18: YOU'RE THE BEST


“Wah!!! Pucuk Paku Ulam Raja, Sambal Tumis Cili Api, Lemak Rebung, Ikan masak pedas… wah!! Dah lama tak makan lauk-lauk yang sedap ni,” Asraf hanya sekadar menggeleng dengan telatah Kak Aliya yang seperti tidak pernah makan lauk-lauk yang dihidangkan oleh Puan Hamidah, ibu Blue.

Blue pula sejak dari tadi hanya mampu tersenyum. Memang dia sedikit pelik dengan perangai gadis yang dikenali sebagai Kak Aliya. Asraf pula di lihat seperti tidak tahan dengan perangai kakaknya itu. Betullah kata Kak Linda, setiap seorang kakak Asraf mempunyai perangai yang berbeza. Itu baru tiga orang dari kakak-kakak Asraf yang pernah dijumpanya. Patutlah Asraf ni berperangai pelik. Sama pelik dengan Kak Aliya.

“Ala lauk-lauk ni saja yang kami dapat sediakan. Ingatkan Asraf datang seorang, kalau tidak, mak cik masak lebih-lebih,” Puan Hamidah berkata sambil menghulurkan pinggan yang sudah berisi nasi kepada Asraf.

“Dah lama saya tak makan lauk macam ni terutama sekali hasil dari tangan seorang ibu,” dengan selorohnya Kak Aliya berkata. “Wah! Bertuahnya datang ke sini hari ni, dapat makan masakan seorang ibu.”

“Aliya tak de ibu?” tanya Puan Hamidah lagi.

“Mama dah meninggal dunia. Dah lama dah. Agaknya adalah dalam 16 tahun. Sejak tu kami hanya makan masakan kedai saja sampai dah muak,” terang Kak Aliya.

“Ooo,” Puan Hamidah mengangguk faham. Tidak hairanlah Asraf tinggal seorang diri di pondok yang telah lama di tinggalkan. Dia juga ada terdengar yang pondok buruk itu adalah kepunyaan Pak Latif yang berhijrah ke Kuala Lumpur mengikut anaknya berpuluh tahun yang lalu. Masa tu dia kecil lagi, wajah Pak Latif pun dia sudah lupa dan tiba-tiba beberapa tahun yang lalu datang beberapa orang memasukkan barang-barang ke dalam pondok buruk itu. Tapi kini sudah tak nampak seperti pondok buruk.

Seringkali orang kampung ternampak Asraf membaiki pondok tersebut supaya boleh diduduki. Bumbung-bumbung yang bocor telah diganti dengan bumbung baru hasil dari kerja menolong Ah Peng jual ikan di pasar. Orang ramai memang pelik dengan kedatangan seorang remaja lelaki yang masih bersekolah tapi tinggal seorang diri di hujung kampung.

Puan Hamidah pula tidak berminat hendak ambil tahu tentang budak misteri itu memandangkan dia tidak membuat kacau di kampung mereka walaupun ramai yang tidak menyukainya.

Dan akhirnya pada hari Sabtu malam, ketika sedang pening kepala dengan kehilangan Blue di Kuala Lumpur, datang lelaki ini membawa Blue pulang. Asraf ketika itu datang bersama dengan seorang perempuan yang diperkenalkan sebagai kakaknya, Kak Linda. Seorang doktor pakar di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

“Adik terjumpa dengan Roswell tu kat tengah-tengah Kuala Lumpur. Dia yang tolong orang masa adik sesat tu. Nasib baiklah adik terjumpa Roswell, itupun adik kena buli jugak dengannya tapi nasib baiklah adik ni pentingkan diri kalau tak dah lama adik cari jalan sendiri. Kalau cari jalan sendiri gerenti sesat lagi, huh,” terang anak perempuannya sebaik sahaja mereka hantarnya pulang.

“Siapa namanya? Ros?”

“Roswell. Tu nama samaran dia sebab dia tu mahkluk asing dari planet mana tah. Tapi nama sebenarnya Asraf Danish. Dia la budak yang duduk seorang diri tiada mak bapak kat hujung kampung tu.”

“Oh. Eh, ibu ada banyak dengar benda-benda yang tak baik pasal dia. Dia ada apa-apakan kamu ke?”

“Kalaulah dia apa-apakan adik dah lama adik bunuh diri kat Kuala Lumpur tu. Sekarang ni adik dah balik dengan selamat. Lagipun kami bukannya berdualah ibu, kakaknya kan ada tadi.”

“Hah… cara adik cakap macam ada apa-apa je dengan dia tu. Nanti kita ajak dia makan malam bersama ye. Nak ucapkan tanda terima kasih sebab jaga adik. Nampaknya dia tu ada ciri-ciri menantu idaman ibu.”

Blue menarik nafas lemah. Menantu idaman ibu?! Huh, dulu Hafiz pun ibu cakap begitu. Kini, datang seorang lagi lelaki, ibu cakap begitu lagi. Habislah kalau ibu dah cakap macam tu.

Ayahnya pula cakap…

“Tadi ayah ada hulurkan sebatang rokok pada Asraf tapi dia menolak,” bisik Tuan Rahman kepada anak tunggalnya itu.

“Ala, depan ayah memanglah dia buat baik. Sekarang ni lelaki mana ada yang tak merokok. Mustahillah.”

“Yelah, tapi bila ayah merokok dia pulak terbatuk-batuk. Itu namanya dia tak tahan dengan asap rokok dan kesimpulannya dia tak pernah hisap rokok,” tambah ayahnya lagi yang memang pandai membuat andaian. “Hah, dengar tu dia dah terbatuk-batuk. Jadi, bagi air kosong ni kat Asraf. Ayah dah jampi sikit.”

Ayah pun sama macam ibu….

“Nah,” ujar Blue sambil menghulur air kosong kepada Asraf yang sedang duduk di kerusi luar setelah berbual dengan ayahnya tadi. Dari luar dia terdengar gelak ketawa Kak Aliya dengan ibunya yang berbual kosong. Entah apa yang mereka bualkan dia sendiri tidak tahu.

Asraf pula hanya sekadar menggeleng. Kak Aliya memang seorang yang mesra alam. Bila jumpa saja orang walaupun orang tu adalah penumpang bas yang duduk di sebelahnya, dia akan berbual dengan penumpang di sebelahnya seolah-olah mereka sudah lama berkenalan. Malah kebanyakkan kawan-kawannya terdiri dari orang-orang yang disapanya di tengah jalan.

Memang pada mulanya dia tidak mahu membawa Kak Aliya ke rumah Blue tapi memandangkan Kak Aliya ni jenis yang mudah berkawan, dia mengajak Kak Aliya sekali. Itupun setelah Kak Aliya merengek menyuruhnya masak makanan kampung.

“Boy…,” laung Kak Aliya dengan manja. “Masaklah, akak lapar ni.”

“Bukan ke akak baru bedal burger 3 bijik tadi?”

“Itu tadi, ini untuk malam ni.”

“Adui, orang penatlah. Lagipun Kak Mira dah pesan jangan makan malam. Nanti dapat banyak penyakit.”

“Ah, Kak Mira tu saja nak takutkan Boy. Dia takut Boy jadi gemuk tu yang dia kata macam tu. Boy… bolehlah. Akak nak makan masakan kampung.”

“Kalau macam tu Kak Aliya ikut orang pergi makan kat rumah orang lain malam ni,” serta merta dia teringatkan jemputan dari Blue. Kalaulah Kak Aliya tak merengek hendak makan makanan kampung pasti Blue datang menyerangnya esok kerana tidak datang ke rumahnya.

“Hah?! Rumah siapa? Siapa buat kenduri? Ada masakan kampung tak?” pantas dan bersinar mata Kak Aliya bila bertanyakan soalan yang bertubi-tubi.

Dan seperti jangkaannya, membawa Kak Aliya memang tidak rugi cuma banyak rahsianya terbongkar.

“Kau tahu tak, pagi tadi Natasya jumpa aku dan beritahu yang dia dengan Hafiz dah putus. Natasya yang minta putus. Dan aku fikir, rancangan kita dah hampir berjaya sebab tadi Hafiz ada mesej aku, dia kata nak jumpa aku. So, apa pendapat kau?” tanya Blue tiba-tiba memecah kesunyian malam. Pelik pula dia melihat Asraf pada malam itu, senyap semacam saja. Selalunya kalau berjumpa memang tak sah kalau tak bergaduh. Tapi kali ini, lelaki di hadapannya itu hanya senyap. Malu ke?

Asraf hanya senyap. Angguk pun tak, geleng pun tak.

“Roswell!!”

Asraf mengangkat muka.

“Apa?” tanya Asraf acuh tak acuh.

“Aku tanya pendapat kau ni, kau dengar tak?”

“Dengarlah.”

“Habis tu kenapa tak jawab?”

“Sebab aku tengah berfikirlah. Hisy, kenapalah perempuan ni suka menyusahkan orang? Aku cuma tak faham kenapa Hafiz nak jumpa dengan kau selepas Natasya putuskan hubungan dengan dia.”

“Mestilah nak kembali pada aku,” Blue tersengih-sengih.

“Hah, inilah perempuan. Asyik ingat yang bahagia saja. Aku rasa lebih baik jangan jumpa Hafiz.”

“Kenapa pula?”

“Aku kata jangan jumpa, jangan jumpalah. Dari kau jumpa dengan Hafiz lebih baik kau dating dengan aku esok.”

“Dah mulalah tu loyar buruk dia. Aku tak kira, aku nak jumpa juga Hafiz. Mungkin dia dah tersedar yang dia sebenarnya sukakan aku.”

“Lantak kaulah. Yang penting aku dah larang tapi kau tak mahu dengar.”
********

Seperti yang dijanjikan Blue mendayung basikalnya ke tepi pantai yang menjadi tempat lepaknya bersama Hafiz pada hujung minggu. Awal-awal pagi lagi Blue sudah bangun pagi memilih pakaian yang sesuai dan akhirnya dia hanya memakai seluar jeans bersama t-shirt hitam.

Setibanya dia ke tempat yang dijanjikan, kelihatan Hafiz sudah sampai dahulu. Selepas menyandarkan basikalnya di sebuah pohon pokok, Blue berlalu menghampiri Hafiz.

“Hai Hafiz,” sapanya mesra.

Hafiz senyap. Wajahnya langsung tidak menampakkan tanda-tanda ingin berbual.

“Kenapa?”

“Seronoklah kau sekarang, bukan?”

“Hah?” Blue mengedut dahi. Entah kenapa dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan nada suara Hafiz. Bunyinya macam marah saja. “Apa maksud kau.”

“Rancangan kau yang nak musnahkan hubungan aku dengan Natasya sudah berjaya. Dan sekarang, Natasya dah mintak putus dan kami tiada apa-apa hubungan sekarang ni. Semuanya adalah rancangan kau yang telah berjaya. Tahniah!” nada Hafiz seolah-olah seperti menyindirnya. “Aku tak sangka kau sekejam ni Blue. Aku layan kau dengan baik selama ini dan kadang-kala aku terpaksa bertengkar dengan Natasya demi pertahankan diri kau tapi aku tak sangka, ini yang kau balas pada aku.”

“Aku….”

“Buat pengetahuan kau, cerita yang aku terima cabaran dari kawan-kawan aku supaya pikat kau memang tak wujud. Aku reka cerita tu supaya aku ada alasan untuk putuskan hubungan dengan kau. Dan cerita yang sebenarnya, selama aku couple dengan kau dulu, aku rasa hubungan kita hanyalah setakat kawan. Aku tak rasa yang hubungan kita masa tu seperti sepasang kekasih tapi bila aku bersama dengan Natasya, aku dapat satu perasaan yang aku tak pernah alami bila bersama dengan kau. Itulah sebabnya aku nak putuskan hubungan dengan kau.

“Tapi kalau aku beritahu kau pasal apa yang aku rasa ni mesti kau tidak akan berpuas hati. Aku tahu, mesti kau tak puas hati dan sebab itulah aku reka cerita yang aku terima cabaran dari kawan-kawan aku untuk pikat kau tapi semua tu hanyalah rekaan cerita aku untuk bersama dengan Natasya. Tapi, aku tak tahu pula rekaan cerita aku ni membuatkan kau hilang pertimbangan dengan beritahu pada semua orang dan berikrar hendak pikat aku semula selain memusnahkan hubungan kami.dan akhirnya kau berjaya juga.”

“Ya. Memang aku tahu hubungan kau dengan Natasya dah putus tapi kau tak boleh tuduh aku yang musnahkan hubungan korang. Lagipun Natasya yang minta putus.”

“Dia takkan minta putus kalau kau tak memaksanya!” tengking Hafiz membuatkan Blue tersentap. Dia langsung tidak pernah melihat Hafiz semarah itu. “Natasya serba salah dalam hal ni. Dia fikir, dia orang ketiga diantara kita jadi, dia nak tarik diri. Dia tak mahu lihat kita bertiga bergaduh jadi….”

“Oh, jadi dia ingin korbankan diri dia demi hubungan kitalah ni, kononya,” pantas Blue mengolah. “Hafiz, tolonglah jangan jadi bodoh. Natasya tu seorang yang susah dijangka dan suka memutar belit kenyataan.”

“Jangan hina Natasya.”

“Aku tak hina dia.”

“Tapi kau tetap mengata Natasya yang bukan-bukan. Kau tahu tak, Natasya adalah perempuan yang paling sempurna yang pernah aku jumpa.”

“Sempurna sampai dia sanggup tinggalkan aku seorang diri masa di Kuala Lumpur hari tu?”
“Itu sebab kau terlalu bodoh!”

Blue terdiam seketika. Sukar dia hendak percaya Hafiz boleh mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya. Dan tanpa di sedari air matanya jatuh berlinangan walaupun dia berusaha untuk menahannya.

“Ya. Aku terlalu bodoh. Aku terlalu bodoh sebab cintakan kau padahal selama ini hanya aku bertepuk sebelah tangan. Aku juga terlalu bodoh sebab percayakan kata-kata kau sehingga aku terperangkap dalam permainan aku sendiri. Aku juga terlalu bodoh sebab mengikut Natasya masa di Kuala Lumpur tu sehinggakan aku terperangkap dan ditinggalkan seorang diri di sana. Dan kebodohan aku yang paling besar adalah datang berjumpa dengan kau pada hari ini walaupun Roswell melarang aku pergi berjumpa dengan kau. Dan kesimpulannya, aku memang bodoh!”
********

Asraf menutup semua pintu dan tingkap apabila hujan lebat mula turun sejak petang tadi. Setelah mendapati semua tingkap dan pintu di tutup rapat, Asraf berlalu menghampiri Kak Aliya yang terpaksa menutup lattop disebabkan kilat yang menyambar di luar berserta guruh yang kuat. Tampak sedikit kehampaan pada raut wajah kakaknya itu. Mana tidaknya, waktu-waktu idea banyak di kepala, terpaksa tunda mengarang.

“Kak, orang nak tanya sikit,” Asraf mula berbicara sebaik sahaja duduk di sebelah Kak Aliya. “Akak mengarang ni, Kak Maria tak marah ke?”

“Ah, ingatkan nak tanya pasal apa rupanya tanpa pasal benda ni,” dia ketawa kelucuan. “Kak Maria nak marah? Kenapa pula? Kak Maria lagi suka dengan orang yang berusaha tau. Kalau boleh dia mahu semua adik-adiknya ada kerjaya sendiri. Macam Kak Linda seorang doktor, Kak Tiqa seorang photographer, Kak Mira seorang pereka fesyen, Kak Nadia pula emm… dah lama tak dengar cerita tentang Kak Nadia… tak tahu dia jadi apa. Dia tu terlampau aktif sangat. Kali terakhir akak jumpa Kak Nadia masa di korea. Dia baru saja buka kelab Teak Wan Do di sana.”

“Huh, Kak Nadia dengan negara Korea memang tak boleh dipisahkan,” kata Asraf yang hanya menggeleng.

“Dah memang dia lahir di sana, nak buat macam mana lagi.”

“Mama pun satu, suka sangat lahirkan anak-anak dia kat negara orang. Korealah, Jepunlah, New Zealand la, London la… New York la sampai anak-anak dia tak tahu nak balik ke tanah air.”
“Dan jangan lupa… Roswell…,” Kak Aliya berkata menyebabkan dia ketawa kelucuan. “Tapi, macam mana Blue tu panggil Boy Roswell? Dia tahu ke yang Boy ni lahir di sana?”

Asraf hanya mengangkat bahu.

“Rasanya tak de orang pun yang tahu pasal orang lahir kat sana.”

“Habis tu?”

“Entahlah. Dia asyik cakap yang orang ni makhluk asing dari Roswell sebab mata orang warna hijau,” terang Asraf. Kak Aliya mengangguk faham.

“Sama macam mama.”

“Ha?”

“Masa Boy belum lahir lagi, mama memang nak melahirkan Boy kat Roswell. Dia kata, dalam banyak-banyak tempat yang mama pernah pergi, mama tak pernah pergi ke Roswell. Dan akak ingat lagi, mama usup perut mama dan panggil kamu ‘Hey, Roswell’,” ujarnya.

“Sama macam Blue panggil,” ujar Asraf entah tiba-tiba menahan sebak. “Kalaulah orang tak de, mungkin mama masih hidup lagi”

“Tapi, kalau Boy tak de, mungkin kami tak merasa kehadiran adik lelaki. Walaupun mama meninggal sebaik sahaja melahirkan Boy tapi hidup kami seolah-olah lagi penuh bermakna. Lagipun keputusan untuk melahirkan Boy adalah keputusan mama sendiri walaupun mama tahu ianya akan meragut nyawa mama. Mama pernah beritahu kepada kami semua, walaupun mama tak dapat mendukung Boy tapi mama gembira sebab dapat lahirkan Boy.”

