4: KECEWA


4: KECEWA

“Aku perlukan penjelasan kau,” kata Blue mendapatkan Hafiz yang sedang berbual dengan kawan-kawannya di pondok rehat tidak jauh dari lokasi kantin sekolah mereka itu.

“Okey,” ujur Hafiz acuh tidak acuh dan memberi isyarat kepada kawan-kawannya itu sebelum mengikut Blue berlalu ke kawasan yang agak jauh dari mereka semua. “Kenapa?” tanya Hafiz.

“Kenapa? Kau tanya aku kenapa lagi?” tanya Blue yang sudah tidak tahan lagi dengan sikap acuh tidak acuh Hafiz.

“Yelah. Aku tak tahu sebab tulah aku tanya.”

“Okey, kenapa kau tumpangkan Natasya ke sekolah pagi tadi?” tanya Blue terus.

“Kenapa? Salah ke aku tumpangkan awek aku sendiri?” tanya Hafiz selamba.

“What?!” hampir terkedu Blue dibuatnya. Hafiz mengaku bahawa Natasya adalah aweknya? Lawak apa pagi-pagi buta pada hari pertama persekolahan ni? “Sejak bila Natasya jadi awek kau? Habis aku ni apa?”

“Bukankah kita dah break up.”

“Break up? Bila masa pula?”

“Tahun lepas. Masa hari terakhir persekolahan,” beritahu Hafiz. “Kau dah lupa ke?”

Blue mengangkat kening. Memanglah masa sehari sebelum tamat sesi persekolahan untuk tahun 2007, Hafiz ada minta putus tapi masa itu Hafiz tidak serius, jadi, dia anggap Hafiz hanyalah bermain-main dengannya.

“Aku ingat kau bergurau.”

“Aku tak pernah bergurau dengan kau,” ujur Hafiz serius. “Blue, aku rasa kau perlu tahu tentang ni. Aku pikat kau selama ni, bukan sebab aku sukakan kau. Aku pikat kau sebab aku terima pertaruhan kawan-kawan aku supaya pikat kau dan kemudian tinggalkan kau,” ujur Hafiz tenang.

“Apa?!” hampir gugur jantungnya bila mendengar Hafiz bercakap demikian. Langsung dia tidak pernah menyangka bahawa Hafiz akan mengeluarkan kenyataan demikian. “Kau bergurau dengan aku lagi bukan?” tanyanya.

Hafiz hanya diam dan merenungnya. Dia tidak mampu hendak berkata sekali lagi. Dia tahu perbuatannya mempermainkan perasaan Blue adalah salah tapi entahlah… entah kenapa dia boleh terlibat dalam pertaruhan ini dan tak pasal-pasal Blue pula yang menjadi mangsa, rakan seperjuangannya sejak kecil lagi.

“Aku minta maaf. Aku tak bermaksud nak lukakan hati kau tapi kalau aku teruskan pertaruhan ini, aku tak tahu bagaimana nak berhadapan dengan kau lagi,” ujur Hafiz dengan sedikit kekesalan. “Pasal Natasya, aku benar-benar suka padanya. Aku ikhlas padanya dan aku harap kau tak memusuhinya sebab apa yang berlaku ini.”

“Aku perlukan oksigen,” ujur Blue yang sudah tidak dapat menaham perasaannya. Dia seakan mahu menangis tapi air matanya seolah-olah sudah kering kontang. Hendak juga dia menengking Hafiz setelah apa yang berlaku tapi suaranya seakan-akan tersekat di kerongkong. Apa yang dia perlukan sekarang adalah oksigen.

Ya! Oksigen. Dengan adanya oksigen dia mungkin dapat hidup semula. Dan pada masa itu bolehlah dia menangis ke, memarahi Hafiz ke, menendang Hafiz ke, pendek kata semuanya boleh.

“Blue,” panggil Hafiz apabila Blue mula mengorak langkah. “Tolong jangan benci aku.”

“Berikan sebab kenapa aku tak perlu benci kau, Hafiz,” kata Blue memberanikan diri berhadapan dengan dirinya sendiri. “Kau dah kecewakan aku dengan janji-janji manis kau dan kemudian kau kata kau bertaruh dengan kawan-kawan kau untuk pikat aku dan kemudian kau tinggalkan aku seorang diri di planet yang asing!”

“Blue….”

“Hafiz, kadang-kadang aku terfikir bahawa semakin hari semakin kita membesar, semakin jauh jurang kita berdua dan kadang-kadang aku langsung tidak kenal siapakah kau sebenarnya,” kata Blue dan segera berlalu dari situ membawa hati yang lara.

********

“Hafiz cakap macam tu?” tanya Dalilah seakan tidak percaya. Begitu juga dengan Sakinah yang terkejut dengan kenyataan dari Blue itu.

“Takkanlah, aku lihat selama ini dia benar-benar ambil berat tentang kau.”

“Ambil berat tidak bermakna dia sukakan aku,” keluh Blue sambil mengesat air matanya yang sudah tidak mampu hendak mengeluarkan air mata lagi. Hampir kering dibuatnya. “Aku tak boleh begini,” katanya tiba-tiba sambil bangun dari duduknya. “Aku tak boleh lemah macam ni.”

“Ya. Blue yang kami kenal bukannya seorang yang suka menangis bila kalah. Blue yang kami kenal akan selalu ceria walaupun banyak halangan yang menimpanya. Kau mesti lawan perasaan kau tu. Jangan biarkan Hafiz lihat kau begini,” kata Sakinah pula memberi semangat kepadanya.

“Tapi, apa yang perlu aku buat?” keluh Blue dan duduk semula. “Apa yang perlu aku buat supaya Hafiz kembali kepada aku? Dia kata dia tak pernah sukakan aku dan dia juga kata, dia benar-benar sukakan Natasya.”

“Itu jangan risau,” kata Sakinah lagi.

“Ya. Apa yang perlu kau buat sekarang adalah… jadi perempuan jahat. Rampas semula Hafiz ditangan Natasya dengan rancangan jahat.”

“Hah?!”

“Macam ni… Hafiz cakap dia terima taruhan kawan-kawannya untuk memikat kau dan apa kata kau buat begitu padanya.”

“Buat apa?”

Sakinah dan Dalilah mengeluh lemah. Begitu bengap juga kawannya ini. Takkan tak dapat tangkap lagi apa yang mereka fikir.

“Kami cabar kau supaya pikat Hafiz semula.”

“Hah?! Kau dah gila? Aku perempuan, sepatutnya lelaki yang pikat aku.”

“Kalau kau fikir begitu sampai bila pun kau tak dapat Hafiz tu. Okeylah, macam nilah… apa kata kau pikatnya dalam tempoh 100 hari.”

“Hah?!” sekali lagi Blue terkejut besar.

0 si charming:

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages