SuD: Bab 5



Kau tengok apa tu? Tolonglah aku,” ujar Arissa kepada Fazira yang berdiri kaku melihatnya bersusah payah mengangkat bagasi turun tangga.
Kau betul-betul nak pergi reunion atau lari dari rumah ni?” soal Fazira hairan.
Tak payah nak perli aku. Cepat tolong aku!” arah Arissa dengan tegas.
Fazira segera memberikan pertolongan kepada Arissa dengan mencapai sebuah bagasi yang tidak kurang beratnya. Sememangnya dia sedia maklum yang Arissa akan pergi ke reunion tu selama dua hari. Sebab itulah dia terkejut apabila melihat Arissa membawa dua bagasi macam hendak pergi bercuti selama-lamanya. Tapi memandangkan dia teramat kenal dengan bekas kakak tirinya itu, tutup mata ajelah.
Ah, ada barang yang terlupa nak bawa,” kata Arissa yang teringatkan sesuatu yang belum dia masukkan dalam beg. “Fazira, bawa beg ni turun. Ada barang tertinggal kat bilik.”
Hah?” Fazira terkejut dengan tindakan Arissa yang menolak satu lagi bagasi kepadanya. Belum sempat dia mencapai bagasi itu, Arissa sudah meninggalkan bagasi itu. Apa lagi, bagasi Arissa itu jatuh melunsur laju hingga ke bawah sehingga menyebabkan bagasi itu terbuka.
Ahhh... Fazira!” tengking Arissa yang hanya mampu melihat bagasi miliknya terjatuh dikaki tangga rumahnya. Barang-barang dalam bagasi itu turut tercicir dengan berselerakan di setiap anak tangga.
Jangan salahkan aku. Kau tu yang kelam-kabut sangat,” ujar Fazira yang tidak ambil peduli.
Hisy, tak pasal-pasal kena kemas!” marah Arissa dengan mengatur langkah menuruni anak tangga. Sambil itu dia mengutip pakaian-pakaiannya yang kecil-kecil tercicir di anak tangga itu.
Apa hal ni?” tanya satu suara yang tidak asing lagi dalam rumahnya itu. “Ya Allah... kenapa boleh jadi macam ni?” tanya Mama Fiza, wanita yang pernah menjadi isteri ayah Arissa dan ibu tiri Arissa. Kini, selepas mereka bercerai, Arissa tetap mengekalkan hubungan baik dengan ibu tirinya.
Fazira tu...,” tuduh Arissa sambil mengemas pakaian yang berselerak tadi masuk ke dalam bagasi.
Yalah. Semua salah aku,” ujar Fazira malas hendak layan Arissa. Makin dilayan makin tension jadinya.
Tahu tak pe,” balas Arissa puas hati.
Hai Nazwan. Tolong jaga bekas kakak tiri aku. Pastikan dia tak buat sesuatu yang memalukan kami sekeluarga,” ujar Fazira yang terlihat kelibat Nazwan di meja makan.
Aku tahu jaga dirilah! Kau ingat aku ni...,” kata-kata Arissa terhenti. Otaknya cepat memproses maklumat. “Nazwan?” Lantas dia memalingkan kepalanya memandang sekeliling. Kemudian, pandangannya tertumpu pada kelibat seseorang di meja makan.
Dia pandang Nazwan. Nazwan pandang dia. Kemudian Arissa memandang tangannya yang penuh dengan pakaian kecilnya. Lagi sekali Arissa memandang Nazwan. Nazwan masih memandangnya atau lebih tepat memandang tangannya. Serentak itu, pipinya terasa panas.
Nazwan! Janganlah pandang lagi!!!” jeritnya hampir bergegar rumah itu.
Sumpah, dia terasa dimalukan.

***

Jadi, kau nak beritahu aku kenapa aku perlu temankan kau ke reunion ni?” tanya Nazwan yang sedang memandu. Sesekali dia menjeling ke arah Arissa yang dari setengah jam tadi asyik mengunyah tidak henti-henti di sebelahnya.
Sebab aku perlukan teman,” jawab Arissa seperti acuh tidak acuh. Sambil bercakap sambil itulah mulutnya mengunyah keropok yang sempat dibelinya semalam. Dia sememangnya akan mengunyah kalau menaiki kereta untuk perjalanan jauh.
Aku percaya kau perlukan teman tapi itu bukan jawapan utama kau,” ujar Nazwan sekali lagi mendesak Arissa. Walaupun dia jarang berkomunikasi dengan Arissa tapi dia amat mengenali perangai Arissa. Pastinya ada sesuatu yang telah dirancang oleh Arissa.
Tak ada apa. Aku saja nak ajak kau,” jawab Arissa lagi.
Arissa, kau tahu tak aku tengah memandu ni?” tanya Nazwan.
Mestilah.”
Kalau kau nak tahu, orang yang tengah memandu ni boleh ambil simpang keluar dari highway ni dan patah balik ke rumah.”
Jangan!” Pantas Arissa membantah.
So, beritahu cepat,” ujar Nazwan yang sengaja memberikan isyarat dan memandu kereta ke kiri lagi 500 meter hendak masuk ke persimpangan Bukit Beruntung.
Arissa menghela nafas berat.
Mmm... baiklah. Aku ingat nak beritahu kau kat sana nanti tapi kau dah tanya, jadi aku beritahu ajelah,” kata Arissa sambil mengikat plastik keropok yang dimakan tadi dengan getah. Kemudian, dia membetulkan kedudukannya supaya dapat berhadapan dengan Nazwan. “Dulu, masa sekolah menengah kat sana, ada seorang budak lelaki ni. Namanya Aidil. Aku memang minat gila-gila kat dia. Dia macam prince charming. Dia handsome, popular dan pandai pula tu. Dia... sempurna! Perempuan mana yang tak cair. Masa aku bernekad nak luahkan perasaan padanya, aku dapat tahu dia ada teman wanita. Sudah tentulah aku kecewa. Walaupun aku suka sangat memburu cinta tapi aku bukan jenis perempuan yang akan menghancurkan kebahagiaan orang lain. Jadi, apa yang aku buat, just move on. Aku percaya pada takdir dan jodoh yang dah ditetapkan. Kalau ada jodoh, aku dengan dia akan bertemu lagi dan pada masa tu aku akan pastikan aku tak akan lepaskan peluang yang datang. Jadi... inilah masanya,” terang Arissa panjang lebar.
Jadi, kau dapat tahu yang dia masih single dan cuba masuk line?” teka Nazwan.
Yup. Pandai pun!”
Jadi, apa fungsi aku? Aku tak nak jadi teman lelaki kau dengan tiba-tiba.”
Maksud kau, aku akan paksa kau jadi teman lelaki aku untuk ambil perhatian Aidil supaya dia cemburu?” teka Arissa sedikit terkejut.
Mungkin,” jawab Nazwan. Hanya itu yang difikirkannya sekarang. Arissa memang terlampau banyak sangat taktik yang tersembunyi. Macam Luqman kata, silap hari bulan dia pula yang termasuk perangkap cinta Arissa.
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan gelak ketawa Arissa.
Kenapa kau gelak?”
Nazwan, kau lahir zaman apa ni? Siapa yang akan tertipu dengan taktik murah macam tu? Orang zaman sekarang tak guna taktik macam tu semata-mata nak dapatkan perhatian lelaki apatah lagi nak buat lelaki yang belum tentu sukakan kita cemburu dengan kita,” ujar Arissa yang masih ketawa.
Kalau macam tu... apa fungsi aku?” tanya Nazwan yang benci mendengar tawaan Arissa. Nama sahaja perempuan tapi ketawa kalahkan puntianak mengilai.
Aku jawab kau jangan marah ya,” ujar Arissa yang sudah berhenti ketawa. Dia memandang Nazwan dengan serius.
Pada masa itu Nazwan mula rasakan dia sebahagian daripada rancangan Arissa memikat lelaki. Kalau bukan dipaksa jadi teman lelaki Arissa, pasti lebih teruk. Tiba-tiba dia teringatkan tekaan Luqman semalam.
Perogol upahan,” kata Luqman sambil memetik jari. “Cuba kau fikir, walaupun Arissa suka bersosial tapi dia takkan pergi bersosial kalau tak ada manfaatnya. Dia single. Aku rasa dia memang nak pergi memburu cinta dan orang yang diburu tu ada di reunion tu nanti.”
