13(C): IDEA OH IDEA… Suasana restoran KFC di sebuah pusat membeli belah di ibu kota begitu meriah dengan gelak ketawa pasukan SHARK yang menang mudah dalam perlawanan tadi. Memang sudah menjadi tradisi mereka walau menang atau kalah mereka tetap akan membuat jamuan di mana-mana restoran setelah selesai sahaja perlawanan. Blue yang turut di heart ke jamuan itu hanya duduk diam di tepi. Lagipun dia bukannya kenal sangat dengan kawan-kawan mereka semua kecuali Asraf sahaja. Pada mulanya dia memang berasa kekok dengan mereka semua. Yelah, ini kali pertama dia makan dengan sekumpulan lelaki yang kacak-kacak selain Hafiz (tak termasuk Roswell ye ^_^). Dia rasa bagaikan seorang puteri duduk di tengah-tengah dikelilingi lelaki-lelaki kacak. Ah, betapa bahagianya. “Blue,” panggil Kak Tiqa. Sebaik sahaja dia berpaling… klik! Gambarnya di ambil tanpa bersedia. Kak Tiqa ketawa kelucuan. Masuk kali ini sudah hampir 10 kali Kak Tiqa ambil gambarnya secara mengejut. Nak marah. Tak sampai hati pula...