Buku-buku yang dipegangnya terjatuh ke lantai apabila terlanggar seseorang semasa melalui satu selekoh ke kiri di kaki lima. “Sorry,” ujar Natasya kepada pelajar lelaki yang bertembung dengannya itu. “Eh, bukan ke kau yang buat pengumuman untuk pikat Blue hari tu?” tanya Natasya namun Asraf hanya mendiamkan diri. Angguk tidak. Geleng pun tidak. “So, saya Natasya,” dia menghulur salam perkenalan. Asraf tidak berkata apa dan segera berlalu meninggalkan Natasya dengan wajah yang selamba. Sombong. Ah, memang inilah sikapnya bila ada perempuan cuba menghampirinya. Kalau boleh dia mahu menghindari kaum hawa err… kecuali Blue. “Wei Blue,” sapa Asraf tiba-tiba menghempas buku-bukunya di atas meja yang menjadi tempat biasa Blue bersarapan pagi. Dia sudah lama perhatikan, Blue akan datang awal dan menikmati sarapan pagi di kantin sebelum kelas bermula. Blue yang sedang menjamah nasi goreng buatan ibunya hampir tercekik apabila ada seseorang menyapanya. Tidak cukup dengan itu mejanya di hentak de...