Asraf mengesat air matanya yang mengalir. Dia memang selalu tersentuh apabila kakak-kakaknya bercerita tentang arwah mamanya yang meninggal dunia akibat pendarahan selepas melahirkannya.

“Laa… akak cerita sikit dia dah menangis, apalah Boy ni sensitif sangat. Macam ni ke nak pikat perempuan?”

“Mana ada. Mata orang masuk habuk la.”

“Masuk habuk konon. Hey, teknik tipu tu dah lapuk la,” dia mencubit pipi adiknya itu.

“Sakitlah.”

Sebentar kemudian mereka berdua diganggu apabila handset Kak Aliya berbunyi. Kak Aliya segera menjawabnya.

“Waalaikumsalam mak cik, kenapa?” tanya Kak Aliya. “Hah? Boy? Ada kat sebelah saya ni, kenapa?”

Asraf mengedut dahi bila namanya di sebut.

“Blue? Tak de. Dia tak de ke sini pun hari ni lagipun hari ni Boy mana ada keluar rumah. Sengaja saya kurung dia dalam rumah. Kenapa mak cik tanya?... Hah? Blue tak balik rumah?”

Mereka berdua berpandangan.

“Blue tak balik rumah lagi,” beritahu Kak Aliya lagi sebaik sahaja talian di tamatkan. “Boy tahu dia pergi mana?”

“Manalah orang tahu. Orang ada jugak ajak dia pergi dating tapi dia kata….”

“Dia kata apa?”

Kedengaran keluhan lemah dari Asraf.

“Dia pergi juga,” keluhnya. “Kak pinjam telefon,” mintanya. Kak Aliya memberinya tanpa banyak soal dan Asraf berlalu bangun dari duduknya. “Dan pinjam kunci kereta sekali.”

“Boy nak pergi mana?” tanya Kak Aliya sebaik sahaja melihat adik bongsunya itu berlalu membuka pintu. “Sekarang ni kan hujan. Nanti Boy demam pula.”

“Sekejap je.”

“Boy!”
*******

“… saya on the way ke pantai, nak tengok Blue ada ke tak. Pak cik tunggu sajalah berita dari saya nanti,” ujar Asraf mencampak handsetnya ke tepi sebelum membuat pusingan maut di selekoh kecil. Dia seakan tidak perduli keselamatan dirinya selain memikirkan keselamatan Blue.

Setibanya dia di pantai, Asraf segera memberhentikan keretanya dan keluar mencari Blue di sekitar pantai yang mengganas dengan ombak yang besar. Hujan masih lagi turun dengan lebat namun, ianya tidak mematahkan semangat Asraf untuk mencari Blue.

Setelah penat berlari ke sana sini sambil melaung nama Blue namun, kelibat Blue langsung tidak kelihatan. Asraf kemudiannya kembali ke keretanya. Keadaan pantai begitu sunyi. Kedai-kedai makan yang berhampiri pula sudah tutup awal. Mungkin kerana tiada rezeki bila hari hujan begini.

“Hisy, mana budak ni pergi ni,” keluhnya sambil masuk ke dalam perut keretanya. Enjin kereta di hidupkan semula. Lampu kereta di pasangnya dan kemudiannya dia terlihat satu kelibat seseorang di gerai makan Mak Leha.

Blue yang duduk menongkat dahunya hanya boleh berharap ada seseorang menemuinya di gerai Mak Leha dan seseorang itu adalah orang yang boleh dipercayai. Dia menyesal sesangat kerana tidak membawa handset apabila keluar tadi. Kalaulah dia membawa handset mungkin dia boleh memaklumkan kepada ibu dan ayahnya yang terperangkap dalam hujan lebat. Mesti ibu dan ayahnya risau gila sekarang ini.

Dalam kesamaran malam dan ditambah dengan hujan yang lebat, dia terlihat terdapat satu kereta bergerak menuju ke gerai tersebut. Dalam takut-takut dia cuba memberanikan diri untuk mengintai orang di dalamnya tapi pandangannya agak kabur.

“Hai, budak ni… dia boleh lagi duduk kat situ?” Asraf mengeluh lagi. Akhirnya dia terpaksa keluar dari keretanya. “Hoi, kau nak balik ke tak nak?”

“Ah, rupanya kau,” Blue menarik nafas lega. Ingatkan pembunuh bersiri mana tadi. “Macam mana kau tahu aku ada kat sini?!” tanya Blue separuh menjerit.

“Boleh tak kau masuk dulu, kau tak kesian ke kat aku ni yang kena… haaachummm,” Asraf tidak dapat menahan dirinya dari terbersin.

Mendengar saja Asraf bersin, Blue segera meredah keluar sebelum masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh Asraf. Sebaik sahaja dia menutup pintu kereta, Asraf masuk semula ke dalam kereta. Pintu keretanya tertutup rapat dan membuka lampu di dalam dan Blue yang duduk di Asraf boleh lihat dengan jelas keadaan Asraf yang basah kuyup di sebelah.

“Nah,” Asraf menghulurkan baju sejuknya yang tersimpan di tempat duduk belakang kepada Blue.

“Pakai, nanti kau demam pula.”

“Tapi, kau tak pakai ke?”

“Aku dah basah kuyup kalau aku pakai pun gerenti demam juga,” ujar Asraf kembali menutup lampu di dalam keretanya. Tanpa banyak cakap Blue segera memakai baju sejuk tersebut. Melihat Blue mendengar kata, Asraf memulakan perjalanan.

“Mana kau tahu aku kat sini?”

“Laa… kau kan cakap nak pergi dating dengan Hafiz, kalau budak-budak kat sini cakap nak pergi dating memang tak de tempat lain punya mesti kat pantai ni,” jawab Asraf.

“Yelah tapi macam mana kau tahu aku terperangkap dalam hujan?”

“Ibu kau telefon Kak Aliya tanya pasal kau,” beritahu Asraf. “Kenapa kau tak balik rumah? Mana Hafiz? Dia tak hantar kau?”

Blue hanya sekadar menggeleng dan menunduk sayu.

“Sorry. Aku patut dengar cakap kau.”

“Bukan aku yang kau patut minta maaf tapi kat ibu dan ayah kau. Kau tahu tak diorang berdua tu risaukan kau.”

“Aku tahu dan aku tak tahu hujan turun dengan lebat.”

“Takkan kau keluar rumah dari pagi kau tak tahu petang tu hujan akan turun?”

Blue mengeluh lemah.

“Okey, kau boleh marah aku sebab pergi jumpa Hafiz. Aku tak tahu benda ni akan terjadi. Lagipun aku terlupa nak bawa handset.”

“Takkan kat sana tak de public phone? Takkan semua public phone tak berfungsi.”

“Aku tak ingat,” akhirnya Blue mengakui kesilapannya. Dia boleh mengambil alternative lain dengan menelefon rumahnya. Ah, kenapalah dia tidak boleh berfikir tadi? “Ni semua Hafiz punya pasal kalau bukan dia….”

“Jangan salahkan orang lain Blue. Jangan nak melarikan diri dari kesilapan. Pasal kau bergaduh dengan Hafiz, memang tiada kena mengena dengan kelalaian kau. Masa di kau sesat di Kuala Lumpur pun bukan sebab Natasya kenakan kau tapi kau terlalu lalai dengan keadaan sekeliling sampai tak perasan diri kau telah ditipu.”

“Yes! Memang aku ni selalu di tipu orang sebab aku ni memang bodoh! Memang betul cakap Hafiz, aku memang bodoh! Sekarang dah puas hati, aku ni memang bodoh?!”

Asraf memberhentikan keretanya di perkarangan rumah Blue. Blue pula tidak perasan bahawa dia sudah sampai ke rumahnya. Kelihatan ibu dan ayahnya sudah berdiri di luar.

“Terima kasih,” ucap Blue.

“Blue,” panggil Asraf. “Walaupun Hafiz cakap kau ni bodoh tapi bagi aku kau tetap the best.”

Blue tiba-tiba tersenyum kelucuan.

“Thanks Roswell,” dia berlalu keluar dari perut kereta Asraf dan berlari anak masuk ke rumahnya. Asraf hanya sekadar melambai ke arah ayah Blue sebelum berlalu memandu pulang ke rumahnya.



2 si charming:

  1. wahh!!
    romantic nyer!!

    sgup dye g cari blue kan..
    da larh blue pgil dye roswell..

    mmg best gile cite nie..

    suka!suka!suka!

  1. awanbiru berkata...:

    hhuhuhuhu...

    bestny cte ni..

    kte rs la...
    roswell tu mst da ske kat blue..

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages