22: STRATEGI Tiada sorakkan kuat dari kedua para penyokong sebaik sahaja perlawanan bola keranjang antara pasukan The Legend dan New Angle bertarung di gelanggang. Perlawanan dengan lancar sekali dengan kedua-dua buah pasukan saling berbalas serangan. The Legend dipimpin oleh Izwan manakala New Angle dipimpin oleh Haziq. Kedua pasukan memang menunjukan prestasi yang baik sepanjang perlawanan berlangsung. Sejak bermulanya perlawanan persahabatan sebentar tadi, Apy Elina hanya duduk kerusi penonton dan melihat pasukannya bermain di gelanggang. Alex pula duduk di kerusi jurulatih bersama-sama dengan pemain simpanan The Legend yang lain. Mereka berdua kelihatan tenang walaupun permainan The Legend di gelanggang agak kucar-kacir sehinggakan New Angle mendahului beberapa mata di hadapan. Namun, jurulatih New Angle, En. Nazri tidak tenang seperti mereka berdua. Dari awal perlawanan iaitu sebaik sahaja pengadil membuat Bola Lompat (Jump Ball) sebelum memulakan perlawanan, En. Nazri sudah...