Seseorang untuk Dinikahi: Bab 16



Nazwan menggeliat membetulkan otot-ototnya sambil menghirup udara segar di balkoni biliknya pada pagi itu. Rasanya macam sudah lama dia tidak menghirup udara segar padahal baru sehari dia terlantar demam di atas katil.
Semuanya Arissa punya pasal. Sampai sekarang dia tidak faham kenapa boleh jadi begini. Arissa bukan kembarnya. Malah tiada pertalian darah dengan keluarganya. Arissa hanyalah jirannya. Jadi, sepatutnya perkara aneh begini tidak akan terjadi.
Dia mula perasan pekara itu pun selepas setahun berkawan dengan Arissa. Dalam setahun itu, Arissa memang banyak kali demam. Selepas Arissa demam, barulah dia jatuh sakit untuk sehari dua. Perkara yang sama berulang-ulang sehinggalah Luqman mula perasan akan hal itu. Disebab itulah Luqman selalu tuduh Arissa ahli sihir.

Apabila ditanya kepada Mama Tifa tentang perkara aneh itu, Mama Tifa hanya ketawa. Nenek pula tidak banyak komen kecuali, “Dah takdir kamu, nak buat macam mana. Redha jelah.” Itu sajalah modal nenek.
Selain dia dengan Luqman, semua penghuni rumah itu menganggap apa yang berlaku bukanlah sesuatu yang aneh. Kalau sekali dua berlaku mungkin boleh dikatakan kebetulan tapi kalau sudah hari-hari berlaku, ini bukan kebetulan lagi.
Jadi, bila mereka menganggapnya satu perkara biasa, dia pun tidak pernah ambil peduli sehinggalah hari ini. Kalau dulu, selepas Arissa demam barulah dia demam, tapi kini dua-dua demam serentak, lagi membuatkan dia semakin tertanya-tanya.
Aku dah kata, kau memang dah kena sihir dengan Arissa tapi kau tak percaya. Semakin lama semakin teruk aku tengok,” kata-kata Luqman semalam masih ternyiang-nyiang di telinganya. Umpama Luqman sedang bersuara di sebelahnya.
Kau tak habis-habis tuduh dia ahli sihir. Kalau dia betul-betul ahli sihir aku dah tak ada depan kau sekarang tau. Aku dah kahwin dengan dia dan dah beranak pinak,” balas Nazwan.
Itu ahli sihir zaman dulu. Ahli sihir zaman moden ni lain sikit. Sikit-sikit dia buat kau lupa diri. Tunggulah, suatu hari nanti dia mesti mengaku yang dia ahli sihir dan dah sihir kau,” tambah Luqman lagi cuba menakut-nakutkan Nazwan.
Masalahnya, Nazwan bukannya budak kecil yang boleh terperdaya dengan kata-kata 'seram' Luqman itu.
Mmm... memang dia dah mengaku,” jawab Nazwan.
Hah?” terkejut besar Luqman.
Dia pun dah tunjuk cara dia sihir aku,” jawab Nazwan lagi.
K... kau... biar betul,” menggetar Luqman jadinya.
Dan dia sungguh cute time tu,” kata Nazwan tanpa sedar.
Disebabkan itu botol air mineral yang penuh dengan air itu tiba-tiba jadi kosong apabila Luqman mencurahkan air dari atas kepalanya.
Nazwan kembali ke alam realiti. Dia tidak dapat menyembunyikan senyumannya. Hajat hendak kenakan Luqman, dia pula yang terkena. Tidak pasal-pasal demamnya kembali teruk. Itu belum tamat lagi. Bila Mama Tifa datang dan ditanya kenapa tilamnya basah, Luqman dengan selamba cakap dia kencing atas tilam.
Betul kata Luqman selama ni. Aku, memang ahli sihir! Jadi, hari ini aku akan sihir kau, kau akan lupakan apa yang kau nampak ni. Kau tak nampak aku dan kau tak kenal aku untuk hari ini. Huh!”
Bibirnya mengukir senyuman apabila teringatkan peristiwa itu. Dia tidak tipu. Apa yang dia kata pada Luqman semalam memang betul. Waktu itu, dia nampak cahaya warna pink di seluruh tubuh Arissa. Waktu itu juga Arissa memang comel daripada biasa. Sama ada betul Arissa adalah ahli sihir atau matanya yang tersilap dengar.
Tapi mujurlah sekejap saja. Dalam beberapa saat, warna pink itu hilang. Dia umpama kembali ke alam realiti. Tangannya bertindak pantas menarik rambut Arissa. Rasa macam dalam mimpi. Pelik pun ada.
Bermacam-macam andaian yang dibuat. Hendak kata dia sudah jatuh cinta dengan Arissa, mustahil. Dia juga pernah bercinta sebelum ini dan dia tidak pernah alami perkara aneh begitu. Dia dengan warna pink bagaikan musuh. Memang pantang bertemu. Pernah sekali Arissa hendak tukar cat kereta kepada warna pink, memang dia angin satu badan waktu itu. Tapi mujurlah Arissa tidak tukar cat.
Nazwan!!!” jeritan Arissa kedengaran dari jauh sekali gus memecah kesunyian pagi dan sekali lagi membawa Nazwan ke dunia realiti.
Pandangan Nazwan tertumpu pada lambaian seseorang yang berdiri di balkoni bertentangan dengannya. Nazwan mengukir senyuman ke arah Arissa yang melompat-lompat untuk menarik perhatiannya. Memang selama ini dia tahu biliknya bertentangan dengan bilik Arissa tetapi mereka tidak pernah terserempak ketika menghabiskan masa di balkoni. Ini kali pertama.
Tidak lama kemudian, Arissa di lihat masuk kembali ke dalam bilik dan keluar semula dengan handset di tangan. Dari situ dia dapat lihat Arissa mengisyaratkan sesuatu. Tidak lama kemudian, handsetnya yang diletak di atas meja lampu berbunyi. Tanpa berlengah lagi Nazwan segera mencapai handset itu.
Skrin handsetnya dipandang. Nombor yang tidak dikenali. Dari dalam dia melihat Arissa mengisyaratkan supaya dia mengangkat panggilan itu. Nazwan menurut.
Nazwan! Ini nombor telefon baru aku,” kata Arissa di hujung talian sebaik sahaja Nazwan menjawab panggilan itu. “Simpan tau!”
Mmm...,” jawab Nazwan dengan anggukkan sambil melangkah kembali ke balkoni.
Demam kau dah okey ke?” tanya Arissa.
Okey sikit. Kau?”
Mmm... cemburunya,” suara Arissa mengeluh manja.
Kalau dah tahu tak sihat kenapa bangun? Rehatlah dalam bilik tu,” nasihat Nazwan.
Tapi aku rindu nak jumpa kau. Sebab tulah aku keluar,” ucap Arissa tanpa berkias-kias lagi. Ringkas dan tepat.
Nazwan menggeleng mengeluh lemah. Masih tak habis-habis lagi dengan rancangan Arissa hendak memikatnya. Entah apa lagi yang boleh dilakukannya supaya Arissa berubah fikiran. Agaknya mungkin disebabkan Arissa demam, mood gedik Arissa lagi bertambah.
Arissa, cepat baik. Aku nak makan donut,” ujar Nazwan.
Sekarang pun aku boleh buat!” kata Arissa bersemangat.
Tak mau! Aku takkan makan donut kau masa ni.”
Kenapa pula?”
Sebab bila kau buat donut masa demam, sekali lagi kau sebarkan virus kau pada aku. Faham sayang?” geram Nazwan dibuatnya.
Ohhh Nazwan... sweetnya!!”
Nazwan mengeluh lemah. Lain yang hendak disampaikan lain pula yang sampai kepada Arissa. Memang tidak makan saman langsung. Dia sendiri tidak tahu macam mana dia boleh tersebut perkataan sayang untuk Arissa. Makin gila bayang Arissa dibuatnya.
Bad idea, Nazwan! Jerit hatinya.
Nazwan,” panggil Arissa setelah beberapa minit mereka menyepi.
Mmm?”
Semalam nenek datang melawat aku....”
Nenek marah kau ke?”
Bukan setakat marah tapi kena bebel dengan nenek juga. Habis telinga aku dia pulas. Tangan aku dia cubit. Sakit,” sempat lagi Arissa mengadu.
Baguslah. Buatlah lagi. Kali ni buatlah sampai kena rotan.”
Nazwan ni! Orang nak minta simpati bukannya nak tolong pujuk,” nada merajuk Arissa sudah muncul.
Merajuklah banyak mana, memang dia tidak akan memujuknya. Bukan sekali dua Arissa cuba menagih simpatinya. Kalau ada masalah mesti Arissa akan mengadu padanya tapi Nazwan yang sudah tahu perangai Arissa sudah tiada kuasa hendak memujuk.
Arissa, cubalah matang sikit. Hal kecil tu pun nak mengadu. Tak ada gunanya merajuk macam tu. Sendiri punya pasal, sendiri tanggung. Sudahlah. Aku lapar. Nak turun makan,” ujar Nazwan tidak mahu meneruskan perbualan yang tiada faedah itu. Kalau dia terus melayan, itu bermakna dia memberikan harapan kepada Arissa.
Memang cari nahas saja.
Nazwan, nanti!” panggilan Arissa membuatkan Nazwan tidak jadi menekan butang merah pada handsetnya. Sekali lagi dia umpama terkena sihir. Menurut permintaan Arissa.
Apa lagi?” tanya Nazwan.
Mmm... semalam papa aku telefon. Dia dah tahu pasal hal kemarin. Aku tak tahu siapa yang buka mulut....”
Dia marah?” tanya Nazwan.
Walaupun dia tahu Arissa masih belum habis menceritakan semuanya, tetapi Nazwan mengambil langkah terus bertanya. Kalau hendak tunggu Arissa habis bercakap, agaknya esok pun Arissa masih terangkan hal remeh-temeh yang tidak ada penghujungnya. Bukannya dia tidak pernah kena.
Mmm... sikit,” jawab Arissa teragak-agak.
Nanti aku jelaskan pada papa kau,” jawab Nazwan yang tidak mahu cakap banyak. Walaupun bukan salahnya tapi dalam situasi begini, dia juga tidak boleh lepas tangan.
Bukan macam tu. Tak perlu call papa aku. Aku dah selesaikan semua, jadi kau tak perlu risau. Cuma...,” kata-kata Arissa terputus lagi. Entah sejak bila Arissa mudah hilang idea untuk berkata-kata ni?
Apa dia Arissa?” tanya Nazwan masih menunggu.
Nazwan, apa kata kalau kita kahwin?” tanya Arissa kembali ceria tiba-tiba.
Dengar sahaja soalan daripada Arissa tadi, Nazwan segera menekan butang merah. Mudah sangat dia terkena perangkap Arissa. Punyalah dia tunggu apa yang ingin diperkatakan oleh Arissa tadi, rupa-rupanya dia terkena lagi.
Nazwan, kenapa tutup handset!” jerit Arissa merajuk manja.
Nazwan sekadar tersenyum. Senyuman terpaksa dibuat-buat.
Kau belum jawab soalan aku tadi. Jomlah kita kahwin!”
Nazwan menggeleng lemah. Lagi dilayan Arissa lagi menjadi gediknya. Entah dari siapa perangai Arissa datang. Menurut Mama Tifa, perangai Arissa sama macam perangai mamanya. Padanlah.
Nazwan!” jerit Arissa lagi.
Serentak itu, jari-jemari Nazwan lantas menekan kekunci handsetnya. Menaip mesej untuk diberikan kepada Arissa. Selesai sahaja dia meluahkan apa yang di fikirannya, mesej itu di hantar kepada handset Arissa. Satu senyuman mesra dilemparkan kepada Arissa sebelum dia melangkah masuk ke dalam biliknya semula.

***

Cari lelaki lain kalau nak kahwin sangat – Nazwan.

Itu mesej yang diterimanya daripada Nazwan tadi. Memang seperti yang dijangka. Mustahil Nazwan akan melayan kerenahnya. Sejak dulu lagi Nazwan melihatnya tidak ubah seperti budak kecil, tidak matang dan suka membuat keputusan terburu-buru. Jadi, tiada apa yang mengejutkan apabila dia terima mesej itu.
Arissa kembali masuk ke dalam biliknya dan mendaki naik ke atas katil. Bantal kesayangan peninggalan arwah mamanya dipeluk erat. Baginya, tiada apa yang perlu ditangisi biarpun mesej Nazwan tadi sedikit melukakan hatinya. Seperti kata Sarah semalam yang duduk berbual dengannya selepas nenek pulang. Memang rasa kecewa apabila orang merendah-rendahkannya tapi apa yang Sarah kata itu ada benarnya.
Kau ingat nak kahwin tu senang ke? Angkat nikah dan happy ever after macam cerita Cinderella yang dongeng tu? Kau tahu bila kau dah bergelar isteri orang kau akan pikul satu tanggungjawab yang besar? Kau tahu memasak? Rumah ni, siapa yang bersihkan tiap-tiap minggu? Baju kau tu siapa yang basuh? Siapa yang lipat? Semuanya kau tak pernah buatkan?” soal Sarah bertubi-tubi.
Aku tahu....”
Kalau dah tahu, kenapa gatal-gatal lagi nak kahwin? Kau tak malu ke cakap dengan nenek macam tu? Aku tahulah kau tak takut dengan nenek, nenek pula takkan marah kau kalau kau buat apa pun. Kau macam orang kesayangan nenek tapi kau tu perempuan Arissa, kena pandai jaga diri. Kalau macam ni perangai kau, aku rasa sampai bila pun kau takkan jadi menantu kesayangan nenek,” ujar Sarah lagi.
Tapi....”
Tak ada tapi-tapi lagi. Sekarang, kau dengar cakap aku. Hentikan niat kau nak kahwin dengan Nazwan. Jangan kacau Nazwan lagi. Kesian aku tengok dia. Disebabkan kau, dia pun jatuh sakit. Sekali kalau kau tak buat orang risau, tak boleh ke?” Sarah menyerangnya lagi sehingga Arissa hanya boleh tunduk dan mendengar.
Kata-kata Sarah semalam memang berbisa. Kali ini Sarah serius. Kali ini juga dia dapat lihat Sarah memang tidak suka apa yang dibuatnya. Setahunya, dia tidak buat salah. Dia hanya jatuh cinta dengan Nazwan dan berharap dapat memikat hati Nazwan. Salahkah itu?
Tiada siapa yang dapat menjawab soalanya. Arissa mengeluh lemah. Tiba-tiba dia merasai pipinya dibasahi air. Air mata yang mengalir tanpa pengetahuannya tadi diseka.
Bertahan Arissa!” ujar Arissa cuba memujuk dirinya sendiri.
Lantas dia bangun dari baringannya dan mendail nombor telefon seseorang. Lama dia terpaksa menunggu orang itu mengangkat telefon. Lebih kurang seminit kemudian, barulah panggilannya dijawab.
Papa!” sapa Arissa seraya menyembunyikan kesedihannya.
Rissa, papa tengah kerja ni,” suara papanya kedengaran.
Mmm... ye ke. Tak mengapalah. Nanti Rissa telefon balik.” Dalam kecewa Arissa terpaksa memutuskan talian. Namun, tidak sampai satu minit, handsetnya kembali berbunyi. Panggilan daripada papanya. Tanpa menunggu lagi, Arissa segera menjawab panggilan itu.
Papa kata tadi ada kerja, kenapa call pula?” tanya Arissa sebaik sahaja menjawab panggilan itu.
Apa boleh buat kalau anak papa dah buat suara merajuk,” balas papanya di hujung talian dengan keluhan.
Ini yang Rissa sangat dengan papa!” tersengih Arissa dibuatnya.
Cepat, Rissa nak kata apa?”
Mmm... tentang hal semalam tu,” ujar Arissa mula takut-takut.
Kenapa? Rissa tak setuju?”
Setuju. Siapa yang tak nak kahwin dengan Nazwan tapi... Rissa rasa terlampau cepatlah. Apa kata kalau....”
Papa dah buat keputusan,” suara papanya bernada tegas.
Tapi papa....”
Rissa, bila papa dah buat keputusan, tak ada siapa yang dapat menghalang keputusan papa. Lagipun, dah lama papa buat keputusan ni. Sejak Rissa belum lahir lagi. Rissa pun tahukan?”
Tahu. Tapi papa, Rissa tak layak lagi jadi isteri orang. Rissa tak reti buat kerja rumah dan memasak. Masak donut tahulah. Takkanlah Rissa nak bagi Nazwan makan donut tiap-tiap hari. Orang yang ketagih donut pun boleh jadi muak,” kata Arissa terus memberikan alasan.
Semua tu boleh belajar. Lagipun bukan ke Rissa selalu masakkan untuk papa? Setakat ni, papa makan okey je. Tak adalah sampai dua tiga kali kena pergi tandas.”
Papa!” Arissa menahan geram. Gelak ketawa papanya kedengaran di hujung talian. Dia mencebik marah. Serta-merta kejadian beberapa bulan yang lalu menerjah keluar daripada kotak ingatannya.
Masa itu dia meluangkan masa bercuti dengan papanya di Perak. Disebabkan papanya malas hendak makan diluar, disuruhnya Arissa memasak. Seperti yang dijangka kesemua masakannya tidak menjadi. Kari ikan terlampau masin. Sayur campur terlampau manis. Nasi macam sudah jadi bubur. Tapi, papanya makan sampai habis. Sampai licin. Keesokan harinya papanya sakit perut sampai lebih 10 kali masuk tandas.
Dah tahu anak sendiri tak reti masak, gatal sangat nak kahwinkan Rissa dengan Nazwan. Kalau boleh upah orang gaji tak apalah. Tapi, papa tahu tak yang Rissa ni masih belajar? Nazwan pun masih belajar? Tak ada pendapatan tetap. Nak beli beras pun tak ada duit, inikan pula nak upah orang gaji. Rancangan papa ni memang tak matanglah,” ngomel Arissa.
Bukan ke papa dah kata tadi, kalau tak tahu belajar. Janganlah jadi macam budak kecil mengadu kat orang tua. Papa nak letak telefon ni. Ada kerja sikit.”
Papa... tolonglah,” Arissa masih memujuk.
Rissa sayang... papa ada kerja ni.”
Papa, ini dah macam kahwin paksa tau. Rissa tak setujulah. Bagilah Rissa masa nak pikat Nazwan. Tak bestlah kalau bertepuk sebelah tangan.”
Rissa tak bertepuk sebelah tangan. Percayalah,” ujar papanya dengan penuh yakin.
Kalau macam tu, apa kata kalau papa tunggu sampai Rissa betul-betul percaya?”
Rissa!” tegas papanya dalam lembut.
Papa, kesianlah Nazwan tu. Dia masih muda lagi. Rissa pun masih muda. Nak enjoy lagi. Tak puas lagi hidup bujang. Kalau kita orang kahwin....”
Rissa, papa dah tak ada masa ni. Papa nak masuk kerja.”
Papa!” renggeknya.
Teruskan merengek ya. Keputusan papa muktamad. Tak ada bertolak ansur lagi. Nazwan dah ambil nyawa mama Rissa, jadi dia perlu bayar semula.”
Habis tu papa memang tak sukalah Rissa lahir kat dunia ni?” Arissa mula hilang sabar.
Rissa kita bincang nanti.”
Tak nak! Kita selesaikan sekarang!”
Baiklah. Keputusan papa muktamad. Kamu berdua akan berkahwin dalam masa dua bulan ni,” tegas papanya. Belum sempat Arissa hendak bercakap, papanya sudah terlebih dahulu memutuskan panggilan itu.
Papa ni!” jerit Arissa geram.
Sekali lagi bantal kesayangannya menjadi sasaran. Ditumbuk-tumbuk bantal yang lunyai itu menjadi lebih lunyai. Dia hanya berhenti setelah kepenatan. Gambar mamanya yang terletak di atas meja kecil di sebelah katilnya ditatap.
Kalaulah mama dengar cakap papa supaya gugurkan Rissa dulu, Nazwan takkan kena tanggung semua ni,” ujar Arissa dengan nada kecewa. Gambar mamanya masih dipandang. Melihat senyuman mamanya dalam gambar itu seolah-olah seperti mamanya sedang berkomunikasi dengannya. Tiada perkataan yang keluar. Hanya komunikasi dengan senyuman.
Yelah. Rissa fikir positif,” ujar Arissa yang seolah-olah menerima mesej daripada senyuman itu. “Memang sekarang ni Rissa sedang bertepuk sebelah tangan. Papa pula memang degil. Masih salahkan Nazwan pasal hal ni. Nampaknya, Rissa tak ada cara lain lagi. Rissa perlu berusaha untuk buat Nazwan jatuh cinta dengan Rissa! Yeah! Berusaha Arissa. Kau boleh lakukan!” soraknya dengan penuh bersemangat.
Tapi, Nazwan tu bukannya macam lelaki yang Rissa pernah jumpa. Hati dia kebal dan masih lagi tak dapat lupakan Natasya. Dia hanya anggap Rissa sebagai kawan. Bagilah idea sikit,” Tiba-tiba semangatnya jatuh merundum.
Idea oh idea. Cepatlah datang.

***

Sarah mengeluh panjang. Idea. Dia perlukan idea. Dia perlukan secepat mungkin macam Luqman kata tadi. Kalau tidak mereka takkan dapat selamatkan Nazwan. Macam tidak percaya sahaja apabila pagi-pagi lagi Luqman datang ke rumahnya untuk berkongsi berita itu. Berita yang dicuri dengar Luqman malam tadi. Memang dia tidak menyangka nenek akan membuat keputusan drastik ingin jodohkan Nazwan dengan Arissa. Langsung dia tidak dapat terima!
Mana tidaknya. Dia kenal sangat dengan nenek Luqman. Nenek seorang yang berfikiran terbuka. Walaupun tegas mendidik cucu-cucunya tapi nenek tidak pernah menghalang kebahagiaan cucu-cucunya. Tapi, bila jadi begini, dia mula sangsi.
Kau pergi jumpa Arissa, dia ada kata apa-apa ke pada nenek?” tanya Luqman menyoal lagi. Mana tidaknya, keputusan dibuat selepas neneknya pulang berjumpa Arissa petang itu.
Macam aku kata tadi. Tak ada apa cuma Arissa saja yang tergedik nak kahwin dengan Nazwan,” jawab Sarah. Dia juga tidak dapat mencari apa yang menyebabkan nenek tiba-tiba membuat keputusan begitu. “Pasti ada sebab kenapa nenek tiba-tiba buat keputusan macam tu.”
Papa Arissa,” ujar Luqman sepatah.
Hah?”
Macam papa Arissa yang desak nenek buat keputusan macam ni,” beritahu Luqman.
Takkan Arissa guna papa dia untuk dapatkan Nazwan?” soal Sarah tidak percaya.
Itu bukan cara Arissa. Walaupun Arissa agak kebudak-budakkan tapi demi untuk mendapatkan cinta sejati, Arissa tidak akan melibatkan orang dewasa untuk merealisasikan cita-citanya.
Entah,” Luqman mengangkat bahu. “Kalau nenek dah masuk camapu dalam hal ni, kemungkinan kita tak dapat nak buat apa-apa. Tambah lagi Arissa tu orang kesayangan nenek. Apa yang Arissa nak, mesti dia dapat.”
Tapi Nazwan tu kan cucu kesayangan nenek juga. Takkanlah nenek sanggup buat macam tu?”
Memang Nazwan cucu kesayangan nenek tapi Arissa orang kesayangan nenek. Tambah lagi, nenek paling sayang Arissa. Takkan kau tak tahu?” balas Luqman.
Mungkin kalau Nazwan tolak....”
Dia takkan berani. Aku kenal Nazwan macam mana. Dia macam askar yang setia,” terang Luqman.
Habis tu?” Sarah sudah mati akal.
Luqman sekali lagi mengeluh panjang. Kesian pula dia melihat Luqman. Sarah faham, Luqman memang anti dengan Arissa sejak Arissa berpindah masuk ke sebelah rumah mereka. Macam-macam cerita yang dia dengar tentang Arissa sebelum Sarah berkawan dengan Arissa. Memang ada kalanya dia pun jelik dengan perangai Arissa yang seperti budak kecil. Budak tadika pun tidak berperangai begitu.
Dahulu, esok sahaja mereka berkawan. Arissa dengan hal dia sendiri. Nazwan dengan hal sendiri. Dia dengan Luqman tidak risaukan apa-apa. Tapi, semuanya berubah apabila Arissa ajak Nazwan ke Telok Batik. Semuanya bermula pada hari itu. Kembali sahaja mereka ke Kuala Lumpur, Arissa sudah jatuh cinta dengan Nazwan.
Dengan senang. Hanya kerana Nazwan menyelamatkan Arissa, Arissa jatuh cinta pada Nazwan. Memang sukar hendak percaya. Bermula pada hari itulah dunia mereka huru-hara. Sarah terpaksa memerhati Arissa dari jauh, Luqman pula terpaksa memastikan Nazwan tidak termasuk perangkap Arissa.
Siang malam mereka memikirkan perkembangan mereka berdua. Bila keduanya demam, barulah dia dapat berehat sekejap.
Kali ini Sarah pula mengeluh. Tiba-tiba dia rindukan waktu dahulu.
Kenapa?” soal Luqman.
Aku rindukan Natasya,” ujar Sarah rasa sedih apabila teringatkan arwah kawannya itu. “Aku fikir, kalaulah Natasya masih hidup lagi, mungkin Arissa takkan jatuh cinta dengan Nazwan, Nazwan hidup gembira dengan Natasya dan kita takkan penat memikirkan hal mereka berdua.”
Luqman mengangguk. Dia juga pernah terfikir hal ini. Rasanya Arissa tentu tidak akan ada peluang hendak mendekati Nazwan kalau Natasya masih hidup. Lagipun Arissa kawan baik Natasya. Mustahil Arissa hendak merampas Nazwan daripada Natasya. Tapi itu semua sudah berlalu. Kini Natasya sudah tiada dan Arissa sudah jatuh cinta dengan Nazwan.
Semuanya salah aku,” ujar Sarah tiba-tiba. “Kalaulah aku tak cemburu dengan Natasya masa tu... dia takkan bunuh diri....”
Kita dah bersetuju takkan ungkit balik pasal tu, Sarah,” Luqman pantas memotong. “Perkara dah berlaku. Dia yang ambil jalan singkat macam tu. Kau tak perlu salahkan diri kau. Aku pun tak pernah salahkan kau. Nazwan pun.”
Tapi aku dah ambil kebahagiaan Nazwan!”
Bukan ke kita bertiga dah janji takkan sebut perkara tu lagi? Natasya dah tiada. Dia bunuh diri sebab dia malu dengan diri dia. Perkara tu dah lama berlalu. Kita sepatutnya melupakannya. Lupakan Natasya. Lupakan apa yang dah berlaku pada malam tu dan tumpukan pada hidup kita sendiri. Tapi ingat janji kita, kita dah curi sesuatu daripada Nazwan dan kita patut bayarnya kembali,” tegas Luqman.
Kau sanggup tengok hidup Nazwan dimusnahkan bila dia terpaksa berkahwin dengan Arissa?” tanya Luqman lagi.
Sarah menggeleng.
Jadi, kita kena bertindak dulu. Aku kenal dengan Nazwan, dia tak pernah ada perasaan pada Arissa. Dia hanya menganggap Arissa sebagai kawan. Kalau Nazwan kena paksa kahwin dengan Arissa, aku tak dapat jamin dia akan bahagia,” ujar Luqman.
Jadi, kita perlukan idea,” kata Sarah membuang perasaan sedihnya jauh-juah.
Luqman mengangguk.
Ya, tak kisah apa pun idea tu asalkan rancangan nenek perlu dihalang.”
Apa yang perlu dihalang?” sapa satu suara tiba-tiba.
Serentak itu keduanya berpaling ke arah datangnya suara tadi. Masing-masing terpegun apabila melihat seorang gadis tinggi bak model berdiri tidak jauh daripada mereka. Orangnya memang manis. Berseluar panjang, berbaju T dan memakai cap putih. Simple tapi tetap nampak jelita.
Hai,” sapa gadis itu.
Asha?” terkejut Sarah dibuatnya. Bagaikan tidak percaya sepupunya yang tinggal di UK kini berdiri di hadapannya.
Miss me?” gadis itu melebarkan depaannya seperti menyuruh Sarah memeluknya.
Asha!” Sarah terus memeluk sepupunya itu. Mereka melompat-lompat bagaikan anak kecil yang keseronokan bermain. Tidak lama kemudian, pelukan dilepaskan.
Apa kau buat kat sini?” tanya Sarah masih terkejut dengan kedatangan tetamu yang tidak disangkanya.
Shopping,” jawab Asha pendek.
Shopping? Kau datang Malaysia semata-mata nak shopping?”
Asha ketawa kelucuan.
Tentulah bukan,” ujarnya. “Aku baru saja graduate. Sementara tunggu nak masuk kerja dalam masa dua bulan ni, aku nak enjoy puas-puas dan lepas tu aku akan kerja sampai pengsan!” ujar gadis itu.
Kau sepatutnya telefon aku dulu. Boleh aku ambil kau kat airport.”
Sebab aku rasa tak perlulah aku datang ke sini terus. Aku dah ada kat Malaysia sebulan yang lalu....”
Apa? Sebulan? Dan kau tak telefon aku?”
Bukan ke aku kata aku nak enjoy. Hei, bukan kau seorang saja kawan-kawan yang aku ada dekat Malaysia ni....”
Kau masih tak berubah,” Sarah menjeling tajam.
Rileks. Aku memang sengaja nak bagi kau kejutan tapi nampaknya aku yang terkejut bila tengok kau tengah berdating dengan lelaki handsome di sini,” ujar Asha sambil menjeling ke arah Luqman yang dari tadi hanya senyap di tepi.
Warning Asha, Luqman teman lelaki aku,” ujar Sarah siap beri amaran. Kemudian, dia berpaling ke arah Luqman. “Dia sepupu aku yang duduk kat UK, Asha.”
Hai Luqman,” Asha menyapa dengan lengguk gediknya. “Nama saya Natasya, tapi panggil saya Asha.”
Natasya?” Luqman mengulangi nama itu.
Okey Asha, kau mesti penat bukan? Pintu masuk ada di sana,” ujar Sarah kepada Asha. Lagi lama Asha berada di situ, mungkin lagi banyak aksi-aksi kucing miang yang ditonjolkan.
Nama dia Natasya?” tanya Luqman setelah Asha ditolak masuk ke dalam rumah oleh Sarah.
Yup. Kenapa?”
Tak de apa,” Luqman masih tidak percaya.
Namanya memang Natasya tapi dia bukan Natasya malah perangai dia jauh berbeza daripada Natasya yang kita kenal.”
Hah,” Luqman memetik jari sekali gus membuat Sarah tersentak. “Aku ada idea.”

6 si charming:

  1. MizaEija berkata...:

    alahai... datang pulak si Asya ni.. jenuh la Arissa pasang strategi itu ini untuk pikat Nazwan nanti

  1. CaPiTaL Iz berkata...:

    aduhhh..sabar jela nazwan ni.!sian plak si arissa tu..tmbh plak pakatan axis merpati 2 sejoli tu!aishhhh..menangis lg nmpkny si arissa..huuu

  1. eija berkata...:

    alahai sbuk jer asha nie ar...msti dorg mrcg sruh natasya mgurat nazwan... sarah nie mnkutkn gak...kita xleh nk bca pmikiran dia..tdak tduk nya...

  1. epy elina berkata...:

    alah...
    benci luqman ngn sarah..
    napa dorg x blh trma arissa...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    cik ratu bulan, xnk ar ade byk saingan.. huwa!!
    kecian lar si arissa tu. byk plak halangan..
    klau ar si nazwan tu tahu dia lar penyebab kematian mama arissa, hmm..

  1. Kak Sue berkata...:

    ... Cuba Arissa tenangkan hati dan pi jauh dari Nazwan .... Biar kita tengok Nazwan teringat dan tercari-cari Arissa...

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages