Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 9, 2008

5: SURAT CINTA LAGI

Just word… Love! Can you say that ? Dari jauh Nurul asyik melihat Fiq di tengah-tengah padang berlatih bermain bola bersama-sama dengan ahli rasmi yang lain. Hari ini merupakan hari terakhir mereka berlatih memandangkan lusa mereka ada perlawanan persahabatan bersama pasukan Sekolah Haji Mansur ataupun Sekolah Semarak. Semua kelihatan bertungkus lumus berlatih bersungguh-sungguh berbanding beberapa hari yang lepas. Yang tidak datang ataupun yang jarang datang berlatih beberapa hari lepas turut datang berlatih terutama sekali Nazrul – The Sleeping Handsome! Entah kenapa Rezza dan yang lain tidak berapa kisah sangat dengan ketidakhadiran Nazrul. Bila ditanya semuanya bagi jawapan yang sama. “Nazrul memang macam tu, dia pergi ‘bertapa’ dulu dan sehari sebelum perlawanan barulah dia datang latihan. Jangan risaulah,” kata Fiq. “Kalau dia datang pun sama gak. Nanti dia ‘bertapa’ kat tengah gawang jugak,” kata Najmi pula. “Lebih baik jangan perdulikan dia, nanti parah masa perlawanan tu nant...