11: TeNtanG DiA...

Chapter 11


“Hey Asraf,” sapa Nazrul menghampiri kawannya yang baru melangkah masuk ke dalam kelas. “Kau nak join kitorang pergi rombongan tak?” soalnya.


“Rombongan?” tanya Asraf hairan. Rombongan apa pulak di awal-awal sesi persekolahan? Selalunya aktiviti rombongan hanya akan dibuat semasa cuti persekolahan pada akhir tahun. Paling kurang pun, pada waktu cuti sekolah.


“Oh,” baru dia teringat tentang tradisi pelik sekolahnya itu yang selalu mengadakan rombongan pada awal tahun bagi pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan penting.


“Kau nak pergi tak?” tanya Zafrul lagi.


“Bila?” soal Asraf kembali.


“Sabtu dan Ahad minggu depan.”


“Cepat! Kitorang dengar ada 4 kekosongan lagi. Siapa cepat, dia dapat,” pantas Zafrul menjawab. Nampak sangat diorang ni gian nak keluar dari kampung halaman.


“Oh. No. No. Kalau hari Sabtu dan Ahad minggu depan, aku gerenti tak boleh sertai sebab dah ada orang yang booking aku awal-awal lagi,” jawab Asraf berlagak.


“Siapa?” tanya Nazrul pelik. Siapalah yang dah booking budak separuh betul macam Asraf ni. Macam tak percaya je. Yelah, setahunya kerja Asraf kalau hari Sabtu dan Ahad, kalau tak tidur, mesti makan, kalau tak makan pun mesti pergi teman lembu Pak Mail tu berak. Hisy.


“Siapa lagi kalau bukan bidadari rock bermata biru tu la,” tawanya sekuat-kuat pontianak menyalak. Huh, nasib baiklah siang, kalau tidak, mesti Pontianak yang ada sekarang jealous sampai 3 tahun 3 bulan tak mau keluar sebab kecewa ada lagi yang lebih terror mengilai.


“Ceh!”


Mereka berdua tahu sangat siapa gerangan bidarari rock bermata biru itu. Siapa lagi yang bermata biru di sekolah ini kalau bukan Blue. Tapi diorang memang seratus peratus tidak percaya kata-kata Asraf tadi. Nak dating dengan Blue? Huh, tulah pilih lagi perempuan yang sebarangan nak dipikat. Macam dah tak de perempuan lain je di sekolah ini untuk menjalankan misi pikat perempuan dalam masa 100 hari.


Alih-alih Blue juga yang dipilihnya. Budak perempuan yang seakan lelaki, ganas, dan berlagak. Tambah pula si Asraf yang selalu bersikap acuh tak acuh, buat dek je dengan kejadian yang berlaku di sekeliling, seorang yang langsung tak boleh dianggap seperti Prince Charming, lembab dalam pelajaran pula tu, selalu tidur dalam kelas dan selalu makan sambil kentut. Huh, kalau dikira, Asraf tu memang tiada apa-apa.


Er… tapi ada satu saja yang mereka berdua tabik hormat dengan Asraf, walaupun Asraf duduk di sebuah pondok usang tapi bila masuk saja… HUH, kalah rumah banglo Siti Norhaliza. Bukan mewah. Tapi semua barangan di rumah usangnya tersusun rapi dan teratur.


Bersih.


Habuk pun tak de. Itu belum bab memasak lagi. Kalau Asraf memasak, tak de sambal tumis cili api tapi semuanya Western Food. Siapa sangka siapa menduga, Asraf yang duduk di rumah pusaka neneknya itu memang pandai memasak. Nasib baiklah mereka berdua lelaki, kalau tidak, dah lama mereka masuk line…. Bukan line telefon tapi line meminang. Tapi ada ke perempuan meminang lelaki hah?!


**************


“Kau yakin ke nak ikut ke rombongan tu?” tanya Sakinah sambil berjalan seiringan dengan dua kawannya, Dahlila dan Blue.


“Muka aku ni nampak macam orang tak yakin ke?” soal Blue kembali. Balik-balik soalan yang sama dari mulut mereka berdua. Dan balik-balik pulak, jawapan yang sama yang dia beri. Huh, macam pengarah tak berpuas hati dengan sesuatu babak. Asyik nak ulang je. Penat pula mulutnya menjawab.


“Memanglah menyakinkan tapi kau tukan pelakon serba boleh kat kampung kita ni, kalau tak yakin pun kau boleh buat kitorang yakin tapi masalahnya, kitorang memang tak yakin yang kau yakin dapat pikat Hafiz semula.”


Blue berfikir sejenak, dia cuba berfikir kata-kata Dahlila yang laju macam kereta api itu. Huh, hampir dia tak dapat tangkap kata-kata Dahlila tadi.


“Kenapa pula?”


“Tulah, lain kali kalau nak buat pelan yang bodoh bagi tahu kitorang dulu supaya kitorang boleh backup kau dari belakang. Ini tidak, terus je redah tak tentu hala. Pastu tak pasal-pasal pula, ada mahkluk asing tersesat nak turut serta dalam permainan bodoh ni,” balas Dahlila lagi.


Nampaknya mereka berdua masih marah lagi apa yang telah berlaku di kantin 2 minggu yang lalu. Mananya nak terima kenyataan kalau dah namanya rancangan untuk memusnahkan hubungan Romeo dan Juliet tu. Hancur!


Tapi bukan ke baik kalau beritahu rancangan jahat pada semua orang? Sekurang-kurangnya, kita tak berdosa sebab menjatuhkan seseorang itu, bukan? Sebab kita dah bagi warning awal-awal tentang rancangan jahat ni. Emm… kena mintak pandangan dari ustazah ni.


“Ala korang jangan risaulah dengan makhluk asing dari Roswell tulah, tahulah aku uruskan dia macammana.”


“Hah, macammana kalau kau nak uruskan si Asraf tu tapi dalam masa yang sama nak pikat Hafiz. Huh, aku rasa jalan cerita kau ni jalan cerita yang mustahil tau. Agaknya, diakhir cerita cinta pelik kau ni, agaknya kau dapat masuk Hospital Bahagia free of charge lagi.”


“Ala korang ni, aku tahulah apa yang aku buat. Bak kata si Roswell tu, kalau nak musnahkan musuh, jangan sorok-sorok. Musnahkan terus! Err… ada ke Roswell cakap begitu?” Blue berfikir sejenak. “Emm… rasanya tak de, tapi dia pernah cakap… ah, kira macam yang aku cakap tadilah,” fikirnya bercakap seorang diri.


“Kau dengan si Ros tu pun satu.”


“Ros mana pulak?”


“Roswell yang nak pikat kau tulah.”


Hampir terguling-guling Blue dibuatnya. Singkatan dari Roswell, tak pasal-pasal kawannya panggil si Roswell tu Ros. Memang tak sesuai langsung!


“Tapikan kau tak takut ke dengan budak Asraf tu?” tanya Sakinah lagi.


“Nak takut apa pula? Dia tu just makhluk asing yang tersesat kat bumi Malaysia ni, bukannya hantu ataupun jembalang walaupun aku rasa dia sesuai jadi hantu dan jembalang,” balas Blue separuh gelak.


Mereka berdua hanya menggeleng. Kalau bab mengumpat, Blue memang nombor satu. Memang panas telinga nak mendengarnya.


“Yelah, kau tak tahu ke yang Asraf tu seseorang yang tak dikenalpasti identitinya.”


“Maksud korang?”


“Kau tak rasa pelik ke dia tinggal kat sebuah pondok usang yang dah berzaman ditinggalkan tentera Jepun dulu. Tiada ibubapa. Tiada sanak saudara kat kampung ni. Kau tak rasa pelik ke?”


Blue mengeluh lemah.


“Apa nak peliknya kalau dia tu mahkluk asing yang tersesat di bumi Malaysia ni. Emm… mungkin dia betul-betul dari Roswell, aku patut siasat sedalam-dalamnya tentang si Roswell tu, kalau benar dia ada power seperti MaxWell dalam cerita Roswell tu, memang sah dia mahluk asing dan selepas tu, aku akan laporkan kewujudan mahkluk asing ni kepada agensi pemburu mahkluk asing. Huh, lumayan tu… silap-silap kalau aku jual cerita ni, boleh jadi jutawan segera….”


Dahlila dan Sakinah berpandangan sesama sendiri dan menggeleng.


Agaknya, suatu hari nanti mereka terpaksa melawat Blue di Jalan Tanjung Rambutan. Macammanalah si Hafiz tu tak lari ke Natasya kalau perangai Blue yang suka berangan-angan yang bukan-bukan. Mahkluk asinglah. Roswelllah. Kalau dahulu berangan sangat nak jadi heroin seperti kisah cinta dalam drama Korea, tapi sekarang lagi parah! Cuma sekarang Blue nak beralih pegang watak heroin jahat pula.


Hisy, macam-macam.


Bak kata Mat Bangla ‘Orang macam ini pun ada ka?


Natasya melangkah masuk ke dalam rumah usang peninggalan arwah atok dan neneknya. Huh, dia memang benci duduk di rumah kayu yang bila-bila masa akan runtuh itu. Entah kenapa pula papa dan mamanya tiba-tiba melelong rumah banglo mewah di tepi tasik di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dan tinggal di sebuah pondok usang di kampung halamannya yang dia sendiri tidak pernah tahu.


“Kakak, ada surat untuk kakak!” jerit adik lelaki keciknya berlari-lari terkedek-kedek membawa sekeping sampul surat pink.


Dengan kasar, dia merampas sampul surat Pink dari adiknya itu. Bukannya sebab dia tidak suka kanak-kanak tapi dia memang anti betul dengan warna Pink. Dia segera berlalu masuk ke biliknya. Sampul surat Pink dibukanya dan dia pantas menarik keluar beberapa keping gambar.
Gambar Sarah dengan Ikmal sedang berpelukan mesra. Serta-merta darahnya berbuak-buak.


“Tak guna punya kawan. Depan aku, kau punyalah baik tapi belakang aku, kau pijak-pijak aku sampai boyfriend aku pun kau nak rampas!”

0 si charming:

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages