Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 31, 2013

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 23

“ Nazwan, sebelum kita pergi lebih jauh lagi, inilah masa untuk kau buat keputusan. Peraturannya mudah saja. Kalau kau fikir, kau tak boleh, jadi, jangan teruskan. Mudah, bukan?” kata-kata Arissa tadi masih lagi ternyiang-nyiang di telinganya. Ya. Bercakap memang senang. Mudah saja. Tapi hendak melakukannya bukan mudah. Kena fikir tentang semua orang di sekeliling terutama sekali nenek yang sudah membesarkannya. Disebabkan terhutang budi dengan nenek dan keluarga Luqman dia jarang sekali mengingkari kata-kata mereka. Kalau diikutkan hati memang dia tidak rela. Tambah lagi Arissa bukanlah pilihan yang tepat. Memang dia tidak menafikan yang dia begitu mengenali Arissa. Bukan setakat kenal, tapi dalam banyak-banyak orang, dia paling bersabar dengan perangai Arissa.