Sesuatu yang menganggu fikiran aku sekarang ini, bukanlah masalah bilik mandi yang sentiasa bertakung dengan air kerana lubangnya tersumbat. Bukan juga masalah kedatangan sekumpulan monyet yang menceroboh masuk ke dalam bilik di blok sebelah dan mencuri sebalang biskut Jacob ataupun sekumpulan babi hutan yang merayap-rayap diampaian pada waktu malam. Ada satu masalah yang membuatkan aku tidak dapat berfikir masalah yang melanda penghuni blok aku ini. Sejak Shahril memutuskan hubungan kami, aku langsung tidak bertegur sapa dengan Shahril. Begitu juga dengan menegur Shahril melalui mesej. Bukannya aku rindu tapi sekadar ingin tahu alasan Shahril kenapa dia memutuskan hubungan kami. *** “Bab ex-boyfriend aku dah ada penganti tu memang betul tapi bab dia curang dengan aku, itu tak pasti lagi.” “Kau janganlah jadi lurus sangat. Lelaki takkan putus tanpa sebab, sekarang ni kau dengar dia dah ada pengganti. Takkanlah dia putus dengan kau, lepas tu terus dapat pengganti?” kata-kata Mr. Pinky ...