Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September 11, 2008

2: INIKAH MALANGNYA?

“KENAPA kau memandai-mandai letak nama aku?” Nurul benar-benar naik angin dengan kenyataan Sofea tadi. “Kan aku dah kata, aku benci dengan bola sepak, bukan setakat bola sepak je tapi semua jenis bola aku benci,” beg sekolahnya di campak di atas meja. Kiranya mengamuk la tu. Tapi ia sedikit pun tidak membuatkan Sofea takut. Perangai Nurul memang begitu. Nanti eloklah tu. “Aku cuma nak tolong kau cari siapa yang selamatkan kau tu. Takkanlah kau tak teringin cari siapa yang selamatkan kau? Aku tahu kau tu ego dan keras kepala tapi hakikatnya salah seorang dari pasukan rasmi bola sepak dah selamatkan nyawa kau. Takkanlah kau nak lupakan macam tu saja?” Sofea membalas. “Kau nak suruh aku buat apa kalau aku jumpa orang yang selamatkan aku? Kau nak aku bagi duit beribu-ribu kepadanya tanda terima kasih sebab selamatkan aku ataupun cium jari kaki dia untuk balas hati budi dia?” tanya Nurul dengan nada menyindir. Dia masih lagi tidak puas hati dengan tindakan Sofea yang seperti sengaja henda...