Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 25, 2015

Romeo yang Hilang: Bab 15

APY ELINA menguap kepenatan. Dia bukan sahaja penat tapi mengantuk juga. Semuanya gara-gara tengok wayang bersama dengan suaminya malam tadi. Taubat dibuatnya. Selepas ini dia tidak akan mengajak atau memaksa suaminya tengok wayang lagi. Mana tidaknya, orang lain hanya tengok satu filem, mereka pula menonton beberapa filem sepanjang malam. Akibatnya, bangun pagi dia terasa dunianya berpusing 180 darjah. Tidur pun hanya dua jam. Tapi yang pelik, suaminya langsung tidak mengantuk. Malah segar seperti biasa.