Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 3, 2013

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 21

“ Nenek, Rissa minta maaf. Semua ni salah faham. Kami tak buat apa-apa pun. Rissa demam, Nazwan cuma jaga Rissa. Betul. Sumpah,” ujar Arissa seraya mengangkat tangan kanannya seakan berikrar. Bagaimanapun, mata tua itu tetap merenungnya dengan tajam. Semakin kecut perut Arissa dibuatnya. Nenek tidak pernah merenungnya sedemikian rupa. Apatah lagi renung tanpa bersuara sepatah pun. Lihat sahaja situasi ini, dia tahu, nenek tidak gembira dengan apa yang telah berlaku. Dia juga tahu, tiada gunanya lagi dia hendak memujuk nenek. Nenek betul-betul marah. Kalau Nazwan ada di sebelahnya sekarang, sudah pasti dia ada keberanian hendak berhadapan nenek. Malangnya, awal-awal lagi nenek suruh Nazwan balik ke biliknya. Tinggallah dia berhadapan dengan nenek dan Mama Tifa.