Kata Hikayat, Jangan hanya mengukur berapa tinggi bangunan yang anda lihat tapi nilaikannya dengan mata hati anda dan anda akan melihat betapa sukarnya untuk berada di atasnya. Pagi Ahad, semua pemain utama pasukan Legend berkumpul di gelanggang bola keranjang seperti yang telah diberitahu oleh Alex yang ingin mereka semua berkumpul untuk mengumumkan sesuatu yang penting. Pemain utama terdiri dari 10 pemain yang dipilih menganggotai AJK tertinggi pasukan Legend dan mereka juga adalah orang-orang kuat kelab bola keranjang kolej Lagenda. Setelah mendapati semua ada digelanggang, Adam Alexander yang selaku kapten dan ketua pasukan berlalu menghampiri mereka semua bersama-sama dengan Rinazila yang selaku setiausaha kelab. “Sorry, aku terpaksa ganggu korang semua pada hari Ahad ni. Aku tahu korang ada banyak agenda pada hari ini tapi aku nak ambil sedikit masa sahaja untuk membincangkan tentang kelab kita. Benda ni terlampau sulit dan sebab tulah aku nak buat perbincangan di sini...