SEBAIK sahaja Nurul tersedar dari pengsan, dia mendapati dirinya terbaring di sebuah bilik katil yang agak asing buatnya. Sedar-sedar saja, dia terdengar suara Sofea yang seakan memanggil ibu dan ayahnya yang mengatakan dia sudah sedarkan diri. Dirinya masih lagi kebuntuan. Pelbagai soalan yang timbul di fikirannya dan soalan utama adalah bagaimana dia boleh tidur di katil yang asing itu. “Kau tak ingat?” tanya Sofea bertubi-tubi setelah mereka sama-sama mengajukan soalan yang sama. Nurul melihat wajah ibu dan ayahnya yang jelas sekali terpancar wajah yang penuh kerisauan. Dalam masa yang sama dia baru teringat yang dia hampir di langgar oleh sebuah kereta tapi di selamatkan oleh seorang pelajar lelaki. “Hah, baru adik ingat, tadi masa balik dari sekolah ada kereta hampir langgar adik tapi nasib baik ada seseorang yang menyelamatkan adik,” ujarnya pantas bagi mengelakkan ibu dan ayahnya dibelenggu kerisauan. “Hah, memang aku dah agak dah! Tulah kau, aku dah kata awal-awal tapi kau tak...