Romeo yang Hilang: Bab 18

KELUAR sahaja dari bilik cikgunya, telefon bimbitnya berbunyi. Dia tersenyum apabila melihat nama Adam tertera di skrin. Adam memang jarang menghubunginya waktu siang begini melainkan kalau ada hal penting. Ini tidak lain dan tidak bukan mesti berita Arena diceroboh tadi sudah sampai ke pengetahuan Adam. Maklumlah Adam memang ada banyak mata-mata di sini.
Tanpa berlengah lagi dia segera menjawab panggilan itu.
Baguslah kau telefon aku. Jimat sikit bil telefon aku,” ujar Izwan.
Apa dah berlaku?” tanya Adam serius.
Ada orang ceroboh masuk tapi tak serius sangat.”

Mak cik tu tak apa-apa?”
Tak. Dia okey. Kami baru sampai masa kejadian tu berlaku. Ada seseorang buat kacau di gelanggang. Beberapa pemain kebangsaan dikalahkan dalam masa beberapa minit.”
Explain,” balas Adam sepatah.
Susah nak explain. Waktu tu kami baru saja sampai. Cikgu dapat rasa ada sesuatu yang tak kena dan bila kami bergegas ke gelanggang dan tengok semua player terbaring kepenatan di gelanggang. Penceroboh tu dah tak ada di sana. Mereka dikalahkan dengan teruk,” terang Izwan seringkas mungkin.
Diserang?”
Boleh dikatakan tapi dengan bola keranjang. Aku dah tengok rakaman CCTV, mereka semua dikalahkan dengan bola keranjang oleh seorang lelaki yang tak dikenali,” tambahnya.
Macam mana pemain bola keranjang kebangsaan boleh dikalahkan oleh seorang lelaki?” soal Adam nampak gaya tidak puas hati.
Itu yang buat mak cik kesayangan kau mengamuk tadi.”
Mak cik tu memang selalu mengamuk,” ujar Adam perlahan. Izwan mendengar turut tergelak.
Ada sesuatu yang kau perlu tahu,” ujar Izwan teragak-agak. Sebenarnya dia kurang pasti sama ada perlu beritahu atau tidak.
Jangan kata dia berminat dengan penceroboh itu…”
Boleh dikatakan tapi ada yang lebih teruk lagi.”
Maksud kau?”
Lelaki tu… dia bukan calang-calang orang.”
Orang yang kalahkan pemain kebangsaan memang bukan calang-calang orang.”
Ya. Tapi orang yang dapat copy gerakan dan slum dunk kau pun bukan calang-calang orang,” tambah Izwan.
What?” Adam kedengaran terkejut.
Orang tu, dia bukan sahaja copy setiap cara serangan dan pertahanan kau tapi cara slum dunk kau. Mula-mula aku tak perasan tapi lepas cikgu suruh aku tengok sekali lagi, baru aku perasan.”
Jadi… mak cik tu tahu pasal ni?”
Dia cikgu. Bekas jurulatih kita. Dah tentu dia lebih peka dengan semua ni.”
Adam mengeluh lemah.
Masalah… mak cik tu kalau dia tak dapat jawapan sebenar dia takkan berhenti…”
Nak tahu apa yang lebih teruk lagi?”
Ada lagi?”
Dia syak kau kenal lelaki tu.”
Hah?” Adam terkejut lagi.
Sama ada kau tiru orang tu atau pun orang tu tiru kau atau kau orang berdua pernah berjumpa sebelum ni.”
Mak cik ni, suka sangat fikir yang bukan-bukan,” keluh Adam.
Kau ada kenal sesiapa ke dan ajar dia main bola keranjang?” tanya Izwan lagi.
Tak ada masa aku nak mengajar orang main bola keranjang.”
Pasti?” tanya Izwan.
Yup.”
Atau kau sendiri tak ingat?” Izwan bertanya lagi.
Adam hilang kata-kata.
Mak cik tu ada syak apa-apa ke?”
Dia mula syak, apa dah jadi dengan ingatan kau.”
Adam mengeluh lagi.
Apa kata kalau kau beritahu dia yang ingatan kau masa lampau agak samar-samar?” cadang Izwan.
Dia tak boleh tahu,” katanya, tegas.
Kenapa?”
Sebab tak penting pun. Aku happy dengan hidup sekarang. Jadi, aku fikir tak ada gunanya nak toleh ke belakang lagi.”
Tapi kenapa aku rasa kau macam mengelak?”
Aku tak nak bincangkan pasal tu lagi. Aku letak telefon dulu. Terima kasih sebab beritahu tentang hal ini. Aku akan uruskan selebihnya…” ujar Adam sebelum segera menamatkan panggilan. 

7 si charming:

  1. Unknown berkata...:

    aduhai makin lama makin suspen.. xpuas

  1. FARAH SUZIYANA berkata...:

    Siapa agaknye yg mengalahkan smua pemain kebangsaan? Aduhhh tak sabar nak tahu sambungan ni. Hehehe apa agaknya yg adam rahsiakan nii?

  1. Miss Kira berkata...:

    ingt Adam yang kalahkan xd..

  1. Unknown berkata...:

    Siapa lelaki 2?? Misteri nie

  1. mia_edora berkata...:

    Adam ni misteri betol la... Sgt menarik... Nak lagi...

  1. Yong berkata...:

    ya mmg misteri ni. rasanya bdk yg sama kem dgn adam masa kecik dulu. tp...hmm (novel hikayat)masa adam sedar lps ttido masa demam n dia grab mama dia, dia ckp pasal adnan...jd bdk dlm ingatan dia tu mungkin adnan...atau bukan? daniel mmg dah out...hmmm...siapakah lelaki misteri ni? apakah yg bakal di usahakan epy nanti? hehehe

  1. DocSHA berkata...:

    Saya selaku pembaca yang dh obses dgn buku² hasil karya ratu bulan.Saya mengidam nak baca buku ni..bilaa nk terbit? Huhuhu.salam rindu dri pembaca setiamu docsha

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages