12: FOR HAYRUL?!

Nurul hanya sekadar menggeleng apabila terlihat berpuluh-puluh surat cinta di bawah mejanya sebaik sahaja tamat waktu rehat. Memang begitulah setiap hari mesti ada yang bagi surat cinta dibawah mejanya untuk putera idaman mereka siapa lagi kalau bukan ahli rasmi pasukan bola sepak sekolahnya itu.

Kadang-kala dia pun hairan dengan pelajar perempuan sekolahnya itu yang sejak dari dulu lagi mengilai sesiapa sahaja yang dapat menganggotai barisan ahli rasmi Kelab Bola Sepak.
Kalaulah mereka tahu perangai sebenar putera idaman mereka itu, mungkin ada yang perlu fikir dua tiga kali untuk menghantar surat lagi. Baginya dalam pasukan itu hanya Rezza dan Fiq sahaja yang boleh diharap. Yang lain hancur! Lebih-lebih lagi Nazrul dan Hayrul yang selalu mengacau hidupnya.

Selepas sahaja waktu persekolahan, Nurul akan ke bilik yang menjadi tempat perjumpaan Kelab Bola Sepak untuk memeriksa jadual latihan dan kadang-kala dia akan mengemas bilik itu bila ia semakin menyerupai tongkang pecah walaupun seumur hidupnya dia tidak pernah melihat tongkang pecah.

Berpuluh-puluh surat cinta untuk jejaka-jejaka yang menarik perhatian dikeluarkan dari beg plastik yang memang sentiasa di bawa setiap hari memandangkan surat cinta yang diterimanya semakin hari semakin banyak. Entah ubat apa yang mereka semua guna sehinggakan banyak pelajar-pelajar perempuan sanggup bersengkang mata, menulis ayat-ayat cinta yang berjela-jela panjangnya.

Dia pernah membaca surat cinta yang ditulis salah seorang peminat Fiq. Itupun Fiq yang mengajaknya membaca surat cinta yang diterimanya, kalau tidak memang dia tidak berpeluang hendak membacanya. Yelah, surat orang. Walaupun surat cinta, dia patut jaga privacy mereka semua. Tidak bermaksud dia pengurus, dia boleh baca semua surat cinta mereka dan buat sesuka hati.

Lagipun dia sebagai perempuan mestilah memahami perasaan perempuan lain yang pasti tidak mahu surat mereka di baca oleh orang lain selain orang yang ditujukan. Tapi pada masa itu memandangkan Fiq melihat dia kebosanan, Fiq telah mengajaknya membaca surat cinta.


5 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Makin lama cerita nie makin menarik dan semakin banyak persoalan..hemmm.....

  1. Tanpa Nama berkata...:

    i suka nazrul... i memang tak suka lelaki yang ramai peminat.. susah nak jaga.. i suka lelaki misteri, unpredictable and most important slumber giler... like nazrul...

  1. Db Cooper berkata...:

    nama gua hayrul
    nie link gua
    http://hayrul.blogspot.com/

    hahaha ada jgak nama gua masuk dalam novel..

  1. Unknown berkata...:

    hey.. suke watak nazrul. selamber giler ah.. btw, name sy ely. this my link http://ellyfaziraakmahere.blogspot.com . teruskan menulis.. !

  1. Maira Hawani berkata...:

    like nazrul and rezza :)

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages