“ Aku tak tahu apa yang ada dalam kepala kau sampai kau tak boleh berfikir dengan waras. Couple dengan Arissa? Itu satu-satunya keputusan yang aku sangat tak jangkakan selepas kau kata kau tahu apa yang kau buat,” kata Luqman yang terus mendapatkan Nazwan sebaik sahaja turun dari keretanya. “ Rileks,” jawab Nazwan tenang. Dia yang ingin membuka pintu pantas dihalang oleh Luqman yang menutup pintu rumah mereka kembali. “ Rileks? Kau suruh aku rileks selepas kau bersetuju couple dengan Arissa?” marah Luqman. “Apa yang dah berlaku dekat kau masa di Teluk Batik? Kau pasti kau dah ceritakan semuanya pada aku?” “ Pasti. Semuanya,” jawab Nazwan. Lantas dia membuka pintu utama dan tanpa berlengah lagi melangkah masuk ke dalam rumahnya.