Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 14, 2009

1: BERMULA SATU PERJUANGAN

Sebulan sebelum hari temu duga… “Aku nak letak jawatan!” suara garau Jurulatih Annas yang melatih pasukan bola keranjang Kolej Lagenda bergema di dewan yang dibina khas untuk sukan itu. Beberapa pemain bola keranjang yang sedang berlatih di tengah-tengah gelanggang tersentap apabila mendengar suara garau Jurulatih Annas yang bercakap dengan volume suara yang tinggi. Masing-masing menumpukan pandangan ke arah Jurulatih Annas yang berbadan tegap yang telah menjadi jurulatih Bola Keranjang beberapa bulan yang lalu setelah jurulatih sebelumnya meletak jawatan juga. Mereka yang kebanyakkannya adalah pemain bola keranjang hanya dapat melihat sahaja Jurulatih Annas berhadapan dengan anak muda kacukan Melayu- Cina yang juga merupakan kapten pasukan bola keranjang kolej, Adam Alexander. Suasana sunyi sepi. Tiada lagi bunyi kasut yang berlanggaran dengan gelanggang bola keranjang, tiada lagi bunyi wisel dan begitu juga dengan bunyi bola keranjang dilantunkan seperti sebentar tadi. Merek...