Kata Hikayat, Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan. Jari-jemarinya mengurut dahinya beberapa kali. Pening kepala dibuatnya. Awal-awal pagi lagi dia sudah dikejutkan dengan penyebaran gambar-gambar satu-satunya anak lelakinya. Kalau gambar yang mendatangkan kebaikkan padanya dan reputasi syarikatnya tidak mengapa juga tapi gambar yang tidak senonoh dan menjelikkan yang diterimanya. Apa yang memeningkan kepalanya lagi adalah gambar-gambar tersebut telah tersebar melalui email semua pekerjanya tidak kira di dalam dan di luar negara. Dan baru beberapa saat tadi, dia mendapat tahu gambar tersebut sudah beberapa hari tersebar di kolej anaknya belajar. Sekarang, gambar-gambar tersebut sudah menjadi perbualan hangat di kolej dan mungkin sebentar lagi, para wartawan akan menyerang telefon-telefon untuk meminta penjelasannya berhubung perkara itu. Itu belum lagi suaminya yang kini menetap di Taiwan kerana menguruskan perniagaan di sana. Pasti dia akan dis...