Suasana di kantin seperti biasa akan riuh rendah apabila tibanya waktu rehat. Para pelajar berpusu-pusu ke kantin sekolah untuk membeli makanan. Ada juga yang hanya melepak-lepak, dan ada juga yang setakat mahu berjumpa dengan rakan-rakan yang bukan satu kelas. Pada masa inilah para pelajar dikatakan bebas memilih aktiviti masing-masing setelah beberapa jam asyik belajar di dalam kelas tadi. Dan tidak lupa juga bagi pelajar yang berpasangan, inilah peluang mereka untuk berjumpa dengan pasangan kekasih masing-masing tetapi kelakukan mereka masih lagi dipantau oleh para pengawas yang bertugas di setiap sudut sekolah mereka. "Hai Jetman," sapa Blue kepada ketua pengawas yang baru saja menegur salah seorang pelajar yang mungkin melakukan kesalahan. "Blue... wah! Aku tengok kau ni makin hari makin berseri-seri. Kau dah dapat kekasih kau balik ke?" tanya Jetman atau nama sebenarnya Yusrizal. "Haram... wei, kau ada nampak Roswell?" "Err... bukan ke Roswell t...