi,” balas Alex. Serentak dengan itu mereka semua ketawa kuat.

“Tapi, cikgu peliklah. Kenapa kamu tak makan nasi?”

“Yelah, aku pun nak juga tanya soalan ni dulu tapi tak berani. Takut kau muntah pula,” kata Zack.

“Nak tahu?”

Masing-masing mengangguk.

“Al-kisahnya...,” dia terdiam sambil memandang Apy Elina di sebelahnya. “Err... tak payahlah. Bukannya menarik pun.”

“Beritahu sajalah!”

“Tadi sarapan makan apa?” tanya Alex pula kepada jurulatihnya.

“Nasi goreng. Kenapa?”

“Kalau macam tu, esok sajalah tapi jangan makan nasi dulu.”

“Kenapa? Beritahu sajalah!” bentak Apy. Hendak suruh bercerita pun susah. Banyak pula berdalih. Itu belum lagi dia suruh makan nasi.

“Betul nak tahu?”

Apy Elina mengangguk.

“Tak menyesal?”

Apy Elina menggeleng.

“Okeylah, aku beritahu,” dia memandang semua kawan-kawannya yang sedia menanti al-kisah dirinya yang tidak boleh menjamah nasi. “Sebenarnya sebelum ni, masa kecil-kecil aku suka makan nasi. Sebab terlampau makan nasi banyak sangat, badan aku gemuk. Korang tahulah mama aku tu, dia memang pantang kalau anak dia terlebih normal dari orang biasa. Jadi, dia arahkan pengasuh aku bagi makan nasi satu senduk saja sewaktu makan tengah hari dan malam. Mana cukup. Jadi, aku selalu curi makan tengah malam. Suatu hari, mama dapat tahu yang aku curi makan tengah-tengah malam. Jadi, dia buat satu rancangan tanpa mengetahuan aku.”

“Mama kau buat apa sampai kau tak boleh tengok nasi?”

“Suatu hari tu, masa tengah malam, aku macam biasa pergi ke dapur untuk curi makan dan ternampak nasi goreng cili api di atas meja. Tanpa fikir lagi aku terus makan. Lepas makan beberapa suap aku terus muntah.”

“Hah, kenapa?”

“Sebab nasi goreng tu dimasak menggunakan perencah terbaru ciptaan mama aku.”

“Perencah apa?”

“Perencah tahi ayam candu.”

“Hah?!”

“Jadi korang pun tahukan apa yang berlaku selepas tu. Sejak tu bila aku tengok nasi ataupun terbau je nasi mesti aku teringat peristiwa tu. Cubalah korang bayangkan korang makan nasi yang telah digaul dengan tahi ayam candu... korang makan dengan lahapnya....”

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Apy Elina yang duduk di sebelahnya tiba-tiba bangun dan beredar dari situ dengan tergesa-gesa. Mereka semua yang berada di situ turut terkejut dengan jurulatihnya yang tiba-tiba meninggalkan dewan sukan tiba-tiba.

Kemudiannya, Alex dilihat tersenyum.

“Kau tipu,” Izwan tiba-tiba bersuara.

“Takkanlah aku nak beritahu, aku memang tak boleh makan nasi sejak lahir lagi. Tak seronoklah kalau macam tu,” dia mencapai begnya. “Jom,” ajaknya setelah mengorak langkah.

“Pergi mana?”

“Laa... kata nak aku belanja makan.”

“Sekarang?”

Alex mengangguk. “Petang nanti aku ada hal.”

“Tapi kitakan ada latihan,” Haiqal pula bersuara.

“Latihan dibatalkan sebab cikgu tak sihat,” ujarnya selamba.

“Yelah... tak ajak cikgu sekali ke?”

“Aku rasa dalam keadaan cikgu macam tu... lebih baik jangan ajak dia,” balasnya lagi. “Lagipun bukan ke kita nak pergi Gay Pub?” katanya lagi. Semua berpandangan sesama sendiri sebelum memandang Izwan yang lebih memahami Alex.

“Aku dah kata, Alex pasti balas dendam,” jawab Izwan sebelum salah seorang dari mereka bertanya apakah yang telah berlaku sebenarnya. Dia kemudiannya hanya mampu menggeleng. Alex memang tidak pernah berubah. Jika ada seseorang yang mencabarnya, Alex pasti akan membalasnya kemudian hari. Tidak kira lelaki ataupun perempuan. Jika lelaki dia akan membalasnya terang-terangan dan jika perempuan Alex lebih suka guna cara yang sopan tapi berkesan contohnya seperti tadi.

Dengan lemah Apy Elina keluar dari tandas berlalu ke sink membasuh mulutnya. Sejak tadi, dia sudah memuntahkan sarapan yang dimakannya pagi tadi sehinggakan perutnya kosong kembali. Seolah-olah tiada apa yang perlu perutnya hadamkan. Tapi tekaknya masih lagi loya walaupun perutnya sudah tidak tahu hendak mengeluarkan apa lagi. Semuanya gara-gara terbayangkan apa yang Alex cakapkan tadi!


“Tak guna punya Alex. Macam manalah aku boleh tertipu dengannya,” dia menyedari situasi sebenar. Sejak awal lagi dia sememangnya sudah menjangka Alex pasti akan mereka cerita tapi dia tidak menyangka rekaan cerita Alex benar-benar membuatkan dia juga ingin muntah. Apatah lagi kepalanya asyik terbayangkan perencah yang dikata oleh Alex tadi.

Jam di tangannya dijeling. Hampir jam 12 tengah hari. Tanpa disedari sudah hampir 2 jam dia memuntahkan sisa makanan yang dimakannya pagi tadi. Menyedari juga anak-anak buahnya yang menanti kedatangannya semula untuk sesi latihan, Apy Elina melangkah lemah keluar dari tandas perempuan yang terletak di sebelah dewan sukan.

“Maaf semua, cikgu...,” belum dia habis berkata, dia menyedari dewan yang menempatkan latihan bola keranjang kosong. Tiada sesiapa di dalam. “Eh, mana semua orang pergi?” pandangan matanya dilemparkan ke semua arah termasuklah mencari anak-anak buahnya yang mungkin menyorok di bawah kerusi penonton tapi sangkaanya meleset masa sekali. Mereka semua memang tiada di dalam dewan!

Apy Elina kemudiannya mencapai handsetnya. Dilihat terdapat satu mesej yang masih belum dibacanya. Tanpa berlengah lagi dia segera membaca mesej tersebut.

'Cikgu, kami semua pergi dulu. Oh ya, kalau cikgu rasa tak sedap badan, minumlah air 100 Plus. Bukan nak promote tapi air tu memang mujarab.' - Dari musuh sejatimu – Alex.

“Adam Alexander!!” sekali lagi dewan sukan yang kosong itu bergema dengan suaranya.




Alex tersenyum keseorangan. Dia dapat rasakan jauh dari tempatnya duduk itu, ada seseorang sedang menyumpah-nyumpahnya dengan penuh kebencian. Tapi sayangnya, dia tidak dapat melihat wajah bengis jurulatihnya. Adakah akan bertukar menjadi hodoh ataupun bertukar seperti wajah nenek kebayan? Atau lebih teruk dari itu?

Azhar kemudiannya menyiku Izwan yang sedang asyik menonton perlawanan bola keranjang di televisyen. Dia memandang Azhar sebelum Azhar memberi isyarat ke arah Alex. Leo, Khairul, Haiqal, Panjang dan Zack yang turut menyaksikan keanehan Alex sejak dari tadi saling berpandangan. Hanya bahasa isyarat sahaja yang ‘bersuara’.

Menyedari keadaan Alex yang aneh itu, Izwan pula terikut rakannya itu. Tersenyum sendirian. Bukannya dia turut gila seperti Alex yang tersenyum seorang diri tapi dia tahu apa yang sedang difikirkan oleh Alex.

“Kenapa tu?” tanya Wawa apabila menghampiri kawan-kawannya di ruang tamu villa milik Alex yang selalu menjadi tempat lepak mereka sepasukan dan menyedari keanehan Alex yang asyik senyum tidak tentu pasal.

“Entah, nampak macam orang tengah angau saja,” Zack membalas. “Kau ni kenapa pula?” dia pula bertanya pada Wawa yang sejak dari tadi asyik di ganggu dengan panggilan telefon.

“Entah. Sejak akhir-akhir ni aku selalu diganggu dengan panggilan dan mesej pelik-pelik. Bila aku call, tak berani pula jawab,” handsetnya yang telah dimatikan diletakan di atas meja dihadapannya.

“Peminat misteri lagi?”

“Memang susah betul jadi lelaki idaman Malaya,” Wawa tersengih.

“Ceh!”

Tiba-tiba handset Alex berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dia sekali lagi tersenyum apabila melihat skrin handsetnya memaparkan nama jurulatihnya, Apy Elina.

“Cikgu call,” ujarnya sebelum menjawab panggilan tersebut tapi sebelum itu juga dia sengaja membuka soundspeaker supaya semua kawan-kawannya dapat dengar suara ganas jurulatih mereka.

“Adam Alexander!!!” jeritan Apy Elina dari handset Alex yang lantang sehingga mampu menggegarkan gegendang telinga mereka semua. Kemudian kedengaran pula suara garau Apy Elina yang sedang melepaskan geram dengan berkata sesuatu yang mereka sendiri tidak faham. Apa yang mereka faham, jurulatihnya itu menyebut perkataan ‘balas dendam’ beberapa kali sebelum Alex sendiri memutuskan talian dan mematikan handsetnya.

“Dia betul-betul marah,” Wawa seakan tidak percaya bahawa yang sedang bersuara garau tadi adalah jurulatihnya yang terkenal dengan perangai periangnya.

“Dari dia join kelab Gay dan marah, mana satu yang korang pilih?”

“Marah,” serentak mereka semua berkata sebelum ketawa kelucuan.




“Tak guna punya Alex. Berani dia tutup handset!” Apy Elina hampir membaling handsetnya kerana geram setelah perbualannya tadi diputuskan secara tiba-tiba. “Tak pe. Tak pe. Jangan haraplah kau dapat terlepas Alex, esok masih ada. Tunggulah balasannya.”

Mungkin mulai hari ini, dia patut berhati-hati dengan segala tindak tanduk Alex. Orangnya nampak seperti boleh dipercayai tapi jika sudah termasuk dalam perangkapnya, boleh dapat penyakit gila. Sakit jiwa dibuatnya. Mungkin inilah pembalasan yang Daniel selalu ingatkannya. Jika ada seseorang mencabar Alex, seseorang itu pasti akan terima balasan! Tapi jangan haraplah dia akan serik.

Peperangan baru sahaja bermula!

Tiba-tiba dia dikejutkan apabila handsetnya berbunyi. Panggilan daripada Nabila segera di sambutnya tanpa banyak tanya.

“Apy, kau dekat mana sekarang?” tanya Nabila dengan nada suara tergesa-gesa.

“Kolej. Kenapa?”

“Kau tahu tak?” tiba-tiba Nabila bertanya soalan.

“Tahu,” lantas dia menjawab.

“Kau tahu?”

“Yelah. Aku tahu. Aku baru saja tahu yang Alex tu nak mulakan peperangan dengan aku.”

“Ini bukan pasal Alex!”

“Hah? Habis tu pasal apa?”

“Pasal Daniel,” ujar Nabila.

“Kenapa dengan Daniel?” Apy masih lagi tenang ketika bertanya.

“Tadi Daniel datang rumah,” Nabila memulakan bicaranya.

“Daniel datang rumah? Dia buat apa? Hah! Jangan cakap kau kena tangkap basah dengan Daniel! Aku sunat kau balik ni nanti.”

“Apa yang kau merepek ni?”

“Salah ke?”

“Salah!”

“Habis tu?”

“Daniel datang sebab nak bagi kad kahwin.”

“Apa?!” terkejut dia mendengarnya.

“Daniel nak kahwin dengan tunang dia!” beritahu Nabila hampir menjerit memberitahu berita yang sememangnya mengejutkannya itu. “Apy?” menyedari Apy Elina senyap di talian, Nabila memanggil nama kawannya itu untuk memastikan sama ada Apy tidak kena serangan jantung kerana berita yang disampaikannya itu.

“Nabila, selain bulan April, bulan apa yang boleh buat lawak bodoh?” tanya Apy dengan nafas tersekat-sekat. Nabila terdiam. Dia tidak tahu hendak beri jawapan apa. “Mungkin aku patut telefon Daniel dan beritahu tentang lawak bodoh kau ni,” talian diputuskan segera oleh Apy tapi dia tidak segera menelefon Daniel namun sebaliknya dia terduduk di tengah-tengah gelanggang.

Tidak payah fikir sama ada Nabila sedang berbohong atau tidak. Tidak payah juga menghubungi Daniel dan bertanyakan soalan tersebut. Dia sudah tahu jawapannya. Malah sudah lama dia tahu jawapannya. Dia juga tahu dia bertepuk sebelah tangan. Dia juga tahu bagaimana hendak menghadapi hari ini tapi dia seolah-olah tidak kehilangan semua perisainya untuk menghadapinya. Air mata dan tangisannya telah membuktikannya.

Kepada Hikayat,

Kenapa mesti mencintai seseorang itu menyakitkan? Kenapa kehilangan seseorang yang amat penting menyedihkan? Kenapa adanya perasaan ini ketika kita sedang berdoa kesejahteraan dan kebahagiaan mereka? Kenapa mesti menangis dan kenapa mesti tangisi kebahagian mereka? Kenapa pada ketika ini, kita sebagai manusia langsung tidak dapat mengimbangi emosi diri? Aku sudah berjanji tidak akan menangis tapi aku menangis juga. Aku berjanji akan tersenyum seperti selalu tapi bibirku yang kaya dengan senyuman dahulu sudah lupa untuk senyum. Adakah ini balasannya mencintai seseorang?

Apy Elina menutup Hikayat Cinta dan diletak di tepi. Dia menjeling jam pada tangannya, hampir jam 12 tengah malam. Handsetnya turut dijeling. Ada beberapa miss call dan mesej yang mungkin ditinggalkan oleh Nabila. Ya. Hanya Nabila sahaja yang pasti akan risaukannya seperti cacing kepanasan di rumah sejak siang tadi. Bukannya dia sengaja ingin Nabila risaukannya tapi buat masa ini dia tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Baginya lebih baik menyendiri dan lepaskan segala-galanya di gelanggang bola keranjang.

Bola jingga dicapainya tapi belum sempat dia ingin memainkan bola itu, handsetnya sekali lagi berbunyi. Panggilan daripada Alex tapi dia langsung tidak mengendahkan panggilan tersebut kerana tiada mood untuk bergaduh dengan Alex buat ketika ini. Namun, akhirnya dia mengalah dengan menjawab panggilan tersebut kerana Alex tidak berputus asa menghubunginya.

“Kenapa ni?” tanyanya dengan suara malas.

“Saya dapat berita dari guard ada orang guna gelanggang lagi,” ujar Alex dihujung talian.

“Jadi? Salah ke cikgu guna sekejap?”

“Tak salah,” balas Alex.

“Kalau tak salah, apa masalahnya?”

“Masalahnya, saya terlupa nak beritahu cikgu yang dewan sukan tu merupakan bekas tempat hukuman gantung tentera-tentera masa zaman jepun dulu. Kalau cikgu ternampak ataupun terdengar sesuatu yang pelik, buat tak tahu sajalah.”

Tiba-tiba badannya di serang udara sejuk dan serta merta bulu romanya meremang tinggi. Serentak dengan itu juga dia mendengar sesuatu yang membuatkan jantungnya hampir gugur. Tidak perduli sama ada ianya adalah perangkap Alex ataupun ia benar-benar mengganggunya sekarang, Apy Elina segera mengangkat kaki berlari keluar dari dewan tersebut.

“Keluar akhirnya,” handsetnya masih melekat di telinganya walaupun dia berlari keluar dengan sekuat-kuatnya.

“Eh?” Apy memandang sekeliling. Dia pasti Alex mesti ada di sekitarnya ataupun ada kamera yang tersembunyi di sekitarnya. “Adam Alexander, saya tiada mood hendak bermain dengan kamu. Baik kamu keluar sekarang!” bentaknya.

“Pandang atas,” ujar Alex di telinganya.

“Hah?”

“Pandang atas.”

Seperti kehabisan bateri bagi otaknya berfikir, Apy Elina menurut arahan Alex dengan mendongak pandang ke langit yang gelap. Tiada bulan mahupun bintang di atas sana. Suram sahaja seperti dirinya sekarang.

Sebentar kemudian, dia dikejutkan dengan dentuman dan percikan bunga api di ruang udara. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku dan sedang berlaku tapi dia berasa amat gembira pada ketika itu. Percikan bunga api yang pelbagai warna dan corak di langit yang suram tadi telah mengajar bibirnya bagaimana hendak senyum ceria seperti selalu.

Handsetnya berbunyi sekali lagi menandakan satu mesej diterimanya. Tanpa buang masa, dia segera membaca mesej tersebut. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman segaris.

‘Bunga api akan bertambah cantik jika si penontonnya menyambutnya dengan senyuman – Adam Alexander’

END?

15 si charming:

  1. Liza berkata...:

    wauuuuu~ cerite semakin hebat....ape yg terjadi dengan Alex & Cikgu Apy???
    Macam mn Alex blh tahu...hehehe..congrt

  1. just me berkata...:

    end ?
    biar betik ..

  1. N.A berkata...:

    end?
    jangan lah...

  1. Lieza berkata...:

    end??? ape nih.... wahhh ratu jgn buat gempak gini... sesak dada weyhhhh

  1. Tanpa Nama berkata...:

    end ??? takkan dah habis kot..??x puas lg nk baca ni..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    makin maju cite ni...tp x kan dah end kot?? x nak la..

  1. himitsu berkata...:

    hah???
    xkn da end kot???
    crite t'gantung ni...
    smbung le lg kak ratu...
    nak lagi..

  1. agent_sesat berkata...:

    oh my gosssshhh~~

    jap2...kira nie konon alex pujuk apy lah kan..sebab apy mmg kipas-susah-mati kat daniel...:p

    dier mmg suka daniel sejak dlu lagi kan?? kan...
    oh myyyy

    tq alex sebab kembalikan senyuman apy~~ hehehe...cepat2 sambung :p

  1. fzm2 berkata...:

    hurmmmm..
    wal0p0n nmpk kasr
    tp alex nih baek jgak eh..
    huhuhuh..
    smb0nk2

  1. Ai berkata...:

    erm..
    I think.. ni END 4 chpter ke-2 nih..

    ps.
    (Apy memang suke Daniel dr dulu)

  1. Tanpa Nama berkata...:

    wah, cutenye alex bila teringatkan kat apy..jangan sedih ye apy, alex kan ade,hehehe..

    nurul sambung la lagi jangan la end cam tu jerk..

    ~vee~

  1. MeGa_Lisa berkata...:

    Huhu.. Kuatkan semangat apy.. kumbang bukan seekor.. tapi sedey gak Daniel nak kawin.... hehehe

  1. akira_toriyama berkata...:

    mmg tol ckp org.. romantik bg seseorg tu lain definisi n caranya..walaupun mgkn bg org lain anggap cre alex tu bese je..tp bg sy..hehehe so sweet...romantik dalam ego...

    cpt2 sambg tau ratu...mmg sy dh jd kipas-susah-mati hikayat cinta ni...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    k'ratu..ble nk n3 br ni?sy tggu lm gle dh ni..xsbr2 nk bc smbgn cite hc.

  1. syaza berkata...:

    haha. tak boleh tahan daripada senyum sorang sorang bila part last tu. so sweeett .. :D

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages