KELUAR sahaja
dari bilik cikgunya, telefon bimbitnya berbunyi. Dia tersenyum
apabila melihat nama Adam tertera di skrin. Adam memang jarang
menghubunginya waktu siang begini melainkan kalau ada hal penting.
Ini tidak lain dan tidak bukan mesti berita Arena diceroboh tadi
sudah sampai ke pengetahuan Adam. Maklumlah Adam memang ada banyak
mata-mata di sini.
Tanpa berlengah lagi
dia segera menjawab panggilan itu.
“Baguslah kau
telefon aku. Jimat sikit bil telefon aku,” ujar Izwan.
“Apa dah berlaku?”
tanya Adam serius.
“Ada orang ceroboh
masuk tapi tak serius sangat.”
“Mak cik tu tak
apa-apa?”
“Tak. Dia okey.
Kami baru sampai masa kejadian tu berlaku. Ada seseorang buat kacau
di gelanggang. Beberapa pemain kebangsaan dikalahkan dalam masa
beberapa minit.”
“Explain,”
balas Adam sepatah.
“Susah nak
explain. Waktu tu kami baru saja sampai. Cikgu dapat rasa ada
sesuatu yang tak kena dan bila kami bergegas ke gelanggang dan tengok
semua player terbaring kepenatan di gelanggang. Penceroboh tu
dah tak ada di sana. Mereka dikalahkan dengan teruk,” terang Izwan
seringkas mungkin.
“Diserang?”
“Boleh dikatakan
tapi dengan bola keranjang. Aku dah tengok rakaman CCTV, mereka semua
dikalahkan dengan bola keranjang oleh seorang lelaki yang tak
dikenali,” tambahnya.
“Macam mana pemain
bola keranjang kebangsaan boleh dikalahkan oleh seorang lelaki?”
soal Adam nampak gaya tidak puas hati.
“Itu yang buat mak
cik kesayangan kau mengamuk tadi.”
“Mak cik tu memang
selalu mengamuk,” ujar Adam perlahan. Izwan mendengar turut
tergelak.
“Ada sesuatu yang
kau perlu tahu,” ujar Izwan teragak-agak. Sebenarnya dia kurang
pasti sama ada perlu beritahu atau tidak.
“Jangan kata dia
berminat dengan penceroboh itu…”
“Boleh dikatakan
tapi ada yang lebih teruk lagi.”
“Maksud kau?”
“Lelaki tu… dia
bukan calang-calang orang.”
“Orang yang
kalahkan pemain kebangsaan memang bukan calang-calang orang.”
“Ya. Tapi orang
yang dapat copy gerakan dan slum dunk kau pun bukan
calang-calang orang,” tambah Izwan.
“What?”
Adam kedengaran terkejut.
“Orang tu, dia
bukan sahaja copy setiap cara serangan dan pertahanan kau tapi
cara slum dunk kau. Mula-mula aku tak perasan tapi lepas cikgu
suruh aku tengok sekali lagi, baru aku perasan.”
“Jadi… mak cik
tu tahu pasal ni?”
“Dia cikgu. Bekas
jurulatih kita. Dah tentu dia lebih peka dengan semua ni.”
Adam mengeluh lemah.
“Masalah… mak
cik tu kalau dia tak dapat jawapan sebenar dia takkan berhenti…”
“Nak tahu apa yang
lebih teruk lagi?”
“Ada lagi?”
“Dia syak kau
kenal lelaki tu.”
“Hah?” Adam
terkejut lagi.
“Sama ada kau tiru
orang tu atau pun orang tu tiru kau atau kau orang berdua pernah
berjumpa sebelum ni.”
“Mak cik ni, suka
sangat fikir yang bukan-bukan,” keluh Adam.
“Kau ada kenal
sesiapa ke dan ajar dia main bola keranjang?” tanya Izwan lagi.
“Tak ada masa aku
nak mengajar orang main bola keranjang.”
“Pasti?” tanya
Izwan.
“Yup.”
“Atau kau sendiri
tak ingat?” Izwan bertanya lagi.
Adam hilang
kata-kata.
“Mak cik tu ada
syak apa-apa ke?”
“Dia mula syak,
apa dah jadi dengan ingatan kau.”
Adam mengeluh lagi.
“Apa kata kalau
kau beritahu dia yang ingatan kau masa lampau agak samar-samar?”
cadang Izwan.
“Dia tak boleh
tahu,” katanya, tegas.
“Kenapa?”
“Sebab tak penting
pun. Aku happy dengan hidup sekarang. Jadi, aku fikir tak ada
gunanya nak toleh ke belakang lagi.”
“Tapi kenapa aku
rasa kau macam mengelak?”
“Aku tak nak
bincangkan pasal tu lagi. Aku letak telefon dulu. Terima kasih sebab
beritahu tentang hal ini. Aku akan uruskan selebihnya…” ujar Adam
sebelum segera menamatkan panggilan.

aduhai makin lama makin suspen.. xpuas
BalasPadamSiapa agaknye yg mengalahkan smua pemain kebangsaan? Aduhhh tak sabar nak tahu sambungan ni. Hehehe apa agaknya yg adam rahsiakan nii?
BalasPadamingt Adam yang kalahkan xd..
BalasPadamSiapa lelaki 2?? Misteri nie
BalasPadamAdam ni misteri betol la... Sgt menarik... Nak lagi...
BalasPadamya mmg misteri ni. rasanya bdk yg sama kem dgn adam masa kecik dulu. tp...hmm (novel hikayat)masa adam sedar lps ttido masa demam n dia grab mama dia, dia ckp pasal adnan...jd bdk dlm ingatan dia tu mungkin adnan...atau bukan? daniel mmg dah out...hmmm...siapakah lelaki misteri ni? apakah yg bakal di usahakan epy nanti? hehehe
BalasPadamSaya selaku pembaca yang dh obses dgn buku² hasil karya ratu bulan.Saya mengidam nak baca buku ni..bilaa nk terbit? Huhuhu.salam rindu dri pembaca setiamu docsha
BalasPadamSgt lah bersetuju. Da 2025, masih menunggu kak RBN sambung menulis RYH.
Padam