Pesan Hikayat,
Isteri yang sabar ialah isteri yang paling bahagia di dunia.
Dua
tahun kemudian…
“HE
so gojes!”
Apy
Elina yang duduk di hadapan mereka hanya tersenyum. Perempuan.
Apabila memuji lelaki handsome memang begitu. Langsung tak
peduli dengan tanggapan orang sekeliling.
“Senyumannya...
so sweet. Ah, cair aku dibuatnya!”
Sekali
lagi Apy Elina tersenyum seorang diri. Mereka langsung tak sedar dia
sedang memerhatikan mereka. Bukan dia sahaja, malah diperhatikan oleh
orang awam yang duduk berhampiran mereka.
Mujurlah
rata-rata mereka yang berada di sekeliling bukan orang Melayu atau
orang yang faham bahasa Melayu, kalau tidak gerenti mereka semua
tengah tahan daripada muntah hijau.
Begitulah
perasaan Apy Elina yang terpaksa mendengar. Kadangkala menyampah juga
dengan perangai gedik mereka itu. Buat malu orang Melayu di negara
orang sahaja. Kalau betul lelaki dalam gambar pada majalah itu
handsome dan gojes pun, sopanlah sikit bila bercakap.
Ini tidak, suara mereka boleh dengar satu airport!
“Tapi,
malangnya dia sudah berkahwin...” kata gadis yang berambut perang
macam minah saleh itu. Dia mengeluh meluahkan rasa kecewa tak
terhingga.
Kali
ini Apy Elina terasa hendak ketawa terbahak-bahak tapi cuba
ditahannya.
“Alah,
isteri dia bukan cantik pun. Tua pula tu. Tak lama lagi mesti kena
cerai tu,” balas si kawannya yang bermekap tebal. Tebalnya lebih
kurang hampir sama dengan mekap pelakon opera yang sempat dia tengok
beberapa hari yang lalu bersama suaminya di kota Shanghai.
Bukan
berbulan madu. Pada awalnya dia memang keseorangan di sini sebab kena
menghadiri kursus di kota Shanghai ini selama sebulan. Setelah kursus
habis, suaminya datang sendiri menjemput di Shanghai. Oleh sebab ada
banyak masa lagi, mereka pun sama-sama luangkan masa di sana sekejap.
Sekarang baru hendak balik ke Malaysia.
“Betul
tu. Aku tak faham betul dengan lelaki sekarang ni. Dalam
banyak-banyak perempuan, kenapa mesti perempuan tua juga dia pilih?
Bukan hebat sangat pun perempuan tu. Dia pun datang dari keluarga
biasa-biasa. Pelik betul!” sokong gadis berambut perang itu.
Apy
Elina rileks lagi. Baginya, perempuan begini tak perlu dilayan
sangat. Sudah banyak dia jumpa perempuan begini, malah ada lagi yang
lebih teruk. Biarlah dia terus memuji diri sendiri dan mengutuk orang
lain.
“Ala,
kau tak payah peliklah. Aku pasti perempuan tu mesti dah bomohkan
dia. Kalau tak, takkanlah lelaki handsome dan gojes macam ni nak
kahwin dengan perempuan murahan tu. Lagi satu aku dengar perempuan tu
ramai teman lelaki. Boleh dikatakan ramai juga yang pernah jadi
mangsa dia,” gadis bermekap tebal itu mula menabur fitnah.
Kali
ini Apy Elina hanya menggeleng. Kalau ikutkan hati mahu saja dia
duduk sekaki dengan mereka dan suruh mereka mengumpat lagi. Itu baru
satu fitnah yang dia dengar. Mungkin ada banyak lagi fitnah yang
belum keluar dari mulut mereka. Jadi, dia hanya pasang telinga
besar-besar. Kalau telinganya ada mic, gerenti bukan sahaja dia
dengar, seluruh Shanghai ini akan dengar perbualan mereka.
“Pandai
betul perempuan tu. Mengena pula umpan dia. Dapat ikan emas yang
besar pula tu. Cukup segala pakej. Kalaulah aku dapat... memang
senang hidup aku. Tak payah susah-susah pergi kerja. Setiap bulan
boleh pergi shopping. Setiap tahun boleh pergi melancong. Ah,
bahagianya!”
Sekali
lagi Apy Elina menggeleng. Hebat betul dengan cita-cita mereka. Tak
payah susah-susah kerja? Setiap bulan boleh pergi shopping?
Setiap tahun boleh pergi melancong? Begitu mudah pemikiran mereka.
Mana ada semua tu dalam realiti ini. Mereka ingat duit itu datang
dengan sendiri? Dengan hanya bergoyang kaki? Semuanya perlukan usaha.
Kalau hidup asyik inginkan kesenangan, memang kesusahan yang kita
akan dapat.
“Kau
tu cakap saja, tapi langsung tak berani nak bertindak!” balas
kawannya.
Apy
Elina menyokong.
“Kalau
dia ada depan mata aku, dah lama aku goda dia tau. Tak kisahlah
isteri dia ada ke tak. Yang penting, aku lebih cantik daripada isteri
dia. Tapi sekarang ni, nak jumpa dia pun bukan main payah. Aku dah
siasat, dia bukan kaki clubbing. Jadi, susah aku nak jumpa dia
tau.”
“Kau
pergi cari dia kat kelab malam memanglah tak ada. Awal-awal lagi aku
tahu dia bukan kaki clubbing. Kau dah lupa ke dia tu bekas
pemain bola keranjang, mestilah dia habiskan masa di gelanggang
berbanding di kelab malam.”
“Jadi,
kau tahu tempat lepak dia?”
“Tahu...”
Apy
Elina memasang telinga dan mendengar dengan teliti. Wah, dahsyat juga
perempuan ni. Sanggup siasat aktiviti suami orang.
“Jahatlah
kau! Nak makan seorang diri!”
“Kalau
aku nak makan seorang diri dah tentulah aku tak mengaku tadi.”
“Habis
tu?”
“Aku
baru saja tahu pasal info ni. Tapi itu tak penting dah.”
“Kenapa?”
“Yalah.
Takkan kau tak faham. Lelaki kalau dah main sukan, perempuan dia
campak tepi. Kalau kau goda dia dekat gelanggang pun matanya hanya
pandang bola.”
“Habis,
isterinya tu... goda dia kat gelanggang juga...”
“Kau
ni lembablah.”
“Kenapa
pula?”
“Buat
apa nak pikat dia kat gelanggang. Bukan ke dia ada syarikat besar?”
“Oh
ya tak ya juga... kenapalah aku tak terfikir nak cari kerja kat
situ...”
“Hah,
pandai pun! Sekarang ni syarikat dia tengah cari seorang setiausaha
yang sanggup bekerja lebih masa.”
“Aku
tak sanggup kerja lebih masa. Nanti tak ada masa nak bersosial.”
“Lebih
masa! Cuba fikirkan... lebih masa!” kawannya cuba terangkan
sesuatu.
“Ini
bermakna... kita dapat luangkan lebih masa dengan dia?”
Gadis
opera itu mengangguk banyak kali.
“Nak.
Aku nak apply!” kata gadis berambut perang itu dengan
sungguh teruja.
“Aku
dah apply...”
“Jahat
kau!”
Gadis
opera itu ketawa macam orang gila. Hampir serupa dengan puntianak
mengilai.
“Aku
baru apply, belum tentu dapat. Mesti banyak persaingan.
Maklumlah kebanyakan orang macam kita juga. Tak nak lepaskan peluang
bekerja dengan jutawan muda, Adam Alexander yang handsome itu.
Oh, kalaulah aku dapat kerja tu, aku akan pastikan aku akan goda dia
habis-habisan! Lepas tu, akan pastikan dia ceraikan isteri dia dan
kemudian, dia akan lamar aku sebagai isteri barunya.” kata gadis
opera itu dengan angkuhnya.
“Jangan
harap! Dia milik aku!” si rambut perang masih tak mengaku kalah.
“Please...
aku lagi cantik daripada kau...” balas gadis opera itu.
Sebentar
kemudian, mereka berdua pun saling bertikam lidah.
Apy
Elina memegang kepalanya yang tiba-tiba berat. Oh, stres dia dengan
mereka berdua. Macam manalah institusi kekeluargaan mahu berkembang
pesat kalau ada makhluk seperti mereka berdua ini? Langsung tak ada
rasa bersalah dan berniat hendak meruntuhkan rumah tangga orang.
Manusia atau hantu mereka ini?
Mereka
mahu bekerja sebagai setiausaha Adam Alexander? Satu kesilapan besar.
Silap hari bulan, sehari dua saja mereka bekerja lepas tu gerenti
akan letak jawatan. Agaknya tak sempat letak jawatan, terus cabut.
Macam kes-kes sebelum ini.
Dia
Adam Alexander. Walaupun namanya sudah bertukar menjadi Muhammad Adam
tapi orangnya tetap sama. Serius. Garang. Angkuh. Gila kuasa. Kuat
memerintah. Kasar. Ego. Pendek kata semua perangai negatif ada pada
lelaki yang mereka puja itu. Oh ya, dia juga tak romantik langsung!
Tiba-tiba
mereka berdua berhenti berbalah. Masing-masing diam seribu bahasa
sambil mata tak berkelip memandang ke satu arah.
“A...
Adam Alexander...” si gadis opera terkejut macam baru sahaja nampak
hantu.
Apy
Elina turut mendongak ke atas. Lelaki yang buat si gadis opera dan si
gadis rambut perang tadi terkejut beruk itu duduk di sebelahnya.
Tanpa berkata apa-apa. Hanya layan iPad. Kini, Apy menjadi tumpuan
mereka berdua yang ternganga besar. Teruk betul reaksi mereka.
Huh,
tadi cakap besar. Sanggup goda suami orang walaupun depan isterinya.
Sekarang, buat muka beruk jumpa cermin. Masing-masing terkejut. Kaku
macam batu.
“Kenapa?”
tanya Adam apabila menyedari isterinya asyik memandang ke arahnya.
“Awak
nak dengar satu pengakuan tak?”
“Pengakuan
apa?”
“Sebenarnya,
saya ada pakai bomoh untuk pikat awak kahwin dengan saya,” kata Apy
Elina sambil menjeling tajam ke arah dua orang gadis yang sibuk
menabur fitnah tadi. Mereka berdua memandang bawah. Langsung tidak
berani memandang ke arahnya.
Tiba-tiba
satu tangan hinggap di dahinya seperti memeriksa suhu badannya sama
ada demam atau tidak.
“Buang
tabiat ke?” suara kerek Adam kedengaran.
“Betul
ni. Awak tak percaya ke?”
“Mak
cik, kalau betul awak guna bomoh, dah lama kita kahwin tau. Tak
adalah abang terpaksa tunggu selepas lima tahun untuk dengar jawapan
awak. Seksa tau nak menunggu,” balas Adam.
“Wah!”
Apy Elina ketawa. Tak sangka dia akan dengar jawapan itu daripada
mulut suaminya.
Serentak
dengan itu, dua orang gadis yang duduk di hadapannya tadi mengangkat
punggung. Tanpa berlengah lagi mereka cepat-cepat berlalu dari situ
dan duduk jauh sikit daripada dia. Apy Elina hanya tersenyum melihat
gelagat mereka.
Tadi,
punyalah hebat berkata-kata. Berani menggoda suami orang depan isteri
konon. Sekarang, masing-masing macam itik lari daripada reban. Itulah
akibatnya kalau terlalu suka mengutuk orang tanpa tengok sekeliling.
Itu baru seorang yang mengutuknya, entah berapa banyak lagi yang
mengutuknya dalam senyap. Kalau begini, boleh kaya dibuatnya. Kaya
dengan pahala.
Apy
Elina mengeluh berat. Sedih dengan perempuan sekarang ini. Pantang
sungguh bila nampak lelaki handsome dan kaya mesti hendak
dipikat mereka. Padahal lelaki handsome ini tak semestinya
romantik.
Kaya
pula tak semestinya tak ada masalah. Kenapalah orang asyik fikir
tentang kesenangan orang lain? Padahal setiap manusia itu diberikan
nikmat yang sama rata cuma yang membezakannya ialah ujian yang
diterima.
Dan
dua orang tadi… kalaulah mereka tahu Adam Alexander yang mereka
puji tadi seorang yang tak romantik…
Tiba-tiba
lehernya dirangkul oleh suaminya.
“Kenapa?”
tanya Apy Elina hairan.
Pelik
betul dengan suaminya akhir-akhir ini. Mana tak pelik kalau tiba-tiba
muncul di pintu hotel beberapa hari yang lalu. Kalau di Malaysia, dia
tak kisah lagi tapi sekarang ni di Shanghai. Memanglah dia terkejut.
Datang
tiba-tiba macam syak dia ada hubungan sulit dengan lelaki lain. Tak
mungkin. Mustahil. Adam yang dia kenal kalau cemburu memang nadanya
kerek sentiasa. Ini bukan sebab cemburu atau tak percaya dengan
isteri sendiri. Ini mesti sebab terlampau rindukannya. Maklumlah
hampir sebulan tak bersua.
“Mak
cik, lain kali jangan pergi jauh-jauh sangat. Bosanlah,” kata Adam.
Ringkas tapi penuh dengan makna tersirat.
Apy
Elina tersenyum mendengarnya. Hari itu, punyalah tak kisah dia pergi
ke Shanghai. Hari ini pula merungut bosan. Tak mengapalah. Asalkan
dia faham maksud bosan suaminya itu.
“Pak
cik, cubalah jadi romantik sikit. Terus terang dengan saya, awak
rindukan saya, bukan?”
“Mengarut.”
Ceh!
Tak mengaku pulak!
waa... best sgt2.. terubat rindu dgn adam & apy.. tq kak!!