Arissa mengukir senyuman gembira. Sejak tadi, senyumannya tidak pernah lekang dari bibirnya. Hidupnya umpama sang puteri yang disayangi oleh rakyat jelata. Dia tidak menyangka perjumpaan itu sengaja diatur oleh Melati yang ingin memberikan kejutan untuk majlis hari jadinya. Sejujurnya, dia sendiri tidak perasan bahawa hari ini merupakan hari bersejarah dalam hidupnya. Dia dilahirkan ke dunia ini pada hari ini dalam 21 tahun yang lalu. Pada hari ini juga dia kehilangan ibunya 21 tahun yang lalu. Disebabkan itu dia tidak suka menyambut hari jadinya. Ini kali pertama, dia menghargai hari yang menjadi sejarah ini. Malah, dia tidak menyangka Melati yang merancang semua ini masih ingat lagi janji yang mereka buat suatu ketika dahulu. “ Aku tak sangka kau masih ingat janji aku dulu,” kata Arissa yang melihat gambar yang ditangkap ketika dia sedang memotong kek. “ Bukan ke aku dah kata, aku akan tuntut janji tu,” ujar Melati.