Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 12, 2008

7: TAKDIRKAH?

7: TAKDIRKAH? Blue memandang kemesraan Natasya bersama-sama dengan Hafiz dengan seribu kebencian dihatinya. Sudahlah baru saja di reject oleh Hafiz dan kini mereka berketawa mesra di hadapannya. Habis selera makannya pada waktu rehat itu. Terus diletak makanannya di atas meja semula. Sakinah dan Dalilah di sebelahnya hanya bermain mata sebagai isyarat berkomunikasi. Blue kalau sudah marah, baik jangan dikacau kalau tidak, habis di fire macam Ultraman dalam TV tu fire. Habis musnah segala harta benda! “Ah, aku dah tak tahan lagi,” ujurnya dengan marah. “Mungkin kau patut sahut cabaran kami tu,” kata Sakinah memberanikan diri berkata-kata. “Ya. Just try. Mana tahukan nasib kau benar-benar bertuah. Ingat cinta zaman sekolah adalah cinta yang paling longgar sekali ikatannya,” kata Dalilah pula. Blue hanya menjeling tajam dan serentak dengan itu kedua-dua kawannya itu terus zip mulut mereka. “Okey,” kata Blue tiba-tiba. Kedua kawannya itu berpandangan. Apa yang okeynya? Kemudian mereka meli...

6: ROSWELL VS BLUE

6: ROSWELL VS BLUE “Apalah diorang ni, orang tengah sedih sebab putus cinta ni, diorang buat lawak bimasakti pula. Pikat Hafiz? Dah gila ke? Aku perempuan… takkanlah nak pikat lelaki! Gila apa?! Lainlah kalau Hafiz tu perempuan dan aku lelaki dah lama dah aku pikat dia tapi masalahnya sekarang aku perempuan… hisy!” keluh Blue membebel seorang diri sambil berjalan pantas menyusuri pohon-pohon pokok rambutan kebun Pak Sudin. “Ah, kenapalah aku ditakdirkan berkawan dengan orang gila yang tak mengaku gila?!” ujurnya separuh menjerit. Dan kemudiannya dia berhenti melangkah dan berfikir sesuatu. “Mungkin diorang tak gila… dan mungkin idea diorang betul juga… pikat Hafiz… emm… apa salahnya, bukankah dalam Malaysia tiada undang-undang yang mengatakan perempuan tidak boleh memikat lelaki. Lagipun sekarang ni ada juga perempuan yang meminang lelaki,” fikirnya. “Jadi, apa salahnya cuba? Ya! Pikat Hafiz! Keputusan muktamat! Dan langkah pertama musnahkan hubungan Hafiz dengan Natasya! Yeah!” dia mu...

5:IDEA+GILA?!

5: IDEA+GILA?! “Tidak! Tidak! Dan Tidak!” ujur Ashraf dengan tekadnya yang langsung tidak bersetuju dengan idea bodoh dan gila Zafrul itu. “Kau takut?” tanya Zafrul sedikit menyindir. “Takut? Aku tak pernah takut dengan hidup ni tau tapi idea kau tu memang tak boleh pakai. Dan lagi, aku hanya anti dengan perempuan dan ini tak bermakna aku perosak kaum perempuan!” tambahnya lagi. “Ini bukannya nak merosakkan kaum perempuanlah,” kata Zafrul lagi. “Ini cuma satu cabaran supaya kau mendalami mereka dan selepas itu barulah kami lega sebab kau bukannya gay!” “Tentulah aku bukan gay!” kata Ashraf sedikit melenting. “Habis tu kenapa kau tak mahu terima cabaran aku ni?” “Sebab ianya tak masuk akal! Kau suruh aku pikat perempuan?! Kau ingat aku ni terdesak sangat ke nak berkenalan dengan perempuan? Hey, dengan muka aku yang macho ni, aku boleh pikat 10 orang perempuan dalam satu masa!” katanya dengan lagaknya. “Hey, kau ingat dengan muka macho, awek-awek boleh lentuk ke? Sekarang pakai mentera k...

4: KECEWA

4: KECEWA “Aku perlukan penjelasan kau,” kata Blue mendapatkan Hafiz yang sedang berbual dengan kawan-kawannya di pondok rehat tidak jauh dari lokasi kantin sekolah mereka itu. “Okey,” ujur Hafiz acuh tidak acuh dan memberi isyarat kepada kawan-kawannya itu sebelum mengikut Blue berlalu ke kawasan yang agak jauh dari mereka semua. “Kenapa?” tanya Hafiz. “Kenapa? Kau tanya aku kenapa lagi?” tanya Blue yang sudah tidak tahan lagi dengan sikap acuh tidak acuh Hafiz. “Yelah. Aku tak tahu sebab tulah aku tanya.” “Okey, kenapa kau tumpangkan Natasya ke sekolah pagi tadi?” tanya Blue terus. “Kenapa? Salah ke aku tumpangkan awek aku sendiri?” tanya Hafiz selamba. “What?!” hampir terkedu Blue dibuatnya. Hafiz mengaku bahawa Natasya adalah aweknya? Lawak apa pagi-pagi buta pada hari pertama persekolahan ni? “Sejak bila Natasya jadi awek kau? Habis aku ni apa?” “Bukankah kita dah break up.” “Break up? Bila masa pula?” “Tahun lepas. Masa hari terakhir persekolahan,” beritahu Hafiz. “Kau dah lupa k...

3: MENTERA

3: MENTERA “Eee… bodoh! Bodoh! Gila! Batak! Dugong! Eee!!” bentak Blue dengan bengangnya sambil menyepak-yepak dinding banggunan sekolahnya itu. Walaupun sakit tapi dia masih lagi tidak berpuas hati dengan apa yang telah berlaku sebentar tadi. Bengang! Macam manalah boleh jadi macam ni? “Kenapa? Kenapa dan kenapa?!” keluh Blue lagi tanpa menghiraukan lonceng telah berbunyi entah berapa kali dia pun kurang pasti. Apa yang dia pasti, perasaannya masih lagi bengang sebengang bengangnya! “Dahlah dia dapat ciuman free aku lepas tu dia boleh pergi begitu saja tanpa minta maaf pun! Dia dah cium aku dan dia tinggalkan aku macam tu saja! Siapa tak bengang?! Sekurang-kurangnya, cakaplah ‘saya minta maaf, kejadian ini berlaku begitu pantas dan saya tak boleh nak mengelaknya!’ tapi… dia pergi begitu saja pastu ugut aku supaya jangan beritahu. Ah! Semua ni memang tak patut berlaku!” jeritnya. “Apa yang tak patut berlaku?” tanya Sakinah yang entah dari mana datangnya. “Ya. Apa yang berlaku? Kau ni ...