7ii: Nocturnes 2


Bahagian 2

“Nak bunuh diri lagi ke?” tanya Izwan kepada Mellissa yang sejak tadi asyik ke hulu ke hilir mencari sesuatu. Apabila langkah Mellissa melepasi garisan kuning di platform tersebut, barulah dia berani menegur gadis kacukan cina melayu itu.

“Hah?!” Mellissa sedikit terkejut dengan sapaan Izwan mengurut dadanya. Sebaik sahaja menyedari lelaki yang menegurnya itu adalah Izwan, satu senyuman terukir di bibirnya. “Awak ni, buat orang terkejut saja. Mana ada nak bunuh diri. Saya cari seseorang.”

“Cari seseorang? Di atas landansan?” tanya Izwan dengan nada menyindir.

Mellissa mengangguk walaupun dia tahu Izwan sedang menyindirnya.

“Jadi, jumpa tak orang yang awak nak cari tu di landasan?”

Mellissa mengangguk lagi dengan senyuman.

“Awaklah!”

“Saya?”

“Ya,” jawab Mellissa bersungguh-sungguh. Serentak dengan itu, sebuah train berhenti dihadapan mereka. Pintu train dibuka. Mellissa pantas menarik tangan Izwan masuk ke dalam train berkenaan. “Hari ni teman saya, ye?”

“Hah? Pergi mana?”

“Shopping,” jawabnya.

“Tapi saya ada latihan….”

“Saya dah bagi mesej pada Alex yang saya nak pinjam awak hari ni,” beritahunya.

“Tapi dia….”

“Jangan risau, Alex selalunya ikut cakap saya. Apa yang saya mahukan dia pasti akan menurut… dan dia mesti tahu apa yang akan terjadi kalau dia membantah,” gadis itu tersenyum sinis.

Izwan tidak berani berkata apa-apa. Sebenarnya, dia juga ingin tahu apakah maksud yang Mellissa cakapkan tadi. Alex akan menurut segala kemahuan kakaknya dan apa akan jadi kalau Alex tidak menurut? Dia kurang faham dengan apa yang Mellissa cuba sampaikan tadi.

“Saya nak tanya awak sesuatu,” tanya Mellissa sebaik sahaja mereka turun dari train yang dinaiki tadi untuk ke destinasi yang Izwan sendiri tidak diberitahu lagi.

“Apa dia?”

“Dalam banyak-banyak racun, racun apa yang paling berkesan sekali nak bunuh orang tanpa dikesan?” tanya Mellissa.

“Soalan jenis apa tu?” tanya Izwan yang hairan dengan soalan Mellissa. Seumur hidupnya berkawan dengan orang ramai, inilah kali pertama dia menerima soalan yang pelik dari seorang gadis cantik.

“Jawab sajalah,” balas Mellissa sedikit tegas.

“Err… saya tak tahu sangat tentang racun ni....”

“Menyesallah tanya awak… nasib baik saya ada sumber-sumber terdekat yang boleh beritahu jawapannya,” Mellissa tersenyum sinis. Sehelai kertas dikeluarkan dari kocek seluarnya. “Barbiturat,” dia tersenyum lagi. Izwan sempat menjeling pada tulisan di atas kertas kecil di tangan Mellissa. Satu perkataan yang dia sendiri tidak pasti apakah maksudnya.

“Awak tunggu sini. Jangan ke mana-mana tau,” kata Mellissa sebelum dia melangkah masuk ke dalam sebuah kedai farmasi yang tidak jauh dari situ. Izwan masih lagi tertanya-tanya apakah yang sedang dibuat oleh Mellissa ke farmasi tersebut. Beli ubat? Tapi ubat apa? Mellissa sakitkah?

“Tadi dia cakap pasal racun… takkanlah nak beli racun di farmasi pulak. Macam tak logik pulak racun dijual di farmasi. Pelik betullah perempuan ni. Patutlah Alex tu pelik, rupanya kakak dia pun pelik juga,” Izwan menggeleng perlahan.

“Apa yang awak rungutkan tu?” sapa Mellissa tiba-tiba berada di belakangnya mengejutkan Izwan. Dia hanya mampu menggeleng lemah dengan perangai Mellissa yang suka muncul tiba-tiba dan hilang tiba-tiba. Gadis dihadapannya itu tersenyum keriangan.

“Jom,” Mellissa menarik tangan Izwan berjalan tanpa arah dan tujuan. Izwan seperti terkena sihir, mengikut kaki Mellissa sehinggalah mereka tiba di sebuah taman. Di taman, mereka memilih untuk duduk dibawah pohon pokok yang merimbun.

Tidak banyak dibicarakan oleh mereka di situ. Mellissa yang kuat bercakap tiba-tiba menjadi senyap dengan menyumbat telinganya dengan earphone sambil menutup mata. Barangkali cuba menghayati lagu yang didengarinya itu.

“Lagu apa yang awak dengar?” tanya Izwan memecah kesunyian diantara mereka.

Kelopak mata Mellissa dibuka perlahan. Wajah Izwan dipandangnya dengan satu senyuman. Dia kemudiannya mencabut salah satu earphone dan di sumbat ke telinga Izwan. Satu lagu bergendang rancak didengarinya.

“Lagu cina… saya tak tahu sangat,” dia menanggalkan earphone dari telinganya tapi Mellissa segera menghalangnya.

“Shyy… saya nak awak dengar lagu ni,” ujar Mellissa menyumbat kembali earphone ke telinga Izwan. Izwan tidak mampu membantah. Dia sekali lagi menurut dengan mendengar lagu mandarin yang langsung dia tidak faham sepatah pun.

Mellissa memeluk lengannya sambil melentukkan kepala di bahu Izwan. Sekali lagi Izwan tidak membantah. Gadis di sebelahnya seperti ada kuasa untuk membuatkan orang menurut segala kehendaknya. Akhirnya dia faham kenapa Alex tidak pernah membantah segala kemahuan Mellissa.

I play for you Chopin’s Nocturnes

Commemorating my dead love

The same sound as the night winds

Heart breaking sounds good

My hand strikes the keyboard lightly

The recollections I gave are very careful

The place you are buried at is called The Other World

“Awak tahu tak kenapa saya suka lagu ni?” akhirnya Mellissa bersuara di bahunya. Izwan menggeleng. Sudahlah dia tidak faham sepatah haram pun apa yang dinyanyikan inikan hendak bermain teka teki dengannya lagi.

“Jika kita mendengar sekali lagu ni, kita takkan faham apa yang lagu ni cuba sampaikan. Saya suka dengan lirik lagu ni, cukup mendalam maknanya. Sesuai dengan tajuknya.”

“Apa tajuknya?”

“Nocturnes.”

“Nocturnes?” apakah binatang tu? Detis Izwan dalam hatinya. Pelik betul perempuan sekarang ni. Hanya satu lagu pun mahu menghayatinya dengan mendalam.

“Beri aku nombor handset kau,” sapa Alex tiba-tiba meminta nombor handsetnya sebaik sahaja sesi latihan bola keranjang.

“Aku mana ada handset,” balas Izwan sedikit menyindir. Barangkali Alex sudah lupa, bahawa dia bukan datang dari keluarga yang kaya raya sepertinya. Hendak beli handset pun kena fikir dua tiga kali.

Alex menghela nafas lemah.

“Lepas ni kau free tak?” tanya Alex seperti mahu mengajak perempuan keluar dating sahaja lagak gayanya. Suaranya sedikit tegas tapi raut wajahnya nampak seperti seorang lelaki pemalu.

“Free,” jawabnya sedikit teragak-agak.

“Kalau macam tu, ikut aku.”

“Pergi mana?”

Alex tidak menjawab sehinggalah mereka tiba di sebuah kedai yang menjual handset.

“Pilih yang mana kau suka,” ujar Alex.

“Aku mana ada duit nak beli benda ni,” balas Izwan.

“Memanglah kau tak de duit tapi aku ada duit. Aku bayar,” jawab Alex.

“Hah?!” Izwan sedikit rasa tercabar. Dia tahu Alex boleh beli apa sahaja dengan sekali petik sahaja tapi dia tidak patut berlagak seperti dia memiliki segalanya. “Aku tak perlukan handset dan aku tak perlukan duit kau. Kalau kau rasa nak berkawan dengan aku, ketepikan prinsip duit dan kekayaan kau sebab keduanya tidak boleh membeli sebuah persahabatan,” ujarnya sebelum berlalu pergi dari situ.

Malam itu, Izwan dikejutkan dengan kedatangan Alex ke rumahnya. Seperti mimpi rasanya apabila melihat Alex tercegat dihadapan pintu rumahnya. Dia sendiri tiada idea bagaimana Alex tahu rumahnya sedangkan semalam ini dia langsung tidak pernah mengajak Alex bertandang ke rumahnya ataupun memberi alamatnya rumahnya kepada Alex.

“Aku minta maaf tentang petang tadi,” Alex mula berbicara selepas Izwan memberinya ruang untuk memberi penjelasan. “Aku cuma fikirkan keadaan kakak sahaja sehingga lupa perkara lain.”

“Kenapa dengan kakak kau?”

“Aku sendiri pun tak tahu apa dah jadi pada dia,” balas Alex yang kerunsingan itu. “Terlampau banyak masalah sehingga aku sendiri tak tahu apa puncanya. Apa yang aku boleh buat adalah ikut kemahuan dia sahaja.”

“Dan apa kena mengena dengan handset pula?”

“Sejak akhir-akhir ini aku dapat tahu dia selalu keluar dengan kau.”

“Bukan selalu keluar. Kalau terserempak dengan dia di LRT saja,” ujar Izwan. Hanya itu sahaja tempat pertemuannya dengan Mellissa.

“Itu bukan terserempak. Kakak memang sengaja datang berjumpa dengan kau. Baginya kaulah orang luar pertama yang memahaminya. Selama ini tiada sesiapa pun yang memahami kakak aku termasuklah ibubapa kami. Dan sejak dia berjumpa dengan kau, kakak dah berubah. Jika dulu dia asyik bermurung saja tapi sekarang dia dah pandai tersenyum. Aku tak pernah lihat dia begitu gembira seperti sekarang,” terang Alex.

“Mungkin kebetulan saja.”

Alex menggeleng dan kemudian dia menghulurkan satu handset kepada Izwan.

“Aku tak kisah kalau kau cakap aku membeli sebuah persahabatan dengan wang ringgit asalkan kau terima pemberian aku ini. Ini permintaan kakak juga. Aku bersetuju sebab ini sahaja cara aku hendak mengawasi kakak aku.”

“Kenapa dengan kakak kau sebenarnya?”

“Perkara ni, terlampau awal untuk beritahu kau,” Alex bangkit dari duduknya. “Tapi apa yang aku boleh beritahu… kakak aku menghidapi satu penyakit mental,” beritahu Alex memandang tepat wajah Izwan yang ternyata terkejut. “Aku tahu. Semua orang akan takut bila aku beritahu tentang penyakit mental yang dihidapi kakak aku. Terpulang pada kau sama ada hendak berkawan dengan kakak aku ataupun tidak,” Alex kemudiannya berlalu pergi tanpa meminum air kopi yang telah dihidangkan tadi.

Seminggu berlalu. Walaupun masih terkejut dengan penyakit mental yang dihadapi oleh Mellissa tapi Izwan masih berkawan rapat dengan gadis itu. Kadang-kala dia juga tidak percaya gadis yang periang itu adalah pesakit mental dan Alex yang selalu dicemburuinya selama ini bertarung habis-habisan untuk mengawasi kakaknya dari cuba mencederakan diri dan orang lain.

Hubungannya dengan Mellissa begitu rapat dari hari ke hari. Baginya walaupun Mellissa menghidapi penyakit mental tapi Mellissa ada daya tarikannya sendiri. Dia bersama Mellissa bukan sebab kasihan tapi sebab gadis itu sendiri. Senyuman Mellissa yang tidak pernah lekang dibibir juga antara penyebab kenapa dia boleh jatuh cinta dengan gadis itu dalam masa yang singkat.

Dan Alex, seperti biasa akan melihat dari jauh. Dia masih lagi bertindak sebagai pengawal peribadi Mellissa. PDA yang selalu ditangannya itu, boleh mengesan kedudukan Mellissa di mana sahaja. Kini barulah Izwan faham kenapa Alex asyik merenung PDAnya setiap masa.

Cuma pada hari ini, Alex kelihatan tergesa-gesa meninggalkan gelanggang selepas habis sesi latihan.

“Kenapa tergesa-gesa ni?” tanya Izwan.

“Err… hari ni… hari jadi aku,” ujar Alex sedikit tersenyum. Tiada lagi wajah dinginnya. Rasanya inilah kali pertama dia melihat Alex tersenyum.

“Hah? Sorry aku tak tahu. Selamat hari jadi.”

“Tak mengapa. Bukan penting pun.”

“So?” Izwan tersenyum seperti inginkan jawapan lain.

“Hah?”

Ada sesuatu yang istimewalah ni?” tekanya.

“Ha… kakak suruh balik cepat. Dia kata nak masak sesuatu special.”

“Oh, patutlah dia tak ajak keluar pun hari ni,” Izwan mengangguk faham. Patutlah sejak dari semalam lagi handsetnya berhenti berdering. Jika tidak, pening juga dia hendak melayan kerenah Mellissa.

“Bagaimana kalau kau ikut sekali?” ajak Alex.

“Aku ada tuition sekejap lagi.”

“Lepas tuition?”

“Mungkin,” jawab Izwan teragak-agak. Jika boleh dia mahu Alex habiskan masa bersama dengan Mellissa. Mereka dua beradik sudah lama tidak duduk bersama berbual.

“Tak. Kau mesti datang. Kami tunggu kau,” ujar Alex sebelum berlalu dari situ.

Apa yang awak faham tentang lagu Nocturnes? – Mellissa.

Mesej dari Mellissa membuatkan dia tersenyum. Apa yang difaham? Agak-agaknya, Mellissa akan baling kerusi padanya kalau dia kata dia tidak faham sepatah haram pun lagu tersebut? Mungkin. Mungkin setibanya di rumah mereka nanti, Mellissa akan terus soal dan soalnya tentang lagu tersebut. Dan sebelum itu, dia meminta pertolongan dari Alex terlebih dahulu.

Aku on the way ke rumah kau sekarang ni tapi dengan syarat kau kena beritahu aku, apa yang kau faham tentang lagu Nocturnes? Kalau kau tak nak kakak kau mengamuk pada hari jadi kau, baik kau beritahu cepat – Izwan.

Mesej di hantar kepada Alex dengan harapan Alex membalasnya segera. Tapi setelah beberapa minit, tiada satu mesej pun yang diterimanya dari Alex. Mungkin Alex sibuk melayan kakaknya itu sehingga tidak sempat membalas ataupun mungkin Alex juga tidak tahu apakah maksud di sebalik lagu itu.

Dengan sedikit berasa kecewa, Izwan melangkah ke destinasinya. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah teres dua tingkat yang menjadi tempat perlindung mereka dua beradik itu, dia berasa hairan apabila melihat keadaan rumah yang suram tidak berlampu.

“Romantik betul dua beradik ni,” keluhnya menggeleng perlahan. Pagar rumah yang tidak berkunci itu di buka dan dia melangkah ke dalam. Pintu rumah diketuknya. Tiada yang menyahut. Pelik. Seperti tiada sesiapa pun di dalam. Takkanlah mereka berdua meraikannya di rumah utama mereka. Seingat dia, Alex pernah berkata bahawa dia tidak suka tinggal di rumah utamanya dan lebih suka tinggal di rumah teres dua tingkat bersama kakaknya itu.

Dia memanggil nama Alex tapi tiada sebarang sahutan dari dalam. Tombol pintu dipulas perlahan. Tidak berkunci. Perasaan hairan menguasai dirinya apabila melihat keadaan di dalam yang gelap gelita namun, dia dapat mendengar lagu Nocturnes berkumandang di dalam rumah itu.

Dia mencari suis lampu dan menekannya. Sebaik sahaja rumah tersebut di terangi lampu, alangkah terkejutnya apabila dia terlihat Alex terbaring lemah di lantai berhampiran dengan meja makan.

“Alex!” dia segera mendapatkan Alex yang sudah tidak sedarkan diri. Di tampar-tampar pipi Alex menyuruh rakannya itu bangun. Akhirnya, Alex membuka matanya. Lemah. Bibirnya bergerak seperti ingin berkata sesuatu.

Jie jie…,” satu perkataan terpancul di mulutnya.

Jantung Izwan berdegup dengan pantas sebaik sahaja dia ternampak darah menitik di atas lantai marmar yang putih itu. Dengan perlahan dia berpaling sehinggalah terlihat tangan Mellissa yang terkulai layu berdarah di pergelangan tangannya. Pisau yang menghirisnya telah jatuh ke lantai.

Dia seakan tidak dapat bernafas sebaik sahaja memandang wajah Mellissa yang pucat. Matanya terbuka luas, seolah-olah sedang memandangnya tapi dia tahu bahawa Mellissa sudah tiada lagi.

I play for you Chopin’s Nocturnes

Commemorating my dead love

And I conceal my identity for you

Playing the piano under the moon

The feeling and response I have towards your heartbeat

It is still so warm and intimate

I miss that bright red lipstick of yours

Seminggu kemudian…

Izwan menghampiri Alex yang masih lagi dirawat di hospital. Baru hari ini Alex ingin menerima pelawat. Selepas kejadian tempoh hari, Alex tidak membenarkan sesiapa pun datang melawatnya termasuklah ibubapanya dan kaum keluarganya kecuali doktor yang merawat.

Mereka hanya dapat mengetahui perkembangan Alex melalui doktor yang merawatnya sahaja. Dan menurut doktor keadaan Alex semakin hari semakin beransur pulih cuma Alex masih lagi teringat kejadian ngeri yang menimpanya itu. Doktor memberi syaranan supaya mengikut kehendak pesakit jika tidak, kesihatan pesakit akan lebih terganggu.

“Hey,” sapa Izwan kepada Alex yang asyik merenung PDAnya. Dia faham perasaan Alex pada ketika itu. Menyaksikan ahli keluarga sendiri membunuh diri dihadapan mata memang satu pengalaman yang sukar dilupakan.

“Mungkin selepas ni, aku tak perlukan benda ni lagi,” akhirnya Alex bersuara.

“Kau mesti tabah, Alex. Aku tahu kau tak dapat lupakan kejadian tu tapi kau mesti tabah hadapinya.”

“Kau tahu tak?” Alex memandangnya dengan mata yang berair. “Aku juga hampir bunuh diri pada hari tu. Aku lihat sendiri kakak kelar tangannya. Pada masa tu, aku juga terfikir untuk mati bersama kakak tapi… kakak memang bijak. Dia dah rancang segalanya. Dia beri aku ubat tidur sebelum tu… sebab dia tahu, aku pasti akan mengikutnya bunuh diri…,” air mata lelakinya jatuh berguguran.

Alex turut menceritakan segala-galanya kepadanya tentang sejarah hidup Mellissa yang misteri. Pada hari itu juga misteri hidup Mellisa terungkai semuanya. Menurut Alex, kakaknya itu sudah berkahwin dalam usia yang muda atas kehendak mamanya. Pada masa itu Mellissa seorang anak yang taat. Hidupnya semua ditentukan oleh mamanya.

Tidak sampai setahun perkahwinan tersebut, hidup kakaknya hancur dalam sekelip mata apabila suami pilihan mamanya itu menunjuk belangnya. Dia dikatakan sering keluar berpoya-poya di kelab malam dan pulang awal pagi dalam keadaan mabuk. Hidup kakaknya bertambah tertekan apabila dia sering dipukul oleh suaminya. Mamanya pula menganggap kakaknya tidak pandai mengurus rumah tangga dan menyalahkan kakaknya atas apa yang telah berlaku.

Selepas setahun, hubungan rumah tangga mereka tidak boleh diselamatkan lagi dan keduanya bercerai. Itupun atas desakkan Alex kerana mamanya masih lagi berkeras supaya perkahwinan itu diteruskan bagi memastikan hubungan perniagaan di kedua keluarga berjalan dengan lancar. Atas campur tangan neneknya di Taiwan, akhirnya penceraian berlaku dan akibatnya keluarga sebelah lelaki telah memutuskan kerjasama di antara mereka.

Dalam pada itu, Mellissa disahkan mengandung empat bulan dan keadaan menjadi begitu buruk apabila Mellissa mengalami tekanan perasaan yang kronik sehingga menyebabkan kandungannya gugur. Selama berbulan lamanya Mellissa dirawat di hospital sakit jiwa tapi keadaan Mellissa tetap sama. Akhirnya kerana tidak tahan dengan nasib kakaknya, Alex cuba sedaya upaya membawa Mellissa keluar dari hospital tersebut.

Dan sejak keluar dari hospital, Mellissa lebih tenang dan rapat dengan adiknya itu. Kemana sahaja Alex pergi, Mellissa akan mengikut. Tangan Alex sudah menjadi tempat pautannya setiap masa. Masa berlalu dengan cepat, akhirnya Mellissa berasa sedikit bebas tapi Alex masih lagi mengawasi kakaknya itu dari jauh. Dan satu PDA telah direka untuk mengawasi kedudukan Mellissa. Dengan alat itu, Alex boleh mengawasi Mellissa di mana sahaja dia berada.

Those dragonflies with broken wings

Scatter down onto this forest

And my eyes

Have not a single shred of sympathy

Losing you

Tears are unclear

Losing you

Even my smile has a shadow

The wind at the rooftop grown full of moss

Jeers at my sadness

Like a dry well without water

I use a sad but beautiful font

To describe that love that is too late to regret

Kepada Izwan,

Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. Saya begitu menghargai awak. Malangnya hayat hidup saya tak lama dan saya bukan orang yang awak tunggu-tunggu selama ini. Semakin hari fikiran saya semakin bercelaru. Sakit yang saya hadapi sekarang semakin bertambah teruk. Apabila saya bersama dengan awak, saya rasa ingin membunuh awak. Saya takut kalau suatu hari nanti saya tak dapat kawal diri saya. Saya dah bunuh anak saya dan saya tidak mahu membunuh satu nyawa lagi disebabkan penyakit misteri ini. Saya minta maaf sebab terpaksa buat keputusan begini. Tolong saya jaga Alex. Selain saya, tiada sesiapa pun yang memahami dirinya. Dia kesunyian. Hanya itu saja permintaan saya. Tolong jaga Alex…

-Mellissa-

11 si charming:

  1. Unknown berkata...:

    sedih baca kisah Mellissa

  1. plum blossom berkata...:

    sedih dalam sadis larh...
    kesian mellissa...pengakhiran hidup bgi mellissa dan permulaan hidup bgi alex cukup tragis
    hukhukhukhukhukhukhuk cam nak nangis plak....

    well thumbs to the writer...

    the song nocturnes really suits the story....another thumbs up to you...

  1. Miss Kira berkata...:

    sdhnya...
    cian melissa...
    song tu spa yg nyanyi..

    -misskira-
    http://misskira91.blogspot.com

  1. Ai berkata...:

    mak ai..
    nk menitik air mate aku..
    huhuhu..(x tau nk ckp ape ag.. )

  1. aqilah berkata...:

    tragis betul.................. apapun, akak follow...............

  1. Unknown berkata...:

    Waaaaaa....sdeynye bce kisah mellissa 2...asal la mama die kjam sgt?? een..bnci2...cian gk kt alex n izwan..

    ** smbung lg..cite mkin besh...=)

  1. Nemo^0^eriMo berkata...:

    wah...
    hebat2...
    mmg touching....
    citer ratu mmg hebat2 blaka....

    ~nemo~
    erimoAnaqie87.blogspot.com
    chentanemo.blogspot.com

  1. Yume Hime berkata...:

    sedihnye...pe pun best gak..smbung lg..

  1. the hasyims berkata...:

    mmm.... patut la alex tak suka ngan mama dia...
    ratu... sambung la lagi cepat-cepat...
    :)

  1. NukSe berkata...:

    sedihnyer..sob sob sob... setiap org ada kisah duka masing2 yg mungkin xdiketahui oleh org lain..

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages