Bab 1 - Kawan dan Keluarga Bab 1 “ Eeuuu… kau mimpi hampir nikah dengan Nazwan?” kata Sarah dengan mimik muka yang menjengkelkan setelah Arissa menceritakan mimpi yang dialami olehnya malam tadi. “ Memang eeuuu… Nasib baik aku sempat halang, kalau tak memang punah masa depan aku nak jadi isteri Zakri nanti!” balas Arissa sambil menjeling tajam ke arah Nazwan Syah yang turut berada di situ. Lelaki yang tinggi lampai itu sekadar mendengar dan menjamah hidangan tengah hari yang dibelinya tadi. “ Aku dah kata, semua tu hanya mimpi. Kenapa kau nak kisah sangat sampai telefon aku pagi-pagi buta. Tak perlulah panik sangat,” jawab Nazwan tenang seperti selalu. Seolah-olah tiada apa yang perlu dirisaukan. Arissa mengeluh. Bercakap dengan Nazwan memang buang tenaga sahaja. Lelaki itu tidak pernah ambil peduli dengan apa yang dia ucapkan. “ Macam mana kalau mimpi tu betul-betul akan berlaku? Macam mana kalau suatu hari nanti, kita kena kahwin paksa? Macam mana kalau su...