1: SUMPAHAN PUTERI

SEBAIK sahaja Nurul tersedar dari pengsan, dia mendapati dirinya terbaring di sebuah bilik katil yang agak asing buatnya. Sedar-sedar saja, dia terdengar suara Sofea yang seakan memanggil ibu dan ayahnya yang mengatakan dia sudah sedarkan diri. Dirinya masih lagi kebuntuan. Pelbagai soalan yang timbul di fikirannya dan soalan utama adalah bagaimana dia boleh tidur di katil yang asing itu.

“Kau tak ingat?” tanya Sofea bertubi-tubi setelah mereka sama-sama mengajukan soalan yang sama. Nurul melihat wajah ibu dan ayahnya yang jelas sekali terpancar wajah yang penuh kerisauan. Dalam masa yang sama dia baru teringat yang dia hampir di langgar oleh sebuah kereta tapi di selamatkan oleh seorang pelajar lelaki.

“Hah, baru adik ingat, tadi masa balik dari sekolah ada kereta hampir langgar adik tapi nasib baik ada seseorang yang menyelamatkan adik,” ujarnya pantas bagi mengelakkan ibu dan ayahnya dibelenggu kerisauan.

“Hah, memang aku dah agak dah! Tulah kau, aku dah kata awal-awal tapi kau tak dengar. Tulah, siapa suruh kau koyak carta Prince Charming? Tu nasib baiklah ada seseorang yang selamatkan kau,” ujar Sofea yang sememangnya bermulut becok.

“Siapa yang selamatkan adik?” tanya Tuan Alif, ayahnya.

“Err… entah. Adik tak tahu. Macam mana ibu dan ayah tahu adik kemalangan?” tanyanya. Sekiranya lelaki yang menyelamatkannya dari di langgar kereta itu membawanya ke hospital mestilah mereka tahu siapa orangnya.

“Tu, anak Pak Cik Taha depan rumah kita tu yang beritahu. Dia kan kerja jururawat kat sini. Dia yang bagi tahu.”

“Laa, ye ke?” dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Betul ke adik tak apa-apa ni?” tanya Puan Nurain, yang juga merupakan ibu kandungnya. Nurul hanya sekadar mengangguk. Rasanya selain rasa perutnya yang mula menyanyikan lagu rancak, selain itu tiada apa-apa yang mencurigakan.


“Betul ke kau tak ingat siapa yang selamatkan kau?” tanya Sofea buat kali ke sepuluh dan buat kali ke sepuluh itu jugalah Nurul terpaksa menjawab jawapan yang sama. Bengang juga ada.

“Bukan tak ingat tapi aku memang tak nampak siapa yang selamatkan aku tu dan sekali lagi kau tanya soalan yang bengong ni, aku humban kau dari bilik aku,” ugutnya. Sofea hanya tersengih-sengih. “Tapi… aku ingat dia tu pakai jacket kuning macam pemain rasmi pasukan bola sepak.”

“Ha! Mungkin yang selamatkan kau tu pemain rasmi pasukan bola sepak?!”

“Memang pun,” Nurul menjeling tajam. “Hanya pemain rasmi saja yang ada jacket tu,” dia menghempas tubuhnya ke atas tilamnya yang empuk.

“Kau tak nak carik siapa orangnya ke?”

“Nak buat apa? Pasukan rasmi ada 15 orang pemain, takkanlah aku nak temu bual diorang semua sekali. Gila apa!”

“Ini bukannya gila la, ni untuk ucapkan terima kasih. Takkanlah kau tak nak ucapkan terima kasih pada orang yang tolong kau tu.”

“Kau tahu tak? Mengucap ‘Terima Kasih’ pada seseorang yang tidak dikenali adalah sesuatu yang mengerikan dalam hidup aku.”

“Hah? Kenapa?”

“Sebab perkataan ‘Terima’ dan ‘Kasih’. Aku anti dengan kedua perkataan itu,” jawab Nurul pendek sebelum kembali menarik selimutnya membiarkan Sofea yang masih lagi berfikir apakah yang di maksudkan dengan kedua perkataan itu.

Dari dalam hati, Nurul hanya tersenyum dengan gelagat Sofea yang tidak pernah jemu melayan orang yang keras kepala sepertinya. Dia juga akui, dirinya memang keras kepala. Pantang menyerah kalah dengan apa yang berlaku. Kalau dia salah pun, dia pasti akan memutar belitkan kenyataan supaya dapat menang.


KEESOKKAN harinya, Nurul kembali ke sekolah seperti biasa walaupun dia menerima dua hari cuti sakit. Baginya selagi dia ada tenaga untuk ke sekolah, selagi itulah dia akan kerah tenaganya habis-habisan untuk ke sekolah. Entahlah. Hendak dikatakan dia suka datang sekolah tidak juga. Kalau boleh dia memang suka tidur di rumah tapi dalam masa yang sama dia tetap berkeras untuk ke sekolah.

Nak kata dia minat belajar tidak juga sebab semasa di kelas, fikirannya asyik melayang dan kadang-kadang dia tidak sedar apa yang telah berlaku di sekelilingnya. Bila cikgu menyuruh menyalin nota, dia sibuk melakarkan angan-angannya dengan menulis sesuatu di buku latihan dan bila cikgu lalu di sebelahnya, terus di selak halaman tengah dan menulis sesuatu di papan hitam. Huh, tektik nak hidup la katakan.

Walauapapun dia tetap pelajar yang di senangi cikgu dan sebab itulah dia di lantik sebagai Ketua Pelajar Perempuan. Ianya lebih kurung macam Ketua Pengawas tapi tugasnya agak terbatas dan tiada kena mengena dengan disiplin sekolah. Tugasnya hanya menjaga kebajikan pelajar-pelajar perempuan dan kadang-kala mereka ni ada masalah tapi malu untuk berkongsi, jadi, dia sebagai Ketua Pelajar Perempuan harus mengambil langkah awal untuk mencegah dari berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini tapi setakat ini tiada sesiapa yang berani berjumpa dengannya. Mungkin sebab… GARANG!

“Nurul!!” pekik Sofea dari jauh berlari anak menghampirinya. Rasanya tadi Sofea datang ke sekolah bersama dengannya tapi pelik pula apabila Sofea berlari menghampirinya yang sememangnya tidak akan pandang kiri kanan apabila berjalan. Nasiblah Sofea, siapa suruh jalan tak tengok arah, kan dah sesat!

“Kenapa ni? Kau jumpa ikan haruan?” tanya Nurul separuh lawak. Sofea tercungap-cungap cuba bernafas dengan betul. Entah berapa kilometer Sofea tertinggal ke belakang tadi sampai semput mengejarnya.

“Carta… carta…,” ujarnya tersekat-sekat sambil cuba menarik oksigen yang ada. Nurul menangkat kening. Kurang faham dengan apa yang hendak diperkatakan oleh Sofea. “Ah…,” tidak tahu bagaimana dia ingin perkatakan, Sofea terus menarik Nurul ke papan kenyataan di mana ramai pelajar perempuan sudah berkumpul.

“Kenapa kau bawak aku ke tempat yang sesak ni,” dengusnya marah.

“Tu… tengok carta Prince Charming tu,” tangan Sofea menunjuk ke arah sehelai kertas manilakat yang di tampal di papan kenyataan.

“Hah? Kenapa?”

“Kenapa? Kau tak nampak ke perubahan ketara?”

“Oh, yang aku perasan diorang dah tukar kertas manilakat yang berwarna pink kepada warna emas. Itu saja.”

Sofea menarik nafas lemah. Entah apa punya kawan daa…

“Kau tengoklah siapa yang dapat duduki carta Prince Charming! TIADA SESIAPA!” ujar Sofea sedikit menjerit cuba menyaingi suara-suara yang kecoh di hadapannya.

“So?” tanya Nurul selamba. “Aku perlu tahu ke?” dia segera mengangkat kaki.

“Hello, kau tak terfikir ke apa yang berlaku ni pelik? Selepas kau koyak Carta Prince Charming tu semalam, kau hampir di langgar dan hari ini tiada sesiapa dapat takhta Prince Charming!”

“Ada aku kisah ke semua tu?” ujarnya selamba.

“Memanglah kau tak kisah tapi aku kisah tau. Aku rasa kau dah terkena ‘Sumpahan Puteri’.

“Sumpahan Puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri Bunian?”

“Serius Nurul. Benda ni tak boleh di buat main.”

“Oh, okey. Kalau aku benar-benar terkena Sumpahan Puteri Bunian, adakah selepas ni aku akan di timpa malang? Dan kalau aku ditimpa malang, kita lihat apa yang malangnya,” ujar Nurul dengan lagaknya.

“Okey, perkara pertama yang aku tahu, kau akan terpaksa berhadapan dengan sukan yang paling kau benci iaitu Bola Sepak. Aku baru saja daftarkan nama kau sebagai salah seorang calon Pengurus Pasukan Bola Sepak.”

“What?!”

“Oh, itu juga di kira malangkan?” Sofea mengenyit mata manja.

1 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    hehee.. x sabo nk tunggu n3 baru..
    best la..

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages