“Nurul,” panggil satu suara yang amat dikenalinya. Sebaik sahaja dia berpaling, tiada sesiapa pun di sekelilingnya. “Nurul,” suara itu memanggil lagi. Tapi kali ini seperti suara manusia yang ingin menyamar jadi hantu secara tidak sengaja. Tiba-tiba sahaja bulu romanya tegak. “Nurul,” panggil suara itu lagi tapi kali ini agak terdesak sedikit. Mungkin kerana empunya diri tidak memberi apa-apa reaksi. Nurul cuba memberanikan diri memandang sekeliling. Tiada sesiapa pun yang dia curiga malah tiada sesiapa pun yang lalu di sekelilingnya. Sebaik sahaja dia ingin mengatur langkah untuk pulang saja ke rumah. Satu lembaga keluar dari celah-celah pokok besar yang tertanam di tepi jalan dan menarik tangannya dengan pantas. Tanpa sempat Nurul hendak Flying Kick lembaga yang membawa lari dirinya itu. Dia hampir menjerit. Macam-macam yang dia fikir. Adakah lembaga itu hendak merogolnya seperti dalam berita di televisyen? Zaman sekarang ini ramai lelaki yang lebih taksub dengan nafsu sendiri dan ...