Kalau dia nak pergi buru cinta buat apa dia bawa aku?” soal Nazwan tidak dapat terima tekaan Luqman itu.
Sebab tulah aku kata perogol upahan. Kau akan jadi perogol upahan dia,” ujar Luqman. “Dia pastinya akan suruh kau perpura-pura nak rogol dia dan dalam masa yang sama, mangsa pemburu cinta dia ada berdekatan. Macam dalam filem. Hero akan selamatkan heroin.”
Imaginasi kau sangat kreatif,” ujar Nazwan sambil bertepuk tangan.
Itu perbualan malam tadi. Bagi Nazwan, imaginasi Luqman terlampau kreatif. Kalau Luqman menulis novel sudah tentu laku keras. Tapi, bila sebahagian daripada apa yang Luqman teka itu betul... dia mula rasa tidak sedap hati.
Kenapa aku perlu marah?” tanya Nazwan menyembunyikan perasaannya. Sambil itu dia memasuki lorong kiri. Kalau apa yang Luqman beritahunya semalam betul, dia akan terus pecut masuk simpang seterusnya.
Kau memang kawan yang sangat baik. Aku tahu, aku pasti akan mengecewakan kau lepas apa yang aku cakap ni tapi aku tak suka buat kau tertanya-tanya.”
Arissa, cakap ajelah.”
Fungsi kau sebenarnya sebagai...”
Nazwan menelan air liur.
Pemandu dan pandu arah!” ujar Arissa yang berusaha untuk meluakannya.
Hah?!” terkejut Nazwan mendengarnya.
Maaf!” ucap Arissa lantang. “Papa tak bagi aku memandu jauh. Dia kata kalau aku nak pergi ke reunion tu mesti ada orang lain bawa aku dan yang penting orang tu mestilah lelaki. Aku tak ada kawan lelaki lain selain kau. Bekas boyfriend aku semua dah ada life sendiri. Hanya kau seorang yang aku terfikir. Jangan marah ya!”
Aku ingat apalah tadi,” keluh Nazwan lega.
Kenapa kau nampak cemas saja? Kau ingat aku nak buat apa?” tanya Arissa.
Tak ada apa.”
Ni mesti Luqman sengaja nak takutkan kau lagi,” kata Arissa yang dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena. “Entah apalah yang dia fikirkan kali ni.”
Err... Zakri macam mana?” tanya Nazwan sengaja mengubah topik perbualan. Kalau dibiarnya, pasti Arissa akan mendesak dia memberitahu apa yang Luqman imaginasikan semalam.
Zakri? Kenapa dengan dia?” tanya Arissa semula.
Nama lelaki sudah lama disimpan dalam stor bekas-bekas teman lelakinya. Entah apa pula mimpi Nazwan bertanya tentang Zakri. Selama ini Nazwan tidak pernah ambil tahu pun tentang lelaki-lelaki yang menjadi kekasihnya. Ini kali pertama.
Yelah. Dulu kau kata, kau bukannya berpisah dengan dia tapi melepaskan dia. Walaupun aku rasa perkataan berpisah dan melepaskan tu lebih kurang sama tapi aku tak faham kenapa kau mesti nak memburu cinta lagi?”
Ohhh...,” Arissa mengangguk faham. “Abaikan apa yang kau tak faham kau tu. Pendek kata, kami dah tak ada apa-apa hubungan. Lagipun dia dah ada teman wanita baru.”
Hah?” terkejut Nazwan mendengarnya.
Kenapa kau terkejut sampai macam tu?” tanya Arissa yang nampak tenang. “Diakan handsome. Sudah tentulah dia mesti dapat kekasih baru kat sana. Siap dapat orang putih lagi.”
Kenapa aku tengok kau tenang saja?” tanya Nazwan.
Sebab masa dia naik kapal terbang je, aku dah buat keputusan tak nak tunggu dia. Jadi, tak ada sebab aku perlu jadi macam perempuan lain putus cinta. Lagipun, aku tak pernah menangis bila putus cinta. Bagi aku, aku mungkin gagal sekarang tapi gagal tak bermakna aku perlu menangis tak henti-henti dan tunggu seorang putera raja muncul hadapan aku. Cinta perlu dicari. Nak cari cinta kita perlu ada usaha. Macam mana nak berusaha? Itulah yang dikatakan memburu cinta,” terang Arissa panjang lebar.
Sekarang baru aku tahu... kau memang unik,” ujar Nazwan yang sebenarnya tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Arissa tadi. Falsafah cinta Arissa memang diluar jangkaannya.
Sebab aku nak jadi seseorang untuk dicintai!”
Nazwan sekadar mampu menggeleng.

***

Kau memang manusia yang tak berhati perut! Sanggup kau buat aku macam ni? Aku doakan kau takkan dapat hidup bahagia selamanya, Arissa!”
Arissa!”
Arissa tersentak dan terus membuka mata. Dia dapat rasakan badannya yang seram sejuk dan berpeluh. Jantungnya berdegup laju. Matanya meliar memandang sekeliling. Beberapa saat kemudian barulah dia menghela nafas lega apabila menyedari dia hanya bermimpi.
Kenapa dengan kau?” tanya Nazwan di sebelah.
Ah!” Sekali lagi Arissa terkejut dan hampir menjerit. “Nazwan,” keluhnya sekali lagi mengurut dada. Nasib baiklah jantungnya masih sihat. Kalaulah jantungnya macam jantung papanya, sudah lama dia mengucapkan selamat tinggal kepada dunia ini.
Lain kali jangan kejutkan aku macam ni boleh tak?” marahnya.
Kalau aku tak kejutkan, kau akan mati dalam kereta ni. Kau nak ke?” kata Nazwan.
Mati? Kenapa pulak?”
Itu pun nak tanya lagi ke? Kita dah sampai. Kau nak aku biarkan kau seorang diri tidur dalam kereta ni lepas tu biar kau mati dalam ni?” tambah Nazwan lagi.
Eee... janganlah kata sesuatu yang menakutkan macam tu,” marah Arissa lagi. Tapi hanya sekejap saja. Setelah dia menyedari yang kereta yang dipandu oleh Nazwan sudah sampai ke resort yang menjadi tempat perjumpaan itu, dia kembali gembira. “Yahooo... dah sampai. Terima kasih Nazwan sebab jadi juru pandu arah aku.”
Mmm...,” balas Nazwan yang acuh tak acuh.
Ahh... dah lama tak balik Perak! Teluk Batik, aku datang!!!” jerit Arissa sebaik sahaja menghirup udara luar. Sudah lama rasanya dia tidak menghirup udara yang segar seperti itu.
Kalau dah tahu rindu kampung sendiri kenapa kau tak pindah je ikut papa kau?” tanya Nazwan yang sudah memunggah bagasi-bagasi dari bonet keretanya.
Kau ni dah jadi macam Luqman pulak. Banyak soal. Aku memang rindukan Perak tapi aku lagi rindukan kehidupan aku kat Kuala Lumpur,” ujar Arissa yang tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya.
Arissa?” sapa seseorang dari belakang. Arissa terus berpaling.
Melati!!!” jerit Arissa dengan mesra sambil melulu ke arah seorang gadis bertudung litup yang menegurnya tadi. “Aku rindukan kau!”
Arissa, aku tak boleh bernafas,” kata Melati cuba meleraikan pelukan Arissa.
Oh, maaf. Aku terlampau gembira sangat dapat jumpa kau,” kata Arissa serentak melepaskan pelukannya yang kuat tadi. Dia memandang kawan baiknya dengan menghadiahkan senyuman mesra. “Tak sangka kita dapat jumpa lagi, kan? Berapa tahun hah kita tak jumpa?”
Baru dua bulan. Kau tak ingat ke yang kau balik sini sebab perasmian resort aku?”
Ehhh... lupa!” dia menepuk dahinya. “Tapi kenapa aku rasa macam dah lama tak balik sini, hah?”
Siapa tu? Boyfriend?” tanya Melati yang mula menyedari kehadiran lelaki di tempat parking resort yang diusahakannya itu.
Nazwan Syah. Kawan merangkap pemandu arah aku ke sini. Nazwan, kenalkan ini Melati. Dialah pemilik resort ni,” ujar Arissa dengan penuh bersemangat.
Kau tak perlulah kenalkan aku sampai macam tu sekali,” ujar Melati menepuk bahu Arissa.
Hehe... oh ya, siapa yang dah datang? Aidil ada?” tanya Arissa sambil menarik Melati menghala ke pintu hadapan resort rakannya itu sambil meninggalkan Nazwan bersama bagasi-bagasi miliknya.
Pemandu arah. Sepatutnya kena tambah satu lagi. Orang gaji Arissa,” keluh Nazwan yang tidak pasal-pasal kena menarik kedua-dua bagasi Arissa. 

***

Ini kunci kau. Aku dah pujuk kawan aku supaya sediakan satu bilik kelas pertama yang ada pemandangan yang cantik khas untuk kau,” kata Arissa memberikan kunci bilik kepada Nazwan yang menunggu di lobi.
Nazwan menyambut kunci yang diberi tanpa banyak cakap. Harap-harap apa usulkan tadi dikotakan Arissa. Dia hanya mahu duduk di dalam bilik dan buat hal sendiri. Dia juga tidak mahu masuk campur atau dipaksa berjumpa dengan kawan-kawan Arissa.
Terima kasih ya Nazwan. Aku sayang kau,” ujar Arissa lagi.
Aku tak suka kau cakap macam tu....”
Arissa sekadar tersenyum.
Okey Arissa, apa lagi yang kau tak beritahu aku?” tanya Nazwan yang mula rasakan dia berada dalam perangkap Arissa.
Err... tak banyak. Aku cuma perlukan muka kau yang handsome tu aje.”
Hah?”
Arissa pantas menarik Nazwan membelakangkan kaunter.
Okey, kau ada nampak tak perempuan yang pakai skrit pendek dekat kaunter tadi?” tanyanya. Sempat juga Nazwan berpaling memandang seorang gadis yang dimaksudkan oleh Arissa.
Apa pulak kali ni?”
Nama dia agak panjang sampai aku dah lupa tapi orang panggil dia Nana. Dia tu akan jadi pesaing utama aku dalam memburu cinta Aidil. Dia sebenarnya bukan satu kelas dengan aku tapi bila dapat tahu Aidil akan turut serta dalam reunion ni, dia gedik-gedik berbaik dengan Melati dan suruh Melati ajak dia sekali. Eee... menyampah! Jadi, aku perlukan khidmat kau untuk alihkan pandangan dia daripada Aidil.”
Jadi, maksudnya aku perlu pikat dia.”
Arissa mengangguk.
Arissa, bukan ke aku dah kata....”
Please...,” pujuk Arissa dengan muka sedihnya.
Kau tahukan, walaupun muka kau bertukar jadi comel macam kucing, aku tetap tak akan tolong kau.”
Tolonglah Nazwan. Kali ini sahaja. Selepas ni, aku janji aku takkan ganggu hidup kau.”
Nazwan mengeluh berat.
Kenapa kau yakin sangat yang dia akan pandang aku?”
Aku yakin sebab kau lagi handsome daripada Aidil,” kata Arissa cuba memujuk Nazwan lagi. “Please....”
Sekali lagi Nazwan mengeluh.
Okey, apa yang perlu aku buat?”
Senyuman Arissa terus muncul.
Pandang dia dan kenyit mata.”
Hah?”
Arissa mengangguk laju menandakan dia yakin Nana akan jatuh dalam perangkapnya nanti.
Kali ni saja,” kata Nazwan menghela nafas panjang.
Sedia?” tanya Arissa.
Nazwan mengangguk.
Okey, aku akan pastikan dia pandang kita. Lepas tu kau kenyit mata ya! Kenyit mata dengan penuh perasaan macam hero dalam filem cinta.”
Tahu,” balas Nazwan merelakan sahaja apa yang dipinta oleh Arissa. Kenyit mata sahaja. Lepas ini, kalau Arissa minta tolong lagi, jangan haraplah dia hendak tolong.
Melati!” jerit Arissa. Serentak itu semua mata yang berada di lobi memandang ke arah mereka. Melati yang sedang menolong pekerjanya bertugas di kaunter berpaling. Begitu juga dengan Nana yang turut berada di situ.
Aku rasa aku tak nak bilik nilah. Aku nak bilik yang boleh nampak pemandangan laut,” ujar Arissa memulakan rancangannya.Sambil itu dia mengorak langkah ke kaunter dan berharap Nazwan memainkan peranan seterusnya.
Nazwan hanya sekadar memerhati langkah Arissa dari jauh. Dalam pada itu dia perasan yang dia menjadi perhatian gadis cantik bernama Nana itu. Mereka berpandangan agak lama sebelum Nana mengukir senyuman. Menyedari Arissa memandang ke arahnya, Nazwan lantas membalas senyuman Nana dengan kenyitan yang menggoda.
Selepas itu, dia cepat-cepat mencapai begnya dan berlalu pergi meninggalkan Arissa dan Nana kaget serta-merta dek kerana kenyitan mata Nazwan.
Sudah! Sihir apa yang dia bagi kat aku tadi? Bisik hati Arissa yang merasai degupan jantungnya semakin pantas.  

8 si charming:

  1. Suha berkata...:

    clap2 ^^ lain pula yg jd kt arissa haha :P nex2 ~.^ :hee:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    haha.. nk suruh org lain jatuh cinta, dia pulak yg kena ea.. lain jd nyer... ^_^ suker2.. next2..

  1. angkut berkata...:

    natasya masih misteri....

  1. kiki berkata...:

    tolon2...SuD tu stand 4 apa eh...blur jap
    bc citer ni mcm bc komek

  1. nuhara berkata...:

    hahahhaha niceee

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Sambung2 .. Hehehe

  1. Tanpa Nama berkata...:

    hahaha... suka lar character arissa ni.. dia cool giler.. i can sense the chemistry betwenn her and nazwan!!! way to go ratubulan!!

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages