7: Nocturnes


(Bahagian 1)

Izwan hanya menggeleng perlahan apabila melihat Alex sudah terlelap di hadapan televisyen sebaik sahaja dia pulang dari bekerja sebagai pekerja part time di sebuah kedai 7 Eleven berhampiran dengan kawasan rumah sewanya itu.

Nampaknya hubungan Alex dengan mamanya masih tidak reda lagi. Selalunya jika kawannya itu bergaduh dengan mamanya, Alex pasti akan melarikan diri dengan merempat di rumah sewanya. Tapi sejak akhir-akhir ini Alex kerap sangat datang bermalam di rumahnya. Jika ditanya mengapa dia tidak pulang ke rumah, kawannya itu hanya membisu seribu bahasa. Jika Alex sudah membisu, dia tidak akan bertanya lagi kerana dia tahu Alex tidak akan bercakap tentangnya.

Televisyen yang terpasang sejak tadi, ditutupnya. Dia kemudiannya berlalu ke dapur untuk melegakan tekaknya yang haus sebelum berlalu ke bilik mengambil selimut tebal untuk Alex. Alex memang lebih gemar tidur di ruang tamu berbanding di dalam bilik jika bermalam di rumahnya. Dia sendiri tidak tahu kenapa sedangkan rumah sewanya itu ada dua buah bilik.

“Dah tidur pun tak boleh nak berpisah dengan MP3,” dengan perlahan dia mencabut earphone yang terlekat di kedua belah telinga Alex. Alex memang gemar mendengar MP3 setiap masa dan ada kalanya masa latihan juga Alex gemar berlatih sambil mendengar MP3.

Dan jika ditanya lagu apakah yang berkumandang ditelinganya, dia tidak gemar menjawab soalan itu. Malah tiada sesiapa pun yang tahu apakah lagu yang selalu dimainkan di telinga Alex sehinggakan lelaki itu tidak mahu meninggalkan MP3nya walau sesaat pun.

Izwan tersenyum. Perangai Alex sama dengan seseorang yang dia kenal dahulu. Menganggap lagu yang berkumandang ditelinga adalah terapi diri untuk terus hidup di dunia yang penuh cabaran.

Earphone kemudian beralih ke telinganya. Sebuah lagu berkumandang di telinganya. Dia tersenyum. Patutlah Alex tidak pernah beritahu lagu yang sentiasa berkumandang ditelinganya sebab kalau Alex beritahu mereka semua, pasti tiada siapa yang tahu tentang lagu itu. Hanya orang yang minat dengan lagu-lagu mandarin ataupun tahu bahasa mandarin sahaja yang mendengar lagu mandarin.

Dan Alex yang lahir dari keluarga campuran Cina dan Melayu pastinya mempunyai kefahaman berbahasa Mandarin cuma dia tidak pernah mendengar Alex bercakap bahasa Mandarin. Pernah juga ditanya dan Alex mengakui dia tahu berbahasa Mandarin dan Kantonis cuma tidak gemar bercakap dalam kedua bahasa itu. Dia hanya akan menggunakan bahasa tersebut jika bercakap dengan nenek dan papanya yang tinggal di Taiwan.

Tidak lama lagu yang didengar tadi habis, kini berputar sebuah lagu yang seperti pernah didengar sebelum ini. Dia menguatkan volume dan sebuah lagu berentak rancak tapi mengasyikan kedengaran di telinganya.

Sebuah lagu yang pernah menjadi sejarah antara dia dengan seseorang yang bernama Mellissa – gadis misteri yang pernah hadir dalam hidupnya. Mellissa memang gemar mendendangkan lagu yang didengarinya itu. Nocturnes – nyanyian Jay Chou. Pada mulanya dia tidak faham sepatah haram pun lagu mandarin yang dinyanyikan oleh Jay Chou itu tapi kerana ingin tahu lebih mendalam, dia mencari penterjemahan lagu tersebut di internet. Dan sejak itu, dia semakin menggemari lagu tersebut.


A group of bloodthirsty ants are attracted to rotten flesh

With an expressionless face

I watch the lonely scenery

Losing you

Love and hate start to become clear

Losing you

What else is there to care about?

When a dove no longer symbolizes peace

I’m eventually reminded

That they are vultures feeding in the public square

I use a beautiful rhyme

To describe love being robbed

11 November 2005

Satu keluhan dilepaskan olehnya. Hidup sebagai pelajar sekolah memang memenatkan. Apatah lagi jika menjadi seorang pelajar harapan sekolah. Semuanya yang dilakukannya menjadi perhatian umum terutama sekali cikgu-cikgu yang inginkan satu kejayaan seperti yang diharapkan. Awal pagi dia terpaksa bangun untuk ke sekolah, selepas sesi persekolahan pagi telah tamat dia pulang ke rumah sebentar dan kembali ke sekolah semula untuk latihan bola keranjang. Selepas latihan dia akan bergegas ke tempat tuition. Dan sebelah malam pula dia akan bertungkus lumus menyiapkan semua latihan tubi yang diberikan oleh cikgunya. Oleh kerana dia adalah pelajar harapan, cikgu telah memberinya tugasan berat berbanding pelajar lain.

Tapi bukan dia seorang sahaja pelajar harapan di sekolahnya. Ada beberapa orang lagi yang turut merasai penderitaannya yang dibebani dengan tugasan yang banyak. Ada juga diantara mereka yang berasa tidak adil kerana bagi mereka, mereka juga adalah seorang pelajar biasa dan mahu di layan seperti pelajar biasa. Tapi apa boleh buat jika pihak sekolah telah menyediakan biasiswa pendidikan bagi pelajar-pelajar yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah sepertinya.

Dan kebanyakan dari pelajar harapan sekolah, hanya seorang sahaja yang dilihat sentiasa bersikap tenang. Pandangannya beralih ke arah Adam Alexander yang duduk tidak jauh darinya sambil mendengar MP3. Lahir dari keluarga berada dan berpengaruh pastinya tiada apa yang hendak difikirkan lagi. Hanya duduk goyang kaki. Pergi dah balik sekolah tanpa fikir masa depan. Esok, bila sudah besar, satu jawatan besar sudah pastinya akan berada di tangan.

“Betapa senang hidupnya,” dia mengeluh lagi sambil mengangkat kaki berlalu keluar dari gelanggang bola keranjang. Sebelum keluar, dia sempat menjeling pandang ke arah Alex yang sedang membelek sesuatu pada PDAnya yang selalu dibawa ke mana sahaja dia pergi.

Suasana di station keretapi sunyi. Hanya ada beberapa orang yang sedang menunggu di stesen Star Titiwangsa. Sedang dia melayan perasaannya, datang seorang gadis berbangsa cina duduk di sebelahnya. Gadis itu mengukir senyuman manis. Izwan membalasnya walaupun dia tidak kenal gadis misteri itu.

Sedang dia menunggu train, dia mencuri pandang gadis cina di sebelahnya yang terangguk-angguk perlahan mendengar MP3 melalui earphone yang terlekat di kedua telinganya. Handsetnya berbunyi. Segera gadis cina itu mengeluarkan handsetnya. Satu mesej diterima. Izwan di sebelah sempat mencuri pandang. Dia berharap suatu hari nanti, dia dapat membeli handset canggih itu dengan duitnya sendiri.

Setelah gadis itu membaca mesej yang diterimanya, dia segera menutup handsetnya. Dalam hati Izwan tersenyum. Pasti bergaduh dengan teman lelaki sehingga menutup handset. Kemudian gadis di sebelahnya bangun. Di sangka train sudah sampai tapi dia langsung tidak melihat kehadiran train yang ditunggunya.

Pandangannya masih lagi mengekori gadis cina yang berdiri tidak jauh darinya. Dia sendiri tidak tahu apakah yang istimewanya gadis itu sehingga matanya tidak beralih ke arah lain. Gadis itu melangkah ke depan dan melangkah lagi sehingga melepasi garisan kuning. Kini kakinya hanya seinci sahaja dari landasan keretapi.

Tidak lama kemudian kedengaran train yang ditunggu akan sampai. Pandangan Izwan masih tidak berkelip lagi memandang gadis cina yang masih lagi berdiri dihadapan landasan. Dan apabila kelibat train mulai kelihatan, badan gadis itu seakan ingin jatuh ke hadapan. Bertindak pantas, dia segera bergegas menghampiri gadis itu dan menariknya ke jauh ke belakang. Serentak dengan itu, train yang ditunggu melalui landasan di hadapannya.

Izwan mengurut dadanya. Jantungnya berdegup dengan kencang. Mujurlah dia bertindak pantas jika tidak pasti dia akan melihat kejadian ngeri dalam hidupnya. Tangan gadis cina yang ditariknya tadi dilepaskan. Namun, dia pelik. Gadis itu masih lagi mengukir senyuman manis seperti tadi. Langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi terkejut mahupun ketakutan.

Tidak lama kemudian mereka di datangi oleh beberapa orang pengawal dan pekerja yang bekerja di station tersebut.

“Ah, kamu lagi…,” keluh salah seorang dari pengawal tersebut.

Izwan terpinga-pinga. Dia kemudiannya memandang ke arah gadis disebelahnya yang masih lagi tersenyum manis. Gadis itu di minta mengekori mereka untuk tindakan lanjut, begitu juga dengan Izwan yang diminta menjadi saksi kejadian. Mahu tak mahu, dia terpaksa bersetuju apatah lagi gadis cina itu memegang tangannya dengan kuat sehingga dia tidak boleh lepas dari pegangan gadis itu.

“Ini kali ke-5 awak buat begitu,” terkejut Izwan apabila mendengar pengawal keselamatan itu berkata pada gadis itu. Gadis cina yang masih lagi memegang erat tangannya dari tadi asyik tersenyum.

“Awak ni teman lelaki dia ke?” tanya pengawal keselamatan tadi sebaik sahaja memandang mereka yang berpegangan tangan. Entah apa hendak jadi dengan remaja sekarang. Masih bersekolah pun sudah pandai bercinta dan berpegangan tangan.

“Bukan,” pantas Izwan menjawab. Dia cuba melepaskan tangannya dari pegangan gadis cina itu tapi ternyata pegangan gadis itu begitu kuat sehingga dia mengalah. “Saya tak kenal dia…,” dia cuba menerangkan perkara sebenar tapi terbantut apabila terdapat seseorang datang menganggu.

Jie jie!” ujar seseorang remaja lelaki membuka pintu yang menempatkan mereka berdua sehingga laporan dibuat.

“Alex,” gadis itu meleraikan peganggannya dan mendapatkan Alex yang juga merupakan adik lelakinya. Izwan yang berada di situ agak terkejut apabila mendapati gadis yang ingin membunuh diri dengan cuba menerjun ke landasan dan memegang tangannya dengan kuat tadi adalah kakak Adam Alexander.

Apa yang mengejutkannya lagi, dia tidak tahu selama ini Alex mempunyai seorang kakak. Seingatnya, pihak media juga pernah menyebut bahawa Alex adalah anak tunggal dalam keluarga Alexander dan juga merupakan pewaris tunggal keluarga tersebut. Mereka langsung tidak pernah menyebut langsung adanya seorang lagi pewaris Alexender iaitu kakak Alex.

Perkenalan berakhir di situ. Alex berlalu bersama dengan kakaknya tanpa berkata sepatah pun dengannya. Walaupun ada rasa sedikit terkilan dengan sikap Alex yang dingin itu tapi dia menganggap semua itu tidak pernah berlaku. Siapa yang tidak kenal Alex yang kenal dengan sikap dingin di sekolah. Sehingga kini tiada seorang pun yang berani berbual mesra dengannya apatah lagi melihat Alex tersenyum. Lelaki itu memang kedekut dengan senyuman.

Keesokkan harinya, semasa latihan bola keranjang, keduanya berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku semalam. Alex seperti biasa apabila berada di gelanggang dan bertindak seperti kapten dan Izwan pula seperti biasa menumpukan perhatian semasa latihan. Selepas latihan tamat, masing-masing berlalu ke tempat biasa.

Alex seperti biasa akan duduk di kerusi penonton sambil mendengar MP3 dan membelek PDAnya menghilangkan kepenatan sebelum pulang. Pemain yang lain sudah bergegas pulang selepas tamat sesi latihan.

Izwan berasa pelik dengan Alex. Baru sahaja semalam kakaknya hendak membunuh diri di station keretapi dan hari ini Alex boleh berlagak seperti biasa. Tenang seperti selalu. Mungkin Alex sudah biasa dengan keadaan itu. Menurut pengawal keselamatan semalam, gadis misteri itu sudah lima kali cuba melompat ke landasan keretapi tapi sempat di halang oleh orang ramai yang melihat kejadian itu. Mungkin sebab itu, Alex menganggap ianya perkara kecil.

Tapi perasaan hairan menyelubungi dirinya. Kenapa kakak Alex hendak membunuh diri? Dan kenapa dia masih boleh tersenyum seperti tiada apa-apa yang berlaku? Apa yang berlaku sebenarnya?

Satu keluhan dilepaskan. Walaupun dia rasa ini bukannya masalahnya, tapi dia ingin bertanya juga. Beg sekolahnya dicapai dan dia berlalu menghampiri Alex yang sedang merenung PDAnya sambil mendengar muzik. Menyedari Izwan berada di hadapannya, Alex menanggalkan earphone ditelinganya.

“Tentang semalam…,” Izwan mula berbicara.

“Jangan hebohkannya,” pantas Alex memotong kata-katanya dengan dingin. Earphone disumbat semula ke telinganya sebelum dia mengangkat kaki berlalu dari situ.

“Adik dan kakak lebih kurang saja,” rungutnya perlahan sambil berjalan menghampiri station keretapi yang selalu menjadi laluannya untuk pulang ke rumah.

“Awak!” tiba-tiba muncul gadis semalam di hadapannya membuatkan dia terkejut sehingga jantungnya berdegup laju. Gadis itu tersenyum keriangan. Entah apa yang melucukan dia sendiri tidak tahu. Rasanya gadis itu ada masalah mental agaknya.

“Jom, saya belanja awak makan,” tanpa sempat dia menjawab, gadis itu tanpa segan silu menarik tangannya berlalu masuk ke dalam kereta yang berhenti tidak jauh dari situ.

Mereka kemudiannya berhenti di sebuah kedai makan di tengah-tengah bandaraya. Setelah memesan makanan, gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Mellissa. Mereka berbual panjang tapi sebenarnya, hanya Mellissa sahaja yang bercakap dan Izwan sebagai pendengar setia sahaja. Sepanjang perbualan tersebut, Mellissa beberapa kali di ganggu dengan handsetnya yang berbunyi. Dan setiap kali berbunyi dia akan mematikan panggilan tersebut.

“Kacau saja,” rungutnya sambil mematikan panggilan tersebut dan kemudian menyambung kembali perbualannya. Rupanya gadis yang disangkanya pesakit mental itu pandai juga berkata-kata.

“Kenapa tak jawab?” sempat Izwan mencelah.

“Tak payah jawab,” balas Mellissa selamba. Dia kemudiannya menyambung perbualannya kembali. Dari bercerita tentang dirinya sehingga cerita benda yang merapu, Mellissa masih lagi tidak habis bercakap. Tidak lama kemudian, mereka dikejutkan dengan kehadiran Alex yang tiba-tiba terpacak di sebelah meja mereka.

“Hai Alex,” Mellissa melambai mesra. “Izwan, kenalkan ini Alex, adik saya. Rasanya kamu dengan Alex sebaya.”

“Jom balik,” dia mencapai tangan kakaknya itu.

“Nantilah. Akak belum habis berbual lagi dengan Izwan,” Mellissa kembali menarik tangannya tetapi menarik Alex supaya duduk bersama-sama dengannya. Tanpa membantah Alex duduk di sebelah kakaknya.

“Alex, ingat lagi Izwan? Orang yang akak ceritakan semalam?” tanya Mellissa.

“Ingat,” balas Alex pendek sedikit dingin. Dia kemudiannya menyumbat earphone semula ke telinganya.

Cuba hormat perbualan sikit dengan tanggalkan earphone ni,” Mellissa mencabut earphone dari telinga Alex. Kedengaran satu keluhan berat dari Alex. Dia kemudiannya memandang kakaknya dengan pandangan dingin. Tanpa berkata apa-apa, dia segera tanggalkan earphone dari telinga kakaknya itu.

“Err…,” Mellissa hilang kata-kata.

Izwan yang melihat tiba-tiba ketawa kelucuan.

“Apa yang lucu?” tanya Mellissa hairan. Izwan hanya sekadar menggeleng.

“Sebenarnya kami satu sekolah,” Alex bersuara.

“Hah?!”

“Nak kena ulang sekali lagi ke?” balas Alex menjeling tajam. Mellissa menarik muka masam. Dia kemudiannya memandang Izwan. Belum sempat dia hendak bertanya Izwan sudah mengangguk kepala.

“Kenapa tak beritahu awal-awal?” tanya Mellissa. Punyalah penat dia menunggu Izwan di station tadi dari pagi-pagi lagi. Kalau dia tahu Izwan dan Alex satu sekolah sudah pastinya dia akan pergi menyerbu sekolah Alex.

The dark clouds begin to cover

The colour of the night is not clean

In the park

The echo of the funeral

Flying in the boundless sky

The white rose

I gave you

Withered in the pure black surroundings

The crow is peculiarly very silent of the tree branch

Silently listening

My black overcoat

Wants to warm you up

The memories that are day-by-day becoming colder

Walk past

Walk past the life

Hazy fog is all around

I am at the vast and boundless cemetery

I’ll still love you when I’m old

6 si charming:

  1. Miss Kira berkata...:
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
  1. Miss Kira berkata...:

    then..
    apa sdh jd ngan mellisa..
    hope cpt post new n3..

  1. plum blossom berkata...:

    rasanya cam melissa tu akn mati lah....
    may be dia involve dlm satu kemalangan, lebih tragis lagi kemalangan tu jadi dpn mata alex dgn izwan...heeeeeee
    sedihnya bila kehilangan org yg kita syg specially family members kita.... sob..sob..sob..

  1. huhu..
    cite nieh byk persoalan la..
    huhu..
    makes readers thinking..
    cpt2 smbung..

  1. farah berkata...:

    besyh2...sy nih fan jaychou...hehehe..

  1. Ai berkata...:

    kak ratu..
    bile yg bhagian kedua nk di postkn..
    x sabo nih..!!

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages